Adakah Majikan Memerlukan Program Kesihatan Kewangan Untuk Hadapi Gelombang Covid-19?

Tiada sesiapa menyangka kedatangan badai gelombong Covid-19, apalagi bila gelombong kedua datang menyerang dengan lebih tragis menyebabkan seluruh dunia havoc, kecoh dan panik. Lebih memeritkan lagi sebelum kedatangan wabak Covid-19 sebilangan besar pekerja yang sudah pun berada dalam situasi kesulitan kewangan.

Lebih parah lagi, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau RMO (Restricted Movement Control) dikuatkuasakan, perbelanjaan meningkat demi mendapatkan rawatan doktor, atau terpaksa tidak bekerja atau diarahkan ‘self-quarantine’ di rumah dan bermacam-macam lagi kesukaran yang dihadapi.

Sudah pasti kesemua ini akan menjejaskan keadaan fizikal dan mental seseorang, malah akan turut menjejaskan kedudukan kewangan peribadi.

Dalam satu kajian yang dijalankan, 54% pekerja mengatakan mereka tidak bersedia daripada segi kewangan jika diperintahkan kuarantin atau jika tempat mereka bekerja ditutup menyebabkan mereka tidak dapat bekerja. Ini belum lagi menyentuh isu golongan yang sudah menghampiri usia persaraan dan terpaksa mengeluarkan simpanan persaraan jika keadaan semakin meruncing.

Daripada statistik tersebut, kita dapati bahawa tahap kewangan kebanyakan rakyat Malaysia amat rapuh. Ramai yang jika hanya bergantung pada gaji bulanan semata-mata, tidak akan dapat mampu menampung barang-barang keperluan asas tanpa perlu mengusik wang simpanan.

Ini disebabkan kesukaran mereka untuk menyimpan dalam menghadapi waktu kecemasan. (Kaji selidik AKPK juga menunjukkan, 53% yang berpendapatan rendah kurang RM2,000 tidak mampu menanggung belanja kecemasan walaupun hanya RM1,000).

Penasihat Kewangan sering menekankan orang ramai agar membuat ‘Simpanan Kecemasan’ sekurang-kurangnya 6 bulan gaji untuk tujuan ini. Namun, nasihat ini tidak akan dapat dicapai jika tidak bekerja atau sebahagian besar pendapatan dibelanjakan untuk pembayaran bil dan perbelanjaan harian merujuk data statistik Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023.

Namun, nasihat ini akan berguna jika diberikan pendedahan awal kepada pekerja sebelum keadaan ‘kecemasan’ itu timbul atau setelah keadaan ekonomi seluruhnya semakin membaik? Tetapi bagaimana ‘kesihatan kewangan’ atau kedudukan kewangan pekerja selepas itu pula?

Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan automatik Moratorium (penangguhan bayaran pinjaman) selama 6 bulan ke atas pinjaman individu mahupun syarikat. Dan bermacam-macam kelonggaran diberikan untuk dimanfaatkan sebaiknya dengan melihat semula impak ke atas kad kredit, pinjaman rumah, pinjaman pendidikan dan sebagainya.

Dengan kesemua pilihan perlepasan dan kemudahan yang telah diumumkan, apakah pilihan terbaik yang perlu diambil oleh pekerja berdasarkan objektif kewangan peribadi masing-masing dan juga tahap risiko yang sanggup dihadapi oleh mereka?

Adakah pekerja dapat memahami keadaan ‘kesihatan kewangan’ mereka dan menilai strategi kewangan yang bersesuaian dengan keadaan mereka pada waktu ini?

Tidak dinafikan semakin banyak majikan prihatin melihat betapa pentingnya kesihatan mental dan fizikal pekerja. Satu kajian oleh MassMutual bertajuk Kaji Selidik Perkembangan Kesihatan Kewangan, mendapati bahawa 42% pekerja di saat ini telah diberikan Financial Wellness Programs (Program Kesihatan Kewangan).

Manakala 19% majikan dalam proses untuk melaksanakannya dan 19% tersebut merancangkan untuk memperkenalkan program tersebut dalam jangka masa 3 tahun akan datang.

Kajian tersebut juga mendapati motivasi utama adalah menawarkan Program Kesihatan Kewangan, di mana 90% majikan menyatakan mereka “amat prihatin terhadap para pekerja”.

Dan 8 daripada 10 majikan juga mengakui bahawa dengan memberi sokongan kepada pekerja yang hanya melibatkan kos minimal, di samping menawarkan sesuatu yang hebat kepada pekerja; sekaligus meraih kelebihan untuk dijadikan majikan pilihan juga merupakan faktor penyumbang untuk perlaksanaan program.

Adakah setelah wabak ini pulih, ia akan dikenang dengan nama gejala yang PALING mengerikan di abad ini kerana menjatuhkan ekonomi dunia? Selepas gejala ini berakhir, majikan pula akan mendapati hampir keseluruhan para pekerjanya terjerat dengan kekangan kewangan yang lebih membimbangkan dengan tahap tekanan stres pekerja di tahap lebih teruk?

