Industri Kesihatan Menjadi Perhatian Syarikat Gergasi Pengkomputeran Dunia

Syarikat gergasi dunia kini mengorak selangkah ke hadapan dalam industri kesihatan yang bakal memberi pulangan yang lumayan kepada mereka. Teknologi yang melibatkan kesihatan kini dipandang serius oleh syarikat gergasi dunia seperti Apple,Amazon dan Microsoft.

Mereka menjangkakan industri berdasarkan kesihatan akan memberi pulangan berbilion dollar pada masa akan datang.

Adaptive merupakan syarikat terbesar yang dilaburkan Microsoft dalam kategori bioteknologi

Minggu lepas sahaja Syarikat Microsoft telah mengorak selangkah lagi ke hadapan dengan membeli saham syarikat bioteknologi yang bernama Adaptive. Syarikat ini merupakan syarikat bioteknologi yang memperkenalkan kaedah unik untuk mengesan penyakit kritikal  seperti kanser dengan membaca kod sistem yang terdapat pada sistem imunlogi.

Syarikat mendakwa dapat mengesan penyakit kritikal dengan menggunakan teknologi yang berasakan sistem imun badan seseorang. Pasaran imunologi merupakan pasaran yang akan memberi hasil yang yang lumayan pada masa akan datang dengan nilai sebanyak $74.1 bilion pada tahun 2022, menurut kajian yang dikeluarkan oleh Orbis Research.

Syarikat Adaptive yang disenarai dalam pasaran Nasdaq telah berjaya mengumpul dana sebanyak $300 juta dan harga saham telah meningkat sebanyak dua kali ganda

Adaptive yang disenaraikan di Nasdaq pada harga $20, kini berada pada paras $40 hanya dalam tempoh dua hari sahaja. Pihak Microsoft yang merupakan pelabur persendirian telah membeli saham syarikat tersebut pada paras $10 seunit sebelum IPO, kini telah meningkat empat kali ganda.

Adik-beradik Chad merupakan pengasas bagi Syarikat Adaptive. Mereka menjangkakan produk mereka akan menembusi pasaran pada tahun 2021-2022

Syarikat Adaptive ini merupakan syarikat yang dibangunkan oleh adik-beradik Chad dan Harlan Robins sepuluh tahun yang lalu dan berpangkalan di Seattle, Washington. Syarikat ini mempunyai pekerja seramai 346 orang.

Sebelum mengapungkan saham di Nasdaq, syarikat ini telah memperolehi wang dari pelabur persendirian sebanyak $400 juta sepanjang sedekad berada dalam industri ini.

Pihak Microsoft yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan syarikat start-up dalam menyediakan sistem peyimpanan awan yang melibatkan $12 juta untuk menggunakan perkhidmatan peyimpanan Azure selama tujuh tahun.

Selain itu juga, Microsoft menyediakan teknologi Artificial Intelligence (AI) untuk syarikat tersebut bagi membantu mentafsir maklumat yang diperlukan oleh bagi menjalankan penyelidikan.

Jam tangan pintar merupakan produk yang dikeluarkan oleh syarikat pengeluar peranti pintar yang fokus kepada kecergasan

Kini syarikat teknologi telah berlumba lumba membangunkan teknologi yang berasaskan kesihatan. Jika beberapa tahun kebelakangan ini, banyak pengeluar hanya memfokuskan mengeluarkan peranti yang berkait rapat dengan kecergasan saja. Kini syarikat peneraju teknologi beralih arah dengan membangunkan dan mengembangkan teknologi yang berkaitan dengan kesihatan.

Produk kesihatan yang digunapakai untuk menguji kadar kandungan gula dalam badan kini telah dijual di Apple Store di Amerika Syarikat

Syarikat Apple yang sebelum ini terkenal dengan pengeluaran peranti pintar, turut menjual peralatan yang dikenali sebagai One Drop untuk mengesan kadar kandungan gula didalam badan sesorang.

Kita bakal lihat trend ini akan terus berkembang pesat pada masa akan datang.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ada Gaji Tetap Tapi Buat Side Income? Jangan Terkejut Jika Terima Notis CP500 Dari LHDN

Ramai yang mempunyai gaji tetap beranggapan urusan cukai mereka telah selesai kerana majikan sudah membuat potongan cukai bulanan (PCB) setiap bulan. Namun, keadaan berbeza apabila seseorang individu mempunyai pendapatan tambahan selain gaji.

Antara pendapatan sampingan yang sering diterima rakyat Malaysia termasuk:

  • Pendapatan sewa rumah/homestay
  • Bisnes online
  • Grab/Food Panda rider
  • Content creator
  • Komisen jualan
  • Ejen insurans/takaful
  • Ejen hartanah

Jika anda mempunyai pendapatan seperti ini, anda mungkin akan menerima Notis CP500 daripada LHDN.

Apa Itu CP500?

CP500 ialah arahan bayaran ansuran cukai yang dikeluarkan oleh LHDN kepada individu yang mempunyai pendapatan selain penggajian.

Secara mudahnya, LHDN menganggarkan cukai yang perlu dibayar berdasarkan rekod tahun-tahun terdahulu dan membenarkan bayaran dibuat secara ansuran setiap dua bulan.

Daripada menunggu sehingga hujung tahun dan membayar sekaligus, sistem CP500 membantu menyebarkan beban pembayaran sepanjang tahun.

