Ilmu Analisis Teknikal: Mengesan Reversal Pattern Gaya Pro

Menjadi profesional dalam apa jua bidang yang kita ceburi bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan proses pembelajaran yang panjang dan mengambil masa yang lama.

Dalam satu kajian menyatakan, untuk belajar menguasai dan memahami sesuatu perkara kita memerlukan masa selama 10,000 jam. Ini bersamaan dengan 14 bulan masa pembelajaran tanpa henti.

Untuk itu, kita kena tahu cara sistematik untuk mengesan reversal yang bakal berlaku pada sesuatu saham.

Cara pertama untuk mengesan reversal adalah dengan mengesan kehadiran volume. Bagi mereka yang mungkin tak tahu, reversal adalah tanda di mana pertukaran aliran trend akan berlaku sama ada dari aliran menurun kepada menaik atau dari menaik kepada menurun.

Kehadiran volume pertama boleh dilihat pada carta mingguan dengan volume hijau yang kecil baru muncul. Ini menandakan minat belian telah mula wujud dalam saham tersebut.

Sumber : ChartNexus

Saham di atas mula mempunyai minat belian pada bulan November 2020. Harga saham mula meningkat sehingga berjaya memecahkan resistance terdekat pada paras RM 0.58.

Namun begitu, harga turun kembali untuk cubaan memecahkan resistance become support (RBS) pada harga RM0.58 tetapi tidak berjaya. Pada bulan Februari 2021, reversal pattern morning star muncul di atas paras harga RM0.58 yang menandakan perubahan aliran yang ketara.

Selepas daripada itu, harga meneruskan aliran menaik sehingga harga mencapai paras tertinggi sekitar RM1.30.

Untuk lebih mudah mencari posisi memasuki pasaran, kita boleh menggunakan carta harian (daily chart) untuk melihat paras harga yang betul. Hal ini kerana dalam carta harian menunjukkan dengan lebih jelas paras support dan resistance.

Sumber : ChartNexus

Gaya mengesan reversal pattern yang diceritakan di atas adalah lebih kepada gaya position trading di mana kita meletakkan modal di dalam pasaran dalam jangka masa 6 bulan.

Selain itu, cara pelaburan ini adalah antara yang selamat untuk anda gunakan dan lebih berkesan. Saya ringkaskan cara-cara untuk anda mengesan reversal yang bakal berlaku dalam sesuatu saham di bawah:

  1. Lihat pada kehadiran volume kecil pada carta mingguan (weekly chart).
  2. Buat pemerhatian rapi melihat jika volume yang besar terus masuk dalam saham tersebut.
  3. Tandakan paras support dan resistance untuk trading plan.
  4. Perhatikan sifat-sifat candlestick jika reversal pattern berlaku.
  5. Pastikan anda mempunyai plan yang betul sebelum memasuki pasaran.

Dalam apa jua cara yang kita gunakan untuk melabur dan berdagang, pastikan kita disiplin dengan trading plan yang telah dibuat dan mengawal emosi sepanjang dalam posisi belian.

Selain itu, kita juga perlu sentiasa mendapatkan informasi terkini tentang saham tersebut kerana saham adalah kehidupan terdapat pelbagai kebarangkalian yang boleh berlaku pada pelaburan saham yang kita ceburi.

Nak belajar mengenai Japanese candlestick dengan lebih mendalam?

Semua yang anda perlu tahu untuk meraih pulangan yang baik di pasaran saham… dengan meminimakan risiko kerugian.

Kami juga tidak menjanjikan yang anda akan confirm buat untung gila-gila selepas belajar teknik ini. Tetapi jika anda mencari teknik yang boleh memberi pulangan yang konsisten, maka wajib dapatkan video ini.

Ini 3 masalah utama sebelum berjaya buat duit dekat pasaran saham

1. Tak tahu nak beli saham apa?
2. Bila boleh beli saham?
3. Bila kena jual saham tu?

Sebenarnya semua ini boleh terjawab jika pandai baca Candlestick.

