5 Sikap Phil Knight Yang Membantu Nike Berjaya

Nike merupakan jenama barangan sukan yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Syarikat yang sebelum ini menggunakan nama Blue Ribbon Sport, telah mencipta satu fenomena baru dalam dunia pakaian sukan.

Untuk mencapai tahap seperti sekarang tentunya bukan sesuatu yang mudah. Tetapi pengasas bersama Nike iaitu Phil Knight, telah membuktikan bahawa ianya bukanlah sesuatu yang mustahil.

Berikut merupakan sikap Phil Knight yang boleh kita contohi dalam menaikkan nama Nike.

1. Bijak Merebut Peluang

Untuk menjadi seorang yang berjaya, kita perlulah bijak merebut peluang. Itulah yang Phil Knight lakukan.

Beliau bukanlah seorang yang pakar tentang fesyen mahupun kelengkapan sukan. Tetapi pertemuannya dengan Bill Bowerman, seorang jurulatih trek dan padang yang menginginkan kasut yang selesa untuk para pelarinya, telah membuatkan mereka terfikir untuk menubuhkan Nike bersama-sama.

2. Pandai Menilai Orang

Kredit Gambar: Twitter

Kemahiran Phil Knight ini banyak membantu beliau dalam memilih mereka yang terbaik sebagai rakan kongsi, pekerja, ahli kumpulan dan juga prospek pelanggan. Pemilihan rakan kongsi ataupun pekerja yang tidak sesuai pasti akan mempengaruhi perkembangan syarikatnya.

Bayangkan sekiranya beliau tersilap memilih rakan kongsi yang tamak? Mungkin beliau akan ditipu dan perniagaannya terjejas.

3. Obsesi Yang Tinggi

Obsesi atau minat yang mendalam terhadap sesuatu perkara juga boleh mempengaruhi kejayaan seseorang. Phil Knight akan melakukan sesuatu yang beliau suka dengan penuh semangat.

Beliau minat berlari dan beliau juga minat kasut. Kedua-dua elemen ini digabungkan dalam penghasilan kasut Nike yang selesa tetapi juga menarik mata yang memandang.

Minatnya ini telah memberikan Phil Knight semangat untuk memberikan produk yang terbaik kepada orang ramai.

4. Mendengar Pendapat Orang Lain

Kredit Gambar: Oregon Live

Beliau merupakan seorang yang terbuka dalam menerima pendapat daripada sesiapa termasuklah orang bawahannya. Sebagai contoh, sewaktu ingin menukar nama syarikat daripada Blue Ribbon, Phil Knight bercadang untuk menggunakan nama Dimension Six.

Tetapi seorang pekerjanya yang bernama Jeff Johnson pula mencadangkan nama Nike. Pendapat beliau diterim dan nama Nike kekal sehingga ke hari ini.

5. Yakin Pada Diri Sendiri

Idea bisnes Phil Knight pernah dipandang rendah oleh pensyarahnya sendiri. Tetapi beliau percaya kepada kemampuan dirinya dan terus berusaha tanpa mempedulikan kata-kata orang lain.

Beliau terus berusaha tanpa mengenal erti putus asa. Sekarang segala penat lelahnya terbukti berbaloi.

Nike menjadi jenama sukan yang terkenal di seluruh dunia dengan pendapatan berbilion dolar setahun.

Bagi anda di luar sana yang mungkin ingin memulakan cita-cita anda, mungkin anda boleh contohi sikap positif Phil Knight. Sesiapa pun boleh berjaya.

Yang penting kita amalkan sikap positif,  buat yang terbaik dalam bidang yang kita minati dan jangan sesekali berputus asa.

Sumber Rujukan: The Vocket

Sesiapa yang rasa nak mulakan perubahan tetapi masih rasa kurang keyakinan diri. Rasa lemah semangat untuk bertindak. Rasa macam semua benda dia buat, tak menjadi. Penat buat kerja. Pernah rasa nak GIVE UP! Hampir BURN OUT!

Dapatkan buku “Percaya Sebelum Berjaya” Edisi Terkini. Apa bestnya buku ni?

InsyaAllah, Buku PSB ni telah terbukti membantu beribu pembacanya untuk:

🔥 Lebih bermotivasi untuk mengejar impian dan cita-cita

🔥 Lebih keyakinan untuk berhadapan dan mengatasi masalah yang menghalang impian tercapai

🔥 Lebih jelas bagaimana untuk mengatasi mental block yang menyebabkan usaha anda terbantut

🔥 Lebih konsisten dengan usaha dan tindakan agar pantas mencapai kejayaan.

🔥 Mencapai ketenangan yang luar biasa kerana mampu berdamai dengan kekecewaan demi kekecewaan

Dapatkannya sekarang di -> www.PercayaBerjaya.com

Previous ArticleNext Article

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.