Deposit Halal: Apa yang Membezakan Simpanan Islamik Dengan Akaun Simpanan Konvensional?

Selama bertahun-tahun, umat Islam telah membahaskan sama ada simpanan tetap adalah mematuhi syariah. Menurut seorang ulama syariah Dr. Hussain Hamed, pelanggan Islam perlu melihat kepada kontrak yang digunakan; bukan sama ada simpanan tersebut memberikan pulangan tetap atau tidak.

Melalui perbankan konvensional, simpanan bagi pendeposit akan dianggap sebagai hutang dan imbuhan mereka akan menjadi faedah yang diperolehi. Perbankan konvensional menggunakan simpanan daripada pendeposit untuk tujuan perniagaan dan kemudian memberikan mereka ganjaran dengan faedah yang diperolehi. Kaedah ini menjadi haram kerana ia dianggap sebagai satu bentuk riba.

Beza Pada Akad Dan Kontrak

Apabila bercakap tentang Perbankan Islam, kontrak yang digunakan untuk deposit atau akaun simpanan adalah al-Mudharabah. Pendeposit dianggap sebagai pelabur dan bank dianggap sebagai mudarib, iaitu pihak yang akan berkongsi keuntungan dan menyediakan kepakaran serta pengurusan dalam perkongsian tersebut.

Di bawah kontrak atau perkongsian ini, wang deposit digunakan sebagai pelaburan dan keuntungan akan dikongsi di antara pelabur dan mudarib pada kadar yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Selain daripada Mudharabah, satu lagi kontrak yang biasa mengenai deposit atau akaun simpanan Islamik adalah Murabahah. Murabahah merujuk kepada penjualan dan pembelian sesuatu aset, di mana kos penjualan dan pembelian didedahkan kepada pembeli dengan jelas.

Pendeposit juga boleh menyimpan wang mereka dalam akaun Wadiah Yad Dhamanah, di mana bank tersebut akan menjadi pemegang amanah kepada wang mereka. Sekiranya bank memperoleh manfaat daripada wang tersebut, pihak bank boleh memberikan wang lebihan daripada simpanan kepada pendeposit sebagai hibah (hadiah).

Pada dasarnya, simpanan Islamik memberi tumpuan kepada kadar keuntungan atau perkongsian; dan bukannya kepada pendapatan daripada faedah.

This image has an empty alt attribute; its file name is assidq_300x250px_bm01.jpg

Contoh-contoh Simpanan Islamik Di Malaysia

Berikut merupakan beberapa contoh deposit atau akaun simpanan Islamik di Malaysia yang menggunakan kontrak yang disebutkan:

Citibank Time Deposit-I (Citibank)

Produk ini dilaksanakan mengikut konsep Mudharabah. Selaras dengan konsep ini, anda akan menjadi pembekal modal atau rabbulmal yang mendepositkan dana sebagai pelaburan manakala bank sebagai pengurus atau mudarib yang akan melaburkan dana ke sebarang transaksi yang mematuhi Syariah.

Produk ini membolehkan kita menikmati pulangan daripada pelaburan pada Nisbah Perkongsian Keuntungan (Profit Sharing Ratio) yang dipersetujui.

Simpanan Tetap Islamik / Islamic Fixed Deposit-I (Maybank)

Produk ini berdasarkan kepada konsep Murabahah Komoditi, di mana aset tertentu yang dianggap sesuai oleh bank akan dikenalpasti dan digunakan sebagai aset asas bagi transaksi jual beli di antara kita dan pihak bank.

Ia mempunyai kadar keuntungan yang lebih tinggi daripada akaun simpanan Islamik yang biasa, iaitu mempunyai fleksibiliti tempoh daripada 1 bulan sehingga 60 bulan. Keuntungan akan dibayar sama ada secara bulanan, setengah tahunan atau apabila tamat tempoh.

Produk ini juga menawarkan Perlindungan Takaful Kemalangan Diri secara percuma serta perbelanjaan perubatan dan pengebumian (untuk kemalangan sahaja).

Akaun Simpanan ONEReach (Bank Muamalat)

Produk ini menggunakan konsep Syariah iaitu Wadiah Yad Dhamanah, yang meletakkan aset kita dengan bank yang berasaskan konsep amanah untuk tujuan penjagaan. Jika terdapat Hibah, ia akan dilaksanakan mengikut budi bicara dan pertimbangan bank tersebut.

Bagi jumlah deposit permulaan sebanyak RM5,000 dan ke atas, kita secara automatik berhak mendapat perlindungan Takaful Kemalangan Diri (PA) dan perbelanjaan pengebumian secara percuma untuk satu tahun, bermula dari tarikh pembukaan akaun (tertakluk kepada budi bicara bank tersebut).

Bebas Daripada Unsur-Unsur Haram

Pada dasarnya, deposit atau akaun simpanan yang halal haruslah bebas daripada riba. Selain daripada riba, ia juga hendaklah bebas daripada pelaburan bukan halal, gharar dan maysir.

