10 Broker CFD Yang Popular Di Kalangan Rakyat Malaysia

Bagi yang dah biasa terlibat dalam dunia trading Forex, mesti pernah dengar tentang Contract For Difference atau lebih dikenali sebagai CFD ini.

Tapi apa sebenarnya CFD ni? Mengikut definisi Investopedia:

A contract for differences (CFD) is an arrangement made in financial derivatives trading where the differences in the settlement between the open and closing trade prices are cash-settled. There is no delivery of physical goods or securities with CFDs.

Dalam bahasa mudahnya, kita berdagang derivatif di mana perbezaan di antara harga buka dan penutup perlu dibayar secara tunai dan tiada penghantaran komoditi atau sekuriti dengan CFD ini.

Jelas perjudian kerana tiada aset / barang / transaksi sebenar. Anda tidak jual beli sebarang aset pun, tetapi harganya sahaja. Macam meniaga price tag.

Rupa-rupanya undang-undang kerajaan US sendiri tidak membenarkan rakyat mereka membuka akaun CFD.

Due to restrictions by the Securities and Exchange Commission on over-the-counter financial instruments, trading in the CFD market is not an option for U.S. residents and U.S. citizensForbes

“Since the CFD industry is not highly regulated, the broker’s credibility is based on its reputation and financial viability. As a result, CFDs are not available in the United States Investopedia

Kepada yang trade menggunakan CFD, Datuk Dr Mohd Daud Bakar pernah huraikan secara panjang lebar. Dengarkan jawapan beliau bermula dari minit 48:50. Video lintas langsung Invest Smart anjuran Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

https://www.facebook.com/mindasyariah/videos/515663556004008/

✅ CFD yang terkenal di Amerika Syarikat dan England, belum lagi ada yang patuh Syariah, samada di Malaysia atau di antarabangsa.

✅ Cara yang ada sekarang iaitu wang dengan wang melibatkan interest, maka tak patuh Syariah samada di Malaysia atau di antarabangsa. Perlu buat kajian lebih mendalam mengenai CFD.

Jom kita tengok beberapa broker CFD yang ‘popular’ (iklan mereka selalu melintas) di Malaysia. Senarai ini disusun secara rawak.

1. Saxo Bank

Sumber: Saxo Bank

Ramai rakyat Malaysia yang menggunakan Saxo Bank untuk jual beli saham global. Namun, Saxo Bank juga menawarkan platform untuk trade CFD juga.

Saxo Bank ini berasal dari Denmark dan mempunyai pejabat di Singapura.

2. ICM Capital

Sumber: ICM Capital

ICM Capital juga merupakan broker yang banyak dipromosikan oleh affiliate tempatan. Mereka berasal dari United Kingdom dan berdaftar di England, Wales dan Luxembourg.

*Tujuan kami berkongsi senarai broker ini adalah agar kita semua lebih berhati-hati daripada terjebak ke instrumen yang tidak patuh syariah seperti CFD

3. OctaFX

Sumber: OctaFX

Sata-satunya laman web dalam senarai yang ada terjemahan dalam Bahasa Melayu. Aplikasi OctaFX ini juga ada dalam Bahasa Melayu. OctaFX menawarkan akses kepada dagangan CFD, dagangan komoditi dan dagangan indeks.

Berdasarkan alamat, ianya didaftarkan di St. Vincent and the Grenadines yang terletak di Kepulauan Caribbean dengan populasi seramai 110,589 orang.

*Tujuan kami berkongsi senarai broker ini adalah agar kita semua lebih berhati-hati daripada terjebak ke instrumen yang tidak patuh syariah seperti CFD

4. FXTM

Sumber: FXTM

Jenama FXTM ini pula ada yang berdaftar di Cyprus, United Kingdom, Afrika Selatan dan Mauritius.

Namun ia tidak dibenarkan untuk beroperasi di Amerika Syarikat, Mauritius, Jepun, Kanada, Haiti, Surinam, the Democratic Republic of Korea, Puerto Rico, the Occupied Area of Cyprus dan Hong Kong.

*Tujuan kami berkongsi senarai broker ini adalah agar kita semua lebih berhati-hati daripada terjebak ke instrumen yang tidak patuh syariah seperti CFD

5. XM

Sumber: XM

XM didaftarkan di Cyprus, United Kingdom, Australia dan Dubai. Namun, XM tidak dibenarkan beroperasi di Amerika Syarikat, Kanada, Israel dan Iran.

Selain daripada boleh trade CFD, XM juga popular di kalangan trader forex.

*Tujuan kami berkongsi senarai broker ini adalah agar kita semua lebih berhati-hati daripada terjebak ke instrumen yang tidak patuh syariah seperti CFD

Sumber: XM

Jangan terkejut sekiranya XM menawarkan akaun Islamik untuk trade forex. Siap tulis 100% patuh syariah, agak-agaknya siapa panel penasihat syariah mereka ni ya? Jika hanya menawarkan akaun swap free atau tiada interest sahaja rasanya tidak mencukupi.

Baca lagi Garis Panduan Syariah dalam Perdagangan Forex

6. eToro

Sumber: eToro

eToro mempunyai lesen di Cyprus, United Kingdom dan Australia. eToro merupakan platform trading secara sosial, di mana kebanyakannya akan copy trade para trader yang berjaya bagi meraih keuntungan.

Sumber: Twitter SC Malaysia
Sumber: Laman Web SC

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia secara spesifik telah menyenaraikan eToro ini sebagai laman web dan produk pelaburan yang tidak dibenarkan untuk beroperasi di Malaysia.

7. FXCM

Sumber: FXCM

FXCM ditubuhkan di Bermuda dan berpengkalan di United Kingdom. Trading platform yang digunakan adalah Trading Station dan MetaTrader 4.

FXCM tidak dibenarkan beroperasi di Amerika Syarikat, Kanada, Kesatuan Eropah, Hong Kong, Australia atau Jepun.

*Tujuan kami berkongsi senarai broker ini adalah agar kita semua lebih berhati-hati daripada terjebak ke instrumen yang tidak patuh syariah seperti CFD

8. XTB

Sumber: XTB

Dengan XTB, boleh trade CFD yang melibatkan saham dan ETF. Juga boleh trade forex, indeks, komoditi (crude oil, gold, silver) dan kripto di sini.

XTB didaftarkan di United Kingdom dan mempunyai pejabat di London.

9. City Index

Sumber: City Index

City Index ini berasal dari Singapura yang turut membolehkan trader untuk trade indeks, saham, forex dan bermacam-macam lagi.

10. Oanda

Sumber: Oanda

Oanda ini pula berasal dari London dan telah ditubuhkan sejak tahun 1996 lagi. Di sini boleh trade forex, indeks logam, komoditi dan bon.

Sebenarnya ada banyak lagi broker-broker CFD yang ada di seluruh dunia. Insha-Allah kami akan kemaskini dari semasa ke semasa.

Tujuan kami berkongsi senarai broker ini adalah agar kita semua lebih berhati-hati daripada terjebak ke pelaburan yang tidak patuh syariah seperti CFD, forex trading online dan juga options trading.

Ada juga kami ternampak iklan-iklan yang mengajar trading saham global tetapi menggunakan CFD. Jadi, berhati-hati.

Hukum CFD (Contract For Differences) oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar

Banyak isu berkaitan halal atau haram produk-produk derivatif seperti Forward, Futures (WTI Crude Oil, Gold), Options, Swap, ETF dan CFD. Tonton kupasan Datuk Dr Mohd Daud Bakar di Derivatif Patuh Syariah.

