3 Kaedah Pemasaran Lama Yang Murah Tetapi Efektif

Jika disebut tentang kempen pengiklanan untuk memperkenalkan kehebatan sesuatu produk, pasti ramai yang berfikir untuk membuat iklan berbayar di Facebook, Instagram, televisyen, billboard, atau pun cara yang lebih jimat iaitu melalui posting biasa di media sosial.

Cara ini memang bagus dan berkesan untuk menarik minat orang ramai untuk mengetahui tentang sesuatu produk, tetapi tahukah anda masih ada trick pemasaran lama yang tidak kurang hebatnya.

Bagi para usahawan yang ingin menjimatkan kos pengiklanan tetapi pada masa yang sama ingin produk dikenali, anda mungkin boleh mencuba 3 kaedah pemasaran lama yang murah tetapi efektif di bawah ini.

1. Pemasaran Daripada Mulut ke Mulut

Biasa tak anda dengar atau dapatkan recommendation daripada kawan-kawan tentang tempat menarik untuk melancong atau tempat makanan yang sedap? Itulah yang dipanggil pemasaran daripada mulut ke mulut.

Kaedah pemasaran ini sebenarnya sangat berkesan. Ini kerana bakal pengguna akan lebih tertarik untuk membeli produk yang disarankan oleh rakan, keluarga atau pun saudara-mara yang kenal. Tambah pula kalau mereka turut menggunakan produk atau servis tersebut dan memberikan komen positif.

Jadi rebutlah peluang ini dengan cara memberikan servis terbaik kepada para pelanggan. Pelanggan yang berpuas hati, pasti akan kembali semula serta merekomenkan perkhidmatan anda kepada rakan-rakan dan saudara-mara mereka pula.

2. Poskad atau Kad Raya

Tahun 2021 ini, adakah anda masih menerima kad raya? Mungkin rasa macam kekok dengan perubahan teknologi yang pesat, kita lebih banyak menggunakan telefon pintar dan menggunakan aplikasi seperti WhatsApp, Telegram dan Facebook untuk mengucap selamat kepada orang ramai.

Dan kaedah kedua yang patut anda gunakan adalah poskad ataupun kad perayaan. Kiriman poskad atau kad perayaan akan membuatkan pelanggan anda berasa diingati dan dihargai. Tambahan pula, sekarang penggunaan poskad dan kad-kad perayaan telah menjadi agak rare.

Jadikan ia aktiviti wajib jika mereka berterusan membeli daripada anda. Tips tambahan, kalau boleh jadikan poskad atau kad perayaan itu kelihatan unik. Jadi mereka ada sedikit perasaan eksklusiviti di situ. Zaman sekarangkan semua orang sukakan sesuatu yang bersifat eksklusif.

3. Radio

Yang terakhir sekali adalah pengiklanan melalui radio. Berbanding pengiklanan di kaca TV, kos untuk mengiklankan sesuatu produk atau perkhidmatan di radio adalah lebih murah.

Lagipun sejak dahulu lagi, radio memiliki nilai yang tersendiri dalam mengiklankan perniagaan kecil dan sederhana. Jangan pandang rendah kepada kuasa pengiklanan radio tempatan.

Ia mampu untuk mempengaruhi pendengarnya untuk mencuba sesuatu produk. Gabungan pengiklanan melalui radio dan komunikasi moden mampu memberikan impak yang hebat kepada perniagaan anda.

Orang Kata ‘Old is Gold’

3 cara pemasaran lama seperti dinyatakan di atas adalah lebih mudah dan murah. Tetapi ia tetap efektif dalam menarik pelanggan baru serta mengekalkan pelanggan sedia ada. Ia juga telah terbukti berkesan sejak dahulu lagi.

Anda boleh gabungkan teknik pemasaran lama ini dengan teknik pemasaran baru seperti media sosial. Hasil gabungan kedua-dua teknik ini pasti akan melonjakkan lagi keuntungan perniagaan anda. Cubalah!

