Malaysia Dapat ‘BBB+’ – Isu Penurunan Penarafan Kredit Oleh Fitch Ratings

Baru-baru ini panas isu Fitch Rating yang menurunkan penarafan kredit bagi kerajaan Malaysia daripada A- kepada BBB+. Tapi sebelum itu, kita fahamkan dulu apa yang dimaksudkan dengan Fitch Ratings ini.

Fitch Ratings Inc. is an American credit rating agency and is one of the “Big Three credit rating agencies”, the other two being Moody’s and Standard & Poor’s. It is one of the three nationally recognized statistical rating organizations designated by the U.S. Securities and Exchange Commission in 1975

Sumber: Wikipedia

Kalau diikutkan, Fitch Ratings ini adalah agensi penarafan kredit yang dijadikan rujukan oleh banyak pihak untuk digunakan sebagai panduan pelaburan. Nak tahu lebih lanjut, jom kita dengarkan kupasan Dr Afzanizam, Ketua Penganalisis Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad.

Jatuh Daripada A- Kepada BBB+

Photo by Pixabay from Pexels

Pada hari Jumaat lalu, negara dikejutkan dengan berita Fitch Rating yang menurunkan penarafan kredit bagi kerajaan Malaysia daripada A- kepada BBB+. Ramai sahabat dari media arus perdana yang bertanya berkenaan hal ini. Tak kurang juga dari sahabat-sahabat yang lain.

Hakikatnya, ia bukanlah sesuatu yang terlalu memeranjatkan kerana Fitch Rating ini telah pun menyemak semula tinjauan penarafan (rating outlook) pada bulan April yang lalu daripada Stabil kepada Negatif. Maksudnya, kebarangkalian untuk penarafan itu diturunkan sememangnya ada.

Sebelum kita mengulas dgn lebih lanjut, kita harus memahami apa itu penarafan kredit. Ianya adalah suatu bentuk pendapat kredit atau credit opinion. Dalam kes ini, pendapat oleh Fitch Rating berkenaan keupayaan kerajaan Malaysia untuk membayar hutang.

Beberapa parameter akan digunakan seperti kemeruapan GDP (GDP volatility), imbangan pembayaran (Balance of Payment), kewangan kerajaan (fiscal position) serta tadbir urus (governance). Penarafan ini pula akan digunakan oleh para pelabur terutamanya pelabur institusi asing yang melabur atau dengan kata lain membeli hutang-hutang kerajaan ini.

Semakin tinggi penarafan itu, maka semakin kuranglah risiko mungkir atau default risk terhadap hutang-hutang yang dibuat oleh kerajaan dan begitulah sebaliknya.

Penarafannya mengikut susunan seperti AAA, AA+, AA, AA, A+, A, A-, BBB+, BBB, BBB-, BB+, BB, BB-, B+ dan seterusnya la. Justeru ia bukanlah segala-galanya dalam ekonomi apabila merangka dasar.

Namun, ia perkara yang penting untuk diambil kira bagi merangka dasar fiskal. Kalau tahun depan, kerajaan kena berbelanja dengan besar bagi menyokong ekonomi, namun tahun 2022 dan seterusnya, sekiranya pemulihan ekonomi kian rancak, maka kerajaan perlu mengemukakan strategi untuk mengurangkan defisit fiskal ini.

Jika tidak, penarafan ini boleh diturunkan lagi. Perkara ini sudah tentu akan membawa bencana ekonomi dari segi kemeruapan matawang ringgi serta pasaran modal. Justeru, penarafan ini bukanlah segala-galanya tapi ia penting.

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu cakna dengan perkembangan ini kerana akan datang masanya nanti kerajaan terpaksa mengambil langkah yang kurang popular seperti memperkenalkan cukai baru, rasionalisasi subsidi dan sebagainya. Tetapi bukanlah sekarang ya. Cuma kita semua perlu bersedia.

Kalau berlaku, maksudnya ekonomi sudah berada di landasan yang baik. Ia seumpama ubat. Pakej rangsangan ekonomi dan belanjawan mengembang (expansionary budget), ini semua adalah ‘ubat’ untuk memulihkan ekonomi.