Pelaburan bukan halal bermaksud sebarang pelaburan perniagaan yang dilakukan yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam, contohnya seperti pelacuran, pornografi, perjudian, melibatkan arak atau makanan bukan halal.

Memandangkan undang-undang Syariah memerlukan ketelusan yang menyeluruh dalam semua urusan kewangan, apa-apa bentuk spekulasi, ketidaktentuan, perkara yang melibatkan nasib dan ketidakpastian adalah dilarang.

Sumber Rujukan:

This image has an empty alt attribute; its file name is assidq_300x250px_bm01.jpg

Dikarang oleh Sedania As Salam Capital. Diterjemah dan disiarkan secara eksklusif di MajalahLabur.

Tentang Sedania As Salam Capital Sdn Bhd

As-Sidq (TM) adalah sebuah platform perisian dipaten milik oleh Sedania As Salam Capital Sdn Bhd yang kukuh dan berskala dengan rekod prestasi terbukti lebih daripada 350,000 transaksi bernilai RM38 bilion. Perkhidmatan patuh syariah sepenuhnya, yang mudah diintegrasikan ke dalam mana-mana sistem dan proses sedia ada melalui API, kini digunakan oleh lebih daripada 40 institusi kewangan dan 7 bank di Malaysia. Misi teras As-Sidq (TM) adalah untuk membantu pelanggan mencari produk kewangan Islam yang sempurna dan menyampaikannya kepada mereka dalam masa yang sesingkat mungkin.

Sebagai peneraju industri dalam platform perdagangan komoditi Tawarruq untuk kewangan peribadi Islam, As-Sidq (TM) membantu institusi-institusi kewangan untuk memasar, mengenal pasti dan meluluskan pembiayaan peribadi Islam dengan menawarkan pemeriksaan profil pelanggan yang komprehensif dari DSR kepada CTOS / CCRIS. Ini membolehkan penyerahan petunjuk hangat yang membolehkan kelulusan hampir dijamin.

Nak Deposit Rumah Pertama? ‘Overlap’ Hutang? Bayar Tunggakan PTPTN?

Ringankan tanggungan semasa anda dengan pembiayaan peribadi berkonsep syariah di platform Direct Lending. Dapatkan pinjaman kadar rendah untuk satukan semua hutang mahal anda. Semak kelayakan secara percuma. Anda boleh semak dahulu & mohon kemudian. Tiada apa-apa caj yang dikenakan.

KLIK sini untuk terima pembiayaan bank & koperasi yang bersesuaian dengan posisi kewangan anda.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Rawatan Gigi Yang Mana Tidak Boleh Dituntut Sebagai Pelepasan Cukai?

Ramai yang tidak tahu bahawa kos rawatan pergigian sebenarnya boleh dituntut sebagai pelepasan cukai pendapatan.

Bukan setakat rawatan hospital, pemeriksaan kesihatan atau pembelian ubat-ubatan tertentu. Rawatan gigi seperti scaling, tampalan dan cabutan gigi juga termasuk dalam senarai perbelanjaan yang layak mendapat pelepasan cukai.

Pelepasan cukai bukan bermaksud kita boleh tuntut semula wang yang dibayar kepada klinik gigi. Sebaliknya, perbelanjaan yang layak akan ditolak daripada pendapatan agregat bagi mengira pendapatan bercukai.

Untuk Tahun Taksiran 2026, pembayar cukai boleh menuntut pelepasan sehingga RM1,000 bagi pemeriksaan dan rawatan pergigian untuk diri sendiri, pasangan dan anak-anak.

Tetapi tidak semua rawatan gigi layak dituntut.

Ada yang pergi klinik gigi untuk scaling, tampalan, cabutan gigi dan pemeriksaan rutin. Ada juga yang memasang braces, membuat veneer atau menjalani rawatan pemutihan gigi.

Persoalannya, adakah semua perbelanjaan ini boleh dimasukkan dalam e-Filing?

Jawapannya, tidak.

Jom kita lihat rawatan pergigian yang perlu diberi perhatian sebelum membuat tuntutan pelepasan cukai.

1. Pemutihan gigi (Teeth Whitening)

Rawatan pemutihan gigi bertujuan menjadikan gigi kelihatan lebih putih dan menarik.

Ia lazimnya dikategorikan sebagai rawatan kosmetik dan bukannya rawatan pergigian untuk tujuan kesihatan.

Oleh itu, kos pemutihan gigi tidak boleh dituntut sebagai pelepasan cukai.

2. Pemasangan Veneer

Veneer ialah lapisan nipis yang dipasang pada permukaan hadapan gigi untuk memperbaiki warna, bentuk atau penampilan gigi.

Walaupun dilakukan oleh doktor gigi, rawatan ini lazimnya bersifat kosmetik.

Jadi, jangan anggap semua rawatan yang dilakukan di klinik pergigian secara automatik layak mendapat pelepasan cukai.

3. Rawatan Kosmetik Pergigian

Antara rawatan lain yang bertujuan semata-mata untuk memperbaiki penampilan gigi juga perlu diberi perhatian.

