Apa Itu Wyckoff Method Yang Menjadi Sebutan Pelabur Saham?

“Start to understand volume and you will start to trade on facts (not on news). Your trading will become exciting as you start to realize that you can read the market”

Richard D Wyckoff memulakan pengembaraan beliau dalam dunia pelaburan saham ini sekitar 1880-an sewaktu beliau umur belasan tahun lagi, sebagai penghantar pesanan pembelian saham. Waktu itu, pembelian saham harus dilakukan secara manual dan ianya melibatkan orang tengah dalam melengkapkan jual beli saham tersebut.

Karier beliau dalam saham diteruskan sehingga beliau membuka syarikat broker sendiri ketika berumur 20-an.

Maka dengan itu, Wyckoff terdedah dengan awal dan beliau adalah orang yang mengambil inisiatif dalam mengkaji kelakuan pasaran melalui kerja beliau sebagai orang tengah. Kajian beliau membuktikan bahawa terdapatnya paten atau bentuk bagaimana manusia menjual dan membeli saham dan ianya tidak lari daripada sifat manusia itu sendiri.

Ini secara tidak langsung berkait rapat dengan “Behavioural Finance”.

Melalui kajian inilah, beliau kembangkan dan hasilkan metod beliau berpaksikan kepada konsep bagaimana sifat manusia itu. Kita dapat lihat perlakuan tersebut, di antaranya melalui kuantiti dan juga melalui “supply and demand”.

Sehingga kini Wyckoff Method menjadi “de-facto” dalam asas kepada Analisa teknikal dan juga analisa carta. Konsep seperti Supply & Demand dan Tape Reading, adalah merupakan kemahiran dan ilmu Analisa yang dari awal telah distrukturkan metod kajian Wyckoff sendiri.

Beliau juga dikenali sebagai perintis bagi pendekatan teknikal dalam mengkaji pasaran kewangan. Dalam buku-buku yang beliau hasilkan, terutamanya ‘The Real Rules of the Game’, ianya menekankan pendekatan berstruktur dalam menganalisa pasaran.

Wyckoff juga bertanggungjawab mengumpulkan “best practices” daripada legendary trader seperti Jesse Livermore kepada beberapa hukum, prinsip, teknik dan metodologi, pengurusan kewangan dan modal, serta disiplin emosi dan mental.

Apakah Dia ‘The Real Rules of the Game’ Yang Dimaksudkan Oleh Wyckoff?

Wyckoff membawa satu prinsip atau hukum pasaran, di mana pasaran sebenarnya dikuasai oleh pihak yang mempunyai ‘large interest’ atau yang mempengaruhi pergerakan saham. Mereka ini dikenali sebagai The Composite Man, atau sekarang ini biasanya dipanggil Smart Money.

Smart Money ini adalah satu terma am yang merujuk kepada pihak yang mempunyai pengaruh saham yang besar atau modal yang besar, yang berupaya mengawal pergerakan sesuatu saham. Ia tidak semestinya seorang individu atau pun selalu kita panggil sebagai sindiket saham yang membawa gambaran aktiviti manipulasi yang melanggar peraturan

Tetapi ianya lebih kepada pihak yang mempunyai kuasa dana dan holding power seperti substantial shareholders, syarikat pengurus dana bertauliah, pengurus aset dalam negara dan luar negara. Terma lain dalam pasaran kita panggil ianya sebagai jerung, atau boleh kita simpulkan sebagai The Smart Money.

Apa yang cuba diketengahkah melalui Wyckoff Method adalah, agar seorang pedagang atau pelabur itu dapat membuat keuntungan dengan berdagang secara harmoni bersama dengan Smart Money.

Adakah Wyckoff Method Ini Sesuai Digunakan Oleh Semua Orang Dan Untuk Semua Kaunter?

Ya! Itu sudah pasti kerana Wyckoff Method ini distrukturkan berdasarkan tingkah laku manusia dalam proses jual beli saham itu sendiri, yang berasal daripada “behavioural finance”. Sama ada pelabur yang kecil modalnya sehingga ke sebesar-besar modal. Begitu juga dengan kaunter sama ada kaunter yang murah mahupun kaunter yang mahal.

Yang dimaksudkan dengan TINGKAH LAKU MANUSIA dalam konteks perdagangan atau pelaburan saham itu adalah kaitan perasaan tamak, terburu-buru, berharap, putus asa dan sebagainya apabila melibatkan pelaburan. Tingkah laku ini boleh dilihat dalam pergerakan harga saham tersebut.

Jika Charles Dow mengatakan struktur pasaran itu terbahagi kepada 3 fasa iaitu “Sideways”, “Uptrend” dan “Downtrend”, Wyckoff melalui pengalaman dan pemerhatiannya ke dalam pasaran saham telah memberi penjelasan kepada fasa-fasa tersebut dan menamakannya sebagai “Accumulation”, “Mark-Up” dan “Mark-Down”.

Melalui Wyckoff Method, fasa-fasa ini difahami secara mendalam yang menjadikan individu yang mengamalkannya akan nampak dengan jelas asas tindakannya apabila membuat pelaburan.

