Cara Nak Memohon Skim Perkeso Bagi Yang Bekerja Sendiri Serta 8 Manfaatnya

Ketika PKP dilaksanakan kepada rakyat Malaysia, semakin ramai rakyat negara yang kehilangan pekerjaan. Sektor industri yang semakin lemah dan bantuan kerajaan kepada rakyat Malaysia yang semakin meningkat, menunjukkan bahawa PKP ini dijangka akan berlaku untuk tempoh masa yang panjang.

Di antara kerja yang paling mendapat tempat pada ketika musim PKP ini adalah penghantar makanan. Penghantar makanan (rider) melalui motosikal menjadi sangat popular sehinggakan yang berjaya mendapat pendapatan sebanyak RM18,000 dalam masa dua bulan hasil daripada kerja menjadi rider untuk syarikat penghantar makanan.

Walaupun mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia yang telah kehilangan pekerjaan, kerja ini terdedah kepada risiko yang tinggi terutamanya ketika waktu puncak. Kita boleh lihat ramai di kalangan rider menghadapi kamalangan jalan raya yang boleh menjejaskan pendapatan harian mereka dan keluarga.

Mungkin ramai di antara rider ini tidak mempunyai insurans atau takaful untuk menampung kehidupan mereka jika berlaku kemalangan ketika melakukan tugas. Kini, pihak kerajaan telah memberi skim bantuan kemalangan melalui PERKESO.

Pastinya ramai yang tidak mengetahui kewujudan skim yang dikenali sebagai MATRIX ini. Skim ini merupakan satu skim yang disediakan oleh kerajaan bagi membantu golongan pekerja sendiri untuk melindungi diri mereka.

Jenis Pekerjaan Yang Layak

Bermula Januari 2020, skim MATRIX ini telah memperluaskan kategori bagi sesiapa yang bekerja sendiri di bawah 19 jenis kategori. Mereka yang layak adalah Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap yang menjalankan pekerjaan sendiri dengan tujuan menjana pendapatan tanpa mengira had umur.

Jenis-jenis pekerjaan yang layak untuk mencarum adalah seperti berikut:

  • Pengangkutan Barangan dan Makanan           
  • Perniagaan Online
  • Pertanian     
  • Teknologi Maklumat
  • Penternakan
  • Pemprosesan Data
  • Perhutanan 
  • Ejen
  • Perikanan    
  • Perkhidmatan Profesional
  • Makanan      
  • Perkhidmatan Sokongan
  • Pembuatan  
  • Kesenian
  • Pembinaan  
  • Perkhidmatan Isi Rumah
  • Penjaja          
  • Penjagaan Perawatan dan Pemulihan Kesihatan
  • Premis Penginapan

Cara Mendaftar Skim MATRIX

Untuk memudahkan rakayat Malaysia mengambil skim ini, PERKESO telah menyediakan permohonan melalui dalam talian. Jom kita tengok cara-cara untuk mendaftar.

1. Layari https://matrix.perkeso.gov.my/mypass/login, masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit bagi pertama kali daftar ke sistem Matrix ini untuk pendaftaran.

This image has an empty alt attribute; its file name is Cara-Nak-Memohon-Skim-Perkeso-Bagi-Yang-Bekerja-Sendiri1-700x347.jpg

2. Klik butang “SAYA BEKERJA SENDIRI”

3.Klik butang “Daftar” untuk mencarum di dalam skim ini

4. Pilih sektor pekerjaan

5. Isi maklumat lengkap diri sendiri

6. Pilih pelan caruman yang dikehendaki

7. Antara dokumen yang penting yang wajib dimiliki oleh pencarum adalah lesen SSM yang aktif.

Jumlah Caruman

Pencarum ada 4 pelan untku dipilih. Caruman yang dikenakan oleh PERKESO amat mampu milik jika dibandingkan dengan insurans atau takaful.

Para pencarum boleh memilih untuk membayar caruman mengikut kadar bulanan atau tahunan.

8 Manfaat Yang Diperolehi

Memang tiada siapa mahu kemalangan terjadi, tetapi kita haruslah bersedia untuk sebarang kemungkinan. Di antara manfaat yang bakal diperolehi adalah seperti yang berikut.

  • Faedah Perubatan
  • Faedah Hilang Upaya Sementara
  • Faedah Hilang Upaya Kekal
  • Faedah Elaun Layanan Sentiasa
  • Faedah Orang Tanggungan
  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Vokasional
  • Faedah Pendidikan

1. Faedah Perubatan

Mereka yang ditimpa bencana boleh mendapat rawatan perubatan secara percuma di klinik panel PERKESO atau klinik / hospital Kerajaan; atau

Membuat tuntutan bayaran ganti belanja kos rawatan di Pejabat PERKESO.