Contohnya:

  • Pembentukan semula gigi untuk tujuan kosmetik.
  • Rawatan estetik untuk memperbaiki senyuman.
  • Prosedur kosmetik yang tidak mempunyai indikasi perubatan.

Prinsipnya mudah: rawatan kosmetik semata-mata tidak termasuk dalam skop pelepasan rawatan pergigian.

4. Bagaimana pula dengan pemasangan pendakap gigi (braces)?

Ini antara perkara yang sering mengelirukan pembayar cukai.

Braces atau pendakap gigi digunakan untuk membetulkan kedudukan gigi dan masalah gigitan.

Walaupun rawatan ini dilakukan oleh pakar ortodontik, jangan terus menganggap kos pemasangan braces layak mendapat pelepasan cukai.

Ketetapan Umum LHDN tidak menyenaraikan braces secara khusus sebagai rawatan yang layak.

Jika rawatan mempunyai keperluan klinikal atau perubatan, dapatkan pengesahan LHDN berdasarkan keadaan sebenar rawatan sebelum membuat tuntutan.

Rawatan gigi apa yang boleh dituntut?

Antara rawatan pergigian yang termasuk dalam skop pelepasan cukai ialah:

  • Pemeriksaan pergigian.
  • Scaling dan pembersihan karang gigi.
  • Tampalan gigi.
  • Cabutan gigi.

Rawatan tersebut mestilah dilakukan oleh pengamal pergigian yang berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia (MDC) dan disokong dengan resit rasmi.

Boleh tuntut untuk isteri dan anak-anak?

Ya sudah tentu!

Di bawah perenggan 46(1)(g)(iv), Akta Cukai Pendapatan 1967, pembayar cukai layak menuntut pelepasan bagi perbelanjaan pemeriksaan dan rawatan pergigian untuk:

  • Diri sendiri.
  • Suami atau isteri.
  • Anak-anak.

Pelepasan yang dibenarkan adalah terhad kepada RM1,000 secara terkumpul, bukannya RM1,000 untuk setiap individu.

Contohnya:

Anda membelanjakan RM500 untuk scaling dan tampalan gigi sendiri, RM400 untuk rawatan gigi isteri dan RM300 untuk rawatan gigi anak.

Jumlah perbelanjaan ialah RM1,200.

Namun, jumlah maksimum yang boleh dituntut hanyalah RM1,000.

Bagaimana pula rawatan gigi untuk ibu bapa?

Ini lebih menarik.

Rawatan pergigian ibu bapa dan datuk nenek mempunyai kategori pelepasan cukai yang berbeza.

Di bawah perenggan 46(1)(c) Akta Cukai Pendapatan 1967, perbelanjaan rawatan perubatan dan pergigian ibu bapa serta datuk nenek boleh dituntut sehingga RM8,000 setahun. Ibu bapa atau datuk nenek hendaklah bermastautin di Malaysia.

Antara rawatan yang dinyatakan termasuk:

  • Cabutan gigi.
  • Tampalan gigi.
  • Scaling.
  • Gigi palsu.
  • Rawatan akar (root canal).
  • Rawatan menggantikan gigi.
  • Pembaikan gigi.

Had RM8,000 ini dikongsi dengan perbelanjaan perubatan lain yang layak untuk ibu bapa dan datuk nenek.

Jangan lupa simpan resit!

Sebelum meninggalkan klinik pergigian, pastikan anda mendapatkan resit rasmi yang menyatakan jenis rawatan yang dilakukan.

Pastikan juga maklumat klinik atau doktor gigi dapat dikenal pasti.

Simpan semua resit dan dokumen sokongan selama tujuh tahun kerana LHDN boleh meminta dokumen tersebut sekiranya tuntutan dipilih untuk semakan atau audit.

Satu lagi perkara penting: jika kos rawatan ditanggung sepenuhnya oleh majikan atau syarikat (klinik panel), jangan tuntut semula perbelanjaan yang sama sebagai pelepasan cukai individu.

Bila tarikh akhir untuk mendapatkan pelepasan cukai?

Perbelanjaan yang dibuat dari 1 Januari hingga 31 Disember 2026 akan diambil kira untuk Tahun Taksiran 2026.

Maksudnya, jika anda memang bercadang untuk membuat pemeriksaan atau rawatan gigi, jangan tangguh sehingga tahun hadapan.

Pergi buat pemeriksaan. Kalau ada karang gigi, buat scaling. Kalau ada gigi berlubang, buat tampalan sebelum masalah menjadi lebih serius.

Ajak sekali pasangan dan anak-anak. Jangan lupa periksa keadaan gigi ibu bapa juga.

Kesimpulannya, pelepasan cukai bukan alasan untuk berbelanja secara berlebihan. Tetapi kalau memang ada keperluan rawatan, manfaatkan pelepasan yang telah disediakan oleh kerajaan.

Jaga kesihatan gigi, jaga poket dan jangan biarkan pelepasan cukai yang layak dituntut begitu sahaja.

Sumber: Ketetapan Umum No. 7/2025, Pencukaian Individu Bermastautin Bahagian I – Hadiah atau Sumbangan dan Potongan yang Dibenarkan.