Jadi khas untuk memudahkan anda, kami hasilkan video Masterclass sulung.

CANDLESTICK SAHAM
bersama Tuan Haji Zainal Ariffin bin Osman
(MSTA, CFTE, IFTA, UKSTA, MATA)

ILMU MAHAL YANG BAKAL ANDA BELAJAR DARI VIDEO INI

1. Pengenalan kepada ‘Price Action’
2. Bagaimana mengukur kekuatan Price Action dengan candlestick?
3. Bullish Candlestick pattern yang menunjukkan harga akan beralih arah
4. Bearish reversal pattern
5. Peranan volume untuk mengesahkan pergerakan candle
6. Candlestick trading setup
7. Cara menggunakan candlestick dengan trend dan oscillator
8. Cara menggunakan candlestick dengan RSI

Sekejap, belum habis lagi…

✅ BONUS

1. Penggunaan Heiken Ashi
2. Candlestick pattern Screener
3. Set target menggunakan candlestick
4. Set stop loss menggunakan candlestick

Speaker memang otai, modul pun terbaik.

InshaAllah video pembelajaran secara santai ini dapat bantu anda memahami Analisis Teknikal (TA) yang selalu disebut oleh sifu-sifu saham.

Yang penting, video ini sesuai sangat untuk pelabur dan pedagang saham newbie. Boleh tengok ulang-ulang sampai faham.

Kepada yang bertindak awal, ada harga istimewa menanti, cepat klik:

➡️ http://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ http://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ http://thekapital.my/candlesticksaham

DISCLAIMER: Video ini bertujuan pendidikan sahaja. Program ini tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit untuk urusan pelaburan. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.

Previous ArticleNext Article

William J. O’Neil: Pelabur Di Sebalik Strategi CANSLIM Yang Digunakan Di Seluruh Dunia

Dalam dunia pelaburan saham, terdapat beberapa nama besar yang sering menjadi rujukan pelabur. Salah satu daripadanya ialah William J. O’Neil seorang pelabur, usahawan dan penulis yang memperkenalkan pendekatan sistematik dalam memilih saham berpotensi tinggi.

Beliau bukan sekadar pelabur biasa, tetapi individu yang membina satu kaedah pelaburan yang masih digunakan oleh pelabur di seluruh dunia sehingga hari ini.

Latar Belakang William J. O’Neil

William J. O’Neil dilahirkan pada tahun 1933 di Oklahoma, Amerika Syarikat. Beliau memulakan kerjaya dalam dunia pelaburan sebagai broker saham selepas menamatkan pengajian dalam bidang perniagaan.

Apa yang membezakan O’Neil daripada pelabur lain pada zamannya ialah pendekatan beliau yang lebih sistematik dan berasaskan data. Beliau merupakan antara pelopor awal yang menggunakan komputer untuk menganalisis data pasaran saham, sesuatu yang sangat jarang dilakukan ketika itu.

Melalui kajian terhadap saham-saham yang berjaya, beliau mula mengenal pasti corak tertentu yang berulang sebelum sesuatu saham mencatat kenaikan besar.

Daripada kajian inilah lahirnya satu strategi yang dikenali sebagai CANSLIM.

Apa Itu CANSLIM?

CANSLIM ialah satu kaedah pemilihan saham yang menggabungkan analisis fundamental dan teknikal untuk mencari saham yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi.

Ia bukan sekadar teori, tetapi hasil kajian terhadap ratusan saham terbaik dalam sejarah pasaran.

CANSLIM merupakan akronim kepada tujuh kriteria utama:

C – Current Quarterly Earnings Per Share

Syarikat perlu menunjukkan pertumbuhan pendapatan suku tahunan yang kukuh, biasanya sekurang-kurangnya 25%.

A – Annual Earnings Growth

Pendapatan tahunan perlu meningkat secara konsisten dalam beberapa tahun kebelakangan.

