Tealive dan Chatime, Pesaing Yang Pernah Bekerjasama

Anda penggemar minuman bubble tea? Jika ya, jenama yang manakah yang selalu anda minum? Tealive atau Chatime?

Kedua-dua jenama ini adalah jenama yang sangat popular di Malaysia dalam menyediakan minuman bubble tea ini. Ianya sangat popular di Malaysia sehingga kita boleh mendapatinya di kedai tepi jalan atau pasar malam kerana permintaan terhadap minuman ini di pasaran adalah sangat luar biasa.

Chatime dan Tealive merupakan jenama yang tidak asing bagi rakyat Malaysia dalam penyediaan minuman berasaskan bubble ini dan tahukah anda bahawa sebenarnya, syarikat ini merupakan satu entiti perniagaan yang sama sebelum mereka berpecah mengikut haluan masing-masing. Sebelum wujudnya Tealive, Chatime merupakan satu-satunya jenama bubble tea yang popular di Malaysia.

Chatime merupakan sebuah anak syarikat yang dimiliki oleh La Kaffa yang merupakan sebuah syarikat yang berasal dari Taiwan. Usahawan tempatan pada ketika itu, Bryan Loo melalui syarikatnya, Loob Holding telah membawa masuk francais minuman itu buat pertama kali ke Malaysia pada tahun 2010 yang mana mereka membuka cawangan pertama di Pavilion.

Tahun demi tahun, bubble tea telah menjadi popular di Malaysia dan menjadikan francais Chatime semakin berkembang dengan pesat di bawah pengurusan Syarikat Loob Holding ini.

Krisis di antara kedua Syrikat La Kaffa dan Loob Holding  bermula pada awal tahun 2017 apabila Syarikat La Kaffa secara mengejut telah menamatkan kontrak untuk jenama Chatime yang sepatutnya ditamatkan pada tahun 2041 kerana menuduh Syarikat Loob Holding telah melanggar beberapa perjanjian perniagaan dengan mereka.

Syarikat Loob Holding didakwa tidak menggunakan bahan mentah yang disediakan oleh Syarikat La Kaffa dalam perniagaan mereka sebaliknya menggunakan bahan mentah dari pihak ketiga yang boleh didapati pada harga yang lebih murah.

Selain itu juga, Syarikat La Kaffa turut menuduh Syarikat Loob Holding tidak membayar royalti perniagaan mereka seperti yang dijanjikan dan pembayaran royaliti itu dilewatkan. Dengan pertuduhan in, kedua-dua syarikat itu berada dalam keadaan yang tegang.

Syarikat Loob Holding yang mengatakan mereka hanya memperkenalkan minuman yang baru itu bagi mengikut citarasa rakyat tempatan. Antara perisa yang diperkenalkan oleh Syarikat Loob Holding melalui Chatime adalah Horlicks dan Cadbury.

Selain itu juga, Syarikat Loob Holding turut membalas tuduhan yang dikemukanan oleh Syarikat La Kaffa itu dengan mengatakan syarikat tersebut tidak membenarkan mereka menjual teh 3 dalam 1 jenama Chatime di cawangan mereka sedangkan Syarikat Loob Holding adalah pemilik jenama Chatime di Malaysia pada ketika itu.

Dengan penamatan serta-merta kontrak dari Syarikat La Kaffa, Syarikat Loob Holding segera memperkenalkan jenama baru yang dikenali sebagai Tealive yang mana masih mengamalkan konsep yang sama seperti Chatime bagi menyelamatkan perniagaan mereka. Perkara ini telah menimbulkan kemarahan Syarikat La Kaffa.

Kemuncak krisis keduadua syarikat ini adalah apabila Syarikat La Kaffa telah membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi Malaysia dengan bertindak menyaman Syarikat Loob Holding di atas pertuduhan yang dikemukakannya itu. Antara permintaan yang dilakukan oleh Syarikat La Kaffa adalah untuk menghalang daripada Syarikat Loob Holding untuk beroperasi.

Kes mahkamah menjadi lebih sensasi apabila pihak makahmah telah menggugurkan permintaan Syarikat La Kaffa untuk menghalang Tealive untuk beroperasi kerana ia akan menjejaskan pekerja syarikat tersebut.