Adakah dunia akan diserang dengan virus yang lebih canggih pada masa hadapan? Jika virus Corona boleh mutasi, berkemungkinan dalam tempoh 3 tahun lagi dunia akan dikejutkan dengan penemuan virus yang lebih berbahaya. Dan apakah persiapan kita bagi menghadapinya?

Oleh itu, sudah tiba masanya untuk para majikan mempertimbangkan apakah langkah yang telah diambil setakat ini dalam melaksanakan program ‘Kesihatan Kewangan’ sebagai langkah berjaga-jaga. Jika sudah sedia ada, adakah ianya mencukupi untuk para pekerja?

Langkah persediaan ini amat penting sekali dan diperlukan untuk semua pekerja kerana ‘Literasi Kewangan’ adalah untuk semua peringkat, samada yang berpendapatan besar atau kecil.

Uniknya program ‘Kesihatan Kewangan’ kami memberikan pendekatan lebih holistik merangkumi:

  • Kaedah mudah untuk mengurus kewangan
  • Matlamat kewangan yang jelas
  • Isi kandungan yang menarik
  • Sesi program dalam skala bersesuaian
  • Cadangan produk berdasarkan “kepentingan pelanggan”
  • Budgeting Tool’ di sesi Nadi Kewangan yang efektif berkesan
  • ‘Financial Tools’ dari hub kewangan mypf.my untuk panduan kewangan
  • Akses penuh untuk khidmat Penasihat Kewangan bertauliah

Jika masih belum lagi menawarkan program ‘Kesihatan Kewangan’ kepada pekerja, langkah yang bijak adalah dengan menyediakan peruntukan untuk melaksanakan program ini ke dalam Perancangan Latihan dan Pembangunan pekerja.

Para peserta akan diberikan pendedahan yang dapat merangkumi Pengurusan Tunai, Pengurusan Hutang, Perancangan Pelaburan dan Perancangan Persaraan termasuk Insuran/Takaful dan Wasiat yang berkaitan dengan keperluan Perancangan Kewangan.

Berdasarkan kajian AKPK secara online, AKPK Online Polling Survey mendapati 80% pekerja dilaporkan mengalami tekanan kewangan dalam hutang yang menjejaskan prestasi kerja mereka. Dengan menyediakan program Kesihatan Kewangan untuk para pekerja, ianya akan memberi manfaat dan kebaikan kepada majikan dalam jangka masa panjang.

Tawaran Istimewa

50 syarikat terawal yang mendaftar untuk perlaksanaan Program Kesihatan Kewangan akan diberikan sesi khas “Nadi Kewangan” (one-to-one) secara percuma bersama Penasihat Kewangan Professional yang bertauliah.

Oleh: Juliyana Mohd Yatim, Business Development Manager.

Sila hubungi 018-2487717 atau emel [email protected] untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Program Kesihatan Kewangan ini.

WEALTH VANTAGE ADVISORY merupakan Syarikat Penasihat Kewangan Yang Berlesen dari Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan FIMM menyediakan khidmat nasihat kewangan holistik yang menyeluruh meliputi Pengurusan Tunai, Pengurusan Hutang, Perancangan Pelaburan, Perancangan Persaraan termasuk Wasiat dan Perlindungan. Disamping menjalankan Latihan Korporat untuk Syarikat, Institusi dan Organisasi.

Wealth Vantage Advisory
FB/ LinkedIn/ Instagram/ Twitter: @wealthvantagemy
Laman Web www.wealthvantage.com.my
Pejabat: +603-9202 5666

Pn Juliyana
LinkedIn: https://www.linkedin.com/in/juliyana/

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

10 Produk Makanan Masa Depan: Kesan Daripada Pengecualian Cukai Baharu

Kerajaan mencadangkan pengecualian cukai pendapatan 100% ke atas pendapatan berkanun selama 10 tahun bagi syarikat yang melaksanakan projek baharu pengeluaran bahan makanan, dengan tempoh permohonan dilanjutkan hingga 31 Disember 2030. Bagi syarikat sedia ada yang membuat projek pembesaran, pengecualian 100% selama 5 tahun turut ditawarkan. Pengumuman ini dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (2026) di bawah Tekad 5: Memperkukuh Ketahanan Negara di Dewan Rakyat.

Langkah ini dilihat bukan sekadar insentif kewangan tetapi berpotensi mencetuskan gelombang inovasi dan teknologi dalam sektor pertanian negara. Pelaksanaan insentif cukai ini dijangka membuka pintu lebih luas kepada syarikat korporat serta entiti GLC dan GLIC yang sebelum ini berhati-hati untuk memasuki sektor makanan. Dengan risiko pelaburan yang kini lebih rendah, mereka boleh mempertimbangkan langkah lebih besar dalam bidang seperti ladang kontrak, pemprosesan makanan, automasi pertanian, akuakultur dan penternakan intensif.

