3 ‘Ya’ Dan 3 ‘Tidak’ Apabila Berurusan Dengan Pelanggan Anda

Pelanggan merupakan nadi utama dalam perniagaan anda. Oleh itu anda perlu berurusan dengan mereka sebaik mungkin agar mereka beli produk atau guna perkhidmatan anda.

Jom kita tengok 3 perkara yang sepatutnya anda lakukan untuk mereka dan 3 perkara yang patut anda elak apabila berurusan dengan mereka.

Ya #1: Pertimbangkan Pelanggan Anda

This image has an empty alt attribute; its file name is agreement-black-and-white-boss-brainstorming-700x675.jpg

Perkara ini penting kerana apabila anda mempertimbangkan keadaaan pelanggan anda misalnya masa mereka sentiasa berubah kerana komitmen masing-masing, anda memberikan ruang kepada mereka.

Tak perlu untuk sentiasa follow-up atau ganggu mereka setiap masa. Jadilah seseorang yang bertimbang rasa. Apabila tiba masanya, pasti mereka akan cari kita.

Ya #2: Bersikap Jujur

Perkara ini merupakan asas dalam perniagaan kerana apabila anda bersikap jujur dengan pelanggan, mereka akan yakin dengan produk dan perkhidmatan anda. Jujur bererti tidak menipu dalam urusan jual beli atau meletakkan harga atau caj yang tersembunyi. 

Juga kena cerita A sampai Z mengenai kelebihan dan kelemahan anda. Kemudian biarkan pelanggan untuk buat keputusan yang terbaik untuk diri mereka.

Ya #3: Sentiasa Merendah Diri

Apabila anda berurusan dengan pelanggan, bercakaplah dengan penuh rasa rendah diri. Jangan sesekali meninggikan diri anda atau nak tunjuk anda pandai sangat berbanding pelanggan yang tak tahu apa-apa.

Selain daripada bersikap jujur, pelanggan mahu melihat perwatakan sama ada mudah untuk berurusan atau boleh dipercayai untuk penuhi segala permintaan mereka.

Tidak #1: Jangan Sombong

Mentang-mentang kita bos, jangan nak sombong sangat dengan pelanggan. Seolah-oleh mereka tidak penting bagi kita. Takpelah kalau taknak beli dengan kita, ada ramai lagi pelanggan yang ada.

Sebaliknya cuba fahami masalah yang mereka hadapi dan terangkan kepada mereka bagaimana produk atau servis kita dapat menyelesaikan masalah tersebut.

Tidak #2: Merendahkan Perniagaan Lain

Setiap perniagaan akan ada pesaing yang tersendiri. Elakkan daripada merendahkan perkhidmatan atau produk orang lain meskipun musuh ketat anda sendiri.

Ini akan menunjukkan anda sebagai seorang yang tidak profesional dalam dunia perniagaan.

Tidak #3: Tak Menepati Masa

Apabila ingin bertemu dengan pelanggan atau dah tetapkan masa untuk COD, menetapi masa adalah sangat penting. Anda perlu tepati masa yang telah ditetapkan dan jangan lewat untuk hadiri temu janji dengan pelanggan.

Sudah tentu mereka ada komitmen mereka yang tersendiri dan elakkan daripada mereka menghabiskan masa dengan sia-sia menunggu kita yang lewat.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pengambilalihan MASwings: Tiada Kesan Kewangan Terhadap MAG

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Pengambilalihan MASwings oleh kerajaan negeri Sarawak tidak akan memberi sebarang kesan kewangan terhadap penyata untung rugi (P&L) Malaysian Aviation Group (MAG).

Pengarah Urusannya, Datuk Kapten Izham Ismail berkata MASwings bukanlah sebuah syarikat yang menjana keuntungan tetapi organisasi kewajipan perkhidmatan awam.

“Bagi kami ia adalah “zero-sum game”. Pada tahap tertentu, pengambilalihan ini menyelesaikan cabaran MAG untuk menguruskan MASwings dan merupakan langkah ke hadapan,” katanya semasa taklimat media mengenai Prestasi Tahunan MAG 2024 hari ini.

Zero sum game bermaksud keuntungan hanya menyebelahi satu pihak.

MAG menandatangani perjanjian jual beli dengan kerajaan Sarawak untuk memuktamdkan pemindahan hak milik MASwings pada 12 Februari, 2025.

Kerajaan Sarawak berhasrat untuk menjenamakan semula MASwings sebagai AirBorneo dan mengendalikannya sebagai syarikat penerbangan milik kerajaan negeri.

Izham berkata walaupun syarikat penerbangan itu tidak menjana keuntungan, ia menerima insentif tahunan kerajaan.

“Apa yang kami peroleh daripada MASwings hanyalah dalam bentuk insentif sahaja dengan nilai kira-kira RM10 juta setahun. Secara bulanan atau harian, ia adalah bersifat ‘zero-sum game’. Kami tidak mengalami kerugian, pada masa sama tidak meraih keuntungan,” katanya.

Izham berkata MASwings beroperasi untuk memastikan hubungan luar bandar (pengangkutan udara) di bawah kewajipan perkhidmatan awam diberi mandat oleh kerajaan.

“Justeru, tiada kesan kepada P&L. Ia adalah zero-sum game. Anda mungkin bertanya mengapa kami menggunakan MASwings selama ini. Ini kerana kewajipan perkhidmatan awam Perkhidmatan Udara Luar Bandar,” katanya.

Beliau juga menekankan bahawa MASwings telah memainkan peranan penting dalam menyokong pembinaan negara, ia adalah tanggungjawab MAG untuk memastikan bandar dan kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak kekal terhubung.

— BERNAMA