Cara Betul Beli Kereta Baru Yang Masih Ramai Tak Tahu

Ramai yang ingin membeli kereta idaman, tetapi kalau tak kena caranya – akan bermulalah episod yang menjerat kewangan sehingga 9 tahun lamanya. Jom ikuti perkongsian Tuan Redzwan Khairudin sebagai panduan kita untuk beli kereta dengan cara yang betul.

Hadamkan dulu amaran ini sebelum teruskan bacaan.

Amaran: Segala pengiraan dalam posting ini sesuai dibaca untuk yang masih tercari-cari point kukuh, kenapa tak perlu beli kereta yang harga lebih daripada RM65,000.

Dengan syarat, jika kereta tersebut semata-mata untuk digunakan bagi memenuhi tuntutan keperluan di samping mendambakan sedikit keselesaan.

Dunia kewangan taklah zalim sangat, kalau korang bijak membahagi darabkan antara keperluan dan kemahuan. Panjang pulak amaran saya ni.

Antara kereta yang saya sarankan korang beli adalah seperti:

Sumber : PROTON

  • Proton Suprima Medium Spec (bukan highest spec yang siap dengan skirting)
  • Proton Persona Medium Spec
  • Proton Neo Medium Spec
  • Proton Saga Highest Spec
  • Proton Iriz Highest Spec
  • Perodua Alza Medium Spec
  • Perodua Myvi Highest Spec
  • Perodua Axia Lowest Spec (boleh beli 2 buah)
  • Perodua Bezza Highest Spec
  • Atau lain-lain kereta yang harga bawah RM65,000 (boleh tambah sendiri list ini)

Ini dia game plan yang anda boleh gunakan.

1. Sediakan Deposit

Kita assume harga kereta kat atas ni ikut selera masing-masing tetapkan pada harga RM63,400 sahaja. So, sediakan deposit 10% sebagai duit muka bayaran kereta.

Total RM6,340 tu, korang pandai-pandai sediakan. Hasil buat kerja part time ke, hasil jualan melalui dropship ke, atau lain-lain. Janji rezeki itu halalan toyyiban.

2. Cari Tawaran Pinjaman Yang Baik

Cari bank yang tawarkan rate 3.0% untuk pinjaman kereta korang bagi kereta lokal yang bertaraf nasional.

Ya, sesetengah orang akan cakap mana ada bank nak bagi 3%. Sekarang, kereta lokal je dah 3.3% ke atas.

Okay, macam ni. Kalau tak jumpa mana yang nak bagi 3% tu boleh contact Abam RK.

Kalau abam carikan ada yang nak bagi 3% atau kurang lagi, alamatnya korang memang kena deal dengan Abam RK untuk proses-proses seterusnya.

So, cari sampai jumpa okay?

3. Bayaran Bulanan

Secara tak langsung korang buat pinjaman dengan pihak bank, untuk baki harga kereta setelah dibayar duit mukanya itu tadi.

Saya assume RM57,000 ikat bank 9 tahun dengan kadar bunga 3% setahun. Maka bayaran bulanannya ialah RM602.89. Sap sap sui, RM600 kasi senang cerita.

Ini surprise yang anda bakal dapat lepas dah beli kereta nanti.

4. Buat ASB Financing?

Next korang cari Abam RK. Bagi abam test drive kereta korang tu. Abam nak tekan minyak laju-laju, lepas tu buat drift satu kali.

Lepas siap buat drift, Abam keluar kereta terus bagi korang borang ASB Financing.

Pasti korang terpinga-pinga, kan? Dalam hati, eh pokemon betul RK ni.

Dah la hentak pedal dalam-dalam. Habis minyak kereta aku. Lepas tu buat drift tak beragak.

Tup-tup, suruh buat ASB Financing. Sakai ke ape mamat ni? Insuran nyawa dah berlambak kot?

Okay. Pendek cerita, korang buat RM110,000 ASB Financing, ikat 30 tahun. Monthly bayar RM604.02 Sap sap sui, RM600 senang cerita.

5. Konsisten Buat Bayaran

Teruskan membayar bulanan kereta untuk RM602.89 dan ASB Financing untuk RM604.02. Total komitmen bulanan untuk kedua benda ni ialah:

RM602.89 + RM604.02 = RM1,206.91. Senang kira, RM1,200 lah ya. Jaga kewangan dengan penuh tanggungjawab. Bayar kepada bank untuk kedua benda ni selama 4 tahun.

