Chris Gardner, Dari Gelandangan Ke Jutawan Broker Saham

Menjadi seorang bapa bukan satu perkara yang mudah. Cuba anda bayangkan, bagaimana seorang bapa menyara anaknya dengan kehidupan sebagai seorang gelandangan?

Bagi jutawan broker saham yang dahulunya gelandangan, Chris Gardner, impiannya untuk menjadi jutawan tercapai dengan usahanya sendiri!

Pastinya bukan mudah untuk seorang gelandangan seperti beliau untuk berjaya dengan bermacam-macam cabaran hidup yang terpaksa ditempuhinya. Siapa sangka, kini beliau mempunyai aset kekayaan berjumlah USD60 juta. Dalam entri ini, mari kami kongsikan kepada anda mengenai kisah Chris Gardner, gelandangan yang akhirnya menjadi jutawan broker saham.

Kehidupan Awal Chris Gardner

Sejak kecil, Chris Gardner dibesarkan oleh ibunya dan pernah menjadi mangsa penderaan oleh bapa tirinya. Selain itu, beliau juga tidak mampu untuk mendapatkan pelajaran di kolej kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi. Akibat terdesak untuk mendapatkan ilmu pelajaran, beliau telah menyertai tentera laut.

Semasa menyertai tentera laut, Chris Gardner berkhidmat sebagai medik selama 4 tahun sebelum bekerja dengan seorang doktor pakar bedah jantung, Dr. Robert Ellis di Universiti California. 

Walaupun pengalaman beliau sudah cukup untuk membantunya memulakan langkah menjadi seorang doktor tetapi beliau tidak gembira dengan kerjaya tersebut. Keadaan tersebut membuatkan perkahwinan menjadi retak dan isterinya, Sherry Dyson meninggalkannya.

Kehidupannya Menjadi Semakin Teruk

Selepas ditinggalkan isterinya, Chris Gardner mula bercinta dengan seorang pelajar pergigian bernama Jackie Medina dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki. Tidak lama kemudian, hubungan mereka retak kerana Jackie sangat kecewa dan tertekan akibat tidak dapat mengejar impiannya untuk menjadi doktor gigi. 

Walaupun Chris Gardner pada ketika itu memperolehi pekerjaan sebagai wakil jualan perubatan, semua itu tidak mencukupi bagi Jackie dan telah melarikan diri bersama anak mereka.

Chris Gardner tekad untuk mengubah nasibnya selepas kagum dengan Bob Bridges yang memandu kereta Ferrari. Selepas itu, beliau telah berjumpa sekali lagi dengan Bob Bridges dalam sesi temuduga sebagai seorang intern di syarikat milik Bob Bridges.

Chris Gardner Menjadi Gelandangan

Gambar : Ninja Journalist

Semasa sesi temuduga dengan Bob Bridges, beliau baru sahaja dikeluarkan daripada penjara kerana tidak membayar hutang saman keretanya serta bergaduh di kejiranan rumah Jackie Medina. Menghadiri sesi temuduga tersebut dengan pakaian tidak formal, beliau pada awalnya tidak yakin dengan jawatan yang akan diperolehinya. Namun siapa sangka, dengan dedikasi dan semangat yang ditunjukkannya, beliau telah berjaya mendapatkan jawatan intern tersebut walaupun tidak bergaji.

Masalah semakin bertambah apabila Jackie Medina meninggalkan anak lelakinya kepada Chris Gardner akibat tidak mampu untuk menjaganya dan rumah tumpangan yang didiami oleh beliau tidak menerima kanak-kanak. Situasi tersebut membuatkan Chris Gardner dan anaknya tidak mempunyai tempat tinggal dan kadang-kadang mereka berdua tidur di bawah meja pejabat. Ada juga dimana mereka berdua terpaksa tidur di dalam tandas awam.

Demi Nasib Anak, Chris Gardner Berusaha Dengan Lebih Gigih Dan Mendapatkan Sinar Kehidupannya

Membesar tanpa mengenali bapa kandungnya, Chris tidak mahu nasib yang sama menimpa anaknya dan setiap hari, beliau akan membawa pakaian dan anaknya ke pejabat kerana tiada rumah. Pada suatu hari, beliau dipanggil oleh majikannya kerana kegigihannya, beliau diterima bekerja secara tetap. Hal itu membuatkan beliau sangat gembira dan kesusahan hidup mereka akan berakhir.

Selepas memulakan kerjaya tetapnya, Chris Gardner memutuskan untuk membuka syarikat pelaburannya sendiri, Gardner Rich pada tahun 1987. Pada tahun 2006, beliau menjual minoriti saham daripada syarikatnya dan memperolehi keuntungan yang sangat banyak. Kini, Chris Gardner adalah merupakan jutawan broker saham yang berjaya.

Kesimpulannya, peluang sentiasa terbuka untuk kita semua dan jangan pernah mengalah di dalam kehidupan. Apa yang penting, teruskan berusaha untuk mendapatkan hidup yang lebih baik dan perlu ada misi dan visi yang kukuh. Seperti Chris Gardner, beliau tidak pernah mengalah kerana ingin mengubah nasib anaknya agar hidup dengan senang.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.