4 Tips Jana Pendapatan Untuk Golongan Pelajar

Zaman sekarang, lumrah bagi semua orang untuk mempunyai pendapatan sendiri termasuklah seorang pelajar. Kos sara hidup yang semakin tinggi memaksa kita untuk mempunyai pendapatan bagi menampung kehidupan seharian.

Hendak mengharapkan duit PTPTN dan duit dari ibu ayah memang sama sekali tidak mencukupi. Boleh jadi ia tidak cukup ataupun hanya cukup-cukup makan saja.

Itu belum termasuk lagi apabila kawan-kawan ajak tengok wayang ataupun makan di tempat-tempat makan hipster. Bagaimana caranya untuk para pelajar tidak ketandusan duit?

Sebenarnya, banyak cara yang boleh seorang pelajar lakukan untuk menambah pendapatan. Jika anda betul-betul ikut tip yang diberikan ini, pasti anda akan tersenyum melihat wang yang ada dalam poket anda sendiri.

Berikut adalah 4 pekerjaan yang boleh menambah pendapatan bagi seorang pelajar.

1. Servis Penghantaran

Sekiranya anda memiliki sebuah motosikal atau kereta, itu merupakan satu bonus yang besar untuk anda berbanding pelajar lain. Kenapa?

Sebab anda boleh menjalankan servis penghantaran untuk pelajar lain yang ingin pergi ke bandar ataupun yang ingin pergi ke stesen bas. Atau boleh sahaja mendaftar dengan mana-mana syarikat e-hailing yang tersedia di kawasan anda.

2. Dropship

Menjadi dropship kepada mana-mana perniagaan yang memerlukan perkhidmatan ini. Kenapa dropship?

Sebabnya, dropship adalah salah satu cara berniaga tanpa modal tetapi masih mampu memberikan keuntungan kepada anda.

Ada juga sesetengah perniagaan yang mengenakan yuran bagi sesiapa yang ingin sertai dropship mereka. Namun, yuran yang dikenakan tidaklah terlalu mahal dan tinggi. Anggaplah itu sebagai komitmen permulaan anda untuk berniaga online.

3. Servis Printing

Ternyata, servis ini sangat mudah. Apa yang anda perlukan hanya sebuah printer. Anda hanya perlu menunggu pelajar lain datang untuk mendapatkan servis dari anda.

Bayangkan jika sehari, ramai pelajar yang datang untuk print segala jenis tugasan mereka? Lumayan bukan? Itu mungkin dalam waktu sehari. Jika seminggu? Sebulan?

Anda kira dan nilaikanlah sendiri.

4. Ejen Top-Up

Dah memang jadi keperluan semua orang untuk mempunyai telefon pintar. Kebiasaannya seorang pelajar akan menggunakan prabayar dan setiap bulan mesti nak kena top-up.

Dengan menjadi ejen top-up, anda boleh menawarkan perkhidmatan ini kepada ratusan malah ribuan orang. Banyak juga tu.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sasar RM100 Juta Tambahan Untuk Pelanggan, Lonjakkan Ekosistem Digital Malaysia Melalui Kerjasam Tiktok

KUALA LUMPUR, 2025 – [4 DISEMBER 2025] KNKV Group mengegarkan ekosistem digital yang kini berada di garisan hadapan pemula bagi melonjakkan nilai jualan pelanggan mereka dengan sasaran ambisius RM100 juta, selarasnya pelantikan rasmi syarikat mereka sebagai TikTok Affiliate Partner.

Pengumuman strategik ini dibuat di hadapan YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital, semasa forum strategi korporat elit ‘Digital & Al: Business War 2026’. Pelancaran ini bukan sekadar pengiktirafan, tetapi satu signal bahawa KNKV Group telah merangka strategi khusus untuk membolehkan pengasas syarikat dan jenama tempatan mendominasi pasaran digital.

Strategi KNKV Group: Menukar Exposure Menjadi Keuntungan Jutaan
KNKV Group mendedahkan bahawa kerjasama eksklusif dengan TikTok ini akan dimanfaatkan melalui strategi yang dirangka khas, bertujuan untuk mengubah kehadiran creator based di TikTok menjadi saluran jualan berkesan tinggi.

“Diiktiraf sebagai TikTok Affiliate Partner adalah ‘lesen’ untuk kami mempercepatkan kejayaan pelanggan kami. Kami bukan sekadar berbangga; kami mempunyai strategi. Kami menyasarkan sekurang-kurangnya RM100 juta jualan tambahan diraih oleh pelanggan KNKV Group menerusi perlantikan ini, melalui modul dan sokongan Affiliate coaching yang direka khusus. Ini adalah permulaan era di mana jualan creator-based menjadi penyumbang utama pendapatan syarikat.” Professor (Adj) Hj. Adam Richman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KNKV Group.

Dengan sasaran jualan dijangka lima kali ganda, KNKV Group menawarkan peluang emas kepada syarikat yang ingin menguasai naratif dan trafik di platform TikTok untuk mencapai pertumbuhan yang agresif pada tahun 2026.

Panel Wawasan Eksklusif: Rahsia Di Sebalik Peningkatan Jualan
Forum ‘Business War 2026’ menjadi pentas utama bagi pelancaran ini, yang turut menampilkan panel diskusi yang sarat wawasan bertajuk “Driving Business Success on TikTok.”

  • YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital
  • Professor (Adj) Hj. Adam Richman, CEO Kumpulan KNKV Group
  • Datuk Seri Dr. Zurainah Musa, Penaung Muslim Insiders Chamber of Commerce
  • Ms. Lee Shin Mei, COO, CTOS Data Systems Sdn. Bhd.

Para pengasas berpeluang mendapatkan wawasan langsung mengenai strategi pelaksanaan dan inovasi digital yang diperlukan untuk melonjakkan nilai perniagaan mereka dalam ekonomi digital 2026 yang pantas berubah.

Pelancaran KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner
Salah satu pencapaian utama acara ini ialah pelancaran rasmi KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner, disaksikan oleh YB Menteri Digital menandakan satu era baharu dalam ekosistem perdagangan digital Malaysia serta mengukuhkan komitmen negara untuk menyokong pertumbuhan berasaskan pencipta platform.

Mengenai Business War 2026
Forum ini juga adalah anjuran Muslim Insiders Chamber of Commerce dan KNKV Group, direka sebagai simulasi pertempuran strategi korporat, membekalkan peserta dengan pengetahuan taktikal sebenar dalam Strategi Persaingan, Pemasaran Berasaskan Al, dan Taktik Pertumbuhan Digital untuk memastikan perniagaan mereka bukan sahaja bertahan, tetapi menguasai pasaran. KNKV Group turut berganding bahu dengan rakan strategiknya, CTOS Data Systems Sdn. Bhd., Dynads Academy, Droplets of Mercy dan Universiti Malaysia Kelantan.