Layankan saja kalau ada model-model kereta baru yang keluar selepas ni dalam pasaran. Kau siul jer kuat-kuat, jangan bagi kata nafsu memenangi peperangan saraf di kotak minda tu.

4 tahun pun berlalu…

6. Jual Sijil ASB Financing

Selepas 4 Tahun, korang terminate (jual semula) sijil pembiayaan ASB Financing RM110,000 itu tadi.

Secara tak langsung akan menghasilkan dividen terkumpul sebanyak RM35,500, dan hasil jualan semula sijil sebanyak RM6,800. Total cash in hand hasil termination ASB Financing ketika ini ialah RM42,300:

Dividen Terkumpul + Surrender Value
RM35,500 + RM6,800 = RM42,300.

7. Semak Outstanding Balance

Sekarang semak semula berapa outstanding balance untuk hutang kereta selepas 4 tahun solid membayar.

Total Car Loan at beginning – 48 bulan hasil bayaran telah dibuat,
RM65,112 – (RM602.89 X 48 Bulan) = RM36,170 (Baki @ Outstanding Amount).

8. Selesaikan Bayaran Kereta

Gunakan total cash in hand melalui hasil ASB Financing tadi untuk setelkan terus outstanding figure car loan korang. Maka, akan ada sedikit lebihan:

RM42,300 – RM36,170 = RM6,130. Antara contoh strategi yang anda boleh gunakan.

Kereta Suprima (contoh berdasarkan list kat atas tadi) yang korang beli dan ikat tepi selama 9 tahun dengan pihak bank, dapat diselesaikan dalam masa 4 tahun solid saja. Lebihan wang keramat sebanyak RM6,100++ tercipta.

Jika kereta Suprima itu tadi anda jual pada market value, nilainya masih ada sebab baru saja berusia 4 tahun (kebanyakan kereta terpakai masih acceptable jika usia 4 tahun ke bawah).

Jika kita ambil 40% sahaja dari harga asal, maka kereta korang akan memberi pulangan tunai sebanyak RM25,360.

Maka secara asasnya, total wang tunai akan menjadi:

Lebihan dari game plan 4 tahun + hasil step up game plan,
RM6,130 + RM25,360 = RM31,490.

Jika kereta Suprima itu tadi korang jadikan untuk dibuat sewa kepada pelajar universiti (ataupun dipajakkan untuk dibuat sewa oleh bisnes kereta sewa), maka korang deal sendiri dengan tokey bisnes tersebut.

Ini bertujuan untuk dapatkan constant passive inflow of cash darinya untuk setiap bulan.

Carilah deal yang tak menindas dan tak menyukarkan diri korang sendiri. Jika positive cash flow utk deal macam ni boleh bagi pulangan RM1,000 setiap bulan, itu pun dah cukup bagus.

Itu adalah antara pilihan yang boleh anda lakukan. Lepas tu, apa nak buat?

Kalau pilih untuk jual semula kereta korang, maka korang akan ada cash almost RM32,000.

Kalau saya, buat Financing untuk ASB dan ASB2 nilai maksimum RM200,000 setiap satu, dan kemudiannya apply teknik rolling dividend selama 29 tahun akan datang.

Sekurang-kurangnya selepas 30 tahun dari sekarang, saya bakal ada dana persaraan sebanyak hampir RM520,000. Banyak kan?

Jika pilih untuk menyewa atau dipajakkan, maka korang get ready pelan untuk melabur dalam pelaburan hartanah, atau lain-lain jenis pelaburan. Maintain agreement pajakan kereta untuk sewa tu (maintain at least 5 tahun).

Dapatkan positive cash flow RM800 ke RM1,000 setiap bulan. Jadikan sebagai holding power untuk property sebelum korang jual untuk dapatkan capital appreciation.

Tips tambahan: Jual BMV (below market value) untuk elak risiko tak terjual. Deco bagi cun, pada masa yang sama, dalami ilmu hartanah dalam-dalam.

Ini kerugian yang anda kena tanggung kalau tak buat strategi macam ini. Jika tak buat strategi macam ni, maka korang beli kereta ikat 4 tahun saja dengan kadar bunga yang sama 3%, maka bayaran sebulan ialah RM1,261.

Lepas habis bayar, korang kekurangan RM9,000 ++ sebenarnya. Ini yang dinamakan sebagai opportunity lost. Jom kita kira.

Hasil lebihan jika guna ASB yg tak dapat + bayar lebih RM61 selama 48 bulan,
RM6,130 + (RM61 X 48 Bulan) = RM9,058 (ini jumlah peluang yang korang rugi).

Kesimpulan yang boleh dibuat, beregu itu memang baik jika kena pada caranya. Potensi mereka amat besar. Jika digilap secara berterusan, Inshaa Allah pasti akan menyinar.

Hapuskan hutang jahat dengan convert ia menjadi hutang yang baik. Istiqomah dalam berdakwah. Jangan hangat-hangat tahi ayam. Nanti segala perancangan akan pergi ke laut.

Sesuaikan ikut kewangan poket masing-masing. Saya cuma bagi gambaran sahaja. Usah banyak bicara jika mahu berjaya.

Kalau rasa-rasa tak boleh hadap, anda muhasabah balik diri tu. Tanya balik apa tujuan utama kita hidup dimuka bumi. Nak enjoy lebih, atau nak berjaya sesama kita dan bantu lebih ramai orang yang seagama?

Nak Tahu Anda Layak Dapat Pinjaman / Pembiayaan Dengan Bank atau Tidak? Semak Laporan CTOS / CCRIS Terlebih Dahulu. Pastikan Cantik!

Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman / pembiayaan daripada bank. Namun rekod CCRIS hanya sebuah laporan skor kredit, bukan rekod blacklist yang sering jadi salah faham dalam kalangan rakyat Malaysia.

Berapa harga untuk laporan CTOS / CCRIS?

Anda boleh dapatkan di laporan MyCTOS serendah RM27.90 di CTOS score, ataupun muat turun secara online di MyCreditInfo daripada EXPERIAN serendah RM23.90.

Dengan EXPERIAN My Credit Info (nama lama dia RAMCI), mereka ada produk bernama Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai status kewangan anda.

Laporan ini mengandungi maklumat seperti CCRIS;

  • Kemudahan kredit anda dengan bank / institusi kewangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS), Bank Negara Malaysia.
  • Kemudahan kredit peribadi, secara bersama atau diperolehi oleh hak milik tunggal di mana anda adalah pemilik.
  • Nama bank atau institusi kewangan yang memberi kemudahan kredit/pinjaman, cawangan institusi kewangan di mana kemudahan kredit/pinjaman yang anda diperolehi.
  • Jumlah pinjaman/had kredit, baki tertunggak daripada kemudahan kredit anda dan tarikh terakhir untuk jumlah belum dijelaskan akan dilaporkan oleh bank / institusi kewangan.
  • Jenis cagaran atau jaminan yang dicagarkan untuk kemudahan kredit.
  • Pembayaran yang kerap untuk setiap kemudahan, seperti setiap bulan atau mingguan.
  • Permohonan kredit yang diluluskan selama 12 bulan terakhir dengan ahli CCRIS yang mengambil bahagian.
  • Pelbagai kemudahan kredit anda dipantau khas oleh bank atau institusi kewangan di bawah Akaun Perhatian Khas

Selain itu, ada juga maklumat SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA – baki potongan & sejarah pembayaran), PTPTN, maklumat bukan berkaitan perbankan dan banyak lagi.

Maklumat yang TIDAK termasuk dalam laporan ini adalah:

  • Akaun Deposit atau Simpanan
  • Rekod pekerjaan
  • Status perkahwinan
  • Kesihatan
  • Rekod jenayah
  • Butiran gaji
  • Agama

Contoh Laporan Kredit:

Dapat gred 10 kira dah terbaik, bermaksud kurang risiko untuk pembiayaan tidak dibayar atau default. Agak-agak ada ke bank nak bagi pembiayaan kalau kita berisiko tinggi? Paling teruk sekali dapat skor 1 – 3 (WEAK), bank pasti akan terus tolak bulat-bulat je permohonan korang tu tanpa cakap banyak.

