Nak Jadi Kaya Cara Warren Buffet?

Siapa yang tak mahu jadi kaya? Tanyalah kepada sesiapa sahaja, sudah pasti mereka semua akan menjawab “Mestilah nak!”. Bagi kita semua, apabila sudah menjadi kaya, anda boleh lakukan bermacam-macam perkara yang anda suka.

Boleh beli barang berjenama yang mahal, boleh melancong ke serata dunia, boleh memiliki rumah yang besar yang berharga jutaan ringgit, kereta mewah, barang kemas yang tidak akan habis pakai, dan macam-macam lagi lah.

Iya lah, bak kata orang, “Duit bukan segalanya, tetapi segala-galanya perlukan duit”. Malah ada yang berkata, bila dah kaya kita boleh tolong orang-orang miskin. Mulia betul hati golongan ini.

Cakap memanglah senang, tetapi bagaimana caranya untuk kita jadi kaya? Jom kita tengok cara idola dunia pelaburan dan ahli perniagaan yang berjaya, Warren Buffet lakukan untuk jadi kaya!

1. Batasi Pinjaman Anda

Hutang tidak akan menjadikan anda kaya, jadi seboleh-bolehnya elakkan berhutang. Warren Buffet tidak pernah berhutang dalam jumlah yang besar. Bukanlah tidak berhutang langsung, tetapi bataskan hutang anda. Kalau baru mula bisnes pun sudah dibebankan dengan kredit yang banyak, apa gunanya, bukan?

2. Buat Pelaburan Saham & Laburkan Keuntungan Anda

Apabila perniagaan anda mula mendapat keuntungan besar, jangan mudah membelanjakan keuntungan itu untuk perkara yang tidak sepatutnya. Apa kata gunakan sebahagian keuntungan itu untuk membuat pelaburan. Bagi Buffet, cara ini boleh membantu meningkatkan lagi keuntungan yang ada. Setidak-tidaknya dengan cara ini anda akan tetap mendapat pulangan, mungkin berlipat kali ganda.

3. Hindari Sikap “Nak Cepat Kaya”

Kalau nak cepat kaya, anda kenalah hentikan sikap terlalu hendak cepat kaya. Jangan amalkan sikap tamak haloba, kelak akan makan diri. Hendak jadi kaya pun ada peringkat-peringkatnya yang tertentu. Jangan main hentam keromo sahaja. Nasihat Warren Buffet, “Tidak ada jalan singkat untuk menjadi jutawan”.

4. Bayar Hutang Anda

Bila dah berhutang itu, wajiblah untuk bayar balik. Buffet berpesan supaya jangan pernah lari dari membayar hutang. Jangan terlalu sering berhutang, kerana hutang kredit ini boleh menjejaskan reputasi perniagaan anda. Bila anda membuat pinjaman, cuba untuk membuat bayaran balik secara konsisten. Dengan cara ini, anda akan lebih mudah mendapat kepercayaan dari pihak bank dan investor yang lain pada masa akan datang.

5. Kenali Risiko

Dalam perniagaan, pasti ada risikonya. Jadi adalah penting untuk anda tahu risiko yang bakal anda hadapi apabila menjalankan sesuatu perniagaan. Cara anda membuat keputusan adalah sangat penting. Itu juga yang Warren Buffet lakukan. Bagi Buffet, menilai sesuatu risiko itu akan membantunya membuat keputusan yang lebih bijak.

Apa lagi, jom jadi kaya!

Sumber Rujukan:

Pada tahun 2020 yang lalu, kami telah pun menghasilkan buku sulung yang bertajuk ‘Malaysia Melabur: 10 Benda Kita Kena Tahu’. Sambutannya begitu menggalakkan sehingga buku ini terpilih sebagai Top 10 di MPH dalam kategori Malay Non-Fiction bagi tahun 2020.

Alhamdulillah, terkini kami berjaya terbitkan pula buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

Kenapa Perlu Baca Buku Ini?

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menambahkan pendapatan di pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.