Sampul.co Memudahkan Perancangan Pusaka Digital Untuk Semua

Platform perancangan pusaka digital pertama di Malaysia yang patuh syariah kini membantu rakyat Malaysia merancang harta dengan lebih mudah, sistematik dan patuh syariah.

Dalam era digital hari ini, hampir semua aspek kehidupan daripada kewangan, komunikasi hingga urusan niaga telah beralih ke alam maya. Namun, perancangan pusaka kekal sebagai salah satu bidang yang masih kurang diteroka secara digital dan sistematik di Malaysia.

Melihat kepada jurang ini, Sampul Sdn. Bhd. tampil memperkenalkan platform perancangan pusaka digital pertama di Malaysia, bagi memudahkan rakyat merancang, mengurus dan melindungi aset termasuk wang tunai, harta digital, kripto, e-dompet serta akaun digital lain.

Menurut Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sampul Sdn. Bhd., Arham Merican, teknologi digital dan perjalanan kematian adalah sesuatu yang boleh diselesaikan bersama untuk membentuk keluarga Malaysia yang lebih bersedia menghadapi masa sekarang dan masa hadapan.

“Sampul.co membantu keluarga mengelak kekacauan yang seringkali berlaku dalam sistem tradisional. Dengan sokongan Cradle, kami menjangka aplikasi Sampul.co akan dilancarkan menjelang akhir tahun ini,” ujarnya.

Platform Digital yang Patuh Syariah

Platform digital seperti Sampul.co membawa harapan untuk mempercepatkan proses tuntutan harta dengan lebih teratur dan patuh syariah. Berbanding proses tradisional yang sering memakan masa enam bulan hingga beberapa tahun, Sampul.co menawarkan penyelesaian digital yang lebih pantas dan sistematik.

Kami bekerjasama dengan Rakyat Trustee Berhad dan jawatankuasa syariah yang terdiri daripada Mufti Selangor, Datuk Setia Prof. Madya Dr. Anhar Haji Opir bagi memastikan semua produk kami mematuhi kedua-dua kehendak undang-undang syariah dan sivil.

Sistem dwi-perundangan seperti sivil dan syariah yang dimiliki oleh Malaysia memerlukan dokumen yang perlu dikemaskini secara berkala, tetapi juga memastikan dokumen yang disediakan selamat dan sentiasa dikemas kini di kedua-dua mahkamah.

Aplikasi Sampul.co: Penyelesaian Menyeluruh

Aplikasi Sampul.co direka untuk membantu pengguna menyediakan wasiat digital dalam lima langkah mudah. Pertama, untuk merancang harta seperti akaun bank, rumah dan kereta, pengguna boleh menyediakan wasiat digital, hibah amanah dan amanah harta dengan mudah.

Kedua, untuk mengurus harta selepas kematian ahli keluarga, di mana aplikasi akan membantu demi langkah, daripada proses pengurusan jenazah, tuntutan khairat kematian, sijil kematian, tuntutan takaful hingga ke perintah pengadilan harta di mahkamah.

Kolaborasi Strategik dan Ekosistem Kukuh

Sampul.co telah bekerjasama dengan firma perancangan kewangan seperti TSI Wealth Planners yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia bagi menambah baik perkhidmatan dan menawarkan khidmat nasihat kepada orang ramai.

Melalui perkongsian strategik dengan pelbagai institusi kewangan dan ekosistem Cradle yang telah membantu kami dalam tiga perkara utama iaitu membina reputasi syarikat, membiayai pembangunan aplikasi dan memperluaskan usaha niaga.

Misi Perluasan Serantau

Sampul.co optimis untuk menjadikan Sampul.co sebagai peneraju utama perancangan pusaka digital di Malaysia serta berhasrat meluaskan operasi ke negara Islam lain.