Kalau dah sihat, takkan nak makan ubat lagi kan? Lain pulak jadinya nanti. Jadi besok, kita tengok apa akan jadi pada ringgit, pasaran bon dan saham.

Sumber: FB Mohd Afzanizam

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Rawatan Gigi Yang Mana Tidak Boleh Dituntut Sebagai Pelepasan Cukai?

Ramai yang tidak tahu bahawa kos rawatan pergigian sebenarnya boleh dituntut sebagai pelepasan cukai pendapatan.

Bukan setakat rawatan hospital, pemeriksaan kesihatan atau pembelian ubat-ubatan tertentu. Rawatan gigi seperti scaling, tampalan dan cabutan gigi juga termasuk dalam senarai perbelanjaan yang layak mendapat pelepasan cukai.

Pelepasan cukai bukan bermaksud kita boleh tuntut semula wang yang dibayar kepada klinik gigi. Sebaliknya, perbelanjaan yang layak akan ditolak daripada pendapatan agregat bagi mengira pendapatan bercukai.

Untuk Tahun Taksiran 2026, pembayar cukai boleh menuntut pelepasan sehingga RM1,000 bagi pemeriksaan dan rawatan pergigian untuk diri sendiri, pasangan dan anak-anak.

Tetapi tidak semua rawatan gigi layak dituntut.

Ada yang pergi klinik gigi untuk scaling, tampalan, cabutan gigi dan pemeriksaan rutin. Ada juga yang memasang braces, membuat veneer atau menjalani rawatan pemutihan gigi.

Persoalannya, adakah semua perbelanjaan ini boleh dimasukkan dalam e-Filing?

Jawapannya, tidak.

Jom kita lihat rawatan pergigian yang perlu diberi perhatian sebelum membuat tuntutan pelepasan cukai.

1. Pemutihan gigi (Teeth Whitening)

Rawatan pemutihan gigi bertujuan menjadikan gigi kelihatan lebih putih dan menarik.

Ia lazimnya dikategorikan sebagai rawatan kosmetik dan bukannya rawatan pergigian untuk tujuan kesihatan.

Oleh itu, kos pemutihan gigi tidak boleh dituntut sebagai pelepasan cukai.

2. Pemasangan Veneer

Veneer ialah lapisan nipis yang dipasang pada permukaan hadapan gigi untuk memperbaiki warna, bentuk atau penampilan gigi.

Walaupun dilakukan oleh doktor gigi, rawatan ini lazimnya bersifat kosmetik.

Jadi, jangan anggap semua rawatan yang dilakukan di klinik pergigian secara automatik layak mendapat pelepasan cukai.

3. Rawatan Kosmetik Pergigian

Antara rawatan lain yang bertujuan semata-mata untuk memperbaiki penampilan gigi juga perlu diberi perhatian.

Contohnya:

  • Pembentukan semula gigi untuk tujuan kosmetik.
  • Rawatan estetik untuk memperbaiki senyuman.
  • Prosedur kosmetik yang tidak mempunyai indikasi perubatan.

Prinsipnya mudah: rawatan kosmetik semata-mata tidak termasuk dalam skop pelepasan rawatan pergigian.

4. Bagaimana pula dengan pemasangan pendakap gigi (braces)?

Ini antara perkara yang sering mengelirukan pembayar cukai.

Braces atau pendakap gigi digunakan untuk membetulkan kedudukan gigi dan masalah gigitan.

Walaupun rawatan ini dilakukan oleh pakar ortodontik, jangan terus menganggap kos pemasangan braces layak mendapat pelepasan cukai.

Ketetapan Umum LHDN tidak menyenaraikan braces secara khusus sebagai rawatan yang layak.

Jika rawatan mempunyai keperluan klinikal atau perubatan, dapatkan pengesahan LHDN berdasarkan keadaan sebenar rawatan sebelum membuat tuntutan.

Rawatan gigi apa yang boleh dituntut?