N – New Products, Management, Events, Information

Syarikat perlu mempunyai sesuatu yang baharu seperti produk, pengurusan atau pemangkin yang boleh menarik minat pelabur.

S – Supply and Demand

Saham dengan permintaan tinggi dan penawaran terhad lebih mudah mengalami kenaikan harga.

L – Leader and Laggard

Fokus kepada syarikat peneraju dalam industri, bukan yang ketinggalan.

I – Institutional Sponsorship

Kehadiran pelabur institusi menunjukkan keyakinan terhadap kualiti syarikat.

M – Market Direction

Arah pasaran keseluruhan memainkan peranan penting kerana majoriti saham bergerak mengikut trend pasaran.

Pendekatan ini menekankan bahawa saham terbaik bukan sahaja mempunyai asas perniagaan yang kukuh, tetapi juga berada dalam momentum pasaran yang betul.

Keunikan Pendekatan O’Neil

Apa yang menjadikan pendekatan O’Neil unik ialah gabungan beberapa elemen penting:

1. Gabungan Fundamental dan Teknikal

Tidak seperti pelabur yang hanya fokus kepada satu pendekatan, O’Neil menggabungkan kedua-duanya. Beliau mencari syarikat yang kukuh dari segi kewangan, tetapi hanya membeli apabila harga menunjukkan momentum kenaikan.

2. Fokus Kepada Pertumbuhan

O’Neil percaya bahawa saham terbaik adalah saham yang sedang berkembang, bukan semestinya yang kelihatan murah.

Ini berbeza dengan pendekatan “value investing” yang mencari saham undervalued.

3. Disiplin Kawalan Risiko

Salah satu prinsip penting dalam strategi beliau ialah mengehadkan kerugian, biasanya sekitar 7% hingga 8% daripada harga belian.

Ini menunjukkan bahawa kejayaan pelaburan bukan hanya tentang memilih saham yang betul, tetapi juga tentang mengurus risiko dengan disiplin.

Sumbangan Dalam Dunia Pelaburan

Selain membangunkan strategi CANSLIM, O’Neil juga merupakan pengasas kepada Investor’s Business Daily, sebuah platform yang menyediakan analisis pasaran, data saham dan idea pelaburan kepada pelabur.

Beliau juga menulis beberapa buku terkenal, antaranya How to Make Money in Stocks, yang menjadi rujukan utama pelabur di seluruh dunia.

Pendekatan beliau bukan sahaja memberi panduan kepada pelabur individu, tetapi turut mempengaruhi cara penganalisis dan institusi menilai saham.

Apa Yang Pelabur Boleh Pelajari?

Walaupun strategi CANSLIM kelihatan teknikal, terdapat beberapa prinsip asas yang boleh diambil oleh semua pelabur:

  • Fokus kepada syarikat yang mempunyai pertumbuhan kukuh
  • Jangan hanya melihat harga murah sebagai peluang
  • Fahami peranan sentimen dan arah pasaran
  • Utamakan disiplin dalam mengurus risiko

Dalam dunia pelaburan yang sering dipenuhi spekulasi dan emosi, pendekatan berasaskan sistem seperti ini membantu pelabur membuat keputusan dengan lebih objektif.

Kesimpulan

William J. O’Neil bukan sekadar pelabur yang berjaya, tetapi seorang pemikir yang berjaya menyusun satu sistem pelaburan yang praktikal dan boleh diikuti.

Strategi CANSLIM membuktikan bahawa kejayaan dalam pelaburan bukan bergantung kepada nasib semata-mata, tetapi kepada kombinasi ilmu, analisis dan disiplin.

Dalam pasaran yang sentiasa berubah, pelabur yang mempunyai sistem dan prinsip yang jelas akan lebih bersedia menghadapi ketidaktentuan berbanding mereka yang hanya bergantung kepada sentimen semasa.