Perkongsian Seorang Gadis Membeli 3 Buah Rumah Dalam Masa 6 Tahun

Banyak manfaat yang terkandung dalam perkongsian Puan Syafieqah A’lya ini. Semoga para pembaca terinspirasi dengan perkongsian ini.

14 langkah ini adalah untuk anda mula bina portfolio hartanah anda. Saya nak share sikit langkah mudah yang saya fikir semua pasangan muda mampu realisasikan.

Katakan anda dan pasangan baru bekerja. Dan waktu tu baru berumur 23 tahun. Gaji anda dan pasangan waktu tu, RM2,000 setiap seorang.

Andaikan gaji anda berdua dapat kenaikan RM100 setahun.

  1. Untuk lelaki, pakai dulu motor yang digunakan masa belajar dulu. Elakkan beli kereta.
  2. Yang wanita pula, beli kereta Perodua Axia. Komitmen bulanan, katakan RM500.
  3. Lelaki buat pembiayaan ASB RM100,000, dengan tempoh pembiayaan 30 tahun dengan komitmen bulanan RM550. Biarkan duit kat dalam tu dan jangan usik langsung selama 3 tahun.

    Dividen terkumpul yang korang akan dapat pada kadar 7.25% adalah RM23,300. Bila jual sijil (RM4,500), akan jadi RM27,800++. Majlis kahwin, wajib belanja macam anak raja?
  4. Si wanita pulak buat pembiayaan ASB RM50,000, komitmen bulanan RM275. Macam atas tadi jugak, jangan usik dividen selama 3 tahun.

    Dividen terkumpul untuk tempoh 3 tahun tu (kadar dividen tahunan 7.25%, sama macam kat atas tadi) akan jadi RM11,650. Tambah pulak bila jual sijil nanti (RM2,250), korang akan dapat sebanyak RM13,900 tunai.
  5. Jumlah terkumpul yang korang akan dapat adalah RM41,700. Boleh dah berkahwin pakai duit tu. Bajet untuk majlis kahwin, setkan RM10,000 je. Kalau parents korang nak buat lebih havoc, minta mereka support.

    Nak tak nak, teguhkan hati dekat bajet RM10,000 tu. Buat apa nak malu berkahwin secara tak melebih-lebih? Lebih baik bertindak secara bijak berbanding nak nampak gah dan hebat untuk satu hari je. Hidup korang berdua lepas berkahwin tu yang patut korang risaukan. Majlis sanding tu, kejap je.
  6. Jadi, baki sekarang tinggal RM31,700. Nak buat apa? Cari aset yang boleh bagi korang positive cash flow. Rumah lelong atau second hand?
  7. Lelaki cari rumah pertama. Low cost pun takpe. Cari yang harga kurang RM100,000. Mana ada dah rumah RM100,000? Pergi cari dulu. Mesti ada punya.

    Tak kira la lelong atau rumah second hand (subsale). EPF Akaun 2 dah ada dalam RM5,500. Bajetkan cash sebanyak RM10,000 untuk urusan beli rumah (10%) dan keluarkan duit EPF Akaun 2 tu.

    Mana-mana fi yang boleh serap dalam loan bank, sekalikan. Bayaran bulanan untuk rumah tu akan jadi RM450 (anggaran). Andaikan rumah tu boleh disewakan RM600 sebulan.

    Dapat penyewa? Tak usah berlengah dan terus siapkan tenancy agreement.
  8. Yang wanita jugak, cari rumah pertama macam si lelaki tadi.
  9. Menyewa dulu rumah untuk tempoh 3 tahun tu. Kalau boleh duduk dengan family untuk sementara waktu, lagi bagus. Banyak boleh jimat.

    Baki tunai setakat ini akan tinggal RM11,700.
  10. Dengan jumlah dalam EPF Akaun 2 korang tadi, boleh tampung RM150 sebulan untuk bayar ansuran rumah masing-masing. Jadi, komitmen korang untuk rumah masing-masing cuma RM300 je setiap seorang.

    Simpanan cecah lebih RM500,000? Wow!
  11. Dengan pendapatan sewa tadi (RM600 + RM600), buat pembiayaan ASB RM100,000 setiap seorang. Gunakan duit pendapatan sewa tu untuk bayar ansuran bulanan. Jangan usik dividen tu selama 3 tahun.

    Jumlah dividen terkumpul korang akan jadi RM46,700. Tambah pulak dengan jual sijil (RM6,300), cash akan dapat sebanyak RM53,000.

    Campur pulak dengan jumlah cash yang ada dalam tangan: RM53,000 + RM11,700 =RM64,700
  12. Kekalkan pembiayaan RM100,000 ASB si wanita tadi, sampai habis tempoh pembiayaan dengan komitmen bulanan RM600 secara konsisten (selama 22 tahun). Dan macam biasa. Biarkan je dividen berkembang dalam tempoh tu. Ini untuk simpanan jangka masa panjang.

    Lepas 22 tahun, simpanan terkumpul akan jadi RM516,000. Tak salah upgrade beli rumah besar sikit (bila dah mampu)
  13. Dengan baki pada step 11 tadi (RM64,700), guna untuk beli rumah duduk sendiri. Saya bagi contoh, rumah tu harga RM300,000.

    Buat pembiayaan bersama dengan pasangan korang kalau perlu. Baki duit cash yang ada, boleh gunakan untuk minor renovation dan beli barang-barang rumah.

    Komitmen bulanan masa ni lebih kurang RM1,350. Waktu ni, gaji pun dah naik dan korang takde masalah untuk bayaran ansuran rumah. Lagipun, dah ada disiplin dan karakter menyimpan yang korang bina sebelum ni.

    Pandai-pandai la korang share bayar. Kata nak hidup selesa bersama, kan?
  14. Paling kurang, korang dan ada 3 buah rumah. Kereta pun dah nak habis bayar. Gaji pun dah best masa ni. Mungkin tiba masa untuk upgrade kereta tu. Reward diri sebab dah berjaya capai ke tahap ni.

Kredit Gambar: FB Syafieqah A’lya


Perancangan untuk masa depan dan disiplin diri kita je yang mampu mengubah. Takde alasan lain. Antara NAK BUAT atau TAK NAK BUAT je.

Antara nak atau tak nak buat je. Dia takde “nanti dulu,” atau lain-lain yang sama jenis dengannya.

Dan tak bermakna kena ikut bulat-bulat apa yang beliau cadangkan. Boleh je ubah ikut kesesuaian hidup sendiri.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

OIB Lancar Gardens Idaman, Memperkukuh Portfolio Perumahan Mampu Milik Mampan Di Selangor

Rawang, 17 Ogos 2026: Oriental Interest Berhad (OIB) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Myra Idaman, sebuah pembangunan perumahan mampu milik terbaharunya di bawah program Rumah Idaman, yang dipasarkan dengan nama Gardens Idaman. Pelancaran ini memperluas lagi portfolio perumahan mampu milik OIB di Selangor, dengan Gardens Idaman menjadi pembangunan terbaharu Kumpulan di bawah program Rumah Idaman.

Meliputi kawasan seluas 11.226 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM163.8 juta,
Gardens Idaman akan menawarkan 616 unit pangsapuri separa berperabot dengan harga bermula daripada RM250,000 hingga RM270,000. Setiap unit turut dilengkapi dengan dua ruang letak kereta.

Pembangunan berstatus pajakan ini dijangka siap pada tahun 2030 dan direka sebagai komuniti berpagar dan berpengawal untuk pembeli rumah pertama serta keluarga yang mencari kediaman yang lebih luas dan selesa.

Setiap unit berkeluasan 1,002 kaki persegi mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua ruang letak kereta, serta dilengkapi secara separa berperabot dengan almari pakaian, penghawa dingin, pemanas air, kabinet dapur, peti sejuk, televisyen dan kabinet TV.

Para penghuni juga akan menikmati Central Park yang menampilkan trek joging, gimnasium luar, taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan pickleball, selain kemudahan lain seperti dewan serbaguna, tadika serta surau.

William Lew, Pengurus Besar Unit Perniagaan Essential Myra, bahagian hartanah kediaman OIB, berkata program Rumah Idaman Selangor memainkan peranan penting dalam memperluaskan akses kepada perumahan mampu milik berkualiti di seluruh negeri.

“Program Rumah Idaman telah menjadi penanda aras penting dalam menjadikan pemilikan rumah berkualiti lebih mudah dicapai oleh pembeli rumah pertama.

