Cara Buat Duit Tepi Dengan Shopee

Selalu beli barang dekat Shopee?

Selain daripada menjual pelbagai jenis produk, kini Shopee menawarkan program yang membolehkan anda menggunakan platform media sosial dari rumah dengan mempromosikan dan mengesyorkan barangan yang boleh dibeli di Shopee menggunakan link URL unik anda.

Yang bestnya, cara ini dapat membantu anda untuk memperoleh komisen bagi setiap pembelian yang berjaya dibuat oleh menggunakan link URL unik tadi.

Apakah faedah anda sertai Shopee Affiliate Program (SAP)?

  • Dapatkan komisen untuk setiap pembelian yang berjaya dibuat melalui keunikan URL anda.
  • Gabungan jenama dengan Shopee, yang terkemuka platform ecommerce di Asia Tenggara.
  • Terima berita eksklusif & promosi sebelum orang lain.
  • Nikmati faedah istimewa & diuruskan secara eksklusif oleh pengurus akaun utama Shopee

Menarik bukan? Sambil shopping, boleh buat duit tepi.

Jom tengok cara daftar Shopee Affiliate Program (SAP). Mudah je!

1.  Layari https://affiliate.shopee.com.my/ di Google.

2. Tekan link yang pertama.

3. Klik ‘Enter Now’. Sekiranya anda sudah mempunyai akaun Shopee, anda boleh terus ‘Login’.

Jika tiada akaun, anda boleh tekan perkataan ‘Sign Up’. Ikut arahan dan buka akaun bersama Shopee.

4. Isi semua maklumat peribadi seperti di atas.

5. Setelah selesai mengisi butiran peribadi, isi maklumat sosial media dan tekan ‘SUBMIT’.

6. Semak emel. Tunggu sehingga pemohonan disahkan.
Shopee akan respon semula dalam 5 hari bekerja.

Setelah permohonan anda telah lulus. Anda boleh menukar semua link barang yang dijual di Shopee kepada link “affiliate” anda.

Caranya sangat mudah. Jom ikut langkah-langkah ini.

1.  Jika permohonan lulus, anda akan dapat emel daripada pihak Shopee yang menyatakan permohonan anda berjaya.
Tekan ‘click here’.

2. Klik Login. Kemudian masuk ke akaun Shopee menggunakan nombor telefon, username atau emel anda.

3. Seterusnya, tekan ‘Enter Now’.

4. Selepas tekan Enter Now, anda akan dibawa ke dashboard seperti di atas.

5. Untuk membuat link URL unik milik anda, pergi ke Shopee Mall dan ‘copy’ link barang yang dipilih.

6. Kemudian, pergi semula ke dashboard Shopee Affiliate Program dan tekan ‘custom link’.

7. ‘Paste’ link produk yang telah anda ‘copy’ sebelum ini di Shopee Mall pada ruang yang berkenaan.

8. Akhir sekali, anda akan diberi pilihan untuk memilih sama ada ingin menggunakan ‘link’ yang pendek atau panjang.

Kemudian, anda hanya perlu ‘copy link’ dan ‘share’ di media sosial anda supaya orang lain akan beli menggunakan link URL unik anda.

Senang bukan? Anda hanya perlu rajin dan kreatif untuk promosikan link tersebut supaya anda boleh dapat komisen daripada setiap pembelian tersebut.

Berikut merupakan peratus komisen mengikut kategori dalam ‘Shopee Affiliate Program (SAP)’.

Sebagai contoh…

Sekiranya terdapat pembeli baharu yang membeli barangan kecantikan berharga RM490 dengan menggunakan link affiliate anda. Anda akan peroleh komisen sebanyak 13% atau bersamaan dengan RM63.70 daripada harga jualan.

Sekiranya pembeli datang dari akaun yang telah wujud, anda akan peroleh komisen sebanyak 2% atau bersamaan dengan RM9.80 daripada harga jualan.

Mungkin nampak sedikit, tetapi bayangkan sekiranya 100 orang membeli pada link affiliate anda. Secara tak langsung anda telah mewujudkan “passive income” buat diri anda.

Namun, jika anda lebih minat beli barang untuk kegunaan sendiri, maka dalam situasi ini anda akan lebih cenderung untuk habis duit berbanding buat duit.

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

ShopeePay Memperluas Akses Perlindungan Penipuan Kewangan Dalam Talian Bersama Zurich

ShopeePay hari ini mengumumkan bahawa ia akan menawarkan ‘Zurich Wallet Protection’ oleh Zurich General Insurance Malaysia Berhad (Zurich) di aplikasi ShopeePay dan Shopee, yang kini boleh diakses jutaan pengguna di seluruh negara. Bermula dari serendah RM1.40 sebulan, pengguna dilindungi bukan sahaja untuk transaksi melalui ShopeePay, malah merangkumi semua akaun bank, e-dompet dan pembayaran kad lain, termasuk risiko dalam talian seperti pemindahan wang tidak sah, transaksi tanpa kebenaran, kerugian akibat phishing, penyamaran, penyalahgunaan kad, dan penipuan beli-belah dalam talian.

Selaras dengan misi ShopeePay, ‘Kewangan Mudah, Khas Untuk Anda’, pelancaran Zurich Wallet Protection di platform ini menunjukkan komitmen ShopeePay untuk menyediakan perlindungan asas yang mampu milik dan mudah diakses oleh rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat. Pelancaran ini berlaku pada waktu yang kritikal, memandangkan kes jenayah penipuan terus meningkat. Menurut Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 47,854 kes penipuan telah direkodkan sehingga September 2025, dengan jumlah kerugian mencecah RM1.92 bilion. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 12,486 kes berbanding 2024.

Zurich Wallet Protection ditawarkan dalam dua pelan: Pelan Asas dan Pelan VIP.

 Pelan AsasPelan VIP
Premium (termasuk SST 8%)RM1.40 sebulan (Percuma untuk bulan pertama)RM4.90 sebulan
KelayakanWarganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atasWarganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas
FaedahHad Tuntutan Bulanan (RM)
Pemindahan Wang Tanpa Kebenaran3,000 (6,000 setahun)10,000 (20,000 setahun)
Transaksi Tanpa Kebenaran (Kad Dicuri)2001,000
Penipuan Beli-Belah Dalam Talian2001,000

Alain Yee, Ketua Pegawai Eksekutif ShopeePay Malaysia berkata, “Kes penipuan dalam talian kini semakin canggih, selari dengan taktik penipu yang sentiasa berubah untuk memperdaya orang ramai. Walaupun kami giat mendidik pengguna dan masyarakat umum mengenai keselamatan dalam talian, kami percaya penyediaan lapisan perlindungan tambahan yang mampu milik dan mudah diakses juga amat penting. Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa penipuan, dan kebiasaannya ia hanya disedari apabila sudah terlambat.”

Beliau menambah, “Kami percaya bahawa penawaran Zurich Wallet Protection di aplikasi ShopeePay dan Shopee adalah satu langkah penting ke arah memperkukuh keselamatan digital, khususnya bagi rakyat Malaysia yang lebih terdedah kepada risiko” Untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mencuba perlindungan dalam talian, Pelan Asas ditawarkan dengan bulan pertama percuma, membolehkan pengguna menikmati Zurich Wallet Protection tanpa sebarang kos.

Seiring dengan kenyataan Alain, Junior Cho, Ketua Pegawai Eksekutif Negara Zurich Malaysia dan Ketua Pegawai Eksekutif Zurich General Insurance Malaysia Berhad, berkata, “Kami berbangga bekerjasama dengan ShopeePay bagi melancarkan Zurich Wallet Protection, menyediakan perlindungan digital yang mampu milik dan mudah diakses untuk rakyat Malaysia. Dipandu oleh janji kami, ‘Lindungi Segala Yang Bermakna’, dan diperkuatkan dengan keupayaan Zurich Edge, pelanggan kini boleh mendapatkan dan mengurus perlindungan ini terus melalui aplikasi ShopeePay dan Shopee, memberi mereka keyakinan lebih tinggi semasa bertransaksi dalam talian serta melindungi semua saluran kewangan mereka daripada penipuan.”

Berikut adalah kategori perlindungan beserta contoh untuk membantu pengguna memahami apa yang dilindungi oleh Zurich Wallet Protection:

Jenis PerlindunganContoh Situasi
Pemindahan Wang Tidak Sah (Unauthorised Transfer)Pemegang kad kredit menyedari terdapat transaksi tidak sah walaupun kad mereka tidak pernah dikongsi atau hilang.
Penipuan Pancingan Data (Phishing Scam)Anda menerima e-mel palsu yang kelihatan sama seperti komunikasi rasmi bank, yang mengarahkan anda klik pautan dan memasukkan OTP, mengakibatkan kerugian RM2,000.
Penyalahgunaan Kad Dicuri (Stolen Card Misuse)Selepas dompet dicuri, anda mendapati kad anda telah digunakan untuk pembelian dalam talian tanpa kebenaran.
Penipuan Beli-Belah Dalam Talian (Online Shopping Fraud)Anda membeli sebuah gajet dalam talian, tetapi barangan tidak dihantar dan penjual tidak memberi respons. Perlindungan ini merangkumi pembelian dalam talian di semua platform*, bukan hanya Shopee.
Penipuan Penyamaran (Impersonation Scam)Seorang penipu menyamar sebagai pegawai bank dan menghubungi anda untuk mendapatkan OTP, mengakibatkan pemindahan wang tanpa kebenaran daripada e-dompet anda.

*Tertakluk kepada Terma & Syarat. Tidak termasuk kejadian berkaitan media sosial. Tanggungjawab wajar mesti diamalkan.

Pelan ini ditanggung oleh Zurich, dan boleh diakses dengan mudah melalui platform ShopeePay.

Anda boleh mengakses ‘Zurich Wallet Protection’ di halaman utama aplikasi ShopeePay, atau melalui aplikasi Shopee di ‘Saya’ > ‘Insurans’. Untuk maklumat lanjut, sila klik sini.