Sarawak Umum Ambil Alih Affin Bank Dalam Tempoh Seminggu Lagi – Abang Johari


KUCHING, 21 Sept (Bernama) — Pengumuman untuk memuktamadkan pengambilalihan pegangan majoriti dalam Affin Bank Bhd oleh kerajaan Sarawak akan dilaksanakan dalam tempoh seminggu lagi, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya semua urusan bagi memperoleh pegangan terbesar dalam bank itu serta keperluan untuk memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai perkara berkenaan telah diselesaikan.

“Kita ingin mengambil alih bank ini tidak lama lagi. Semuanya sudah beres (selesai). BNM juga telah beres. Anda dengar sahaja pengumuman dalam masa seminggu ini,” katanya ketika berucap pada sambutan ulang tahun ke-100 Rumah Samu di sini hari ini.

Rumah Samu adalah rumah panjang di Ulu Paku, Betong, kira-kira 260 kilometer dari sini.

Pada 30 Julai lepas, Abang Johari dilaporkan berkata Kerajaan Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual dan beli (SPA) berhubung penambahan pegangan saham Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dalam tempoh sebulan.

Menurut Abang Johari, BNM telah memberi kelulusan bersyarat, justeru SPA berkenaan dijangka dimuktamadkan dalam tempoh sebulan.

Pada 8 Jan 2024, Affin Bank dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata LTAT sebagai pemegang saham utamanya mengesahkan sedang berbincang dengan Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak untuk “kemungkinan urus niaga membabitkan saham tambahan.”

Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak memiliki 4.796 peratus kepentingan ekuiti dalam Affin Bank setakat 29 Dis 2023 manakala LTAT sebagai pemegang saham terbesar dengan pegangan 28.78 peratus.

— BERNAMA

Previous ArticleNext Article

Dari Gaji Cukup-Cukup, Kini Ada Duit Lebih. Apa Yang Kita Buat Untuk Upgrade Hidup?

Masa mula-mula kerja dulu, gaji aku cukup-cukup makan. Beli barang murah, makan pun janji kenyang. Tapi bila kerjaya makin stabil, income pun naik sikit demi sikit.

Kat sinilah ramai orang mula terjebak bila gaji naik, tapi duit entah ke mana. Kereta tukar, baju penuh almari, makan luar setiap hari. Akhirnya, “duit lebih” tu tak pernah terasa.

Kita tak nak ulang silap itu. Jadi bila income naik, kita mula buat beberapa perubahan kecil yang akhirnya ubah hidup kita.

1. Pilih Kualiti, Bukan Kuantiti

Dulu baju cepat lusuh sebab beli yang murah. Sekarang beli sikit je, tapi jenama berkualiti. Tahan lama, nampak kemas. Sama juga dengan gadget tak perlu setiap tahun tukar, asalkan boleh pakai lama.

Hasilnya, jimat jangka panjang dan tak perlu shopping tanpa henti.

2. Jaga Badan Dengan Lebih Serius

Bila ada duit lebih, mula pilih makanan lebih sihat. Pergi gym, buat medical check-up tahunan. Memang nampak kecil, tapi tenaga itu lain macam.

Bila badan sihat, kerja juga lebih produktif.

3. Beli Balik Masa

Kerja makin sibuk, jadi kita upah cleaner seminggu sekali. Kadang groceries juga kita beli online. Masa yang kita jimat, kita guna untuk baca buku kewangan, rehat, atau luang masa dengan keluarga.

Duit boleh cari lagi, masa tak boleh beli balik.

4. Upgrade Tidur

Kita pernah sakit belakang sebab tilam lama. Jadi kita invest dalam tilam dan bantal yang betul-betul selesa. Hasilnya tidur lebih nyenyak, bangun pagi badan segar.

Tidur berkualiti maka fokus dan emosi stabil.

5. Labur Pada Pengalaman

Daripada asyik beli barang, guna duit itu untuk pergi melancong dan hadir seminar. Bukan saja dapat pengalaman baru, tapi dapat kenal orang baru yang akhirnya buka peluang bisnes.

Barang boleh hilang, tapi pengalaman kekal dan dapat tambah nilai diri.

6. Naikkan Level Kewangan

Mula diversify pelaburan sikit dalam simpanan kecemasan, sikit dalam saham, sikit dalam unit trust. Kita juga cari penasihat kewangan lebih berpengalaman.

Income naik, tapi kalau ilmu kewangan sama, kita akan stuck.

7. Tukar Circle Sosial

Kurang keluar dengan geng yang suka “burn duit” setiap hujung minggu. Sebaliknya join komuniti bisnes dan pelaburan. Energy mereka buat kita lebih fokus nak capai target besar.

Circle kita tentukan hala hidup kita.

8. Asah Skill Baru

Kita sedar dunia kerja cepat berubah. Jadi ambil kursus online, improve komunikasi dan leadership. Skill ini jadi “backup plan” bila industri berubah.

Ilmu dan skill tak pernah rugi.

9. Jaga Mental Dan Emosi

Luangkan sikit masa untuk therapy bila perlu dan mula ambil hobi macam hiking. Mental lebih tenang, keputusan kewangan pun lebih bijak.

Mental sihat maka hidup lebih seimbang.

10. Upgrade Rumah

Ubah sikit demi sikit, lighting lebih selesa, kerusi office ergonomic, ruang kerja lebih kemas.

Rumah yang tenang buat kita lebih fokus dan gembira.

Kesimpulannya bila income naik, sebenarnya itu peluang untuk naikkan standard hidup dari semua sudut kesihatan, kewangan, masa, circle, mentaliti.

Perubahan kecil yang aku buat ni beri impak besar. Bezanya, dulu kita cuma “nampak macam cukup”, sekarang kita betul-betul rasa hidup lebih berkualiti.