
Kredit Gambar: pxfuel
Sub Topik
Semakin ramai orang dalam masyarakat kini telah sedar akan kepentingan hibah dan kesan sesebuah keluarga yang tidak mempunyai tanpa hibah. Namun, tak ramai yang tahu konsep hibah bersyarat apatah lagi kegunaannya.
Adakah ia sama seperti hibah biasa atau berbeza? Jom kita fahamkan apa yang dimaksudkan dengan hibah bersyarat.
Apa Itu Hibah Bersyarat?
Hibah bersyarat atau ta’liq adalah pemberian harta yang hanya akan dibuat selepas kematian pemilik harta dan ianya amat berbeza dengan hibah mutlak yang dilakukan semasa hidup.
Selagi pemberi hibah tersebut masih hidup, beliau masih boleh memanfaatkan harta tersebut untuk dirinya sendiri dengan persetujuan penerima hibah. Tetapi sekiranya penerima hibah mati terlebih dahulu, maka hibah tersebut akan kembali semula kepada pemberi hibah tersebut.
Fuqaha secara umumnya berselisih pendapat mengenai keharusan meletakkan syarat di dalam hibah. Walaupun majoriti tidak membenarkannya, namun wujud pendapat yang mengharuskan hibah bersyarat ini.
Kegunaan Hibah Bersyarat

Berdasarkan pendapat yang membenarkan hibah bersyarat, cara ini dapat menyelesaikan masalah khususnya berkaitan dengan pembahagian harta selepas kematian pemberi hibah kepada penerima yang diinginkannya.
Namun, penggunaan konsep ini hendaklah selari dengan beberapa garis panduan yang telah dikeluarkan oleh hukum syarak.
Hikmahnya adalah supaya kita semua mengetahui jalan yang benar dalam masalah pembahagian harta selepas kematian si mati. Ini adalah antara apa yang akan berlaku sekiranya kita tidak mengikut apa yang ditetapkan dalam hibah bersyarat:
- Terdapat pihak yang akan mengabaikan hukum pembahagian harta secara keseluruhannya dan ianya tidak akan memberikan manfaat kepada penerima hibah.
- Ianya juga boleh membawa kepada persengketaan dan permusuhan di antara waris dan penerima hibah.
Para fuqaha menyebut bahawa jika pemberi hibah mengalami sakit yang dibimbangi membawa kematian melakukan sesuatu tabarruʻ, maka tabarruʻnya hanya dikira daripada satu pertiga hartanya.
Sekiranya beliau yang sakit tersebut membuat tabarruʻ yang melebihi had sepertiga hartanya, maka tabarruʻnya tidak terlaksana kerana ia telah melanggar hak ahli warisnya melainkan semua ahli warisnya redha dengan tabarruʻ yang dilakukannya
Kesimpulannya, hibah bersyarat masih tidak popular di kalangan masyarakat kita. Namun, hibah bersyarat telah diterima secara luas dan disahkan di Mahkamah Syariah melalui Perintah Pengesahan Hibah sejak tahun 2003 lagi.
Sumber Rujukan:










