
Sub Topik
Impian memiliki harta sama ada kereta, rumah atau tanah boleh dilaksanakan dengan membuat pinjaman. Apa yang menjadi teka- teki di fikiran kita semua adalah bagaimana cara untuk lulus pinjaman dengan mudah dan lancar?
Jom kita fahami “double C” iaitu CCCRIS dan CTOS.
1. Central Credit Reference Information (CCRIS)
Central Credit Reference Information (CCRIS) ialah satu sistem pangkalan data berkomputer untuk mengutip, memproses, menyimpan dan menghasilkan maklumat kredit seseorang. Ia dikawal selia oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia. Di dalam laporan CCRIS terdapat maklumat-maklumat berikut:
- Pinjaman tertunggak (outstanding balance)
Semua orang mempunyai komitmen bulanan seperti pinjaman kereta, kad kredit, pinjaman pelajaran dan lain-lain. Laporan CCRIS memaparkan jumlah keseluruhan dan baki pinjaman yang tertunggak, termasuklah kelakuan pembayaran dan status undang-undang. Berdasarkan laporan ini pihak bank akan mengira komitmen bulanan kita kemudian ditambah dengan komitmen yang baru. Sekiranya lebih dari kemampuan pemohon, pihak bank akan minta tambah guarantor atau deposit untuk kurangkan komitmen.
Apakah kelakuan pembayaran?
Kelakuan pembayaran ialah sikap kita terhadap komitmen bulanan untuk tempoh setahun. Pernahkah kita tertangguh membuat pembayaran? Kebanyakan orang gagal memperolehi pinjaman kerana CCRISS memaparkan dengan jelas rekod kelakuan pembayarannya. Berikut merupakan contoh rekod pembayaran dan penjelasan:

- Akaun perhatian khusus (Special attention account)
Akaun perhatian khusus adalah seperti Non-Performing Loan (NPL) atau di bawah jadual pengurusan hutang khas yang dirundingkan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Jika mempunyai rekod ini pihak bank tidak akan proses pinjaman baru sehinggalah pinjaman tersebut selesai.
- Permohonan pinjaman terdahulu (Previous inquiry)
Laporan ini menunjukkan pinjaman yang pernah di pohon sebelum ini dan status sama ada pending, approve atau reject. Sekiranya terdapat banyak rekod previous inquiry, pihak bank beranggapan bahawa pemohon banyak membuat permohonan tetapi tidak diluluskan pasti ada alasan lain. Sekiranya kita tidak pernah buat pinjaman, maka CCCRIS kita tiada rekod. Kita boleh membuat semakan di mana-mana cawangan Bank Negara Malaysia (BNM) di seluruh negara.
2. CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS)
CTOS Data Systems Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat persendirian yang memberi kemudahan maklumat kewangan seseorang kepada pihak bank dan syarikat pinjaman berlesen.
CTOS ni rekod hutang kita dengan syarikat bukan bank. Contohnya seperti Shopee Pay Later, Atome, Courts Mammoth, Telco, ‘Ah Long’ berlesen, JMB / JMC kondominium (kalau ada tunggakan yuran penyelenggaraan yang serius) dan lain-lain.
CTOS juga tarik maklumat daripada rekod awam, termasuk kes mahkamah. Antara yang biasa muncul dalam laporan CTOS:
1. Kes saman hutang (civil suits)
Contoh: bank, syarikat kredit atau pembekal saman individu sebab gagal bayar.
2. Penghakiman mahkamah
Bila mahkamah dah putuskan anda kena bayar hutang – ini sangat beri impak pada skor kredit.
3. Bankrup / muflis
Maklumat daripada Jabatan Insolvensi Malaysia akan direkodkan.
4. Writ of Summons / Notice of Demand
Tindakan awal sebelum kes diputuskan pun kadang-kadang dah direkod.
5. Trade litigation (antara syarikat)
Kes antara bisnes – contoh pembekal saman syarikat sebab tak bayar.
Rekod CTOS akan disimpan satu tempoh masa. Terdapat 4 bahagian di dalam CTOS iaitu:-

Kesimpulannya CCRIS dan CTOS hanyalah sistem rujukan yang digunakan untuk menilai status kewangan kita sama ada nama kita disenaraihitam atau tidak, maklumat perniagaan berkaitan dan bayaran ansuran lain yang sedang ditanggung.
Baiki kelemahan dalam membayar balik pinjaman sedia ada untuk mengelakkan masalah membuat pinjaman di masa hadapan.
Anda boleh dapatkan di laporan MyCTOS dengan harga RM27.90 di CTOS score, ataupun muat turun secara online di MyCreditInfo daripada EXPERIAN serendah RM23.90. Macam beli kereta dengan cc yang sama. Contohnya, Perodua Myvi dan Proton Iriz kedua-duanya 1.5L. Enjin sama kuasa, tapi beza pada jenama, design dan harga.










