Kerjasama Di Antara Google Dan Saudi Aramco Yang Bernilai Lebih Daripada USD10 Bilion

Teknologi simpanan awan kini merupakan teknologi yang bakal menjadi masa hadapan kita semua. Banyak syarikat gergasi teknologi dunia terutamanya Big Four, kini membuat pelaburan yang luar biasa terhadap teknologi tersebut kerana potensi pelaburan yang menguntungkan.

Di antara syarikat terawal yang membangunkan teknologi ini adalah Amazon yang memperkenalkan teknologi tersebut pada tahun 2006. Pada ketika itu, teknologi ini tidak mendapat perhatian daripada banyak pihak kerana teknologi tersebut masih terlalu baru untuk dikomersialkan.

Amazon telah memperkenalkan teknologi tersebut yang dikenali sebagai Amazon Web Services (AWS). Kesan daripadanya, ia telah memberikan kelebihan kepada Amazon untuk menjadi pemain utama di dalam industri.

Selain itu juga, sebahagian besar keuntungan Amazon adalah daripada teknologi awan mereka ini.

Selepas melihat kejayaan Amazon, Microsoft di bawah kepimpinan baru telah menjadikan teknologi awan ini sebagai teras utama perniagaan. Ini berikutan kegagalan mereka di dalam sistem operasi di dalam telefon pintar.

Dengan memilih jalan ini, Microsoft telah berjaya menjadi syarikat tersebut yang bertaraf trilionaire disebabkan teknologi awan mereka yang dikenali sebagai Azure.

Microsoft yang menjadi pencabar terdekat kepada Amazon di dalam teknologi ini, kini berdepan pula dengan saingan oleh Google Cloud. Walaupun Google agak terkebelakang di dalam memperkenalkan teknologi ini, mereka kini telah sedaya upaya cuba untuk merapatkan jurang perbezaan di antara Amazon dan Microsoft.

Google kini telah menjalinkan kerjasama dengan syarikat gergasi minyak dunia, Saudi Aramco yang dipercayai bernilai USD10 bilion dengan kontrak yang dipercayai akan berlanjutan selama 10 tahun.

Putera Salman Yang Berfikiran Jauh

Kredit Gambar: SUSTG

Saudi Aramco merupakan salah sebuah syarikat yang terbesar di dunia daripada segi market capitalization. Ia merupakan satu-satunya syarikat yang bukan berasaskan teknologi yang bernilai trilion dolar pada ketika ini.

Syarikat ini diasaskan oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Bin Salman dengan tujuan untuk memodenkan ekonomi Arab Saudi yang mana sebelum ini, negara tersebut hanya bergantung kepada hasil minyak mentah sebagai punca utama ekonomi mereka.

Kini dengan wujudnya Saudi Aramco, ia telah berjaya menarik minat pelabur dunia.

Kontroversi Yang Melibatkan Saudi Aramco

Namun, syarikat ini telah ditimpa dengan kontroversi yang melibatkan Putera Mohammed Bin Salman. Beliau yang dikatakan terlibat dengan pembunuhan wartawan yang mengkritk negara tersebut ketika perang menentang Yaman.

Arab Saudi dituduh sebagi melanggar hak asasi manusia dengan menyerang Yaman seperti yang didakwa oleh Jamal Khashoggi. Disebabkan perkara tersebut, Jamal Khashoggi dipercayai dibunuh oleh ejen rahsia Arab Saudi.

Tindakan yang dilakukan oleh Arab Saudi itu telah mendapat kritikan antarabangsa dan banyak syarikat antarabangsa memutuskan kerjasama dengan Arab Saudi akibat daripada peristiwa tersebut.

Google Ambil Peluang Untuk Kembangkan Perniagaan Mereka Di Arab Saudi

Kredit Gambar: Republic Of Buzz

Kerjasama di antara Google Cloud dan Saudi Aramco akan memberi kelebihan kepada Google dalam mengembangkan teknologi simpanan awan mereka yang dilihat ke belakang berbanding dengan Amazon AWS dan Microsoft Azure.

Kedua-dua syarikat tersebut telah menempatkan teknologi mereka di kawasan Timur Tengah, dengan Microsoft membuka pejabat mereka di Emiriah Arab Bersatu manakala Amazon pula telah membuka pejabat di Bahrain.

Dengan kejayaan Google mendapatkan kontrak tersebut, ia akan memudahkan syarikat tersebut bersaing di sana.

Sumber Rujukan: CNBC

Tengok pada chart Alphabet (Google) yang disenaraikan di Nasdaq, baru tiga minggu tahun 2021, dah mencatatkan kenaikan sebanyak 9%.

Sumber: Trading View

Dengan Joe Biden mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baru dan pengumuman pakej rangsangan bernilai USD1.9 trilion, dijangkakan ekonomi akan pulih pada tahun ini. Dan saham-saham teknologi akan lebih bersinar lagi.

Dah lama terlibat dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia dan ingin belajar melabur di Wall Street pula?

