
Image by Michal Jarmoluk from Pixabay
Sub Topik
Topik cukai bukanlah sesuatu yang selalu dibincangkan oleh masyarakat awam, namun apabila bercakap tentang penjimatan cukai, pasti ramai yang teruja untuk mengetahuinya.
Bermula tahun 2015 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM34,000 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan. Sekiranya pekerja layak dikenakan potongan PCB, pekerja dinasihatkan mendaftar fail cukai pendapatan terlebih dahulu sebelum potongan PCB dibuat.
Perkongsian kali ini pula berkenaan dengan cara jimat cukai syarikat yang ramai orang tak tahu.

1. Ambil Pekerja Yang Berusia 60 Tahun
Kerajaan memberikan insentif cukai kepada syarikat yang mengambil warga emas yang berusia 60 tahun ke atas dengan memberikan pelepasan cukai.
Selain daripada itu, ianya adalah untuk pengambilan kakitangan yang gaji bulanannya tidak melebihi RM4,000.
Bolehlah kita menggajikan mereka bagi menjalankan kerja-kerja ringan sambil mengisi masa lapang dan mendapat peluang menambah pendapatan.
2. Menyediakan Peluang Pekerjaan Kepada Insan OKU

Bagi majikan yang memberikan peluang pekerjaan kepada insan orang kurang upaya (OKU), akan diberi pelepasan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) secara berganda.
Bukan itu sahaja, malahan majikan juga akan diberi pelepasan cukai 1/10 daripada jumlah perbelanjaan untuk menyediakan kemudahan seperti kemudahan tandas dan bangunan yang mesra OKU.
3. Galakkan Bekerja Dari Rumah
Dengan menggalakkan pekerja bekerja dari rumah, bil elektrik, internet, air dan sebagainya dapat dikurangkan dan ianya pasti mengurangkan bil serta cukai yang perlu dibayar.
Ini juga merupakan salah satu cara jimat cukai syarikat yang boleh dilaksanakan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
4. Berbelanja Dengan Bijak

Bagi menjimatkan cukai syarikat, ianya berkait rapat dengan pengurusan kewangan. Dalam hal ini, kita haruslah berbelanja dengan bijak dan mendapatkan bantuan daripada agen cukai untuk membantu.
Jangan lupa untuk menyimpan segala dokumen yang berkaitan dengan penjimatan cukai seperti resit, invois dan sebagainya.
Kesimpulannya, banyak lagi cara untuk jimatkan cukai syarikat yang ramai tak tahu. Mungkin dengan cara di atas pun sudah membuatkan penjimatan yang cukup besar kepada syarikat.
Sumber Rujukan: Rahsia Pensyarikatan