Ini 5 Youtuber Terkaya Malaysia (?)

Bukan mudah menjadi seorang youtuber, apatah lagi yang menjana income sehingga 5 angka. Tetapi tidak mustahil bagi mereka yang bergelar youtuber kerana ia telah pun dibuktikan oleh youtuber terkenal di negara kita.

YouTube bukan sahaja menjadi pengganti kepada televisyen, namun ia juga mendatangkan pendapatan daripada video-video yang dimuat naik menerusi iklan (Adsense), penaja serta mengharapkan viewer mereka akan klik pada link-link referral (jualan produk atau servis).

Di Malaysia juga pengaruh Youtube boleh dikatakan amatlah kuat. Ada juga dalam kalangan masyarakat negara kita yang telah menjadikan YouTube sebagai karier mereka.

Jom kami kongsikan antara 5 youtuber yang berkemungkinan meraih pendapatan yang tinggi di Malaysia.

1. Alieff Irfan

Alieff Irfan telah menubuhkan saluran YouTube beliau pada 6 Ogos 2016 yang lalu. Beliau telah memuat naik sebanyak 145 buah video.

Pendapatan beliau dikatakan mencecah USD 22,230 sebulan yang bersamaan dengan hampir RM 95 ribu sebulan. Walaupun ini hanya anggaran, namun Aliff Irfan katanya telah mempunyai syarikat produksinya yang tersendiri dan dibantu oleh 8 orang pekerja. Wow!

2. Namewee

Sebut sahaja nama Namewee, teringat akan kontroversi lagu Negaraku yang telah diubah olehnya. Kini, Namewee telah mempunyai 1.9 juta pengikut di YouTube. Pendapatan Namewee kini dikatakan mencecah USD15,300 sebulan. 

Pasti ramai yang sudah kenal akan nama ini bukan? Maklumlah beliau sering mencetuskan kontroversi.

3. Syahmi Sazli

Siapa tak kenal dengan Syahmi Sazli yang telah mengarahkan drama spontan di youtube bersama Asif Suhaimi dan Yoe Parey. Mengikut laporan, pendapatan beliau juga mencecah RM 100 ribu sebulan? Beliau juga sedang giat mengarahkan Movie yang bertajuk Mael Totey The Movie.

Siapa sangka dengan kisah yang bersahaja dan tidak terlalu mengikut standard pembikinan filem, video-video di channel beliau menjadi kegemaran ramai kerana telatah lucu Asuf dan Yoe.

4. Isa Isarb

Katanya baru beli rumah dengan harga RM1.8 Juta. Beliau sering menghabiskan duitnya dalam bersedekah kepada yang memerlukan sambil dalam penggambaran videonya.

Video-video beliau juga turut viral dan kebanyakan video ada referral link ke Lazada dan OctaFX yang boleh menjadi sumber pendapatan tambahan.

5. Nur Amira Syahira

Adakah anda mengenali Nur Amira Syahira? Ya, beliau adalah seorang gadis yang gemar bermain drum sejak kecil lagi. Beliau telah menjadi seorang youtuber sejak tahun 2011.

Tahukah anda, beliau pernah menjuarai rancangan TV realiti kanak-kanak ‘Ceria All Stars’ pada tahun 2015. Syabas diucapkan kepada beliau!

Kesimpulannya, ramai lagi youtuber Malaysia yang buat duit melalui YouTube dan tidak cukup ruang untuk kami senaraikan seperti Mat Luthfi, Soloz dan sebagainya.

Cuma nak pesan, bila dah masyuk jangan lupa tunaikan kewajipan lapor pendapatan dan bayar cukai pendapatan.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pusat Perubatan Subang Jaya Tersenarai Dalam 250 Hospital Terbaik Di Dunia Dan 10 Terbaik Serantau Dalam Penarafan Newsweek 2026

Subang Jaya – Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) telah diiktiraf sebagai antara 250 hospital terbaik di peringkat global dan 10 terbaik di peringkat serantau dalam senarai World’s Best Hospitals 2026 oleh Newsweek, meletakkan institusi ini dalam kelompok hospital terkemuka di seluruh dunia. Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen SJMC terhadap piawaian antarabangsa dalam penjagaan klinikal dan hasil rawatan pesakit, sekaligus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara 3 hospital swasta terbaik di Malaysia bagi tiga tahun berturut-turut.