Sedap buat duit dalam USD. Saham-saham gergasi dunia seperti Microsoft, Google, Twitter dan Zoom semua ada di Wall Street.

Kejap, tahu tak berapa pulangan saham ini pada 2020?

Zoom – 390.86%
AMD – 86.78%
Twitter – 67.65%
Microsoft – 38.48%
Google (Alphabet) – 28.05%

Dan yang bestnya, minimum unit untuk memiliki saham ini semua hanya satuuuuu unit je.

Teringin nak explore pasaran saham Wall Street yang patuh shariah? Pendaftaran SAHAM WALL STREET 2.0 kini dibuka..!!!

Ini adalah kelas intensif.

Bila tu?

Tarikh: 6-7 Februari 2021 (Sabtu-Ahad)
Masa: 9 pagi – 5 petang
Belajar secara Live melalui aplikasi ZOOM

Menampilkan Tuan Mukhriz Mangsor (ACSI, CFTe, MSTA) sebagai coach utama.

ILMU MAHAL YANG BAKAL ANDA BELAJAR DARI WEBINAR SAHAM WALL STREET

1. LEARN A WINNING SYSTEM

• Cara mula dengan modal kecil dan cara untuk gandakannya – “roll profits”

2. PROVEN FUNDAMENTAL

3. READ CHART LIKE A PRO

4. PLATFORM

• Cara guna Platform global untuk melabur dan berdagang di pasaran saham US

5. SCREENER

6. PORTFOLIO MANAGEMENT

7. SENTIMEN

8. SAHAM KAJIAN

9. SAHAM-SAHAM WATCHLIST

Alhamdulillah, antara feedback yang kami dapat dari webinar yang lalu…

“Pengajaran Tuan Mukhriz straight to the point. Strategi & trading mekanikal boleh difahami dan dipraktiskan.”

“Dapat lebih info dari pengalaman seorang pelabur sebenar bagi saham USA..”

“Silibus tersusun, cara pemilihan saham dan market structure..”

Speaker dah power, modul pun power.

InshaAllah kita jadikan 2021 tahun untuk kita tambah skill baru agar dapat memberi kesenangan kepada keluarga.

Seperti biasa ada harga istimewa menanti kepada early bird, cepat klik:

➡️ https://thekapital.my/wallstreet

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Rawatan Gigi Yang Mana Tidak Boleh Dituntut Sebagai Pelepasan Cukai?

Ramai yang tidak tahu bahawa kos rawatan pergigian sebenarnya boleh dituntut sebagai pelepasan cukai pendapatan.

Bukan setakat rawatan hospital, pemeriksaan kesihatan atau pembelian ubat-ubatan tertentu. Rawatan gigi seperti scaling, tampalan dan cabutan gigi juga termasuk dalam senarai perbelanjaan yang layak mendapat pelepasan cukai.

Pelepasan cukai bukan bermaksud kita boleh tuntut semula wang yang dibayar kepada klinik gigi. Sebaliknya, perbelanjaan yang layak akan ditolak daripada pendapatan agregat bagi mengira pendapatan bercukai.

Untuk Tahun Taksiran 2026, pembayar cukai boleh menuntut pelepasan sehingga RM1,000 bagi pemeriksaan dan rawatan pergigian untuk diri sendiri, pasangan dan anak-anak.

Tetapi tidak semua rawatan gigi layak dituntut.

Ada yang pergi klinik gigi untuk scaling, tampalan, cabutan gigi dan pemeriksaan rutin. Ada juga yang memasang braces, membuat veneer atau menjalani rawatan pemutihan gigi.

Persoalannya, adakah semua perbelanjaan ini boleh dimasukkan dalam e-Filing?

Jawapannya, tidak.

Jom kita lihat rawatan pergigian yang perlu diberi perhatian sebelum membuat tuntutan pelepasan cukai.

1. Pemutihan gigi (Teeth Whitening)

Rawatan pemutihan gigi bertujuan menjadikan gigi kelihatan lebih putih dan menarik.

Ia lazimnya dikategorikan sebagai rawatan kosmetik dan bukannya rawatan pergigian untuk tujuan kesihatan.

Oleh itu, kos pemutihan gigi tidak boleh dituntut sebagai pelepasan cukai.

2. Pemasangan Veneer

Veneer ialah lapisan nipis yang dipasang pada permukaan hadapan gigi untuk memperbaiki warna, bentuk atau penampilan gigi.

Walaupun dilakukan oleh doktor gigi, rawatan ini lazimnya bersifat kosmetik.

Jadi, jangan anggap semua rawatan yang dilakukan di klinik pergigian secara automatik layak mendapat pelepasan cukai.

3. Rawatan Kosmetik Pergigian

Antara rawatan lain yang bertujuan semata-mata untuk memperbaiki penampilan gigi juga perlu diberi perhatian.

Contohnya:

  • Pembentukan semula gigi untuk tujuan kosmetik.
  • Rawatan estetik untuk memperbaiki senyuman.
  • Prosedur kosmetik yang tidak mempunyai indikasi perubatan.

Prinsipnya mudah: rawatan kosmetik semata-mata tidak termasuk dalam skop pelepasan rawatan pergigian.

4. Bagaimana pula dengan pemasangan pendakap gigi (braces)?

Ini antara perkara yang sering mengelirukan pembayar cukai.

Braces atau pendakap gigi digunakan untuk membetulkan kedudukan gigi dan masalah gigitan.

Walaupun rawatan ini dilakukan oleh pakar ortodontik, jangan terus menganggap kos pemasangan braces layak mendapat pelepasan cukai.

Ketetapan Umum LHDN tidak menyenaraikan braces secara khusus sebagai rawatan yang layak.

Jika rawatan mempunyai keperluan klinikal atau perubatan, dapatkan pengesahan LHDN berdasarkan keadaan sebenar rawatan sebelum membuat tuntutan.

Rawatan gigi apa yang boleh dituntut?

Antara rawatan pergigian yang termasuk dalam skop pelepasan cukai ialah:

  • Pemeriksaan pergigian.
  • Scaling dan pembersihan karang gigi.
  • Tampalan gigi.
  • Cabutan gigi.

Rawatan tersebut mestilah dilakukan oleh pengamal pergigian yang berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia (MDC) dan disokong dengan resit rasmi.

Boleh tuntut untuk isteri dan anak-anak?

Ya sudah tentu!

Di bawah perenggan 46(1)(g)(iv), Akta Cukai Pendapatan 1967, pembayar cukai layak menuntut pelepasan bagi perbelanjaan pemeriksaan dan rawatan pergigian untuk:

  • Diri sendiri.
  • Suami atau isteri.
  • Anak-anak.

Pelepasan yang dibenarkan adalah terhad kepada RM1,000 secara terkumpul, bukannya RM1,000 untuk setiap individu.

Contohnya:

Anda membelanjakan RM500 untuk scaling dan tampalan gigi sendiri, RM400 untuk rawatan gigi isteri dan RM300 untuk rawatan gigi anak.

Jumlah perbelanjaan ialah RM1,200.

Namun, jumlah maksimum yang boleh dituntut hanyalah RM1,000.

Bagaimana pula rawatan gigi untuk ibu bapa?

Ini lebih menarik.

Rawatan pergigian ibu bapa dan datuk nenek mempunyai kategori pelepasan cukai yang berbeza.

Di bawah perenggan 46(1)(c) Akta Cukai Pendapatan 1967, perbelanjaan rawatan perubatan dan pergigian ibu bapa serta datuk nenek boleh dituntut sehingga RM8,000 setahun. Ibu bapa atau datuk nenek hendaklah bermastautin di Malaysia.

Antara rawatan yang dinyatakan termasuk:

  • Cabutan gigi.
  • Tampalan gigi.
  • Scaling.
  • Gigi palsu.
  • Rawatan akar (root canal).
  • Rawatan menggantikan gigi.
  • Pembaikan gigi.

Had RM8,000 ini dikongsi dengan perbelanjaan perubatan lain yang layak untuk ibu bapa dan datuk nenek.

Jangan lupa simpan resit!

Sebelum meninggalkan klinik pergigian, pastikan anda mendapatkan resit rasmi yang menyatakan jenis rawatan yang dilakukan.

Pastikan juga maklumat klinik atau doktor gigi dapat dikenal pasti.

Simpan semua resit dan dokumen sokongan selama tujuh tahun kerana LHDN boleh meminta dokumen tersebut sekiranya tuntutan dipilih untuk semakan atau audit.

Satu lagi perkara penting: jika kos rawatan ditanggung sepenuhnya oleh majikan atau syarikat (klinik panel), jangan tuntut semula perbelanjaan yang sama sebagai pelepasan cukai individu.

Bila tarikh akhir untuk mendapatkan pelepasan cukai?

Perbelanjaan yang dibuat dari 1 Januari hingga 31 Disember 2026 akan diambil kira untuk Tahun Taksiran 2026.

Maksudnya, jika anda memang bercadang untuk membuat pemeriksaan atau rawatan gigi, jangan tangguh sehingga tahun hadapan.

Pergi buat pemeriksaan. Kalau ada karang gigi, buat scaling. Kalau ada gigi berlubang, buat tampalan sebelum masalah menjadi lebih serius.

Ajak sekali pasangan dan anak-anak. Jangan lupa periksa keadaan gigi ibu bapa juga.

Kesimpulannya, pelepasan cukai bukan alasan untuk berbelanja secara berlebihan. Tetapi kalau memang ada keperluan rawatan, manfaatkan pelepasan yang telah disediakan oleh kerajaan.

Jaga kesihatan gigi, jaga poket dan jangan biarkan pelepasan cukai yang layak dituntut begitu sahaja.

Sumber: Ketetapan Umum No. 7/2025, Pencukaian Individu Bermastautin Bahagian I – Hadiah atau Sumbangan dan Potongan yang Dibenarkan.