Melalui pemahaman yang mendalam terhadap fasa-fasa ini melalui Wyckoff Method, seorang individu akan mampu menganalisa corak pergerakan saham secara “naked chart” dan membuat keputusan dalam jual beli saham tanpa dibantu oleh indikator-indikator yang kompleks.

Ia adalah kaedah yang sangat efektif walaupun untuk individu yang baru serta amatur di dalam dunia saham.

Wyckoff Method

Di Malaysia, setakat hari ini pembelajaran yang efektif dan tersusun dalam membawa modul Wyckoff ini telah dibawa secara konsisten oleh Team SMARTSAHAM.COM.

Ia adalah modul yang direka daripada pengalaman dan pembelajaran secara sistematik dari pengasas team Smartsaham.com ini sejak lebih dari 14 tahun iaitu Tuan Alwi Adam. Beliau merupakan Bursamarketplace Guru dan Perancang Kewangan Berlesen Dari Bank Negara Dan Suruhanjaya Sekuriti.

Modul ini diolah dan dipersembahkan dengan cara yang mudah kepada masyarakat umum supaya dapat melakukan penilaian dalam pelaburan mereka dengan lebih efektif dan optimum, meminimakan risiko dan mengoptimakan keuntungan.

Pembelajaran efektif ini takkan dapat dizahirkan dengan hanya membaca tanpa penurunan ilmu yang berterusan. Mari sertai kami bersama team Smart Saham dalam memaksimumkan kemampuan anda dalam Jual Beli Saham!

This image has an empty alt attribute; its file name is wyckoff-trading-blueprint-7-hari-online.jpg

7 Hari Online Webinar

Tarikh: 15-21 Februari 2021
Masa: 830 malam – 1159 malam

Apa Yang Anda Bakal Perolehi?

Hari Pertama: Building A Winning Stock Watchlist
Hari Kedua: Simplifying Fundamental Analysis For Retail Traders
Hari Ketiga: Mastering Stock Valuation For Traders
Hari Keempat: Mastering The Precision Of Technical Analysis
Hari Kelima: Predicting The Future Via Advance Technical Analysis
Hari Keenam: The Majestic Wyckoff Trading Method
Hari Ketujuh: Trading, The Art Of Tape Reading & Monet Management

Siapakah Yang Wajib Hadir Seminar Ini?

Mereka yang baru ingin mengenali dunia saham & memulakan perdagangan saham (trading) secara patuh shariah

Mereka yang ingin menambahkan pendapatan sampingan malah boleh menjadikannya sebagai pendapatan utama dan kerja hakiki

Sudah berdagang namun sukar mendapatkan keuntungan yang konsisten dan besar

Sudah berdagang namun sentiasa rugi & terus rugi tanpa mengetahui apakah punca dan asbabnya

Ingin mencari jalan untuk menyelesaikan masalah hutang & kewangan anda

Ingin menjadikan saham sebagai jalan persaraan, malah mampu bersara muda & kaya

Ingin menjana pendapatan pasif di rumah malah di mana-mana sahaja, sambil travel sambil buat duit (asal ada internet & telefon pintar)

Dan semestinya mereka yang betul-betul tekad untuk belajar ilmu pelaburan saham, dari zero hingga hero!

Daftar sekarang di -> eWyckoff

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

CANSLIM: Apa Itu Leader & Laggard Dan Kenapa Saham Ini Boleh Gerak Dulu?

Untuk terlibat dengan pelaburan saham, kita tidak boleh lari daripada melakukan pembacaan dan analisa secara menyeluruh. Pelabur perlu melakukan analisa dengan cara yang betul supaya dapat membuat keputusan yang betul.

Terdapat pelbagai jenis dan cara analisa yang boleh pelabur gunakan antaranya adalah analisa gaya William J. O’Neil. Analisa yang dimaksudkan adalah menggunakan kaedah CANSLIM untuk mencari dan memilih saham yang mempunyai pertumbuhan yang baik.

Pemilihan saham menggunakan CANSLIM ini adalah cara terpantas untuk mencari saham berpotensi sebelum pelabur institusi melabur ke dalam saham tersebut.

Pada penulisan ini, saya akan kongsikan elemen ‘L’ iaitu leader and laggard.

Secara asasnya CANSLIM adalah singkatan akronim yang menggabungkan 7 kriteria dalam pemilihan saham.

Kriteria CANSLIM adalah seperti di bawah :

  1. ‘C’ – Current Quarter Earning
  2. ‘A’ – Annual Earning
  3. ‘N’ – New product/management/event
  4. ‘S’ – Supply and Demand
  5. ‘L’ – Leader/laggard
  6. ‘I’ – Institutional
  7. ‘M’ – Market direction

Apa Itu Leader dan Laggard?

Dalam kriteria Leader dan Laggard, kita ingin menentukan sama ada syarikat kajian kita berada dalam senarai pemain industri yang utama atau pemain industri yang kedua.

