4 Rahsia Pencapaian Dalam Perniagaan

 

Adakah anda mempunyai perniagaan anda sendiri? Anda bermula dengan tidak mempunyai apa apa, membina perniagaan anda dengan usaha anda sendiri dan kini anda merupakan seorang ahli perniagaan sepenuh masa.

Walaubagaimanapun, untuk mengekalkan jualan dalam perniagaan bukanlah suatu perkara yang mudah.

Oleh itu, jom tengok 4 rahsia pencapaian dalam perniagaan di mana anda sebagai seorang usahawan boleh menggunakannya.

1. Bijak Menyelesaikan Masalah

Salah satunya, adalah dengan bijak menyelesaikan masalah satu demi satu. Ironinya, untuk menyelesaikan satu masalah adalah lebih baik daripada tidak menyelesaikannya.

Malah, ia boleh membantu menyelesaikan sebarang kesilapan dan salah faham dalam perniagaan. Hakikatnya, kita memerlukan masalah untuk menjadikan diri kita semakin tabah dan menjadi lebih matang dalam perniagaan.

Ya, orang yang berjaya tahu betapa pentingnya masalah dalam perniagaan kerana mereka mampu “mengubah” masalah tersebut menjadi kekuatan mereka dalam menguruskan perniagaan yang semakin mencabar. Itulah sebabnya rahsia pencapaian dalam perniagaan adalah terus maju ke hadapan dan bijak menghadapi masalah.

2. Teruskan Usaha dan Jangan Berputus Asa

Anda perlu ingat bahawa dalam perniagaan ada pasang surutnya dan sentiasa berubah mengikut tahap usaha seseorang. Ia boleh berubah dengan drastik dan juga mempunyai “up and down” masing-masing. Keusahawanan adalah mengenai usaha mengejar kejayaan dalam tempoh yang tiada hadnya.

Kunci kejayaan untuk jangka masa yang panjang, adalah terus maju dan menyedari bahawa segalanya sentiasa bergerak dan berubah-ubah. Oleh itu, sebagai seorang usahawan, anda perlu ingat bahawa kejayaan tidak akan tetap sama untuk selamanya dan akan berubah.

Jika anda terus berusaha dengan gigih, maka kejayaan akan datang kepada anda tanpa perlu mengejarnya. Itulah rahsianya!

3. Perbaiki Kelemahan

Sudah tentu, anda mempunyai kelemahan anda sendiri tetapi perlu diingat bahawa “what doesn’t kill you, makes you stronger!” Oleh itu, tukarkan kelemahan anda kepada kekuatan dan jangan takut untuk berdepan dengannya.

Sekiranya anda tidak dapat mengawal kelemahan anda dan memanipulasinya secara bijak maka ia boleh membahayakan anda dan perniagaan anda pada masa akan datang.

Itulah sebabnya mengapa anda perlu mengimbangi dan menerima kelemahan dan kekuatan anda. Ingat bahawa rahsia untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan, adalah anda perlu menerima kelemahan anda dan berusaha dengan gigih untuk mengatasinya.

4. Ilmu dan Pengalaman

Ramai usahawan di luar sana berhenti menimba ilmu, sebaik sahaja masuk dalam bidang perniagaan. Dirasakan seperti tidak perlu lagi, sebab perniagaan nampak berkembang dengan sihatnya.

Tetapi ramai juga yang kelihatan seperti bisnes semakin maju, hutang juga sama naik, dan yang paling menyedihkan masih tiada simpanan.

Siapa pun yang ingin berjaya mesti mempunyai pengetahuan, tetapi apa yang lebih penting ialah memanipulasi pengetahuan dan pengalaman dalam menguruskan perniagaan. Ini bermaksud bahawa anda mesti sentiasa meluaskan pengetahuan dan mencari pengalaman.

Bukan setakat itu sahaja, anda harus menggunakannya secara bijak dan berkongsi dengan orang lain.

