Cara Menggunakan Kaedah Dollar Cost Averaging (DCA) Dalam Pelaburan Saham

Bagi yang biasa melabur dalam Unit Trust, istilah DCA ini mungkin tidak asing bagi mereka kerana pelaburan dalam unit amanah membenarkan untuk membuat pelaburan secara Direct Debit Investment (DDI) di mana setiap bulan, sejumlah wang akan dipotong dari akaun bank untuk disalurkan kepada dana pelaburan.

Tapi bagi pelabur baru, istilah cost averaging mungkin satu konsep yang baru. Dollar Cost Averaging ialah satu strategi pelaburan yang mana ekuiti dikumpul bukan secara lump sum.

Jom baca perkongsian dari Empayar Saham mengenai pelaburan secara cost averaging.

Sebagai contoh, katakan Admin berminat pada saham A, maka pada bulan pertama, Admin belanjakan RM1,000 untuk saham A yang berharga RM0.50 seunit. Kemudian, masuk gaji bulan seterusnya, Admin belanjakan RM1,000 lagi untuk saham A yang kini sudah menjadi RM0.65 seunit.

Seterusnya, pada bulan ketiga, sekali lagi Admin belanjakan RM1,000 utk saham A yang dah jadi RM0.60 seunit. Begitulah seterusnya utk bulan keempat RM1,000 utk RM0.70, bulan kelima RM1,000 utk RM0.75.

Boleh nampak disiplin yang diamalkan di dalam dollar cost averaging? Walau apapun harga seunit saham, Admin tetap gunakan RM1,000 setiap bulan.

Tujuan Memilih Teknik Pelaburan Secara  Cost Averaging

Untuk pelabur amatur, jika mereka mempunyai wang tunai RM3,000 dalam tangan, kebarangkalian besar mereka akan memilih untuk melabur kesemua wang tersebut secara lump sum. Tak salah untuk memilih pelaburan secara lump sum, tapi cuba anda bayangkan apa akan jadi bila harga menurun?

Akibatnya, anda terpaksa menanggung kerugian masalah timing entry secara total.

Bagaimana jika anda tidak cuba timing entry anda? Bagaimana jika anda amalkan cost averaging dalam masa 3 bulan pertama?

Purata kos anda

= 3000 / (1000/0.50 + 1000/0.65 + 1000/0.60)

= RM0.576 seunit saham.

Maka keuntungan atas kertas

= RM3,000 x (0.60/0.576 – 1)

= Untung RM125 @ 4.17%

Perhatikan, dengan teknik dollar cost averaging, tanpa mempedulikan timing entry, sebaliknya terus membeli secara berdisiplin, anda masih boleh mencatat untung walaupun ada ketika price menurun. Keadaan ini berlaku kerana daripada anda merisikokan modal membeli sekaligus pada satu harga, anda sebaliknya memuratakan risiko tersebut pada harga-harga berlainan setiap bulan.

Oleh itu, bagi mereka yang bermasalah dalam entry timing, mereka boleh menyelesaikan masalah ini dengan teknik cost averaging.

Dalam pelaburan, tidak ada satu teknik pelaburan yang betul-betul ampuh. DCA ini turut mempunyai kekurangan tersendiri. Rujuk jadual dibawah untuk kelebihan dan kekurangan teknik cost averaging.

Kelebihan Teknik Cost AveragingKekurangan Teknik Cost Averaging
Ia mempuratakan risiko pelaburan.

Tetapi, INGAT! Bukan bermakna ia menghilangkan terus risiko. Risiko masih ada.

Ia tidak mengoptimumkan keuntungan.

Ia tidak mengambil kesempatan membeli ketika murah dan menjual ketika mahal.

Bagi mereka yang tidak mempunyai modal besar atau baru bermula melabur, teknik ini sesuai.Ia hanya sesuai untuk investing atau paling tidak pun untuk long term.

Ini kerana lebih panjang tempoh melabur, lebih banyak risiko yang dipuratakan. Namun, bagi trading, tempoh melabur yang terlalu singkat membuatkan teknik cost averaging hampir tidak mempunyai kesan.

Teknik yang sama juga digunakan oleh pelabur-pelabur besar. Bezanya, selain memuratakan risiko, mereka juga membeli secara sedikit-sedikit supaya tidak mengganggu harga.

Ketika pasaran saham sedang bearish inilah peluang untuk para pelabur mengamalkan DCA untuk kaunter-kaunter saham yang kukuh tetapi sedang mengalami penurunan harga. Mustahil untuk kita meneka harga terendah sesuatu saham, jadi jalan terbaik adalah membeli saham secara berkala ketika harganya masih rendah.

Kredit: Empayar Saham

Panduan:

Previous ArticleNext Article

Anak Syarikat TNB Terbit Sukuk RM1.05 Bilion Biaya Projek Solar PV Di Kedah

KUALA LUMPUR: Anak syarikat Tenaga Nasional Bhd (TNB), TNB Renewables Sdn Bhd melalui unitnya TNB Kuala Muda Solar Sdn Bhd menerbitkan sukuk bernilai RM1.05 bilion melalui Sukuk Wakalah Hijau ASEAN bagi Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) untuk membiayai projek solar fotovolta (PV) di Kedah.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, menurutnya TNB Kuala Muda Solar diberikan peranan untuk menguruskan reka bentuk, kejuruteraan, pembelian, pembinaan, pemasangan, pengujian, pengoperasian, pemilikan, operasi dan penyelenggaraan bagi kemudahan PV solar berskala besar dengan kapasiti terpasang arus ulang-alik 500 megawatt di Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah.

Menurut kumpulan utiliti itu, sukuk berkenaan diterbitkan dalam 17 tranche.

TNB memaklumkan, hasil yang diperoleh daripada sukuk itu akan digunakan untuk tujuan patuh Syariah, menurut Rangka Kerja Kewangan Peralihan TNB yang dikeluarkan pada 24 September 2024.

Menurut TNB, hasil itu akan digunakan untuk membiayai sebahagian daripada kos projek, termasuk pembayaran atau pembayaran balik kepada penaja projek bagi perbelanjaan yang ditanggung sebelum pemuktamadan pembiayaan serta pembayaran balik pinjaman sedia ada atau kemudahan pembiayaan Islam.

TNB memaklumkan, sebahagian daripada hasil sukuk itu juga akan diperuntukkan untuk pendanaan awal akaun rizab perkhidmatan pembiayaan, bersamaan enam bulan bayaran perkhidmatan pembiayaan seterusnya di bawah program sukuk, keperluan modal kerja semasa fasa awal operasi projek serta perbelanjaan berkaitan penerbitan sukuk.

Menurutnya, CIMB Investment Bank Bhd dan Maybank Investment Bank Bhd adalah penasihat utama bersama, pengatur utama bersama dan pengurus utama bersama untuk Sukuk Wakalah SRI Hijau ASEAN.

Ia berkata, penyerahan dokumen berkaitan program sukuk telah dihantar kepada Suruhanjaya Sekuriti pada 3 Mac 2026.

-BERNAMA