Akhirnya kedua-dua syarikat ini bersetuju untuk menarik balik saman terhadap syarikat masing-masing dan kes ini diselesaikan di luar mahkamah. Kini Tealive dan Chatime telah membawa haluan perniagaan masing-masing.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PROTON Cemerlang Jual 16,995 Unit Pada Mei, Saga Model Terlaris Malaysia Bulan Lalu

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd (PROTON) terus menguasai pasaran automotif Malaysia dengan jumlah jualan sebanyak 16,995 kenderaan pada Mei.

Prestasi itu dicapai walaupun jumlah keseluruhan industri (TIV) Malaysia dianggarkan susut 15.4 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Prestasi kukuh itu meningkatkan jualan PROTON bagi setakat tahun ini kepada 84,294 unit dalam lima bulan pertama 2026.

Jumlah itu mewakili peningkatan 38 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu dan memberikan syarikat pegangan pasaran dianggarkan 26.7 peratus.

Pertumbuhan itu dicatatkan ketika TIV keseluruhan dianggarkan menguncup 1.4 peratus dalam tempoh yang sama, sekali gus menunjukkan keupayaan pengeluar automotif itu untuk meningkatkan pegangan pasaran dalam persekitaran pasaran yang mencabar.

Pemacu utama prestasi Mei ialah kebangkitan semula model Proton Saga, yang kembali menjadi kenderaan paling laris di Malaysia dengan 7,398 unit didaftarkan pada bulan lalu, sekali gus meningkatkan jualan setakat tahun ini sebanyak 41 peratus kepada 37,375 unit.

Syarikat itu turut melaporkan permintaan kukuh bagi model Proton S70 dan Proton X50, masing-masing mencatat jualan 2,350 unit dan 2,793 unit.

Jualan terkumpul Proton S70 meningkat kepada 10,525 unit, manakala Proton X50 mencapai 12,967 unit, sekali gus menjadi model dengan jualan tertinggi dalam segmen kenderaan utilitik sukan (SUV).

Sementara itu, Proton X90 terus mengukuhkan kedudukannya dalam segmen SUV D dengan jualan mencecah 402 unit pada Mei, menjadikan jumlah jualan YTD meningkat 38.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Abdul Rashid Musa, berkata prestasi itu mencerminkan keyakinan pengguna yang berterusan terhadap kenderaan yang menawarkan nilai, teknologi dan pengalaman pemilikan yang baik.

Selain itu, perniagaan kenderaan elektrifikasi PROTON turut mencatat keputusan memberangsangkan apabila penghantaran gabungan model e.Mas mencecah 3,022 unit pada Mei merangkumi pasaran domestik dan eksport.

Jualan bagi model e.Mas setakat tahun ini pula mencapai 14,687 unit selepas lima bulan pertama tahun ini.

Model hibrid plug-in (PHEV) baharu Proton e.Mas 7 PHEV mencatat jualan 1,181 unit pada Mei, iaitu bulan kedua berturut-turut mencipta rekod baharu, sekali gus menjadikannya PHEV paling laris di Malaysia.

Jualan terkumpul model itu mencecah 2,936 unit sejak dilancarkan pada Februari lalu.

Versi elektrik sepenuhnya Proton e.Mas 7 turut kembali menjadi EV paling laris di Malaysia bagi bulan berkenaan, dengan penghantaran melonjak kepada 958 unit selepas pengeluaran pemasangan tempatan mencapai tahap yang lebih stabil.

Sementara itu, Proton e.Mas 5 kekal sebagai EV paling laris di negara ini bagi tempoh setakat tahun ini, dengan 9,357 unit telah dihantar setakat ini pada 2026.

Penghantaran bulanan model itu sedikit menurun kepada 883 unit menjelang permulaan operasi pemasangan tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang, berkata permintaan pengguna terhadap EV dan PHEV mencerminkan penerimaan yang semakin meningkat terhadap mobiliti elektrifikasi di Malaysia.

“Ketika operasi pemasangan tempatan untuk Proton e.Mas 7 terus dipertingkatkan dan pemasangan tempatan Proton e.Mas 5 mula dijalankan, kami sedang memperkukuhkan keupayaan untuk memenuhi permintaan pelanggan sambil menyokong pembangunan ekosistem EV Malaysia,” katanya.