Sebagai kesimpulan, rahsia ini sangat membantu bagi mereka yang ingin berjaya dalam dunia perniagaan. Seorang usahawan tidak pernah kenal erti putus asa dan bangkit setiap kali menemui kegagalan.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sasar RM100 Juta Tambahan Untuk Pelanggan, Lonjakkan Ekosistem Digital Malaysia Melalui Kerjasam Tiktok

KUALA LUMPUR, 2025 – [4 DISEMBER 2025] KNKV Group mengegarkan ekosistem digital yang kini berada di garisan hadapan pemula bagi melonjakkan nilai jualan pelanggan mereka dengan sasaran ambisius RM100 juta, selarasnya pelantikan rasmi syarikat mereka sebagai TikTok Affiliate Partner.

Pengumuman strategik ini dibuat di hadapan YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital, semasa forum strategi korporat elit ‘Digital & Al: Business War 2026’. Pelancaran ini bukan sekadar pengiktirafan, tetapi satu signal bahawa KNKV Group telah merangka strategi khusus untuk membolehkan pengasas syarikat dan jenama tempatan mendominasi pasaran digital.

Strategi KNKV Group: Menukar Exposure Menjadi Keuntungan Jutaan
KNKV Group mendedahkan bahawa kerjasama eksklusif dengan TikTok ini akan dimanfaatkan melalui strategi yang dirangka khas, bertujuan untuk mengubah kehadiran creator based di TikTok menjadi saluran jualan berkesan tinggi.

“Diiktiraf sebagai TikTok Affiliate Partner adalah ‘lesen’ untuk kami mempercepatkan kejayaan pelanggan kami. Kami bukan sekadar berbangga; kami mempunyai strategi. Kami menyasarkan sekurang-kurangnya RM100 juta jualan tambahan diraih oleh pelanggan KNKV Group menerusi perlantikan ini, melalui modul dan sokongan Affiliate coaching yang direka khusus. Ini adalah permulaan era di mana jualan creator-based menjadi penyumbang utama pendapatan syarikat.” Professor (Adj) Hj. Adam Richman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KNKV Group.

Dengan sasaran jualan dijangka lima kali ganda, KNKV Group menawarkan peluang emas kepada syarikat yang ingin menguasai naratif dan trafik di platform TikTok untuk mencapai pertumbuhan yang agresif pada tahun 2026.

Panel Wawasan Eksklusif: Rahsia Di Sebalik Peningkatan Jualan
Forum ‘Business War 2026’ menjadi pentas utama bagi pelancaran ini, yang turut menampilkan panel diskusi yang sarat wawasan bertajuk “Driving Business Success on TikTok.”

  • YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital
  • Professor (Adj) Hj. Adam Richman, CEO Kumpulan KNKV Group
  • Datuk Seri Dr. Zurainah Musa, Penaung Muslim Insiders Chamber of Commerce
  • Ms. Lee Shin Mei, COO, CTOS Data Systems Sdn. Bhd.

Para pengasas berpeluang mendapatkan wawasan langsung mengenai strategi pelaksanaan dan inovasi digital yang diperlukan untuk melonjakkan nilai perniagaan mereka dalam ekonomi digital 2026 yang pantas berubah.

Pelancaran KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner
Salah satu pencapaian utama acara ini ialah pelancaran rasmi KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner, disaksikan oleh YB Menteri Digital menandakan satu era baharu dalam ekosistem perdagangan digital Malaysia serta mengukuhkan komitmen negara untuk menyokong pertumbuhan berasaskan pencipta platform.

Mengenai Business War 2026
Forum ini juga adalah anjuran Muslim Insiders Chamber of Commerce dan KNKV Group, direka sebagai simulasi pertempuran strategi korporat, membekalkan peserta dengan pengetahuan taktikal sebenar dalam Strategi Persaingan, Pemasaran Berasaskan Al, dan Taktik Pertumbuhan Digital untuk memastikan perniagaan mereka bukan sahaja bertahan, tetapi menguasai pasaran. KNKV Group turut berganding bahu dengan rakan strategiknya, CTOS Data Systems Sdn. Bhd., Dynads Academy, Droplets of Mercy dan Universiti Malaysia Kelantan.