12 Idea Bisnes Boleh Mula Dengan Modal RM300 Saja

Ini bukan idea propa ya, kerana penulis sendiri memang lakukan beberapa perkara ini. Pernah juga bergerak secara berpartner,ada juga hanya joint venture dan ada juga yang bergerak solo.

Paling penting ianya boleh mendatangkan pendapatan segera. Sekiranya sesuatu yang kita lakukan dan duit tak masuk dalam akaun bank dalam masa 3 bulan, maka tinggalkan saja. Ia tidak sesuai dengan kita, cari peluang lain.

Usah meratap lama, mulakan bisnes lain yang boleh dibuat serendah modal RM300 sahaja

Ini dia senarai yang kita boleh cuba sehingga berjaya:

1. Pegawai Jualan

Penulis sendiri dalam bidang ini. Bidang ini tidak semua orang boleh lakukan kerana perlu berjumpa orang, bercakap, membuat presentation dan skill closed deal itu berbeza. Ketika bermula, kos modal kurang RM300, jualan pertama dah dapat balik modal dan dapat untung berkali ganda selepas itu.

Rakan satu bidang ada juga sudah tahap jutawan tetapi masih menjadi pegawai jualan dan selepas 5 tahun mahu membesarkan bisnes ke bidang lain bermodalkan hasil komisen diperolehi.

Jika ingin bermula, cari syarikat yang sudah ada nama dan ada sistem yang memudahkan pegawai jualan tadi. Kita boleh jadi ejen kecantikan, pelaburan & kewangan, ejen takaful dan sebagainya.

2. Konsultansi / Coaching

Jika kita ada skill dalam sesuatu bidang, boleh beri perkhidmatan konsultansi kepada mereka yang memerlukan.

Contoh jika kita pandai menjahit dan ada pula kelulusan, boleh saja tawarkan sesi konsultansi berkumpulan mahu pun persendirian kepada mereka yang berminat untuk belajar menjahit. Sambil itu juga boleh terima tempahan jahitan secara individu atau pukal.

3. Penjaga Kanak-Kanak / Orang Tua

Servis ini memerlukan kesabaran dan jiwa yang penyayang. Sekiranya kita ada lulusan Diploma Pendidikan Kanak-Kanak, boleh saja tawarkan servis menjaga kanak-kanak.

Kita juga boleh mengambil kursus dan menjadi jururawat peribadi dengan menawarkan servis premium menjaga orang tua di rumah. Home Help Service ini memerlukan sukarelawan, boleh lihat di laman web jkm.gov.my.

4. Tutor / Trainer

Boleh buat kelas jika sudah mahir dengan ilmu yang dipelajari dan ajarkan juga kepada yang lain. Adab berguru mestilah anak murid bayar pengerasnya.

Boleh iklankan servis anda di laman percuma seperti Mudah atau Facebook Group.

5. YouTuber / Influencer

This image has an empty alt attribute; its file name is pexels-samer-daboul-1212829-700x451.jpg

Seiring dengan kemajuan teknologi, maka lahirlah ramai youtuber dan juga influencer di Facebook, YouTube dan Instagram. Sambil bercakap dan beri ulasan mengenai pelbagai topik, ianya dapat menjana pendapatan dan adakalanya lebih lumayan daripada kita yang duduk bergosip di pejabat.

Kalau golongan perempuan, maka bidang kecantikan selalu ditengok. Kagum juga tengok mereka yang pandai rakam dan edit sendiri video.

Antara kandungan Facebook/YouTube yang bagus dan boleh anda follow adalah seperti page Berani Buat.

6. Blogger

Pernah bersembang dengan seorang blogger ini dan tanya berapa pendapatan dia dapat. Paling tinggi adalah dalam RM15,000 sebulan.

Beliau bukan datang dari keluarga senang tapi mempunyai kelebihan menulis dan ceritakan tentang kisah hidup dari hidup sebagai pelajar, pekerja dan kini sudah menjadi seorang isteri dan ibu. Maka makin banyak cerita dan tips yang boleh dikongsikan.

Pendapatan diperolehi daripada Google Adsense atau pengiklan yang ingin mengulas tentang produk atau servis mereka.

7. Jurusolek / Pendandan

Ini lagi satu kerja yang kita anggap biasa saja tapi tahu tak ada yang berpendapatan RM10,000 ke atas jika sudah ada nama. Ada juga yang bermula sebagai jurusolek dan kini memiliki pelbagai bisnes dalam produk pakaian, beg, kasut, barang perhiasan rumah dan banyak lagi.

8. Programmer Website / Apps

This image has an empty alt attribute; its file name is andrew-neel-cckf4TsHAuw-unsplash-700x466.jpg

Untungnya bila ada ilmu programming, boleh bangunkan apps sendiri, website sendiri dan tawarkan bisnes untuk jaga website pelanggan. Ada juga buat web berpotensi yang kemudiannya dijual kepada pembeli yang berduit.

Kalau satu website yang dijaga kita caj minima RM150 setahun, bayangkan kalau ada 100 pelanggan?

9. Photographer / Videographer

Ada yang bermula dengan meminjam kamera kawan. Hasil kreativiti ambil gambar dan edit boleh dapat pendapatan dan kongsi dengan kawan tadi.

Semakin berpengalaman dan semakin mahal peralatan yang digunakan, makin mahal harga yang ditawarkan.

10. Buat Kek / Kuih

Bila ada tempahan baru buat, modal tak besar jika ambil tempahan skala kecil. Sambil tak tahu nak buat apa di rumah, boleh asah bakat sebagai seorang tukang buat kek atau kuih.

Jika skala besar, boleh minta deposit dulu.

Banyak Facebook group yang berkongsi resepi seperti Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

11. Servis Pembaikan: Komputer, Telefon, Barang Elektrik

Servis memperbaiki perkakas asas yang orang kerap gunakan juga boleh bermula dengan modal yang rendah. Kita boleh gunakan medium Facebook, Telegram, WhatsApp, Instagram untuk mencari pelanggan.

12. Servis Penghantar Barang (Runner)

Sekarang ramai yang sibuk dan masa amat terhad untuk keluarga. Adakala ia menjimatkan tenaga kita dan kita boleh berehat. Jadi, jika ada motor atau kereta, kita boleh guna servis runner untuk memudahkan urusan pelbagai pihak.

Musim PKP ni, lagi ramai orang bekerja dari rumah. Maka perkhidmatan runner semakin diperlukan.

Cukup 12 dulu kita kongsi, ada banyak lagi yang boleh kita buat dengan modal RM300 sahaja

Penulis dulu bermula dengan membuat event. Hasil keuntungan buat event kita beli baju dan tudung jual di flea market atau booth. Kemudian hasilnya cuba buat brand sendiri tapi tidak menjadi, dan pernah juga berpartner untuk dua jenis brand tapi gagal.

Akhirnya lebihan wang yang ada kita ambil lesen profesional dalam bidang imej dan kewangan dan buat website juga. Biasalah bisnes ada jatuh dan bangun. Apabila jatuh kita boleh bermula balik dengan modal yang rendah di atas.

Artikel ditulis oleh Puan Sarah Hata. Penulis merupakan seorang konsultan kewangan di sebuah institusi kewangan di Malaysia dan juga perunding imej. Mempunyai pengalaman menulis, memberi ceramah di beberapa syarikat seluruh Malaysia dan juga klien individu.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sasar RM100 Juta Tambahan Untuk Pelanggan, Lonjakkan Ekosistem Digital Malaysia Melalui Kerjasam Tiktok

KUALA LUMPUR, 2025 – [4 DISEMBER 2025] KNKV Group mengegarkan ekosistem digital yang kini berada di garisan hadapan pemula bagi melonjakkan nilai jualan pelanggan mereka dengan sasaran ambisius RM100 juta, selarasnya pelantikan rasmi syarikat mereka sebagai TikTok Affiliate Partner.

Pengumuman strategik ini dibuat di hadapan YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital, semasa forum strategi korporat elit ‘Digital & Al: Business War 2026’. Pelancaran ini bukan sekadar pengiktirafan, tetapi satu signal bahawa KNKV Group telah merangka strategi khusus untuk membolehkan pengasas syarikat dan jenama tempatan mendominasi pasaran digital.

Strategi KNKV Group: Menukar Exposure Menjadi Keuntungan Jutaan
KNKV Group mendedahkan bahawa kerjasama eksklusif dengan TikTok ini akan dimanfaatkan melalui strategi yang dirangka khas, bertujuan untuk mengubah kehadiran creator based di TikTok menjadi saluran jualan berkesan tinggi.

“Diiktiraf sebagai TikTok Affiliate Partner adalah ‘lesen’ untuk kami mempercepatkan kejayaan pelanggan kami. Kami bukan sekadar berbangga; kami mempunyai strategi. Kami menyasarkan sekurang-kurangnya RM100 juta jualan tambahan diraih oleh pelanggan KNKV Group menerusi perlantikan ini, melalui modul dan sokongan Affiliate coaching yang direka khusus. Ini adalah permulaan era di mana jualan creator-based menjadi penyumbang utama pendapatan syarikat.” Professor (Adj) Hj. Adam Richman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KNKV Group.

Dengan sasaran jualan dijangka lima kali ganda, KNKV Group menawarkan peluang emas kepada syarikat yang ingin menguasai naratif dan trafik di platform TikTok untuk mencapai pertumbuhan yang agresif pada tahun 2026.

Panel Wawasan Eksklusif: Rahsia Di Sebalik Peningkatan Jualan
Forum ‘Business War 2026’ menjadi pentas utama bagi pelancaran ini, yang turut menampilkan panel diskusi yang sarat wawasan bertajuk “Driving Business Success on TikTok.”

  • YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital
  • Professor (Adj) Hj. Adam Richman, CEO Kumpulan KNKV Group
  • Datuk Seri Dr. Zurainah Musa, Penaung Muslim Insiders Chamber of Commerce
  • Ms. Lee Shin Mei, COO, CTOS Data Systems Sdn. Bhd.

Para pengasas berpeluang mendapatkan wawasan langsung mengenai strategi pelaksanaan dan inovasi digital yang diperlukan untuk melonjakkan nilai perniagaan mereka dalam ekonomi digital 2026 yang pantas berubah.

Pelancaran KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner
Salah satu pencapaian utama acara ini ialah pelancaran rasmi KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner, disaksikan oleh YB Menteri Digital menandakan satu era baharu dalam ekosistem perdagangan digital Malaysia serta mengukuhkan komitmen negara untuk menyokong pertumbuhan berasaskan pencipta platform.

Mengenai Business War 2026
Forum ini juga adalah anjuran Muslim Insiders Chamber of Commerce dan KNKV Group, direka sebagai simulasi pertempuran strategi korporat, membekalkan peserta dengan pengetahuan taktikal sebenar dalam Strategi Persaingan, Pemasaran Berasaskan Al, dan Taktik Pertumbuhan Digital untuk memastikan perniagaan mereka bukan sahaja bertahan, tetapi menguasai pasaran. KNKV Group turut berganding bahu dengan rakan strategiknya, CTOS Data Systems Sdn. Bhd., Dynads Academy, Droplets of Mercy dan Universiti Malaysia Kelantan.