
Kredit Gambar: YouTube
Maklumat dan data peribadi kini merupakan satu yang sangat penting kepada pengguna terutamanya di dalam media sosial. Semua orang menggunakan media sosial untuk berinteraksi di antara satu sama lain menjadikan data dan maklumat peribadi diri kita semakin terdedah kepada pihak luar.
Antara syarikat yang sering menjadikan maklumat dan data peribadi sebagai kontroversi adalah Facebook. Syarikat ini sering dikaitkan dengan mendedahkan maklumat pengguna media sosial mereka kepada pihak ketiga.
Kontroversi terbesar melibatkan Facebook adalah ketika Pilihan Raya Presiden pada tahun 2016 di mana syarikat ini didakwa telah memanipulasi data peribadi pengguna mereka untuk membolehkan Donald Trump memenangi pilihan raya presiden.
Selain Facebook, sebuah lagi syarikat yang di Silicon Valley merupakan syarikat yang mengintip data peribadi pengguna mereka. Syarikat tersebut adalah Google yang mempunyai hubungan akrab dengan agensi perisikan pusat Amerika Syarikat, iaitu Central Intelligence Agency (CIA).

CIA merupakan agensi yang ditubuhkan selepas perang dunia kedua. Agensi ini ditubuhkan bertujuan untuk melakukan risikan bagi mendapat maklumat yang penting terutamanya bagi menghalang penyebaran ideologi komunis.
Ketika era perang dingin dengan Soviet Union, CIA memainkan peranan yang penting di dalam menghalang ideologi itu tersebar ke seluruh dunia.
Antara propaganda yang berjaya pernah dilakukan oleh pihak CIA adalah apabila berjaya menggulingkan Presiden Sukarno yang pada ketika itu cenderung ke arah ideologi komunis untuk mengekalkan kuasa pemerintahanya pada era 1960-an. CIA berkejasama dengan perisik Britain dalam misi menjatuhkan pemerintahan Sukarno.
CIA yang mengambil langkah tersebut disebabkan mereka bimbang sekiranya Indonesia jatuh ke pemerintahan komunis. Malaysia juga dikhuatiri akan turut terpengaruh dengan ideologi komunis dan pihak mereka perlu menghalang perkara itu daripada terus berlaku.
Ketika perang Afghanistan menentang pencerobohan Soviet Union pada era 1980-an pula, CIA memainkan peranan yang penting dalam melatih dan menyediakan kelengkapan perang tentera Mujahideen untuk menentang penaklukan Soviet Union. Akhirnya pihak Soviet Union terpaksa berundur dari Afghanistan dan pada awal 1990-an, perang dingin telah berakhir apabila Soviet Union telah berpecah menjadi Rusia.
Selepas perang dingin tamat, CIA telah mengubah objektif mereka dengan melakukan pengintipan ke atas warganegara Amerika Syarikat bagi memastikan rakyat mereka tidak terlibat dengan perkara yang mengancam keselamatan negara. Ketika itu era internet baru sahaja berkembang dan pihak CIA telah menggunakan internet sebagai salah satu platform mereka untuk mengambil data penduduk mereka.

Agensi ini telah bekerjasama dengan pelbagai univeristi terkemuka bagi menyediakan geran penyelidikan. Larry Page dan Sergey Brin yang merupakan pelajar PhD dalam bidang sains komputer telah menggunakan geran yang disediakan oleh agensi tersebut untuk melakukan penyelidikan terhadap dunia internet. Sejak dari itu, mereka mempunyai hubungan rapat dengan CIA yang jarang didedahkan kepada umum.
Antara kerjasama yang dilakukan oleh dua pihak ini adalah pada tahun 2004 apabila Google telah membeli sebuah syarikat yang bernama Keyhole. Syarikat ini merupakan syarikat pemetaan bumi dan ia adalah milik CIA.
Apabila Google membeli syarikat ini, secara tidak langsung Google telah menyerap masuk pekerja CIA ke dalam syarikat mereka. Syarikat ini kemudianya diubah dan dijadikan aplikasi Google Earth.
Selain itu juga, Google turut membantu pihak agensi keselamatan negara tersebut dengan menyalurkan maklumat penting kepada mereka. Google menggunakan maklumat data carian untuk mengetahui behavior pengguna mereka yang cenderung untuk melakukan tindakan Extremism.
Google juga pernah membantu tentera Amerika Syarikat di dalam konflik di negara Timur Tengah. Kini dengan pengguna Android yang mencecah seramai 2.5 bilion orang, maklumat peribadi pengguna akan lebih mudah diperolehi oleh pihak Google dan memudahkan pihak Google berkongsi maklumat dengan pihak berkuasa sekiranya perlu.
Sumber Rujukan: