5 Penipuan Paling Besar Yang Dilakukan Pemilik Perniagaan Home-Based

Melakukan perniagaan sendiri dari rumah kedengaran menyeronokkan. Anda boleh bekerja bila-bila masa dan tidak perlu terkejar-kejar menghadap kesesakan untuk ke tempat kerja.

Walaupun bisnes dari rumah kedengaran menarik, tetapi banyak perkara yang perlu diberikan perhatian agar perniagaan tersebut mampu berdaya saing sama seperti perniagaan lain diluar sana.

Berikut merupakan antara penipuan terbesar yang sering dilakukan oleh pemilik perniagaan dari rumah.

1. Sesuatu Yang Baik Pasti Berlaku

This image has an empty alt attribute; its file name is home-office-small-office-computer-chair-roses-700x586.jpg

Tak salah nak berfikiran positif. Memang itulah antara kunci kejayaan orang yang berjaya. Tetapi dalam positif itu, anda perlulah bersikap rasional terutamanya dalam bidang perniagaan.

Bila anda membuat keputusan untuk melakukan bisnes dari rumah, ini bermakna anda perlu bersedia dengan segala macam kemungkinan, seperti kerugian, sales yang tidak memuaskan dan sebagainya. Kejayaan bukan dicapai dalam masa satu malam sahaja.

Jadi anda perlu pastikan yang perniagaan anda mampu untuk bertahan walaupun keuntungan tidak seperti yang anda harapkan.

2. Potong Lebih Banyak Kos Untuk Berjimat

Nak save bajet tu tak salah, tapi janganlah sampai terlalu berkira untuk mengeluarkan sedikit modal bagi tujuan membangunkan bisnes anda itu. Apa kata laburkan sedikit duit anda itu untuk meningkatkan lagi kualiti produk serta servis yang ditawarkan kepada pelanggan.

Dengan cara ini bisnes anda akan menjadi lebih baik dan wang yang anda laburkan itu pasti memberikan hasil terbaik untuk jangka masa panjang.

3. ‘Alah, sikit aje, tak apa’

Ramai yang ada masalah untuk mengasingkan keuntungan perniagaan dengan gaji sendiri. Ada yang sering mengambil duit hasil daripada perniagaan untuk tujuan peribadi.

Jangan biasakan diri anda untuk lakukan ini kerana ia akan mengundang masalah kepada bisnes anda nanti.

4. Gunakan Kad Kredit Untuk Tujuan Bisnes

Kredit kad memang membantu bila melibatkan transaksi online. Tetapi ini tidak bermakna anda perlu gunakan kad kredit anda semaksimum mungkin. Ia akan menambahkan lagi hutang anda selain boleh merosakkan credit skor anda.

5. Gunakan Segala Kemudahan Yang Ada Di Rumah

This image has an empty alt attribute; its file name is various-apartment-home-700x467.jpg

Selalunya bila anda menjalankan perniagaan dari rumah, anda pasti akan menggunakan segala kelengkapan yang ada di rumahkan? Ia bagus untuk menjimatkan kos perniagaan. Tetapi tahukah anda ia juga boleh menjejaskan perniagaan yang sedang anda bina?

Macam mana tu? Katakan anda melakukan bisnes membuat makanan, anda menggunakan segala kelengkapan yang ada di rumah seperti gula, tepung, beras, gas dan sebagainya. Ini menyukarkan anda untuk mengira berapa banyak keuntungan yang anda perolehi daripada perniagaan makanan tersebut.

Selain daripada itu, anda juga mengurangkan potensi perniagaan anda untuk berkembang. Ini kerana anda terlalu selesa menggunakan segala kemudahan di rumah. Nak buat bisnes dari rumah tak salah.

Tapi anda harus bijak dalam melihat apa yang perlu serta apa yang tidak perlu supaya perniagaan home-based anda itu mampu bersaing dengan bisnes lain di luar sana.