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sasar RM100 Juta Tambahan Untuk Pelanggan, Lonjakkan Ekosistem Digital Malaysia Melalui Kerjasam Tiktok

KUALA LUMPUR, 2025 – [4 DISEMBER 2025] KNKV Group mengegarkan ekosistem digital yang kini berada di garisan hadapan pemula bagi melonjakkan nilai jualan pelanggan mereka dengan sasaran ambisius RM100 juta, selarasnya pelantikan rasmi syarikat mereka sebagai TikTok Affiliate Partner.

Pengumuman strategik ini dibuat di hadapan YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital, semasa forum strategi korporat elit ‘Digital & Al: Business War 2026’. Pelancaran ini bukan sekadar pengiktirafan, tetapi satu signal bahawa KNKV Group telah merangka strategi khusus untuk membolehkan pengasas syarikat dan jenama tempatan mendominasi pasaran digital.

Strategi KNKV Group: Menukar Exposure Menjadi Keuntungan Jutaan
KNKV Group mendedahkan bahawa kerjasama eksklusif dengan TikTok ini akan dimanfaatkan melalui strategi yang dirangka khas, bertujuan untuk mengubah kehadiran creator based di TikTok menjadi saluran jualan berkesan tinggi.

“Diiktiraf sebagai TikTok Affiliate Partner adalah ‘lesen’ untuk kami mempercepatkan kejayaan pelanggan kami. Kami bukan sekadar berbangga; kami mempunyai strategi. Kami menyasarkan sekurang-kurangnya RM100 juta jualan tambahan diraih oleh pelanggan KNKV Group menerusi perlantikan ini, melalui modul dan sokongan Affiliate coaching yang direka khusus. Ini adalah permulaan era di mana jualan creator-based menjadi penyumbang utama pendapatan syarikat.” Professor (Adj) Hj. Adam Richman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KNKV Group.

Dengan sasaran jualan dijangka lima kali ganda, KNKV Group menawarkan peluang emas kepada syarikat yang ingin menguasai naratif dan trafik di platform TikTok untuk mencapai pertumbuhan yang agresif pada tahun 2026.

Panel Wawasan Eksklusif: Rahsia Di Sebalik Peningkatan Jualan
Forum ‘Business War 2026’ menjadi pentas utama bagi pelancaran ini, yang turut menampilkan panel diskusi yang sarat wawasan bertajuk “Driving Business Success on TikTok.”

  • YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital
  • Professor (Adj) Hj. Adam Richman, CEO Kumpulan KNKV Group
  • Datuk Seri Dr. Zurainah Musa, Penaung Muslim Insiders Chamber of Commerce
  • Ms. Lee Shin Mei, COO, CTOS Data Systems Sdn. Bhd.

Para pengasas berpeluang mendapatkan wawasan langsung mengenai strategi pelaksanaan dan inovasi digital yang diperlukan untuk melonjakkan nilai perniagaan mereka dalam ekonomi digital 2026 yang pantas berubah.

Pelancaran KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner
Salah satu pencapaian utama acara ini ialah pelancaran rasmi KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner, disaksikan oleh YB Menteri Digital menandakan satu era baharu dalam ekosistem perdagangan digital Malaysia serta mengukuhkan komitmen negara untuk menyokong pertumbuhan berasaskan pencipta platform.

Mengenai Business War 2026
Forum ini juga adalah anjuran Muslim Insiders Chamber of Commerce dan KNKV Group, direka sebagai simulasi pertempuran strategi korporat, membekalkan peserta dengan pengetahuan taktikal sebenar dalam Strategi Persaingan, Pemasaran Berasaskan Al, dan Taktik Pertumbuhan Digital untuk memastikan perniagaan mereka bukan sahaja bertahan, tetapi menguasai pasaran. KNKV Group turut berganding bahu dengan rakan strategiknya, CTOS Data Systems Sdn. Bhd., Dynads Academy, Droplets of Mercy dan Universiti Malaysia Kelantan.