Hal ini kerana, syarikat yang menjadi pemain utama dalam industrinya akan bertindak balas lebih awal daripada yang lain dan diikuti oleh syarikat pemain kedua.

Syarikat yang menjadi pemain utama boleh dilihat berdasarkan kepada kekuatan kewangan syarikat dan saiz modal pasaran syarikat tersebut.

Pergerakan pasaran akan bermula dengan saham daripada syarikat pemain utama dalam setiap industri.

PMETAL vs LBALUM

Mari kita lihat contoh-contoh di bawah. Sektor di bawah adalah sektor pembuatan aluminium.

Sumber : iSaham

Gambar di atas menunjukkan syarikat PMETAL berada paling atas dengan modal pasaran sebanyak RM40.38 billion. Ini menjadikan PMETAL pemain industri utama dalam sektor pembuatan Aluminium.

Sumber : Trading View

Pergerakan saham PMETAL berada pada aliran menaik dalam jangka masa 2-3 tahun. Namun begitu, pada Disember 2020, harga PMETAL melakukan kenaikan yang besar daripada RM3.00 sehingga mencecah RM4.00.

Hal ini disebabkan kenaikan harga komoditi Aluminium yang ketara dan telah memberikan keuntungan berganda pada syarikat PMETAL.

Syarikat mencatatkan kenaikan pada margin keuntungan sejak suku tahun kedua 2020. Profit margin yang meningkat juga menyumbang pada kenaikan harga saham.

Sumber : MalaysiaStock.biz

Laggard dalam sektor aluminium pula boleh dilihat pada syarikat LBALUM dengan modal pasaran yang lebih kecil iaitu sebanyak RM228 juta.

Leader seperti saham PMETAL telah mulakan kenaikan pada Disember 2020 manakala, laggard seperti LBALUM hanya memulakan kenaikan pada penghujung Mac 2021 daripada RM0.75 sehingga RM1.30 dengan kenaikan hampir 100%.

Sumber : Trading View
Sumber : MalaysiaStock.biz

Syarikat LBALUM mengalami kerugian pada suku ke-4 tahun 2020 dan hanya berjaya mencatatkan keuntungan pada suku tahun seterusnya. Oleh itu, harga saham LBALUM harga bergerak selepas mencatatkan keuntungan yang meningkat.

Syarikat LBALUM mencatatkan profit margin yang lebih tinggi dari leader PMETAL. Hal ini memberikan peluang yang besar untuk LBALUM menjadi syarikat yang lebih berdaya saing di masa hadapan.

Inilah gaya pemilihan saham menggunakan CANSLIM. Kita perlu mengkaji sektor tersebut dan menentukan siapa leader dan siapa laggard.

Dengan hanya memfokuskan pada kriteria ‘L’ sahaja kita sudah mampu untuk menjana keuntungan yang berganda.

Ini kerana analisis menggunakan metod CANSLIM adalah satu teknik yang sangat berkesan untuk memilih saham yang betul.

Nota: Contoh PMETAL dan LBALUM yang digunakan ini adalah berdasarkan data dan situasi pasaran pada tempoh tersebut dan digunakan semata-mata untuk menerangkan konsep Leader & Laggard dalam strategi CANSLIM. Kedudukan sesuatu saham sebagai leader atau laggard boleh berubah mengikut pergerakan harga dan relative strength dari semasa ke semasa. Contoh ini bukan gambaran prestasi semasa kedua-dua saham dan tidak boleh dianggap sebagai cadangan untuk membeli, menjual atau memegang mana-mana saham.

AMD vs NVIDIA

Sebagai contoh lain, kita boleh lihat perbezaan antara Advanced Micro Devices (AMD) dan NVIDIA dalam industri cip AI. NVIDIA merupakan pemain yang jauh lebih besar dari segi revenue dan kedudukan pasaran, tetapi dalam analisis saham, saiz syarikat bukan satu-satunya perkara yang menentukan sama ada sesuatu saham itu dianggap sebagai leader atau laggard.

Jika harga saham AMD mencatat kenaikan yang lebih tinggi berbanding NVIDIA dalam tempoh tertentu, AMD boleh dianggap sebagai stock leader untuk tempoh tersebut dari sudut price performance, walaupun NVIDIA kekal sebagai peneraju industri dari segi saiz. Sebab itu, apabila menggunakan konsep Leader & Laggard, pelabur perlu melihat relative strength dan prestasi harga berbanding saham lain dalam sektor yang sama, bukannya sekadar membandingkan harga seunit saham atau revenue syarikat.

Namun begitu, status leader atau laggard bukanlah sesuatu yang kekal. Sesebuah saham boleh menjadi leader pada satu tempoh dan kemudiannya menjadi laggard apabila momentum harga berubah. Oleh itu, konsep ini lebih sesuai digunakan sebagai salah satu alat untuk mengenal pasti saham yang menunjukkan momentum relatif yang kuat, bukannya sebagai ukuran mutlak tentang syarikat mana yang lebih baik.


Belilah saham yang baik. Nak tahu apa lebih mendalam tentang formula ini? Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.