Matlamat kami mudah iaitu memudahkan perancangan pusaka digital lebih mudah, cepat, telus dan patuh syariah untuk semua rakyat Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, layari www.sampul.co atau hubungi [email protected] dan +0189766429

Artikel ini dibawa kepada anda oleh Sampul Sdn Bhd. Artikel ini diterbitkan bersama MajalahLabur untuk membantu jenama bercerita melalui kandungan berkualiti.

Previous ArticleNext Article

Mahasiswa Perlu Kuasai Literasi Kewangan Dan Agenda Kelestarian Global

TANJONG MALIM – Mahasiswa perlu menguasai literasi kewangan dan memahami agenda kelestarian global bagi melengkapkan diri sebagai generasi yang berdaya saing, bertanggungjawab dan mampu menyumbang kepada pembangunan negara pada masa hadapan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic Bank Berhad, Datuk Adissadikin Ali berkata kedua-dua aspek itu menjadi fokus utama penganjuran program RHB Ocean Harmony dan RHB MySiswa Brand Challenge 2026 yang menghimpunkan mahasiswa daripada sembilan institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Beliau berkata program yang berlangsung selama tiga hari itu bukan sekadar sebuah acara, sebaliknya platform pembelajaran yang memberi pengalaman sebenar kepada mahasiswa dalam aspek pemasaran, perbankan digital, literasi kewangan serta kesedaran terhadap isu kelestarian.

“Jika anda melihat program ini sebagai satu acara, ia hanya akan menjadi sebuah acara. Namun jika anda melihatnya sebagai pengalaman pembelajaran, anda akan memperoleh nilai yang jauh lebih besar daripada apa yang telah disediakan sepanjang program ini,” katanya ketika merasmikan Majlis Penutupan RHB Ocean Harmony dan RHB MySiswa Brand Challenge 2026 di Panggung Percubaan, Kampus Sultan Azlan Shah,Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), hari ini.

Menurut beliau, MySiswa Brand Challenge diwujudkan bagi meningkatkan kesedaran mahasiswa terhadap kepentingan pengurusan kewangan yang bertanggungjawab, selain memberi pendedahan mengenai keselamatan transaksi digital dan ancaman penipuan kewangan yang semakin kompleks.

“Literasi kewangan bermula dengan kesedaran. Mahasiswa perlu memahami produk kewangan yang digunakan, mengurus kewangan secara berhemah serta melindungi maklumat peribadi daripada disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI, Prof Dr. Norkhalid Salimin berkata program berkenaan merupakan platform pembangunan bakat mahasiswa yang memberi peluang kepada peserta mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam situasi sebenar industri.

Beliau berkata penganjuran RHB Ocean Harmony dan MySiswa Brand Challenge 2026 berjaya menghimpunkan mahasiswa daripada pelbagai latar belakang untuk menguji kebolehan menghasilkan idea, strategi dan penyelesaian yang inovatif melalui dua kategori utama pertandingan yang dipertandingkan.

“Program seperti ini bukan sahaja menggalakkan pemikiran kritikal, kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah, malah memberi pengalaman pembelajaran yang amat bernilai kepada mahasiswa dalam menghadapi cabaran dunia pekerjaan yang sebenar,” katanya.

Pada majlis sama, sesi penyampaian hadiah turut diadakan bagi menghargai pencapaian peserta dalam dua kategori utama pertandingan. Bagi kategori MySiswa Brand Challenge, gelaran juara dimenangi oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang membawa pulang wang tunai RM1,000, sijil penghargaan, plak dan Geran Pelaksanaan bernilai RM2,000.

Sementara itu, Universiti Utara Malaysia (UUM) muncul juara kategori Ocean Harmony sekali gus membawa pulang wang tunai RM1,000, sijil penghargaan, plak dan Geran Pelaksanaan bernilai RM2,000.

Majlis turut menyaksikan penyerahan cek cura bernilai RM111,595 daripada RHB Islamic Bank Berhad kepada UPSI menerusi Inisiatif Kad Prihatin Siswa bagi menyokong kebajikan pelajar universiti tersebut.