Nak Mula Ubah Bisnes Ke Arah Digital? Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Dalam era globalisasi ini, teknologi digital telah menjadi satu keperluan untuk para usahawan. Walaupun begitu, ramai yang menghadapi kekangan dari segi masa, kemahiran dan kewangan untuk berubah ke arah pendigitalan ini. Mana tidaknya, zaman sekarang ramai pelanggan sudah tidak membawa tunai dan lebih selesa untuk melakukan transaksi secara digital.

Usahawan-usahawan PKS, sektor-sektor korporat dan awam sangat digalakkan untuk beralih ke arah teknologi digital. Pada masa kini, teknologi digital memainkan peranan yang penting dalam konteks perniagaan. Dalam kata lain, kita hanya akan menemui jalan mati apabila gagal beradaptasi.

Bagi memudahkan proses adaptasi ke dunia digital, seterusnya mengembangkan dan memudahkan urusan perniagaan, Celcom Business boleh membantu anda. Celcom Business dapat membantu usahawan-usahawan PKS, sebagai rakan kongsi yang dipercayai dalam usaha membina laluan digital untuk perniagaan. Memastikan para usahawan terus maju ke hadapan, Celcom Business turut memberikan inspirasi supaya perniagaan berkembang dan berdaya saing.

Dalam membantu memajukan perniagaan melalui pendigitalan dan beralih ke arah transformasi pendigitalan, Celcom Business memperkenalkan beberapa solusi perniagaan seperti:

·   Solusi Mudah Alih seperti Celcom MegaTM, Bulk Messaging and Location Based Advertising.

·   Solusi Talian Tetap seperti seperti Business Fibre, Internet Leased Line and SD-WAN.

·   Solusi IoT seperti Smart City, Smart Surveillance dan Smart Agriculture.

·   Solusi Awan seperti Microsoft 365 dan Google Workspace.

·   Solusi Keselamatan Siber seperti Cyber Threat, Risk Rating dan Cyber Guard.

Solusi mudah alih tidak lain, bertujuan menghubungkan masyarakat tidak kira di mana mereka berada. Seterusnya, membantu menghubungkan pelbagai lokasi dengan solusi Talian Tetap, menghubungkan mesin dengan solusi IoT dan melindungi data dengan solusi Keselamatan Siber.

1. Capaian Kepada Lebih Ramai Pelanggan Berpotensi

Bagi usahawan-usahawan mikro, teknologi digital ini mungkin masih baharu dan rumit. Justeru, Celcom Business berperanan membantu para usahawan memahami dan mengaplikasi teknologi digital ke dalam perniagaan. Urusan menghubungi pelanggan menjadi lebih mudah dengan fungsi SMS pukal dan pengiklanan berasaskan lokasi. Luaskan capaian anda kepada pelanggan dan nikmati kemudahan penghantaran mesej secara pukal bagi menghebahkan info perniagaan dan promosi. Kemudahan ini sekali gus memudahkan pemantauan kerja dan membantu usahawan menjadi lebih cekap dan efisien .

2. Melancarkan Proses Transaksi Tanpa Tunai 

Tidak dinafikan, pasca-Covid-19, semakin ramai pengguna yang selesa melakukan transaksi tanpa tunai di premis, apatah lagi perniagaan atas talian. Mahu ataupun tidak, para usahawan PKS tidak harus ketinggalan. Pengadaptasian sepantas mungkin perlu dibuat dan dimasukkan dalam agenda perniagaan. Dengan kecekapan, produktiviti dan keselamatan yang dipertingkat, para usahawan tidak perlu bimbang untuk mengambil langkah pertama dalam pendigitalan perniagaan masing-masing. Kini, anda boleh memantau perjalanan transaksi harian melalui telefon pintar sahaja. Semestinya, dengan capaian talian internet yang lebih lancar, laju dan stabil.

3. Hubungkan Semua Maklumat Dalam Satu Sistem Jaringan

IoT, Internet of Things, satu lagi perkara yang tidak harus diabaikan oleh para peniaga PKS. Hubungkan segala peranti dan mesin yang ada di premis perniagaan anda dalam satu sistem melalui kemudahan IoT. Kemudian, pantau semuanya melalui telefon anda; stok barang, kehadiran pekerja, mahupun sistem kawalan keselamatan premis. Mudah sangat!

Dalam kata lain, naikkan taraf anda perlahan-lahan dengan menjadi pemilik perniagaan yang dapat memantau perjalanan bisnes menggunakan bantuan teknologi digital sekalipun anda tidak dapat berada di lokasi. 

Secara keseluruhannya, Celcom Business adalah rakan niaga yang boleh membantu usaha mengembangkan syarikat melalui pendigitalan perniagaan para usahawan PKS. Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Celcom Business untuk perniagaan anda, layari laman web https://business.celcom.com.my/.



Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.