Baca juga Hukum Options Trading – Datuk Dr Mohd Daud Bakar

Previous ArticleNext Article

2 Comments

    1. Trade with your own risk je & tapi dah tau menda tu tak da kepastian takpayah terlibat lagi-lagi cfd nie jarang-jarang tak terlibat dengan riba. Besar tau dosa riba sampai nabi nampak balasan org yg makan riba ni masa israk mikraj masa naik kelangit tak percaya search lah sendiri hadith tu kat google shahih lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

55 Juta Unit IOIPG REIT Dikhaskan Untuk Bumiputera

Selama ni kita datang IOI City Mall untuk shopping, makan, tengok wayang atau sekadar jalan-jalan cukupkan 10,000 langkah.

Kali ni ada berita baik.

IOI Properties Group Bhd (IOIPG) telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk menubuhkan dan menyenaraikan IOIPG REIT di Bursa Malaysia. REIT ini akan mempunyai portfolio aset bernilai kira-kira RM7.58 bilion.

Dan antara perkara paling menarik untuk pelabur runcit ialah sebanyak 715.6 juta unit diperuntukkan untuk tawaran runcit.

Daripada jumlah tersebut, 55 juta unit dikhaskan untuk pelabur Bumiputera yang diluluskan MITI.

Jadi, apa sebenarnya yang bakal kita dapat melalui REIT ini?

Apa yang ada dalam IOIPG REIT?

Portfolio IOIPG REIT bukan sekadar satu bangunan.

Antara aset yang akan dimasukkan ialah:

  • IOI City Mall Phase 1 & 2
  • IOI City Towers
  • PFCC Towers
  • Putrajaya Marriott
  • Le Méridien Putrajaya
  • Moxy Putrajaya
  • Four Points by Sheraton Puchong
  • W Kuala Lumpur
  • Courtyard by Marriott Penang

Dan sudah tentu, nama yang paling mudah dikenali ialah IOI City Mall.

Mall yang kita kenal sebagai tempat shopping dan makan itu sebenarnya merupakan salah satu aset utama dalam portfolio REIT ini.

Jadi macam mana kita boleh “jadi landlord”?

Konsep REIT sebenarnya agak mudah.

Bayangkan satu hartanah bernilai berbilion ringgit.

Tak ramai individu mampu membeli hartanah tersebut secara terus.

Jadi, aset itu dimasukkan ke dalam satu struktur REIT dan dibahagikan kepada unit.

Pelabur pula membeli unit tersebut.

Secara tidak langsung, pelabur memiliki kepentingan dalam portfolio hartanah berkenaan.

Sebab itu orang selalu gambarkan REIT sebagai cara untuk memiliki sebahagian daripada hartanah yang besar tanpa perlu membeli keseluruhan bangunan.

Dalam kes IOIPG REIT, saiz awalnya ialah 5.5 bilion unit, dengan harga jangkaan 90 sen seunit.

Pelabur runcit dapat 715.6 juta unit

Ini antara bahagian yang paling menarik.

Daripada keseluruhan struktur tawaran, 715.6 juta unit akan diperuntukkan melalui tawaran runcit.

Dan 55 juta unit daripada tawaran tersebut dikhaskan untuk pelabur Bumiputera.

Kenapa ada allocation khas untuk Bumiputera?

Peraturan SC menetapkan penyenaraian tertentu, termasuk REIT, perlu memenuhi keperluan penyertaan ekuiti Bumiputera. Bagi penyenaraian yang tertakluk kepada syarat tersebut, 12.5% daripada jumlah unit selepas penyenaraian perlu diperuntukkan kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan/diiktiraf.

Pada masa yang sama, sehingga 1.48 bilion unit pula akan ditawarkan kepada pelabur institusi, termasuk institusi Bumiputera yang diluluskan dan pelabur institusi lain.

Bukan sekadar tengok harga 90 sen

Harga indikatif yang disebut ialah 90 sen seunit.

Tapi pelabur jangan berhenti setakat:

“90 sen je? Murah ni.”

Dalam REIT, perkara yang lebih penting ialah aset yang berada di belakang unit tersebut dan kemampuan aset itu menjana pendapatan.

