Boleh Ke Waris Tak Bersetuju Dengan Wasiat Arwah?

Secara umumnya, kita sedia maklum bahawa membuat wasiat adalah ibadah yang sangat dituntut di dalam Islam. Membuat wasiat adalah salah satu bentuk persediaan seseorang Muslim untuk menghadapi kematian.

Daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ู…ุง ุญูŽู‚ูู‘ ุงู…ู’ุฑูุฆู ู…ูุณู’ู„ูู…ูุŒ ู„ู‡ ุดูŠุกูŒ ูŠูุฑููŠุฏู ุฃูŽู†ู’ ูŠููˆุตููŠูŽ ูููŠู‡ูุŒ ูŠูŽุจููŠุชู ู„ูŽูŠู’ู„ูŽุชูŽูŠู’ู†ูุŒ ุฅูู„ูŽู‘ุง ูˆูŽูˆูŽุตููŠูŽู‘ุชูู‡ู ู…ูŽูƒู’ุชููˆุจูŽุฉูŒ ุนูู†ู’ุฏูŽู‡ู

Yang bermaksud: โ€œTidak sepatutnya seseorang Muslim yang mempunyai sesuatu ingin diwasiatkan tidur dua malam melainkan dia menulis wasiat di sisinya.โ€ (Hadis Riwayat Muslim)

Walaubagaimanapun, masih ramai yang keliru dengan fungsi dan prosedur pelaksanaan wasiat. Masyarakat ada yang menganggap semua wasiat wajib diikuti dan dipenuhi oleh waris.

Kekeliruan ini ditambah pula dengan babak-babak daripada drama dan filem tempatan yang menyampaikan mesej yang salah berkenaan wasiat. Kita banyak melihat babak di mana bapa mewasiatkan hartanya kepada anak-anak. Kemudian anak-anak tidak bersetuju dan akhirnya membawa kepada perbalahan dalam keluarga.

Babak-babak ini memberikan gambaran yang salah tentang wasiat.

Di Malaysia, wasiat boleh dibahagikan kepada dua.

  1. Wasiat pentadbiran. Wasiat melantik wasi atau pentadbir yang bertanggungjawab untuk mentadbir harta pusaka si pembuat wasiat.
  2. Wasiat pengagihan maksimum โ…“ kepada bukan waris. Wasiat ini juga dikenali sebagai wasiat sedekah.

Kembali pada persoalan pada tajuk kita, apakah boleh waris boleh menentang wasiat yang telah dibuat oleh si pembuat wasiat? Sekali lagi untuk memudahkan kefahaman, kita datangkan satu contoh.

Seorang bapa telah mewasiatkan semua hartanya untuk diberikan kepada 2 orang anak lelakinya sahaja, walaupun hakikatnya dia mempunyai seorang anak perempuan lagi.

Jadi adakah anak perempuan ini boleh menolak wasiat yang dibuat oleh si bapanya?

Ya anak perempuan tersebut dibolehkan untuk menentang wasiat bapanya itu. Ini kerana wasiat yang dilakukan dalam contoh ini adalah wasiat kepada waris dan ianya tidak wajib diikuti oleh waris.

Daripada segi hukum, wasiat tidak harus diberikan kepada waris bersandarkan kepada sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

โ€œTidak harus wasiat kepada waris kecuali diizinkan oleh waris yang lain.โ€

(Hadis Riwayat Abu Daud)

Dalam contoh ini, sekiranya waris-waris bersetuju dengan wasiat yang dibuat oleh pewasiat selepas pewasiat meninggal dunia, maka wasiat tersebut boleh dilaksanakan.

Tetapi jika waris-waris tidak setuju, ia kembali kepada hukum faraid iaitu harta pusaka si mati hendaklah dibahagikan kepada waris-waris yang berhak.