Kenapa Pekerja Bergaji Tetap Boleh Terima Notis CP500?

Ramai menyangka CP500 hanya untuk peniaga sepenuh masa.

Hakikatnya, seorang pekerja bergaji juga boleh menerima CP500 jika mempunyai pendapatan sampingan yang signifikan.

Sebagai contoh:

Ahmad bekerja sebagai jurutera dan menerima gaji RM8,000 sebulan. Pada masa sama, beliau memperoleh RM3,000 sebulan daripada sewaan sebuah apartmen. Walaupun PCB telah dipotong daripada gajinya, pendapatan sewa tersebut tidak tertakluk kepada PCB. Oleh itu, LHDN boleh mengeluarkan CP500 bagi memastikan cukai ke atas pendapatan sewa itu dibayar secara berperingkat.

CP500 Bukan Cukai Tambahan

Salah faham yang sering berlaku ialah ramai menganggap CP500 sebagai cukai tambahan.

Sebenarnya tidak.

Bayaran CP500 hanyalah bayaran pendahuluan terhadap cukai yang bakal dikira apabila anda mengemukakan borang cukai pendapatan.

Jika jumlah CP500 yang dibayar melebihi cukai sebenar, lebihan tersebut boleh dituntut semula. Jika tidak mencukupi, baki cukai perlu dijelaskan.

Musim Borang B: Semak Jika Anda Ada CP500

Bersempena musim penghantaran Borang B, individu yang mempunyai pendapatan selain penggajian disarankan untuk menyemak MyTax masing-masing.

Ramai pembayar cukai hanya menyedari kewujudan CP500 selepas menerima peringatan atau notis tunggakan.

Lebih baik mengetahui lebih awal dan merancang aliran tunai berbanding berdepan cukai yang besar secara mengejut.

Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Menerima Notis CP500?

Apabila menerima notis CP500, anda perlu memberi perhatian kepada tiga perkara utama:

  • Membuat bayaran cukai secara ansuran setiap dua bulan.
  • Membayar jumlah yang dinyatakan dalam notis CP500.
  • Memastikan bayaran dibuat sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.

Ramai pembayar cukai menyimpan notis tersebut tanpa mengambil sebarang tindakan kerana menyangka ia sekadar makluman biasa. Hakikatnya, CP500 adalah jadual bayaran ansuran cukai yang dikeluarkan oleh LHDN dan memerlukan tindakan daripada penerima notis.

Jika anda tidak bersetuju dengan jumlah yang ditetapkan atau menjangkakan pendapatan anda jauh berbeza daripada tahun sebelumnya, anda boleh menghubungi LHDN untuk mendapatkan penjelasan lanjut atau membuat semakan yang bersesuaian.

Bagaimana LHDN mengetahui anda mempunyai pendapatan tambahan? Secara umumnya, CP500 ditentukan berdasarkan maklumat yang telah dilaporkan dalam borang cukai tahun-tahun terdahulu. Dengan pelaksanaan e-Invois yang semakin meluas, data transaksi yang direkodkan juga dijangka membantu meningkatkan ketepatan maklumat percukaian pada masa hadapan.

Terlepas Bayar CP500, Ada Penalti?

Ya. Jika bayaran CP500 tidak dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan, penalti lewat bayar boleh dikenakan oleh LHDN.

Namun bagi Tahun Taksiran 2026, LHDN memberikan pengecualian penalti kepada individu yang mempunyai pendapatan penggajian serta pendapatan bukan penggajian yang menyebabkan notis CP500 dikeluarkan, termasuk pendapatan seperti sewa, faedah dan royalti.

Artikel The Star juga menekankan bahawa kelayakan bergantung kepada jenis pendapatan dan profil pembayar cukai, bukan sama ada penerima CP500 kali pertama atau tidak.

Langkah ini diperkenalkan bagi membantu kumpulan tersebut menyesuaikan diri dengan pelaksanaan sistem CP500 sepanjang tempoh peralihan.

Contoh:

Ahmad bekerja makan gaji dan PCB dipotong setiap bulan. Pada masa sama, beliau menerima pendapatan sewa rumah. Oleh sebab pendapatan sewa tidak tertakluk kepada PCB, Ahmad menerima notis CP500.

Sekiranya Ahmad tidak membuat bayaran ansuran CP500 pada Tahun Taksiran 2026, beliau tidak akan dikenakan penalti 10% di bawah Seksyen 107B(3) Akta Cukai Pendapatan.

Namun begitu, cukai yang masih belum dibayar tetap perlu dijelaskan apabila beliau mengemukakan borang cukai pendapatan kelak.

Ringkasnya, yang dikecualikan adalah penalti, bukannya cukai.

Baca lagi KONSESI PENGENAAN PENALTI KE ATAS NOTIS BAYARAN ANSURAN (CP500) BAGI INDIVIDU YANG MENERIMA PENDAPATAN PENGGAJIAN

Kesimpulan

Mempunyai pendapatan sampingan sememangnya satu perkara yang baik kerana ia membantu meningkatkan pendapatan. Namun begitu, jangan lupa bahawa setiap pendapatan juga datang bersama tanggungjawab percukaian.

Jika anda mempunyai pendapatan selain gaji, luangkan sedikit masa untuk memahami CP500. Ia bukan hukuman, bukan juga cukai tambahan, tetapi mekanisma yang membantu pembayar cukai mengurus bayaran cukai dengan lebih teratur sepanjang tahun.