Contohnya:

Berapa banyak hasil sewaan?
Bagaimana kadar penghunian?
Berapa tinggi hutang?

Dan akhirnya, berapa banyak pendapatan yang boleh diagihkan kepada pemegang unit?

Sebab kita bukan sekadar membeli “nama IOI”.

Kita membeli unit dalam satu portfolio aset yang sepatutnya menghasilkan pendapatan.

Kenapa IOI Properties buat REIT?

Bagi IOI Properties, penyenaraian REIT ini juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk membuka nilai daripada aset matang yang dimiliki kumpulan.

Cadangan asal yang diumumkan pada April 2026 menyaksikan aset bernilai RM7.58 bilion dipindahkan ke REIT, dengan struktur transaksi melibatkan penerbitan 5.5 bilion unit pada harga indikatif 90 sen serta RM2.65 bilion dalam bentuk tunai melalui pembiayaan.

Struktur sebegini membolehkan IOI Properties mendapatkan semula modal daripada aset sedia ada dan pada masa sama mengekalkan pendedahan kepada portfolio hartanah melalui REIT.

Bila IOIPG REIT akan disenaraikan?

IOIPG REIT disasarkan untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada suku keempat 2026, tertakluk kepada syarat dan proses yang ditetapkan.

Jadi buat masa ini, perkara yang paling menarik untuk ditunggu ialah prospektus rasmi dan butiran akhir tawaran.

Satu perkara yang masih belum boleh dipastikan buat masa ini ialah status Syariah IOIPG REIT. Ini kerana i-REIT mempunyai keperluan Syariah tersendiri, termasuk berkaitan sumber pendapatan sewaan dan aktiviti penyewa. Bursa Malaysia sendiri membezakan REIT konvensional dengan i-REIT, iaitu REIT yang mematuhi prinsip Syariah.

Sebab dekat situlah pelabur boleh tengok dengan lebih jelas tentang harga tawaran akhir, struktur agihan, hasil sewaan, kewangan REIT dan potensi agihan pendapatan.

Kesimpulan

Penyenaraian IOIPG REIT di Bursa Malaysia menandakan satu lagi perkembangan menarik dalam pasaran modal tempatan. Bagi orang ramai, ia membuka ruang untuk menukar peranan daripada sekadar penyumbang pendapatan perniagaan di mall tersebut, kepada penerima sebahagian daripada hasil sewaannya menerusi agihan dividen kelak.

Laporan asal The Star mengenai kelulusan IOIPG REIT

Maklumat rasmi IOI Properties mengenai cadangan IOIPG REIT

Syarat Asas: Wajib Ada Akaun CDS

Bagi yang baru pertama kali mendengar tentang peluang pelaburan seperti ini, penting untuk diingat bahawa pembelian unit REIT di Bursa Malaysia tidak boleh dibuat secara terus di kaunter pusat beli-belah.

  • Anda perlu memohon unit IPO tersebut menerusi e-IPO di dalam perbankan dalam talian seperti: Maybank2u atau aplikasi broker seperti CGSI.
  • Di sini syaratnya anda wajib ada Akaun CDS yang terikat dengan akaun bank anda supaya unit yang anda mohon itu ada “bekas” untuk disimpan.

Proses pembukaan akaun CDS kini boleh dilakukan secara dalam talian (online) dengan caj minima dan ia merupakan langkah pertama yang perlu disiapkan awal sekiranya anda berhasrat untuk terlibat dalam pasaran saham tempatan.

Berminat nak buka akaun saham CDS dengan CGSI (sebelum ini dikenali sebagai CGS-CIMB)? Sekarang dah mudah, boleh buka secara atas talian (online) sahaja. Kelulusan pun segera jika tiada apa-apa isu.

Rujuk tutorial mudah ini > Tutorial Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB), Beli Saham Bursa Malaysia & Global

Masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.