5 Petanda Anda “Underpaid” Di Tempat Kerja

Sememangnya, apabila kita memulakan sesuatu pekerjaan sudah pastinya gaji adalah faktor yang sangat penting. Persoalannya, adakah gaji anda mencukupi atau lebih tepat disebut sebagai “underpaid”?

Berikut adalah 5 tanda-tanda anda “underpaid”, terpulang samada anda nak berunding dengan majikan untuk meminta gaji yang sewajarnya, mula cari kerja yang baru yang boleh menawarkan gaji yang setimpal, atau berusaha untuk mencari pekerjaan sampingan untuk menambah sumber pendapatan.

Petanda 1: Rakan Di Tempat Lain Mendapat Bayaran Tinggi untuk Pekerjaan Yang Sama

Meskipun syarikat berbeza, tetapi fungsi pekerjaan tetap sama. Apabila mendapati rakan anda daripada syarikat lain yang mempunyai pekerjaan yang sama mendapat bayaran lebih daripada bayaran anda, maka ini merupakan petanda anda dibayar rendah. Mungkin daripada segi benefit atau manfaat pun kurang, jadi ini adalah petanda yang paling berkesan untuk tahu samada anda “underpaid” atau tidak.

Petanda 2 : Rakan Sekerja Anda Mendapat Kenaikan Pangkat

Petanda ini merupakan sesuatu yang jelas apabila anda dan rakan sekerja anda bekerja sekali di dalam syarikat yang sama. Ini terjadi apabila rakan anda mendapat kenaikan pangkat tetapi anda masih ditakuk yang lama. Oleh itu, gaji anda pun tidak meningkat kerana kenaikan pangkat berpengaruh besar dalam menentukan tangga gaji seseorang itu.

Inilah masanya untuk anda mengkaji semula di manakah silap anda dan bagaimana prestasi kerja anda. Pada masa yang sama, dapat juga mengenalpasti kelemahan diri dan berusaha untuk memperbaikinya.

Petanda 3: Anda Mencipta Kemahiran Baru Tetapi Masih Tidak Menerima Bonus

Apabila anda mencipta kemahiran yang baru atau usaha yang baru untuk meningkatkan prestasi jualan syarikat anda, tetapi masih tidak menerima bonus untuk usaha anda. Sepatutnya syarikat untung hasil daripada kerja anda, tetapi seolah-olah anda tidak diberi kredit untuk hasil kerja tersebut.

Jika inilah balasan yang diterima, maka sudah sampai masa nya anda beralih “arah” mencari syarikat yang lebih menghargai kemahiran anda.

Petanda 4: Supervisor Anda Tidak Ambil Peduli

Sama ada dinyatakan secara terang-terangan atau secara tersirat, kita boleh rasa samada apa yang kita usahakan, projek yang telah kita siapkan, penjimatan yang telah kita laksanakan dan bermacam-macam lagi mendapat pengiktirafan. Sebaliknya, rakan sepejabat lain pula yang menjadi sanjungan dan diberikan bermacam-macam manfaat.

Mungkin juga anda telah menjadi mangsa ‘favoritism’, di mana supervisor anda secara tidak langsung menyekat anda daripada berkembang maju – seterusnya mendaki tangga korporat di dalam syarikat.

Petanda 5: Syarikat Anda Menawarkan Gaji Yang Lebih Untuk Pekerja Yang Baru Masuk

Cara terakhir untuk tahu samada anda dibayar gaji rendah atau “underpaid” adalah dengan termenung melihat rakan sejawat yang baru masuk syarikat, tetapi dibayar gaji yang lebih. Lebih sedih sekiranya beliau masih muda dan kurang berpengalaman berbanding anda.

Bukan nak pertikaikan rezeki masing-masing, tetapi memang pun jika mengharap kenaikan gaji tahunan memang pada sekitar 4% setahun. Tetapi apabila kita ‘melompat’ syarikat, boleh mencecah 20% daripada gaji sekarang.

Sudah Tiba Masa Untuk Cuba Sesuatu Yang Baru?

Kalau ada tanda-tanda seperti di atas, mungkin sudah tiba masanya untuk anda mencuba sesuatu yang baru. Sebelum nak tukar kerja, ambil tahu dulu 6 Bidang Kerja Yang Mendapat Permintaan Tinggi di Malaysia, mana tahu rezeki anda ada di sini pula.

Selain daripada itu, kalau nak tambah pendapatan dengan membuat kerja part-time, 3 Pekerjaan Freelance Ini Mampu Menjana Pendapatan Yang Tinggi Kepada Anda.

Tapi kalau dah tekad nak berhenti kerja dan mula berniaga, pastikan anda buat 10 Persediaan Memulakan Bisnes Sebelum Berhenti Makan Gaji.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pengambilalihan MASwings: Tiada Kesan Kewangan Terhadap MAG

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Pengambilalihan MASwings oleh kerajaan negeri Sarawak tidak akan memberi sebarang kesan kewangan terhadap penyata untung rugi (P&L) Malaysian Aviation Group (MAG).

Pengarah Urusannya, Datuk Kapten Izham Ismail berkata MASwings bukanlah sebuah syarikat yang menjana keuntungan tetapi organisasi kewajipan perkhidmatan awam.

“Bagi kami ia adalah “zero-sum game”. Pada tahap tertentu, pengambilalihan ini menyelesaikan cabaran MAG untuk menguruskan MASwings dan merupakan langkah ke hadapan,” katanya semasa taklimat media mengenai Prestasi Tahunan MAG 2024 hari ini.

Zero sum game bermaksud keuntungan hanya menyebelahi satu pihak.

MAG menandatangani perjanjian jual beli dengan kerajaan Sarawak untuk memuktamdkan pemindahan hak milik MASwings pada 12 Februari, 2025.

Kerajaan Sarawak berhasrat untuk menjenamakan semula MASwings sebagai AirBorneo dan mengendalikannya sebagai syarikat penerbangan milik kerajaan negeri.

Izham berkata walaupun syarikat penerbangan itu tidak menjana keuntungan, ia menerima insentif tahunan kerajaan.

“Apa yang kami peroleh daripada MASwings hanyalah dalam bentuk insentif sahaja dengan nilai kira-kira RM10 juta setahun. Secara bulanan atau harian, ia adalah bersifat ‘zero-sum game’. Kami tidak mengalami kerugian, pada masa sama tidak meraih keuntungan,” katanya.

Izham berkata MASwings beroperasi untuk memastikan hubungan luar bandar (pengangkutan udara) di bawah kewajipan perkhidmatan awam diberi mandat oleh kerajaan.

“Justeru, tiada kesan kepada P&L. Ia adalah zero-sum game. Anda mungkin bertanya mengapa kami menggunakan MASwings selama ini. Ini kerana kewajipan perkhidmatan awam Perkhidmatan Udara Luar Bandar,” katanya.

Beliau juga menekankan bahawa MASwings telah memainkan peranan penting dalam menyokong pembinaan negara, ia adalah tanggungjawab MAG untuk memastikan bandar dan kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak kekal terhubung.

— BERNAMA