Maklumat yang digunakan bagi mengira skor kredit ini termasuk:

  • Pinjaman yang anda ada (kad kredit, pinjaman / pembiayaan perumahan, kereta, pinjaman peribadi, dan lain-lain.);
  • Sama ada anda membayar pinjaman / pembiayaan tepat pada masanya;
  • Jumlah hutang anda yang belum dijelaskan;
  • Sama ada anda telah secara aktif memohon kredit baru;
  • Sama ada anda mempunyai apa-apa tindakan undang-undang;
  • Usia akaun anda

Skrol bawah sikit akan ada bahagian Banking Credit Information. Dekat sini akan disenaraikan segala pinjaman / pembiayaan / kredit kad dan sejarah pembayaran.

Kena pastikan lebih banyak angka kosong ‘0’ bermakna kita buat bayaran on-time setiap bulan. Kalau dapat semua ‘0’, itu memang terpaling flawless, bank tak akan tergamak nak reject dan dengan rela hati akan meluluskan permohonan pembiayaan korang.

Menarik bukan? Cepat check dan DOWNLOAD sekarang.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pengurusan Kesihatan Mental Untuk Usahawanita Moden

usahawanita moden
  • Rutin pengurusan kesihatan mental untuk usahawanita moden
  • Usahawan wanita yang mengurus perniagaan sambil memikul tanggungjawab peribadi
  • Kehidupan moden yang pantas dan kompetitif menyebabkan wanita mudah kemurungan
  • Kesihatan mental yang baik membantu wanita urus tekanan & kekalkan produktiviti kerja

Wanita hari ini bukan lagi sekadar berada di belakang tabir dalam dunia perniagaan. Mereka menjadi pengasas syarikat, pelabur, profesional, pemilik SME dan peneraju pelbagai industri.

Namun, kejayaan tersebut datang bersama tekanan yang mungkin tidak kelihatan.

Bagi sesetengah wanita, selepas tamat waktu pejabat, tanggungjawab belum selesai. Masih ada anak yang perlu diurus, pasangan, keluarga, rumah dan pelbagai keputusan yang perlu dibuat.

Sebab itu kesihatan mental wanita tidak boleh dilihat sebagai isu sampingan.

Baca : Wanita Malaysia Jana Lebih RM176 Juta Pada 2022 Sebagai Hos – Airbnb

Data Kementerian Kesihatan Malaysia melalui NHMS 2023 menunjukkan kira-kira satu daripada lapan rakyat Malaysia berusia 15 tahun ke atas mengalami kemurungan, dan prevalens kemurungan meningkat dua kali ganda berbanding 2019.

Lebih menarik untuk konteks usahawan, satu kajian terhadap rakyat Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan simptom kemurungan yang lebih tinggi, manakala tekanan menjadi antara faktor penting yang berkait dengan simptom tersebut.

“Kajian terhadap 728 orang dewasa di Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan tahap simptom kemurungan lebih tinggi, dengan tekanan & status sebagai pemilik perniagaan menjadi antara peramal signifikan simptom kemurungan.” – National Library of Medicine

Baca : Pelaburan Bantu Wanita Boleh Wujud Kesan Beriak Bawa Pelbagai Manfaat

Ini bukan bermaksud menjadi usahawan menyebabkan kemurungan. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa tekanan keusahawanan dan kesihatan mental wajar diberi perhatian.

Jadi, apakah rutin yang boleh membantu usahawanita moden menjaga kesihatan mental mereka?

1. Rutin Bersenam

Senaman bukan hanya untuk menurunkan berat badan.

Bagi usahawanita yang menghabiskan sebahagian besar hari di hadapan komputer, dalam mesyuarat atau mengurus operasi perniagaan, aktiviti fizikal boleh menjadi ruang untuk keluar seketika daripada tekanan kerja.

rutin bersenam wanita

Tidak semestinya perlu melakukan senaman berat.

Berjalan kaki, berenang, berlari, berbasikal atau melakukan latihan kekuatan secara konsisten sudah boleh menjadi sebahagian daripada rutin.

Yang penting ialah konsistensi, bukan intensiti semata-mata.

Bahkan, menjadikan senaman sebagai rutin mingguan boleh memberikan satu bentuk struktur kepada kehidupan yang mungkin dipenuhi jadual kerja yang tidak menentu.

2. Rutin Penjagaan Diri

Ada satu perkara yang sering berlaku kepada wanita yang terlalu sibuk.

Mereka menjaga semua orang kecuali diri sendiri.

rutin penjagaan diri wanita

Bagi sebahagian wanita, rawatan kecantikan bukan sekadar mahu kelihatan lebih muda atau cantik. Ia juga boleh menjadi masa untuk berhenti seketika daripada rutin kerja.

