Tuan Haji Mohd Asri, Pemenang The BrandLaureate Awards

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada mentor pelaburan saham Malaysia, Tuan Haji Mohd Asri di atas kejayaan merangkul anugerah ‘The World’s First e-Branding Awards 2020 – Brand Leadership Award’.

Acara yang julung-julung kali diadakan ini telah meraikan 30 jenama dan personaliti terkemuka tanahair. Penyampaian anugerah secara maya ini telah diadakan ‘live’ di www.fb.com/thebrandlaureate pada 3 Ogos 2020, dari pukul 8-9 malam dan telah menarik perhatian lebih daripada 10,000 penonton.

Tidak seperti majlis makan malam gala yang biasanya diadakan di hotel-hotel terkemuka di Kuala Lumpur, sesi secara maya ini membolehkan sesiapa saja dan di mana saja mereka berada bagi meraikan pemenang.

Acara ini telah diketuai oleh DrKKJohan selaku presiden dunia The BrandLaureate. The BrandLaureate Awards ini dihadiahkan kepada personaliti tempatan di atas kejayaan dan sumbangan mereka di kala orang ramai berdepan dengan kepayahan hidup yang disebabkan oleh pandemik Covid-19.

Di antara bintang penerima anugerah pada malam tersebut adalah Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia yang menerima anugerah ‘Most Outstanding BrandLeadership Achievement in Administration Covid-19 Pandemic’. Peranan beliau dalam mengekang penularan wabak ini sangat penting sekali.

Seorang lagi pemenang adalah Dato Wah Idris yang merupakan penyanyi, pencipta lagu dan komposer; yang turut mendendang lagu ‘Standing In The Eyes of the World’.

Sumber: FB Tuan Haji Mohd Asri dan FB The BrandLaureate Awards

Tahniah lagi sekali diucapkan kepada Tuan Haji Mohd Asri (THMA) dan seluruh ahli pasukan Asri Ahmad Academy (AAA) kerana terus menyebarkan ilmu pelaburan saham patuh syariah walaupun terpaksa melakukannya secara maya.

Kalau dulu sebelum PKP kelas fizikal diadakan di hadapan ribuan orang, nak taknak terpaksa merubah teknik pengajaran dan pembelajaran ke atas talian.

Kesannya adalah menakjubkan, semakin ramai khususnya Bumiputera mula melibatkan diri dalam pelaburan saham patuh syariah.

Memang tabik spring!

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.