Berkahwin, Rezeki Bertambah, Anak Bertambah, Bayar Cukai Pula Berkurang

Seringkali kita dengar apabila berkahwin rezeki bertambah. Adakah ini hanya kenyataan klise? Atau ada kebenaran di sebaliknya?

Sebenarnya dalam Al-Quran telah tertulis janji-Nya buat kita semua:

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”.

(Surah An-Nuur Ayat 32)

Banyak nikmat yang diperolehi, apabila kita telah mendirikan rumahtangga dan seterusnya mempunyai anak.

Salah satunya adalah apabila bab membayar cukai pendapatan. Biasanya orang bujang yang pendapatannya tinggi kena bayar cukai yang tinggi.

Tetapi apabila sudah berkahwin dan kalau ada anak, banyak benda yang boleh ditolak seperti berikut:

Selain daripada itu, terdapat rebat juga bagi pasangan yang tidak bekerja atau bayaran zakat yang telah dibayar.

Sumber : LHDN

Yang paling penting, simpan resit pembelian dan pembayaran untuk sekurang-kurangnya 7 tahun mengikut tahun taksiran.

Oleh itu, jangan takut tentang soal rezeki kerana bahagiannya pasti ada untuk kita, pasangan dan anak-anak.

Artikel ditulis oleh Puan Sarah Hata. Penulis merupakan seorang konsultan kewangan unit amanah dan takaful di sebuah institusi kewangan di Malaysia dan juga perunding imej. Mempunyai pengalaman menulis, memberi ceramah di beberapa syarikat seluruh Malaysia dan juga klien individu.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tiada Cadangan Laksana Cukai Kekayaan Buat Masa Ini – MOF

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) — Kerajaan ketika ini tidak bercadang untuk melaksanakan cukai kekayaan sebanyak dua peratus ke atas individu kaya raya bagi menampung perbelanjaan kerajaan, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

MoF menjelaskan bahawa buat masa ini kerajaan mendapati sumbangan hasil cukai kekayaan adalah tidak signifikan sekiranya elemen pengecualian dan pelepasan cukai diberikan sepertimana pelaksanaan lain-lain cukai yang sedia ada.

“Pelaksanaan cukai kekayaan dalam apa-apa bentuk atau mekanisme perlu diteliti daripada pelbagai aspek termasuk asas kenaan cukai yang kecil dan terhad di Malaysia.

“Namun, kerajaan sentiasa komited dalam memastikan dasar percukaian yang dilaksanakan adalah berlandaskan prinsip keadilan dan saksama serta lebih bersasar supaya struktur percukaian kekal progresif dan mampu mengurangkan jurang ketidaksamaan sosioekonomi,” katanya dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.

Pada masa sama, menurut MoF, pendekatan secara lebih bersasar telah dilaksanakan dengan meluaskan asas cukai kepada golongan yang lebih berkemampuan.

Ini termasuk melalui pelaksanaan cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai, cukai dividen bagi pendapatan dividen melebihi RM100,000 dan cukai yang dikenakan ke atas agihan keuntungan melebihi RM100,000 yang diterima oleh pekongsi daripada perkongsian liabiliti terhad.

— Bernama