2. Faedah Hilang Upaya Sementara

Faedah Hilang Upaya Sementara dibayar sepanjang tempoh cuti sakitnya yang disahkan oleh doktor. Tempoh cuti sakit mestilah sekurang-kurangnya empat (4) hari termasuk hari kemalangan.

Perlu mengemukakan sijil cuti sakit.

Kadar bayaran RM30.00 – RM105.33 sehari berdasarkan pelan caruman yang dipilih.

3. Faedah Hilang Upaya Kekal

Hilang upaya kekal ertinya hilang upaya yang berkekalan hingga mengurangkan keupayaan seseorang untuk menjalankan pekerjaannya. Tuntutan boleh dibuat selepas tamat tempoh cuti sakit.

Kadar bayaran sebanyak 90% dari pilihan pendapatan bulanan yang diinsuranskan.

Contoh pengiraan Faedah Hilang Upaya Kekal (bayaran pukal) jika taksiran sama dengan 20% dengan faktor umur 8873 (umur bawah 20 tahun) dan kadar caruman RM592.80.

= (RM3,950 X 90% ÷ 30 hari) X 20% X 8873

= RM210,290.10

4. Elaun Layanan Sentiasa

Elaun diberikan kepada yang tidak berdaya sehingga memerlukan bantuan oleh orang lain.

Elaun bulanan sebanyak RM500.00.

5. Faedah Orang Tanggungan

Faedah Orang Tanggungan dibayar secara bulanan kepada yang meninggal dunia. Kadar bayaran sebanyak 90% daripada pilihan pendapatan bulanan yang diinsuranskan.

Orang Tanggungan Yang Layak Balu atau duda dan anak berumur di bawah 21 tahun. Jika tiada balu, duda atau anak

Ibu atau bapa; atau

Adik-beradik berumur di bawah 21 tahun; atau

Datuk nenek

Duda/balu, ibu/bapa, datuk/nenek menerima faedah sepanjang hayat

Anak menerima faedah sehingga berumur 21 tahun atau berkahwin (mana yang lebih awal). Jika sedang belajar di IPT, terima faedah sehingga mendapat ijazah pertama atau berkahwin (mana yang lebih awal)

Contoh pengiraan bayaran Faedah Orang Tanggungan kepada Isteri dan Anak.

Pelan Pendapatan Bulanan Pilihan Yang Diinsuranskan (Pencen Bulanan)

1. RM1,050 = RM1,050 X 90% = RM945.00

2. RM1,550 = RM1,550 X 90% = RM1,395.00

3. RM2,950 = RM2,950 X 90% = RM2,655.00

4. RM3,950 = RM3,950 X 90% = RM3,555.00

6. Faedah Pengurusan Mayat

Faedah Pengurusan Mayat sebanyak RM2,000.00 dibayar kepada mereka yang meninggal dunia akibat daripada bencana pekerjaan sendiri atau semasa menerima faedah hilang upaya.

7. Kemudahan Pemulihan Jasmani Atau Vokasional

Kemudahan permulihan dan vokasional diberikan secara percuma. Pemulihan jasmani ini termasuklah fisioterapi, pembedahan rekonstruktif, anggota tiruan, rawatan hemodialisis, kerusi roda, tilam khas, tongkat, commode chair, lampin dan banyak lagi.

Kemudahan vokasional pula seperti latihan dalam bidang elektrikal, jahitan, membaiki radio dan lain-lain.

8. Faedah Pendidikan

Faedah Pendidikan merupakan kemudahan dalam bentuk pinjaman atau biasiswa kepada anak yang telah meninggatl dunia atau menerima bayaran berkala faedah hilang upaya kekal dengan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.

Sumber Rujukan: Perkeso

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Dapat Hadiah Rumah RM400,000 Sebagai Komisen – Kena Lapor LHDN Ke?

“Kami hadiahkan sebuah banglo bernilai RM400,000 kepada ejen.”

Ayat macam ini memang kedengaran macam hadiah.

Tapi cuba kita ubah sedikit situasinya.

Sebuah syarikat emas menjalankan program insentif. Ejen yang berjaya mencapai sasaran jualan tertentu akan diberikan sebuah banglo bernilai RM400,000.

Contohnya ejen emas, ejen MLM, ejen jualan kereta yang berjaya mencapai sasaran tertentu dan diberikan sebuah banglo sebagai ganjaran.

Persoalannya:

Adakah ini benar-benar hadiah atau sebenarnya komisen/insentif kepada ejen?

Ini penting kerana dari sudut cukai, kita bukan hanya melihat apa nama yang diberikan kepada sesuatu bayaran.

Kalau banglo itu diberikan kerana ejen berjaya menghasilkan jualan, sifat bayaran tersebut perlu dilihat sebagai insentif yang diterima hasil daripada aktiviti ejen.

Dan yang menariknya, CP58 sendiri mengiktiraf bayaran insentif bukan dalam bentuk wang tunai, termasuk rumah.

Komisen tak semestinya dalam bentuk duit

Ramai orang apabila dengar perkataan “komisen”, mereka bayangkan:

Jual RM1 juta → dapat komisen RM50,000.

Tetapi insentif kepada ejen tidak semestinya dibayar dalam bentuk tunai.

Ia boleh diberikan dalam bentuk manfaat atau aset tertentu.

Contohnya:

  • kereta
  • rumah
  • pakej pelancongan
  • perabot
  • komputer
  • atau bentuk insentif bukan tunai yang lain.

Dalam dokumen CP58, HASiL memang menyediakan ruangan khusus untuk “Nilai insentif berbentuk bukan wang tunai”, termasuk kategori “Rumah”.

Jadi, kalau sebuah syarikat memberikan rumah kepada ejen sebagai ganjaran kerana pencapaian jualan, kita tidak boleh sekadar berkata:

“Ini hadiah, bukan pendapatan.”

Kita perlu lihat sebab rumah itu diberikan.

Katakan

Syarikat emas: ABC Gold Sdn Bhd

Ejen: Ali

Syarat program:

“Ejen yang mencapai jualan RM5 juta dalam tempoh tertentu akan menerima sebuah banglo bernilai RM400,000.”

Ali berjaya mencapai sasaran tersebut.

Syarikat kemudiannya memberikan sebuah banglo bernilai RM400,000 kepada Ali.

Pada zahirnya, syarikat mungkin menggunakan perkataan:

“Hadiah banglo.”

Tetapi dari perspektif cukai, soalan yang lebih penting ialah:

Mengapa Ali mendapat banglo tersebut?

Kalau jawapannya:

“Sebab Ali berjaya mencapai sasaran jualan yang ditetapkan.”

Maka kita sudah nampak ciri sales incentive yang jauh lebih jelas.

Jadi, bila ejen kena lapor?

Ini juga perkara yang selalu mengelirukan.

Bukan bermaksud ejen hanya perlu fikir tentang cukai apabila dia menjual banglo tersebut.

Persoalan yang perlu dilihat ialah bila ejen memperoleh hak atau manfaat daripada insentif tersebut, berdasarkan terma program dan fakta transaksi.

Contohnya, jika semua syarat telah dipenuhi dan ejen sudah mempunyai hak terhadap banglo tersebut, itulah titik yang perlu dianalisis dari sudut pengiktirafan pendapatan.

Bukan semata-mata tunggu banglo itu dijual.

Dan tarikh S&P, pindah milik atau penyerahan juga perlu dilihat bersama dokumen dan terma sebenar transaksi.

Sebab itu kita tidak boleh menetapkan secara automatik:

“Tarikh S&P = tarikh cukai.”

atau

“Tarikh geran keluar = tarikh cukai.”

Bagaimana pula dengan syarikat?

Kalau syarikat membayar insentif kepada ejen, pengedar atau pengagih, terdapat tanggungjawab di bawah Seksyen 83A ACP 1967 untuk menyediakan penyata bayaran insentif melalui Borang CP58.

HASiL menyatakan bahawa CP58 merangkumi bayaran insentif berbentuk wang tunai dan bukan wang tunai kepada ejen, pengedar atau pengagih. Salinan CP58 perlu diberikan kepada penerima sebelum atau pada 31 Mac tahun berikutnya.

Dan tengok apa yang terdapat dalam CP58.

Di bahagian insentif bukan tunai, terdapat:

(a) Kenderaan
(b) Rumah
(c) Pakej pelancongan/perjalanan
(d) Lain-lain

Maksudnya, kalau kita bercakap tentang banglo yang diberikan kepada ejen sebagai insentif, memang terdapat ruang dalam CP58 untuk melaporkan rumah sebagai insentif bukan tunai.

Bagaimana pula dengan Withholding Tax 2%?

Ini satu lagi perkara yang perlu dibezakan.

Di bawah Seksyen 107D, terdapat potongan cukai 2% bagi bayaran tertentu kepada ejen, pengedar atau pengagih.

Tapi untuk banglo RM400,000 yang diberikan sebagai insentif bukan tunai, 2% tidak dikenakan atas nilai banglo tersebut.

Ejen pula kena buat apa?

Ejen jangan anggap “Syarikat dah bagi CP58, jadi selesai.”

Tidak.

CP58 ialah penyata yang membantu menunjukkan berapa banyak insentif yang telah diterima.

Ejen, pengedar atau pengagih perlu melaporkan bayaran insentif yang diterima dalam e-filing masing-masing.

Untuk banglo, bila ejen sudah memperoleh hak ke atas rumah tersebut, contohnya selepas S&P ditandatangani dan hak menerima banglo itu sudah tidak lagi bersyarat maka nilai insentif tersebut perlu diambil kira dalam tahun taksiran yang berkaitan.

Bagaimana kalau syarikat panggil ia “hadiah”?

Ini bahagian yang paling menarik.

Dalam percukaian, nama yang diberikan kepada transaksi tidak semestinya menentukan sifat sebenar transaksi.

Kalau syarikat kata:

“Kami hadiahkan banglo kepada ejen.”

tetapi dokumen program menyatakan:

“Ejen yang mencapai jualan RM5 juta akan mendapat sebuah banglo bernilai RM400,000.”

maka terdapat hubungan yang jelas antara:

prestasi jualan → kelayakan → insentif → banglo.

Ini jauh berbeza daripada seseorang yang membeli emas seperti biasa, menyertai cabutan bertuah dan kebetulan memenangi sebuah banglo.

Dalam kes kedua, kita tidak boleh terus melabelkan banglo tersebut sebagai komisen.

Sifat transaksi bergantung kepada fakta.

Jadi, jangan tengok “hadiah” sahaja

Bayangkan dua situasi.

Situasi 1 – Ejen capai target

“Jualan RM5 juta → dapat banglo RM400,000.”

Ini mempunyai ciri sales incentive/commission.

Situasi 2 – Menang peraduan

“Beli produk, masuk peraduan → terpilih sebagai pemenang → dapat banglo RM400,000.”

Ini adalah situasi yang berbeza dan perlu dianalisis berdasarkan struktur peraduan dan sifat bayaran tersebut.

Bagaimana pula kalau ejen tidak menjual banglo itu?

Tidak penting sama ada ejen:

  • duduk dalam banglo itu,
  • sewakan banglo itu,
  • simpan banglo itu,
  • atau jual banglo itu kemudian.

Isu awalnya ialah apa yang ejen terima sebagai balasan kepada aktiviti yang menghasilkan pendapatan.

Kalau banglo tersebut merupakan incentive kerana prestasi jualan, hakikat bahawa ia berbentuk rumah tidak semestinya mengubah sifat asas bayaran tersebut.

RM400,000 bukan angka kecil

Sebab itu kes seperti ini menarik dari sudut pematuhan.

Katakan syarikat memberikan:

1 banglo = RM400,000

Kalau ia merupakan insentif kepada ejen, kita bukan lagi bercakap tentang:

“Dapat hadiah kecil.”

Kita bercakap tentang manfaat bernilai RM400,000.

Dan nilai tersebut perlu dilihat dalam pengiraan cukai penerima berdasarkan fakta sebenar.

Jangan terus ambil RM400,000 dan darab satu kadar cukai untuk menentukan cukai sebenar, kerana cukai individu bergantung kepada keseluruhan pendapatan, status pemastautin, perbelanjaan/potongan yang dibenarkan dan keadaan pembayar cukai.

Kesimpulannya

Kalau syarikat emas berkata:

“Kami hadiahkan sebuah banglo RM400,000 kepada ejen.”

Jangan berhenti pada perkataan “hadiah”.

Tanya:

Kenapa ejen dapat banglo itu?

Kalau jawapannya:

“Sebab dia berjaya mencapai sasaran jualan.”

maka kita perlu melihatnya sebagai insentif/komisen bukan tunai, bukan semata-mata hadiah biasa.

Dan yang lebih menarik:

CP58 sendiri mempunyai ruangan khusus untuk melaporkan insentif bukan tunai dalam bentuk “Rumah”.

Syarikat perlu menyediakan CP58 kepada ejen mengikut tempoh yang ditetapkan, manakala ejen pula perlu mengambil kira bayaran insentif tersebut dalam e-filingnya.

Penafian: Artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, bukan nasihat cukai atau nasihat profesional. Layanan cukai sebenar bergantung kepada fakta, struktur transaksi dan keadaan setiap pembayar cukai. Sila rujuk LHDN atau penasihat cukai berlesen untuk mendapatkan nasihat berkaitan kes khusus.