Bahkan jika si bapa mewasiatkan semua hartanya kepada yang bukan waris (seperti anak angkat) juga, waris boleh tentang. Ini kerana wasiat ini hanya terhad maksimum โ…“ daripada jumlah keseluruhan harta si pembuat wasiat.

Hanya โ…“ harta yang diwasiatkan itu sahaja yang sah, manakala baki โ…” lagi akan kembali menjadi hak waris dan diagihkan mengikut faraid. Seorang sahabat Nabi Muhammad SAW pernah berhasrat untuk mewasiatkan semua hartanya tetapi dilarang oleh Nabi.

Saโ€™ad Bin Abu Waqqas berkata: โ€œTelah datang Rasulullah s.a.w untuk melihatku sedang aku berada di Makkah. Aku berkata, โ€œWahai Rasulullah, apakah aku harus mewasiatkan semua hartaku.โ€ Baginda menjawab, โ€œTidak.โ€ Aku berkata, โ€œSebahagiannya.โ€ Baginda menjawab, โ€œTidak.โ€ Aku berkata, โ€œSepertiga.โ€ Baginda menjawab, โ€œYa, sepertiga.โ€ Dan sepertiga itu banyak. Sesungguhnya apabila engkau meninggalkan ahli waris kaya itu lebih baik daripada engkau meninggalkan mereka miskin, meminta-minta kepada manusia dengan tangan merekaโ€

(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Ditulis oleh Fakhrur Radzi, seorang konsultan perwarisan harta Islam di sebuah syarikat amanah patuh syariah yang menguruskan perancangan harta dan pentadbiran pusaka.

Previous ArticleNext Article
Seorang konsultan perwarisan harta Islam di sebuah syarikat amanah yang menguruskan perancangan harta dan pentadbiran pusaka secara Syariah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

KWSP Suami Meninggal: Boleh Isteri Tuntut Sebagai Harta Sepencarian?

Selama ini, apabila seorang suami meninggal dunia, ramai mungkin menganggap wang KWSP yang ditinggalkan akan terus menjadi harta pusaka dan dibahagikan kepada waris mengikut faraid.

Namun, perkembangan hukum dan keputusan Mahkamah Syariah menunjukkan perkara ini sebenarnya lebih kompleks.

Pada September 2025, Muzakarah Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-128 memutuskan bahawa tuntutan harta sepencarian terhadap wang KWSP oleh ahli beragama Islam adalah diharuskan, tertakluk kepada pertimbangan dan keputusan Mahkamah Syariah.

Keputusan ini membawa satu implikasi penting kepada pasangan yang berkahwin.

Wang KWSP tidak semestinya keseluruhannya menjadi harta pusaka untuk difaraidkan.

Sekiranya Mahkamah Syariah memutuskan sebahagian wang tersebut merupakan hak harta sepencarian pasangan, bahagian itu akan diberikan kepada pasangan terlebih dahulu. Bahagian yang diperintahkan sebagai harta sepencarian tersebut pula tidak dikira sebagai harta pusaka pencarum dan tidak tertakluk kepada pembahagian faraid.

Tetapi sebenarnya, isu ini bukan bermula pada 2025

Menariknya, beberapa negeri sudah mempunyai perkembangan berkaitan isu ini sebelum keputusan Muzakarah Kebangsaan tersebut.

Kelantan: kes KWSP sebagai harta sepencarian sejak 2000-an

Antara kes yang sering dirujuk ialah Norhayati binti Yusoff lwn Ahmad Shah bin Ahmad Tabrani, yang diputuskan di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, Kelantan.

Dalam kes tersebut, wang KWSP suami menjadi antara aset yang dituntut sebagai harta sepencarian.

Mahkamah mengiktiraf konsep sumbangan tidak langsung isteri. Walaupun isteri mungkin tidak membuat caruman KWSP secara langsung, sumbangan kepada rumah tangga boleh menjadi faktor dalam menentukan hak harta sepencarian.

Ini penting kerana ia menunjukkan bahawa persoalan harta sepencarian bukan semata-mata tentang siapa yang memasukkan duit ke dalam akaun.

Sumbangan pasangan kepada rumah tangga juga boleh mempunyai nilai dari sudut undang-undang Syariah.

Selangor pula mempunyai pendirian yang jelas

Dalam panduan Jabatan Mufti Selangor pada 2020 berkaitan wang KWSP selepas kematian suami, dinyatakan bahawa isteri boleh membuat tuntutan harta sepencarian sepanjang tempoh perkahwinan dengan arwah suami sebelum lebihan harta tersebut dibahagikan mengikut faraid.

Kemudian pada 2023, Selangor mempunyai fatwa khusus berkaitan harta sepencarian selepas kematian salah satu pihak dalam perkahwinan. Rujuk Fatwa Tentang Harta Sepencarian Selepas Kematian Salah Satu Pihak Dalam Perkahwinan Di Negeri Selangor.

Ini menunjukkan konsep tuntutan harta sepencarian selepas kematian bukan sesuatu yang hanya muncul selepas keputusan MKI pada 2025.

Johor: daripada pendirian lama kepada pendekatan baharu

Pendirian terdahulu di Johor menyatakan wang KWSP pencarum yang meninggal dunia merupakan harta pusaka dan tidak boleh dianggap sebagai harta sepencarian. Fatwa Johor yang lebih lama, dikeluarkan pada 2013, menyatakan:

“Apabila pencarum KWSP meninggal, wang KWSP ialah harta pusaka dan perlu difaraidkan; ia tidak boleh dijadikan harta sepencarian.

Namun, selepas keputusan MKI 2025, Johor mengambil pendekatan baharu yang membenarkan tuntutan harta sepencarian terhadap wang KWSP bagi ahli beragama Islam yang layak, tertakluk kepada keputusan Mahkamah Syariah. Rujuk Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor.

Perubahan ini menunjukkan bagaimana pendirian berkaitan KWSP dan harta sepencarian boleh berkembang mengikut keputusan hukum dan kerangka undang-undang semasa.

NegeriKedudukan yang ditemuiTahun / status
KelantanAda kes Mahkamah Tinggi Syariah yang membenarkan tuntutan terhadap KWSP sebagai harta sepencarian; turut ada fatwa berkaitan tuntutan harta sepencarian selepas kematianKes 2006; Fatwa Negeri 2002
SelangorSecara rasmi mengiktiraf bahawa selepas kematian salah satu pihak, pasangan boleh menuntut harta sepencarian. Soal jawab Mufti Selangor juga secara jelas menyebut isteri boleh menuntut harta sepencarian terhadap KWSP arwah sebelum baki difaraidkanFatwa 2023; panduan 2020
JohorDahulu berpendirian sebaliknya: KWSP ialah harta pusaka dan tidak boleh dijadikan harta sepencarian. Tetapi pada 2026, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor mengeluarkan keputusan baharu yang membenarkan tuntutan KWSP sebagai harta sepencarian, selaras dengan MKI 20252013 โ†’ berubah 2026
SarawakPernah memutuskan wang caruman KWSP tidak boleh dianggap harta sepencarian, sebaliknya harta pusaka yang difaraidkanKeputusan terdahulu

Jadi, apa maksudnya kepada pasangan?

Kita ambil contoh mudah.

Katakan seorang suami meninggal dunia dan meninggalkan RM500,000 dalam KWSP.

Isteri membuat tuntutan harta sepencarian.

Jika Mahkamah Syariah selepas mempertimbangkan tuntutan tersebut memutuskan bahawa RM150,000 adalah hak harta sepencarian isteri, maka RM150,000 itu bukan lagi sebahagian daripada harta pusaka suami untuk difaraidkan.

Baki RM350,000 pula barulah menjadi sebahagian daripada harta pusaka, tertakluk kepada proses pengurusan pusaka dan pembahagian mengikut faraid.

Jadi bukan bermaksud:

โ€œIsteri automatik dapat separuh KWSP.โ€

Tidak.

Yang betul ialah:

โ€œIsteri yang layak boleh membuat tuntutan, dan jumlah yang menjadi harta sepencarian bergantung kepada keputusan Mahkamah Syariah.โ€

Kenapa perkara ini penting untuk perancangan pusaka?

Sebab ramai orang melihat KWSP hanya daripada sudut simpanan persaraan.

Tetapi apabila berlaku kematian, ia menjadi sebahagian daripada proses pengurusan harta si mati.

Dalam konteks pasangan Islam, terdapat beberapa perkara yang perlu dibezakan:

Pertama, harta sepencarian.

Ini ialah tuntutan pasangan terhadap harta yang diperoleh sepanjang tempoh perkahwinan, tertakluk kepada undang-undang dan keputusan Mahkamah Syariah.

Kedua, harta pusaka.

Selepas hak-hak yang berkaitan seperti harta sepencarian ditentukan, baki harta si mati boleh menjadi harta pusaka.

Ketiga, faraid.

Baki harta pusaka kemudiannya dibahagikan kepada waris yang berhak mengikut hukum faraid.

Sebab itu seseorang tidak boleh terus melihat angka KWSP dan berkata:

โ€œIni semua akan difaraidkan.โ€

Ia bergantung kepada keadaan dan, bagi tuntutan harta sepencarian, keputusan Mahkamah Syariah.

Namun, jangan salah faham

Keputusan MKI 2025 bukan bermaksud setiap isteri automatik mendapat sebahagian daripada KWSP suami.

Ia hanya membuka ruang bahawa tuntutan tersebut diharuskan.

Tuntutan masih perlu dibuat dan dipertimbangkan oleh Mahkamah Syariah.

Jumlahnya juga tidak semestinya 50:50.

Mahkamah boleh melihat kepada pelbagai faktor dan bukti berkaitan sumbangan pasangan serta keadaan harta yang dituntut.

Satu lagi perkara penting ialah status keputusan hukum tersebut di setiap negeri. Keputusan Muzakarah MKI perlu dilihat bersama peruntukan dan proses undang-undang Syariah negeri masing-masing.

Daripada โ€œsiapa dapat KWSP?โ€ kepada โ€œapa hak setiap pihak?โ€

Ini sebenarnya perubahan cara kita melihat perancangan pusaka.

Bila seorang suami meninggal dunia, persoalannya bukan semata-mata:

โ€œBerapa banyak isteri dapat?โ€

Tetapi:

โ€œApakah hak isteri sebagai pasangan? Apakah yang menjadi harta sepencarian? Apakah yang benar-benar menjadi harta pusaka? Dan siapa yang berhak menerima baki tersebut melalui faraid?โ€

Perbezaan ini nampak kecil, tetapi dari sudut nilai harta, ia boleh menjadi sangat besar.

Lebih-lebih lagi bagi keluarga yang mempunyai simpanan KWSP jutaan ringgit.

Maka, bagi pasangan yang beragama Islam, memahami kedudukan harta sepencarian dan faraid semasa masih hidup jauh lebih baik daripada cuba memahami semuanya selepas berlaku kematian.

KWSP bukan sekadar soal berapa banyak kita berjaya kumpul. Kita juga perlu tahu bagaimana wang itu akan diurus apabila kita sudah tiada.

Penafian: Artikel ini bertujuan memberikan maklumat umum dan bukan nasihat undang-undang, fatwa atau nasihat kewangan. Kedudukan harta sepencarian, tuntutan wang KWSP dan proses pembahagian harta pusaka boleh berbeza mengikut negeri, fakta kes dan keputusan Mahkamah Syariah. Pembaca disarankan mendapatkan nasihat daripada peguam syarie, pihak berkuasa agama negeri atau pihak yang berkelayakan sebelum membuat sebarang tuntutan atau keputusan berkaitan harta pusaka.