Sumber Rujukan: Free Malaysia Today

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sasar RM100 Juta Tambahan Untuk Pelanggan, Lonjakkan Ekosistem Digital Malaysia Melalui Kerjasam Tiktok

KUALA LUMPUR, 2025 – [4 DISEMBER 2025] KNKV Group mengegarkan ekosistem digital yang kini berada di garisan hadapan pemula bagi melonjakkan nilai jualan pelanggan mereka dengan sasaran ambisius RM100 juta, selarasnya pelantikan rasmi syarikat mereka sebagai TikTok Affiliate Partner.

Pengumuman strategik ini dibuat di hadapan YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital, semasa forum strategi korporat elit ‘Digital & Al: Business War 2026’. Pelancaran ini bukan sekadar pengiktirafan, tetapi satu signal bahawa KNKV Group telah merangka strategi khusus untuk membolehkan pengasas syarikat dan jenama tempatan mendominasi pasaran digital.

Strategi KNKV Group: Menukar Exposure Menjadi Keuntungan Jutaan
KNKV Group mendedahkan bahawa kerjasama eksklusif dengan TikTok ini akan dimanfaatkan melalui strategi yang dirangka khas, bertujuan untuk mengubah kehadiran creator based di TikTok menjadi saluran jualan berkesan tinggi.

“Diiktiraf sebagai TikTok Affiliate Partner adalah ‘lesen’ untuk kami mempercepatkan kejayaan pelanggan kami. Kami bukan sekadar berbangga; kami mempunyai strategi. Kami menyasarkan sekurang-kurangnya RM100 juta jualan tambahan diraih oleh pelanggan KNKV Group menerusi perlantikan ini, melalui modul dan sokongan Affiliate coaching yang direka khusus. Ini adalah permulaan era di mana jualan creator-based menjadi penyumbang utama pendapatan syarikat.” Professor (Adj) Hj. Adam Richman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KNKV Group.

Dengan sasaran jualan dijangka lima kali ganda, KNKV Group menawarkan peluang emas kepada syarikat yang ingin menguasai naratif dan trafik di platform TikTok untuk mencapai pertumbuhan yang agresif pada tahun 2026.

Panel Wawasan Eksklusif: Rahsia Di Sebalik Peningkatan Jualan
Forum ‘Business War 2026’ menjadi pentas utama bagi pelancaran ini, yang turut menampilkan panel diskusi yang sarat wawasan bertajuk “Driving Business Success on TikTok.”

  • YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital
  • Professor (Adj) Hj. Adam Richman, CEO Kumpulan KNKV Group
  • Datuk Seri Dr. Zurainah Musa, Penaung Muslim Insiders Chamber of Commerce
  • Ms. Lee Shin Mei, COO, CTOS Data Systems Sdn. Bhd.

Para pengasas berpeluang mendapatkan wawasan langsung mengenai strategi pelaksanaan dan inovasi digital yang diperlukan untuk melonjakkan nilai perniagaan mereka dalam ekonomi digital 2026 yang pantas berubah.

Pelancaran KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner
Salah satu pencapaian utama acara ini ialah pelancaran rasmi KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner, disaksikan oleh YB Menteri Digital menandakan satu era baharu dalam ekosistem perdagangan digital Malaysia serta mengukuhkan komitmen negara untuk menyokong pertumbuhan berasaskan pencipta platform.

Mengenai Business War 2026
Forum ini juga adalah anjuran Muslim Insiders Chamber of Commerce dan KNKV Group, direka sebagai simulasi pertempuran strategi korporat, membekalkan peserta dengan pengetahuan taktikal sebenar dalam Strategi Persaingan, Pemasaran Berasaskan Al, dan Taktik Pertumbuhan Digital untuk memastikan perniagaan mereka bukan sahaja bertahan, tetapi menguasai pasaran. KNKV Group turut berganding bahu dengan rakan strategiknya, CTOS Data Systems Sdn. Bhd., Dynads Academy, Droplets of Mercy dan Universiti Malaysia Kelantan.