Perbezaan Barang Kemas Dan Gold Bar

Kami pasti ramai yang minat dengan emas. Ada yang beli barang kemas sebagai perhiasan, ada yang beli emas sebagai simpanan, ada yang beli emas sebagai instrumen kalis inflasi, ada juga yang menjadikan emas sebagai instrumen pelaburan.

Jom kita lihat perbezaan di antara barang kemas dan gold bar.

1. Kesesuaian

Bagi golongan perempuan, barang kemas memang menjadi kegemaran untuk dibawa berjalan-jalan atau ke majlis keramaian. Sama ada gelang emas, rantai emas, cincin emas, semuanya boleh digayakan.

Berbanding dengan gold bar, ianya tersimpan rapi di dalam bilik kebal. Kebanyakannya boleh dibeli secara online dan ianya tersimpan dalam peti besi yang boleh dilihat melalui akaun simpanan emas.

2. Keselamatan

Bila dah bawa ke mana-mana, pastinya kita menjadi sasaran orang yang mempunyai niat jahat. Kita terdedah kepada risiko untuk diragut, oleh itu ambillah langkah berhati-hati.

Sebaliknya bagi gold bar, memang selamat sangat bila disimpan dalam peti besi yang dikunci rapi. Maka kuranglah risikonya untuk dirompak atau dicuri.

3. Bisnes

Nama pun barang kemas, memang ramai sangat peminatnya. Bila musim perayaan atau bila dapat bonus, atau bila diumumkan bantuan seperti i-Lestari dan i-Sinar sempena pandemik yang melanda; memang berpusu-pusu orang ramai ke kedai emas untuk mendapatkannya.

Manakala gold bar ini pula lebih dianggap sebagai aset komoditi yang mempunyai peminatnya yang tersendiri. Ada yang suka diversify portfolio pelaburan dengan melabur sedikit ke dalam emas.

4. Ketulenan

Untuk menempa dan membentuk emas adalah sukar, sebab itulah ketulenannya emas 916 dan ke bawah sebab senang nak melenturnya.

Sedangkan gold bar biasanya emas yang sangat tulen, iaitu setinggi emas 999 yang memang pure.

5. Harga

Bila ada kos upah bagi membentukkannya menjadi rantai, gelang atau cincin – maka ada kos tambahan yang terlibat.

Berbanding dengan gold bar yang biasanya datang dalam bentuk jongkong emas yang biasa kita lihat, maka tiadalah kos upah.

6. Susut Nilai (Spread)

Bagi barang kemas, susut nilai atau spread ini adalah tinggi. Ada yang mencecah 40% pun ada. Ini bermakna bila kita beli dan ingin jual semula barang kemas, harganya dah jatuh banyak.

Namun bagi gold bar, susut nilai adalah lebih kecil. Masih ada, tapi nilainya adalah di antara 4% ke 10%. Ini bermakna bagi para pelabur emas, kenaikan yang sedikit boleh mendatangkan keuntungan dengan cepat.

7. Jual Balik (Buyback)

Spread yang tinggi menyebabkan harganya rendah, tapi kalau nak jual balik atau trade-in; sekiranya barang kemas kita dalam keadaan yang tak berapa elok seperti mempunyai calar, bengkok atau patah – semakin berkuranglah nilainya.

Sebaliknya untuk gold bar ini, jual balik atau buyback masih tinggi nilainya. Walaupun ianya calar, bengkok atau patah.

Seeloknya kita seimbangkan di antara barang kemas dan gold bar. Ada emas sebagai perhiasan sikit, ada emas sebagai simpanan dan pelaburan sikit.

Jom mulakan simpanan emas patuh syariah dengan KAB Gold.

This image has an empty alt attribute; its file name is kab-gold-uncang-emas-800-700x990.jpg

Dengan minimum pembelian 0.25 gram emas atau serendah RM66 (berdasarkan harga emas RM264 segram), semuanya boleh dilakukan secara online.

Prosesnya sangat mudah:

  • Layari laman web KAB Gold
  • Lengkapkan borang pendaftaran
  • Verify emel

Kemudian dah boleh login dan buat pembelian pertama anda hari ini juga.

Previous ArticleNext Article

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA