5 Pesanan Ringkas Untuk Usahawan Dari Taikun Automotif Negara

Untuk berjaya dalam perniagaan, kita boleh amalkan konsep copy-cat iaitu meniru usahawan lain yang telah terbukti berjaya dalam bidang perniagaan mereka.

Jangan salah faham, meniru di sini bukan bermaksud membuat produk tiruan atau menciplak idea usahawan lain. Sebaliknya kita mengikut strategi yang mereka laksanakan untuk diguna pakai dalam bisnes sendiri.

Tips ini ditulis oleh Khairul Hakimin Muhammad melalui temubual secara langsung dengan usahawan terbabit.

Minggu lepas saya duduk dengan seorang taikun automotif negara. Orangnya low profile. Saya mohon minta izin nak letak namanya, beliau tak kasi. Hanya beri isi kandungan perbincangan sahaja untuk diluahkan di sini.

Saya bertanya kepadanya asas berniaga sampai dia berjaya membuat jualan 1-1 premis kereta dia ke 200-300 juta setahun. Iya, kereta mewah belaka. Sebulan jual 10-20 biji pun dah makan juta-juta.

Katanya, dalam dunia bisnes ada beberapa perkara yang jadi rutin dan mesti kita buat berulang-ulang kali. Ianya ialah:

1. Networking

Berkawan dalam dunia bisnes ini ialah tentang duit dan melebar sayap. Tak boleh langsung berperang atau bertempur sekiranya ada masalah.

Sekiranya ada juga, guna undang-undang terus. Tak payah buang masa. Biasanya jika friendship kuat, ia akan ok. Jika tak, eloklah ke mahkamah.

2. Challenge

Dunia bisnes adalah dunia akrobatik yang penuh liku dan cabaran. Ia perlu mental yang kuat. Pekerja datang dan pergi, shareholder juga datang dan pergi, kita dan syarikat kita kena bertahan dan bertahan dengan berbagai cabaran.

Jadi, anggap itu sebagai cabaran, barulah rasa ia sebuah perjuangan.

3. Research

ari ini jika tak ada buat kajian, tak membaca, tak survey, tak observe, tak payah berangan nak jadi kaya. Orang hari ini dia sibuk dengar cakap kawan, padahal entah-entah kawannya itu cakap benda yang popular 2-3 tahun lepas.

Tahun ini sudah tidak. Jadi setiap apa info kita terima, siasat! Ia memberi pulangan dari sudut pelaburan di dalam membuat research.

Samsung pernah alami kerugian teruk hingga akhirnya menutup semua operasi dan hanya tinggalkan sebuah jabatan sahaja, iaitu R&D. Selepas mereka mengkaji penggunaan telefon menggunakan sentuhan jari, akhirnya sekarang Samsung mendominasi market telefon bimbit android.

4. Hutang Baik vs Hutang Tak Baik

Buat kajian tentang hutang yang kalian mahu ambil. Tak boleh sebarangan tengok jumlahnya sahaja. Tengok perancangan bayaran balik, jumlah faedah dan tentunya untung rugi membuat hutang. Biasanya kesilapan hingga tutup sebuah bisnes ada di sini.

5. Berjiwa Besar

“Pergi mati” dengan gaduh-gaduh kecil sesama kawan, bising sana sini tentang bisnes kawan lingkup dan sebagainya. Kita orang bisnes, tumpu bisnes kita.

Fokus dan berjiwa besarlah. Ada orang dia terlalu menyibuk tentang orang lain sampai bisnes dia sendiri ke laut. Boleh nak ambil tahu, ia sekadar ambil tahu dan belajar sahaja.

Kena ingat, bisnes ialah tentang menyediakan produk atau perkhidmatan kepada orang yang boleh buat bayaran.

Jika kau tidak ada 5 perkara tersebut, mungkin kau tidak sesuai dalam arena ini. Tak perlu runsing, kerja pun ok. Semua itu juga sebuah rezeki.

Mana-mana pemain bisnes tetap perlukan pekerja, jadi semuanya ok sahaja. Yang penting, belajar.

Sumber: FB Khairul Hakimin Muhammad

Previous ArticleNext Article
An introverted chocoholic whom happened to be involved in content curation and stock trading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.