Antara rawatan pergigian yang termasuk dalam skop pelepasan cukai ialah:

  • Pemeriksaan pergigian.
  • Scaling dan pembersihan karang gigi.
  • Tampalan gigi.
  • Cabutan gigi.

Rawatan tersebut mestilah dilakukan oleh pengamal pergigian yang berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia (MDC) dan disokong dengan resit rasmi.

Boleh tuntut untuk isteri dan anak-anak?

Ya sudah tentu!

Di bawah perenggan 46(1)(g)(iv), Akta Cukai Pendapatan 1967, pembayar cukai layak menuntut pelepasan bagi perbelanjaan pemeriksaan dan rawatan pergigian untuk:

  • Diri sendiri.
  • Suami atau isteri.
  • Anak-anak.

Pelepasan yang dibenarkan adalah terhad kepada RM1,000 secara terkumpul, bukannya RM1,000 untuk setiap individu.

Contohnya:

Anda membelanjakan RM500 untuk scaling dan tampalan gigi sendiri, RM400 untuk rawatan gigi isteri dan RM300 untuk rawatan gigi anak.

Jumlah perbelanjaan ialah RM1,200.

Namun, jumlah maksimum yang boleh dituntut hanyalah RM1,000.

Bagaimana pula rawatan gigi untuk ibu bapa?

Ini lebih menarik.

Rawatan pergigian ibu bapa dan datuk nenek mempunyai kategori pelepasan cukai yang berbeza.

Di bawah perenggan 46(1)(c) Akta Cukai Pendapatan 1967, perbelanjaan rawatan perubatan dan pergigian ibu bapa serta datuk nenek boleh dituntut sehingga RM8,000 setahun. Ibu bapa atau datuk nenek hendaklah bermastautin di Malaysia.

Antara rawatan yang dinyatakan termasuk:

  • Cabutan gigi.
  • Tampalan gigi.
  • Scaling.
  • Gigi palsu.
  • Rawatan akar (root canal).
  • Rawatan menggantikan gigi.
  • Pembaikan gigi.

Had RM8,000 ini dikongsi dengan perbelanjaan perubatan lain yang layak untuk ibu bapa dan datuk nenek.

Jangan lupa simpan resit!

Sebelum meninggalkan klinik pergigian, pastikan anda mendapatkan resit rasmi yang menyatakan jenis rawatan yang dilakukan.

Pastikan juga maklumat klinik atau doktor gigi dapat dikenal pasti.

Simpan semua resit dan dokumen sokongan selama tujuh tahun kerana LHDN boleh meminta dokumen tersebut sekiranya tuntutan dipilih untuk semakan atau audit.

Satu lagi perkara penting: jika kos rawatan ditanggung sepenuhnya oleh majikan atau syarikat (klinik panel), jangan tuntut semula perbelanjaan yang sama sebagai pelepasan cukai individu.

Bila tarikh akhir untuk mendapatkan pelepasan cukai?

Perbelanjaan yang dibuat dari 1 Januari hingga 31 Disember 2026 akan diambil kira untuk Tahun Taksiran 2026.

Maksudnya, jika anda memang bercadang untuk membuat pemeriksaan atau rawatan gigi, jangan tangguh sehingga tahun hadapan.

Pergi buat pemeriksaan. Kalau ada karang gigi, buat scaling. Kalau ada gigi berlubang, buat tampalan sebelum masalah menjadi lebih serius.

Ajak sekali pasangan dan anak-anak. Jangan lupa periksa keadaan gigi ibu bapa juga.

Kesimpulannya, pelepasan cukai bukan alasan untuk berbelanja secara berlebihan. Tetapi kalau memang ada keperluan rawatan, manfaatkan pelepasan yang telah disediakan oleh kerajaan.

Jaga kesihatan gigi, jaga poket dan jangan biarkan pelepasan cukai yang layak dituntut begitu sahaja.

Sumber: Ketetapan Umum No. 7/2025, Pencukaian Individu Bermastautin Bahagian I – Hadiah atau Sumbangan dan Potongan yang Dibenarkan.