Berikut adalah 10 contoh produk dan inovasi menarik yang kami jangka akan lahir hasil daripada dasar ini:

1. Ladang Tertutup Pintar (Smart Closed Farm)

Kandang atau reban yang dikawal sepenuhnya oleh sensor dan sistem automatik.

Contoh: Syarikat ternak ayam buat reban tertutup automatik — suhu, cahaya & kipas dikawal oleh sensor. Kalau panas, kipas hidup sendiri.

Kesan: Ayam cepat membesar, kurang mati, kurang bau dan data boleh dipantau dari telefon.

Bagaimana pelepasan cukai membantu?

  • Penternak boleh gunakan galakan cukai projek baharu ini untuk melabur dalam projek automasi (sensor, kipas dan controller reban, auto-feeder, pembersih lantai).

Kesan kepada pengguna:

  • Bila kadar kematian rendah, kos pengeluaran per kg menurun maka potensi harga ayam runcit menjadi lebih murah dalam jangka sederhana (masih bergantung kepada kos logistik dan dasar harga siling).

2. Vertical Farm / Greenhouse Bandar

Tanam sayur secara bertingkat dalam bangunan tertutup (guna LED & baja cecair).

Contoh: Startup dekat Shah Alam buat farm dalam kontena, tanam salad dan herba premium untuk hotel.

Kesan: Tanam sepanjang tahun tanpa gangguan cuaca; hasil lebih konsisten & mesra bandar.

3. Protein Alternatif & Makanan Ternakan daripada Serangga

Guna larva lalat BSF (black soldier fly) sebagai makanan ayam/ikan menjadi sumber protein yang murah dan mampan.

Contoh: Kilang kecil proses sisa makanan jadi makanan larva BSF, kemudian jual semula larva kering ke ladang ayam.

Kesan: Kurangkan kebergantungan kepada dedak import.

Laporan Bernama (25 Jul 2022) & Astro Awani (26 Jul 2022) pernah menyebut tentang kerjasama penyelidik Universiti Malaya × Ain Aquaculture di Kampung Gajah, Pengkalan Chepa (Kelantan); projek penternakan BSF yang bermula tahun 2020 dengan kos awal sekitar RM10,000 sebagai usaha mengurangkan kebergantungan pada sumber import seperti jagung bijian dan soya.

4. Rantaian Sejuk (Cold Chain) Pintar

Sistem simpanan dan penghantaran bahan makanan dengan kawalan suhu automatik.

Contoh: Lori ikan laut dalam dipasang sensor suhu & GPS. Kalau suhu naik, HQ terus dapat amaran.

Kesan: Kurang pembaziran makanan, kualiti kekal segar dari laut ke kedai.

5. Biofertilizer & Biopestisid Tempatan

Baja dan racun organik yang dibuat daripada mikrob atau bahan semula jadi.

Contoh: Syarikat guna sisa kelapa sawit untuk hasilkan baja mikrob aktif untuk sayur-sayuran organik.

Kesan: Kurangkan penggunaan bahan kimia import dan lebih mesra alam.

6. Jejak Halal & Kebolehkesanan (Traceability)

Sistem QR code pada produk untuk sahkan asal-usul bahan makanan.

Contoh: Beli ikan beku, scan QR → keluar info ‘diternak di Johor, dituai 5 Oktober 2025, disimpan pada -18°C’.

Kesan: Tingkatkan keyakinan pengguna dan potensi eksport halal.

7. Agri-Automation-as-a-Service (Sewa Teknologi Pertanian)

Ladang kecil boleh sewa atau langgan servis automasi tanpa perlu beli mesin mahal.

Contoh: Syarikat drone datang sembur baja dan racun secara automatik, ladang cuma bayar ‘per ekar’.

Kesan: Teknologi sampai ke petani kecil tanpa modal besar.

8. Produk Makanan Sedia Makan (Ready-to-Eat) Tempatan

Produk siap masak tapi dibuat daripada bahan mentah tempatan sendiri.

Contoh: Ladang ayam keluarkan nasi lemak ayam kampung sejuk beku – semua bahan dari ladang sendiri.

Kesan: Rantaian nilai lebih panjang, keuntungan lebih tinggi.

9. Benih & Varieti Premium Tempatan

Benih tempatan yang tahan penyakit dan sesuai dengan iklim Malaysia.

Contoh: Usahawan R&D hasilkan benih cili ‘Kampung King’ – tahan panas & cepat berbuah.

Kesan: Petani tak perlu bergantung kepada benih import.

10. Pusat Latihan & Data Agronomi

Tempat petani belajar guna teknologi & kongsi data hasil tanaman.

Contoh: ‘Agri Tech Lab’ ajar guna sensor tanah dan tunjuk data hasil purata untuk banding prestasi ladang.

Kesan: Produktiviti meningkat sebab petani belajar dari data sebenar.

Dasar pengecualian cukai ini membuka ruang untuk transformasi menyeluruh dalam ekosistem makanan negara. Jika digerakkan dengan betul, Malaysia boleh jadi peneraju dalam inovasi agro-teknologi Asia Tenggara.

Baca juga :