Bryan Lin, Ketua Pegawai Eksekutif SJMC dan Ketua Pegawai Eksekutif Serantau Asia OneHealthcare, menyatakan bahawa pencapaian ini hasil usaha kolektif pasukan klinikal dan pengendalian institusi tersebut. “Pengiktirafan sebagai antara 250 Hospital Terbaik Dunia versi Newsweek merupakan suatu detik kebanggaan bagi seluruh warga SJMC. Ia melambangkan kepercayaan yang diberikan oleh pesakit kepada kami, serta dedikasi para doktor, jururawat, dan profesional kesihatan yang bekerja tanpa jemu dalam menyampaikan kepakaran bertaraf dunia setiap hari.”

“Pengiktirafan ini bukan sekadar pencapaian tunggal. Ia melambangkan bertahun-tahun pembinaan asas klinikal yang kukuh, pelaburan dalam teknologi canggih, serta pemupukan budaya yang meletakkan pesakit sebagai teras bagi setiap keputusan,” beliau menambah.

Penarafan tahunan oleh Newsweek, yang dijalankan dengan kerjasama firma penyelidikan data global Statista, menilai lebih daripada 2,500 hospital di 32 buah negara. Penilaian ini berlandaskan cadangan daripada pakar perubatan di seluruh dunia, data pengalaman pesakit, metrik kualiti hospital, serta penilaian Ukuran Hasil Dilaporkan Pesakit (PROMs) oleh Statista.

Penyenaraian SJMC dalam senarai 250 Terbaik 2026 ini merupakan kesinambungan daripada pelbagai anugerah antarabangsa yang diterima dalam beberapa tahun kebelakangan ini, mencerminkan prestasi yang konsisten merentasi pelbagai bidang kepakaran dan kualiti perkhidmatan. Hospital ini turut tersenarai dalam Senarai Hospital Swasta Terbaik di Asiaoleh Newsweek dan menduduki tempat pertama di Asia bagi Pembedahan dan Penggantian Pinggul bagi dua tahun berturut-turut. SJMC juga mengekalkan kedudukannya sebagai hospital Malaysia yang paling banyak tersenarai dalam penarafan Asia Pasifik 2025 oleh Newsweek.

Pengiktirafan global ini turut disusuli pengendorsan SJMC sebagai salah satu daripada hanya empat Program Hospital Pelancongan Perubatan 2025 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, menegaskan peranan hospital ini sebagai wakil Malaysia di peringkat serantau dan antarabangsa. Sejajar dengan Tahun Pelancongan Perubatan Malaysia 2026, SJMC terus menyumbang kepada reputasi negara sebagai destinasi pilihan untuk rawatan dan pemulihan perubatan berkualiti tinggi. Hospital ini menerima pesakit dari seluruh rantau Asia Pasifik dan rantau lain, disokong oleh kepakaran pelbagai disiplin serta penjagaan yang komprehensif.

Melengkapi pencapaian-pencapaian tersebut, SJMC terus menegakkan piawaian kualiti dan keselamatan yang ketat. SJMC merupakan hospital pertama di Asia Pasifik yang memperoleh empat pensijilan Pusat Kecemerlangan daripada Australian Council on Healthcare Standards International (ACHSI) dalam bidang Onkologi, Kardiologi, Gastroenterologi dan perkhidmatan Pediatrik, di samping tiga akreditasi Joint Commission International (JCI) dan enam akreditasi Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH).

Bryan Lin menambah, “Sebagai sebuah hospital Malaysia yang diiktiraf di platform global, kami memandang ini sebagai satu penghormatan dan juga tanggungjawab. Kami akan terus mengukuhkan perkhidmatan-perkhidmatan pakar kami, termasuk membina pasukan neurologi dan neurosurgeri pelbagai disiplin yang berpengalaman tinggi bagi memajukan perkhidmatan rawatan otak kompleks dan memastikan pesakit menerima rawatan yang selaras dengan penanda aras global.”

Dengan pengalaman melebihi empat dekad, SJMC kekal komited untuk mengembangkan kecemerlangan perubatan dan memajukan inovasi bagi terus meningkatkan penjagaan berpusatkan individu, sambil menyokong matlamat penjagaan kesihatan negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari  https://subangjayamedicalcentre.com/