“Sebagai salah satu pemaju yang menyertai program ini, peranan kami bukan sekadar membangunkan kediaman yang memenuhi keperluan program, tetapi juga sentiasa mencari peluang untuk mewujudkan nilai tambah kepada pemilik rumah serta komuniti yang bakal didiami mereka,” katanya

Pelancaran ini turut memperluas portfolio perumahan mampu milik OIB, dengan Gardens Idaman dan pembangunan akan datang, Saujana Idaman di Dengkil, masing-masing menerima pensijilan Provisional GreenRE Bronze, mengiktiraf komitmen projek-projek tersebut terhadap amalan pembangunan yang mampan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

GreenRE merupakan skim pensijilan bangunan hijau Malaysia yang ditubuhkan oleh
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), bagi mengiktiraf pembangunan yang
memenuhi penanda aras kelestarian merangkumi aspek seperti kecekapan tenaga, kecekapan air, perlindungan alam sekitar serta kualiti persekitaran dalaman.

Walaupun aspek kelestarian semakin diberi perhatian dalam sektor hartanah Malaysia, penerapan piawaian GreenRE dalam pembangunan perumahan mampu milik masih belum meluas.

Ini menunjukkan masih terdapat ruang untuk memperluaskan penerapan reka bentuk mampan dalam pembangunan perumahan mampu milik, agar manfaat kelestarian dapat dinikmati oleh lebih ramai pemilik rumah.

Lew menambah bahawa walaupun pensijilan GreenRE bukan merupakan keperluan di bawah program Rumah Idaman, OIB percaya aspek kelestarian wajar diterapkan dalam pembangunan perumahan mampu milik dan tidak seharusnya terhad kepada pembangunan bertaraf premium.

“Sering kali wujud persepsi bahawa kelestarian hanya sesuai untuk pembangunan berharga tinggi. Namun, kami percaya perumahan mampu milik juga boleh menerapkan elemen kelestarian tanpa menjejaskan kemampuan milik, terutamanya apabila aspek ini dipertimbangkan sejak peringkat awal reka bentuk.

“Pensijilan Provisional GreenRE Bronze yang diterima oleh Gardens Idaman dan Saujana Idaman menunjukkan bahawa kelestarian dan kemampuan milik boleh bergerak seiring. Pencapaian ini turut mencerminkan usaha kami untuk menerapkan pendekatan pembangunan yang lebih mampan dalam projek perumahan mampu milik,” jelasnya.

Gardens Idaman menggabungkan pelbagai ciri reka bentuk mampan termasuk reka bentuk luaran bangunan bagi mengurangkan penyerapan haba, kelengkapan kecekapan air 100%, penggunaan bahan binaan rendah karbon, sistem acuan aluminium boleh guna semula, sistem lif cekap tenaga, cat rendah penyerapan sebatian organik (VOC) serta pengoptimuman pencahayaan semula jadi.

Secara keseluruhannya, langkah-langkah ini dijangka meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan air, memperbaiki kualiti persekitaran dalaman serta mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selesa untuk para penghuni.

Berdasarkan penilaian GreenRE, Gardens Idaman dijangka mencapai penjimatan tenaga kira-kira 30.61% berbanding dengan garis dasar GreenRE, serta mengurangkan pelepasan karbon operasi yang dianggarkan sebanyak 337 tan karbon dioksida setara (CO₂e) setiap tahun.

Terletak di salah satu koridor pertumbuhan utama Selangor, Gardens Idaman menawarkan hubungan strategik ke Rawang, Sungai Buloh, Kwasa Damansara, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie serta Lebuhraya Utara-Selatan (NSE).

Pembangunan ini turut menawarkan akses mudah ke sekolah, kemudahan penjagaan kesihatan dan rekreasi serta pusat komersial berhampiran.

Gardens Idaman merupakan projek terbaharu dalam portfolio Rumah Idaman OIB, selepas kejayaan pelancaran Putra Idaman di Desa Pinggiran Putra pada tahun 2024.

Dengan Saujana Idaman dijadualkan untuk dilancarkan pada suku ketiga 2026, OIB akan terus mengembangkan portfolio perumahan mampu miliknya di Selangor, selaras dengan aspirasi perumahan negeri. Untuk maklumat lanjut mengenai Gardens Idaman, layari https://www.myra.com.my/myra-homes/gardensidaman