Namun, penting untuk membezakan self-care daripada tekanan untuk sentiasa kelihatan sempurna.

Penjagaan diri sepatutnya membantu seseorang berasa lebih baik tentang dirinya, bukan menambahkan tekanan untuk memenuhi standard kecantikan tertentu.

3. Rutin Tidur Awal

Usahawan mungkin terkenal dengan bekerja sehingga lewat malam.

Laptop dibuka selepas anak tidur. Telefon masih berbunyi dengan WhatsApp pelanggan. E-mel masih masuk. Idea perniagaan pula datang ketika semua orang sudah tidur.

rutin tidur awal

Masalahnya, otak juga memerlukan masa untuk berehat.

Rutin tidur yang konsisten boleh menjadi salah satu bentuk pengurusan diri yang paling mudah tetapi sering diabaikan.

Sebelum tidur, usahakan untuk mengurangkan penggunaan skrin dan cahaya terang, khususnya apabila ia menyebabkan kita terus terangsang dengan kerja, media sosial atau notifikasi.

Kadangkala masalahnya bukan kita tidak mempunyai masa untuk tidur.

Kita tidak pernah benar-benar berhenti bekerja.

4. Rutin Travel dan Melihat Dunia

Travel juga boleh menjadi satu bentuk “reset” daripada rutin.

Bagi usahawanita yang sentiasa membuat keputusan untuk syarikat, pekerja dan keluarga, perjalanan seorang diri boleh memberikan ruang untuk membuat keputusan berdasarkan diri sendiri.

Tidak perlu sentiasa memilih destinasi popular.

rutin melancong wanita

Asia Tengah, misalnya, menawarkan pengalaman yang berbeza, Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan dan negara-negara lain mempunyai sejarah, budaya dan landskap yang jauh berbeza daripada destinasi pelancongan biasa.

Solo travel juga tidak semestinya bermaksud melarikan diri daripada kehidupan.

Kadangkala ia sekadar memberikan seseorang ruang untuk melihat kehidupan dari perspektif yang berbeza.

Namun, perjalanan perlu dirancang mengikut kemampuan kewangan, keselamatan dan keadaan diri. Travel yang menambahkan hutang atau tekanan bukanlah self-care.

5. Rutin Beribadah & Kebajikan

Bagi wanita Muslim, pengurusan kehidupan tidak semestinya berhenti pada aspek fizikal dan psikologi.

Ia juga mempunyai dimensi spiritual.

rutin beribadah wanita

Solat, membaca al-Quran, menghadiri kelas ilmu, melakukan amal jariah, menunaikan umrah atau haji boleh menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan yang memberikan ruang untuk seseorang kembali mengingati tujuan hidup yang lebih besar daripada pekerjaan.

Ini juga memberikan perspektif kepada dunia keusahawanan.

Syarikat boleh berkembang. Duit boleh bertambah. Jawatan boleh berubah. Tetapi kehidupan tetap mempunyai dimensi yang lebih luas daripada keuntungan.

Baca : Perangai Wanita Malaysia Selepas Dapat Gaji

Bagi sesetengah usahawanita, amal jariah juga menjadi cara untuk menukar sebahagian daripada kejayaan material kepada sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain.

Alhasil

Menjadi usahawanita moden bukan sekadar tentang membina syarikat dan mencapai keuntungan.

Ia juga tentang kemampuan untuk terus berfungsi sebagai seorang individu, sebagai wanita, ibu, isteri, anak, pemimpin dan manusia yang mempunyai keperluan emosi serta fizikal sendiri.

Sebab itu rutin kecantikan, senaman, tidur, travel dan ibadah tidak sepatutnya dilihat sebagai aktiviti yang membuang masa daripada pekerjaan.

Sebaliknya, ia boleh menjadi sebahagian daripada cara seseorang membina kehidupan yang lebih seimbang.

Pada akhirnya, perniagaan yang berjaya memerlukan seorang pemimpin yang mampu bertahan dalam jangka panjang.

Baca : Kisah Emas Dan Wanita Kelantan

Usahawanita tidak perlu memilih antara kejayaan dan kesejahteraan diri. Yang lebih penting ialah belajar mengurus kedua-duanya.