Coronavirus Dijadikan Bahan Pembelajaran Di Wharton Business School

Seluruh dunia sekarang huru-hara dengan kehadiran coronavirus. Situasi sekarang semakin membimbangkan apabila coronavirus telah memberikan kesan negatif kepada industri pelancongan dan banyak acara besar terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan.

Dalam kesempitan kita mengharungi cabaran ini, Wharton Business School, University Pennsylvania telah menggunakan situasi ini untuk menjadikan coronavirus sebagai suatu peluang pembelajaran. Mereka menawarkan satu kursus tentang coronavirus dan peristiwa ‘black swan’ lain yang telah menimbulkan malapetaka di pasaran ekonomi global.

Kursus yang dibuat selama setengah semester itu berjaya menarik 450 orang pelajar, iaitu 5.5 kali lebih ramai daripada kelas normal di Wharton.  Antara topik yang dimasukkan ke dalam silibus adalah gangguan perniagaan dan ekonomi apabila berlakunya peristiwa di luar jangkaan seperti serangan pengganas 9/11, krisis kewangan 2008 dan kejadian gempa bumi di Jepun pada tahun 2011.

Pihak universiti merasakan yang mereka perlu mempersiapkan pelajar untuk menghadapi peristiwa seperti ini. Mereka mahu pelajar tahu bahawa kejadian seperti ini boleh diuruskan jika kita mengambil langkah berjaga-jaga.

Selain itu, para pelajar juga akan diajar kesan-kesan coronavirus pada masa sekarang dan juga pada masa akan datang, seperti kesan kepada pasaran saham dan operasi perniagaan. Mereka juga akan diajar cara bagaimana syarikat-syarikat yang terjejas boleh menyesuaikan diri dengan keadaan semasa.

Kesimpulannya, kursus ini sebenarnya amat menarik untuk diterokai. Ia memberikan kita panduan untuk lebih bersedia bagi menghadapi musibah yang akan berlaku pada masa akan datang.

Ditulis oleh Abang Yazree Hazwan. Penulis merupakan seorang Eksekutif di sebuah syarikat penyelidikan pasaran di Malaysia. Mempunyai pengalaman dalam bidang insurans/reinsurans di syarikat reinsurans tempatan.

Sumber Rujukan: https://www.cnbc.com/2020/03/12/coronavirus-wharton-business-school-offers-new-course-about-pandemic.html

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!