
Perjumpaan tahunan yang melibatkan pemegang saham Syarikat Berkshire Hathaway merupakan acara tahunan yang diadakan setiap tahun di Omaha Nebraska.Perjumpaan tahunan ini akan dihadiri secara purata lebih dari 40 ribu orang pada setiap tahun dan terkenal dengan nama jolokan Woodstock for Capitalists.
Perjumpaan tahunan itu melibatkan CEO syarikat tersebut Warren Buffett, bersama dengan pembantunya dan Charlie Munger bagi membincangkan tentang hala tuju syarikat mereka pada masa depan bersama pemegang saham syarikat mereka.
Perjumpaan pertama yang dilakukan adalah pada tahun 1994 dan menjadi rujukan kebanyakan pelabur luar untuk mengetahui strategi yang dilakukan oleh Warren Buffett tentang portfolio pelaburanya
Untuk perjumpaan kali ini pada tahun 2020 yang baru saja diadakan, Warren Buffett telah membincangkan beberapa topik penting yang bagi menentukan hala tuju syarikat yang dibimbingnya itu. Pada tahun ini perjumpaan tahunan ini berkisarkan kepada beberapa perkara asas yang mana telah memberi impak terhadap pelaburan mereka.

Syarikat Berkshire Hathaway pada tahun lepas mengalami penurunan daripada segi keuntungan akibat dari kebanyakan syarikat yang dipegang mereka tidak mendapat menjalankan perniagaan yang menguntungkan. Pada tahun lepas merupakan tahun yang paling teruk bagi syarikat tersebut sepanjang dekad yang lalu yang mana saham syarikat hanya meningkat sebanyak 11% berbanding dengan indeks S&P 500 yang meningkat sebanyak 29%.
Di antara intipati perjumpaan tahunan pada tahun ini adalah komen beliau terhadap kaedah terbaru dalam kaedah penyenaraian untung rugi perniagaan syarikat (financial statements) yang mana dengan pengenalan kaedah baru ini, membuat Berkshire Hathaway mengalami kerugian yang lebih besar berbanding dengan yang sepatutnya diatas kertas.
Ini kerana di bawah sistem GAAP, untung bersih dan rugi perlu digabungkan sekali. Sedikit sebanyak ia akan menggangu perjalan pendapatan syarikatnya pada setiap suku tahun(financial statements akan menjadi kurang cantik akibat kerugian yang perlu dicatatkan walaupun sebenarnya boleh diletakkan ditempat yang lain)

Perkara kedua adalah polisi stock buyback yang mana pada tahun lepas syarikat ini telah membuat stock buyback sebanyak $5 bilion berbanding dengan tahun sebelum ini. Pembelian yang begitu banyak adalah bagi menjaga nilai saham syarikat tersebut supaya tidak jatuh dengan begitu ketara didalam pasaran.
Tindakan pembelian buyback dilakukan sekiranya Warren Buffett mendapati nilai syarikat mereka berada di bawah dari nilai sebenar (intrinsic value).
Selain itu juga, syarikat itu turut menyentuh polisi pembelian syarikat lain. Sejak kebelakangan ini, Berkshire Hathaway dilihat sukar untuk membeli syarikat yang dikatakan akan memberi pulangan yang besar pada masa hadapan kerana persaingan yang begitu sengit di dalam pasaran terbuka.
Warren Buffett yang terkenal dengan polisi tidak akan melakukan pembidaan untuk memiliki sesebuah syarikat dengan pihak yang lain yang mana menyebabkan Syarikat Berkshire Hathaway memegang jumlah wang yang begitu besar iaitu hampir $130 bilion.
Intipati yang kempat yang boleh dikatakan begitu penting bagi pemegang saham Berkshire Hathaway adalah mengenai masa depan syarikat tersebut selepas ketiadaan mereka berdua nanti. Warren dan Charlie yang menyedari sudah berada di peringkat penghujung usia telah memberi jaminan bahawa pengantinya nanti mampu untuk menguruskan masa depan syarikat tersebut.
Beliau yang mempunyai dua orang pengurus syarikat yang paling dipercayainya iaitu Ajit Jain dan juga Greg Abel yang mampu membawa kegemilangan kepada syarikat ini sepertimana yang dilakukan oleh mereka berdua.
Pada tahun ini, pemegang saham Berkshire Hathaway boleh menanyakan soalan terus dari mereka berdua berbanding dengan sebelum ini yang mana hanya Warren dan Charlie sahaja yang bertanggungjawab menjawab soalan daripada pemegang saham mereka.
Warren Buffett juga turut menyentuh keadaan pasaran semasa. Baginya, jika kadar cukai yang dikenakan pada kadar rendah, stock akan memberi pulangan yang lebih lumayan berbanding dengan bond untuk jangka masa yang panjang.
Walaubagaimanapun, Warren Buffett tetap memberi amaran bahawa harga saham kadang kala tidak menentu di pasaran yang mana orang yang sabar dan dapat mengawal emosinya akan berjaya di dalam pasaran.
Pada perjumpaan kali ini, Warren Buffett tidak memfokuskan kepada pilihanraya presiden yang bakal berlangsung di Amerika Syarikat pada penghujung tahun ini. Tidak seperti tahun 2016 yang mana beliau telah membantu Hillary Clinton berkempen menentang Donald Trump pada pemilihan presiden yang lepas.
Kali ini beliau yang kurang aktif membantu calon presiden tetapi tetap menzahirkan sokongan kepada Michael Bloomberg untuk menjadi presiden Amerika Syarikat bagi menggantikan Donald Trump.
Sumber Rujukan: