Insentif Zon Kewangan Khas Forest City Dijangka Tarik Modal Antarabangsa – Penganalisis


KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) — Pakej insentif bagi Zon Kewangan Khas (SFZ) Forest City (FC) dijangka dapat menarik modal antarabangsa terutamanya daripada individu bernilai tinggi ke wilayah itu. 

RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) berkata hasrat kerajaan untuk memulihkan FC adalah jelas, sambil menambah pakej insentif itu juga dijangka menarik minat syarikat pengurusan aset tempatan dan institusi kewangan.

“Kami difahamkan bahawa sudah ada beberapa institusi kewangan berpangkalan di Singapura menunjukkan minat terhadap SFZ, sementara menunggu garis panduan rasmi dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dalam tempoh terdekat,” katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.

RHB IB berkata jika ekosistem (peraturan dan infrastruktur) kukuh, sasaran menjadikan FC sebagai ‘family offices’ (pejabat keluarga) adalah wajar memandangkan kedekatannya dengan Singapura, yang merupakan hab pejabat keluarga utama di rantau ini.

“Dari semasa ke semasa, kami percaya akan ada keperluan tambahan untuk lebih banyak ruang pejabat dalam FC dan hartanah kediaman sedia ada di sana akan diduduki secara beransur-ansur.

“Selain daripada persekitaran makroekonomi yang kondusif (kadar faedah stabil, pertumbuhan ekonomi yang lebih baik, ringgit yang lebih kukuh), insentif ekonomi kerajaan bagi zon khas dan kemasukan pelaburan dijangka menyokong sentimen pasaran bagi saham hartanah,” katanya.

Pada Jumaat minggu lepas, kerajaan mengumumkan insentif cukai sifar dan insentif lain untuk FC SFZ – menawarkan pemulihan yang sangat diperlukan oleh bandar tersebut.

Sementara itu, dalam satu nota penyelidikan berasingan, Hong Leong Investment Bank Bhd berkata potensi pertumbuhan pesat pejabat keluarga di Malaysia seharusnya memberi rangsangan positif kepada purata dagangan harian Bursa dalam jangka masa panjang.

Bank pelaburan itu berkata insentif cukai sifar peratus untuk pejabat keluarga dalam FC SFZ yang dijangka dilaksanakan pada suku pertama 2025 akan menjadi yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Sebelum ini, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata kadar cukai sifar peratus akan diberikan kepada pejabat keluarga selama 10 tahun dan memerlukan aset minimum di bawah pengurusan sebanyak RM30 juta.

— BERNAMA

Previous ArticleNext Article

[Terkini] Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) Kekal Pada 3%

Hari ini (22 Januari 2025) Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan bahawa kadar OPR kekal pada paras 3.00% selaras dengan pertumbuhan ekonomi yang kukuh. Ini kali kesepuluh OPR dikekalkan sejak 6 Julai 2023 yang lalu.

Ada yang baru pertama kali dengar OPR ke? Kalau nak tahu lebih lanjut, jemput baca Apa Itu Kadar Dasar Semalaman Atau Overnight Policy Rate (OPR) Dan 3 Kesan Penurunannya.

Apakah Keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC)?

Pada mesyuarat hari ini, Jawatankuasa Dasar Monetari (Monetary Policy Committee, MPC) Bank Negara Malaysia membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) pada 3%.

  • Tahap OPR ini selaras dengan keadaan ekonomi Malaysia dan kekal menyokong pertumbuhan yang berterusan
  • MPC terus peka terhadap perkembangan global serta kesannya pada ekonomi Malaysia
  • Pembiayaan terus tersedia untuk isi rumah dan perniagaan; dengan pertumbuhan kredit yang mampan

Apakah perkembangan ekonomi terkini?

Ekonomi global mencatatkan pertumbuhan yang lebih tinggi daripada jangkaan pada tahun 2024. Keadaan ini mencerminkan pertumbuhan sebenar yang lebih baik di ekonomi-ekonomi utama dan perdagangan global yang lebih kukuh. Bagi tahun 2025, ekonomi global dijangka mampan dengan keadaan pasaran pekerja yang positif, inflasi yang terus sederhana dan dasar monetari yang kurang ketat. Perdagangan global dijangka kekal mampan secara keseluruhan, disokong oleh peningkatan kitaran teknologi yang berterusan. Walau bagaimanapun, prospek ini boleh dipengaruhi oleh ketidakpastian berhubung dengan sekatan perdagangan dan pelaburan yang lebih banyak. Ketidakpastian dasar yang kekal tinggi juga boleh menyebabkan volatiliti pasaran kewangan global yang lebih ketara.

Apakah perkembangan ekonomi Malaysia?

  • Ekonomi Malaysia terus berkembang, pertumbuhan guna tenaga dan upah yang berterusan serta langkah-langkah dasar dalam negeri yang menyokong perbelanjaan isi rumah
  • Eksport yang lebih tinggi disokong oleh perdagangan global dan perbelanjaan pelancong yang lebih tinggi
  • Projek pelaburan swasta dan awam terus dilaksanakan dengan giat
  • Pergerakan ringgit terus dipengaruhi terutamanya oleh perkembangan luaran
  • Kegiatan ekonomi terus kukuh pada tahun 2025 dalam persekitaran global yang tidak menentu;
    inflasi dijangka kekal terkawal pada tahun ini
  • Inflasi pada tahun 2024 berpurata sebanyak 1.8%,lebih rendah berbanding tahun 2023
Keputusan dasar OPR dari Jan 2023 sehingga Jan 2025.

Paras OPR Tertinggi Ialah 3.50% Pada Bulan April 2006

Pada masa itu, ekonomi sedang berkembang dengan stabil, inflasi IHP adalah pada 4.6% dan OPR yang lebih tinggi diperlukan bagi menguruskan risiko harga yang lebih tinggi.

Paras OPR Terendah Ialah 1.75% (Julai 2020 – Mei 2022)

Paras OPR terendah ialah 1.75% pada bulan Julai 2020 hingga Mei 2022 bagi menyokong ekonomi semasa pandemik COVID-19. Pada tempoh sukar, kadar faedah yang rendah menyebabkan kos pinjaman lebih rendah dan mengurangkan pulangan atas simpanan. Hal ini akan merangsang perbelanjaan, meningkatkan pelaburan serta melindungi pekerjaan dan pendapatan semasa krisis.

Paras OPR Januari Tahun Lepas (2024) Ialah 3.00%

Setahun yang lalu, paras OPR dikekalkan kepada 3.00% buat kali keempat selepas bulan Julai 2023. Pada masa itu, tahap OPR tersebut sesuai dengan keadaan ekonomi yang kukuh dan terus menyokong pertumbuhan.

Kenapa harga masih tinggi meskipun inflasi telah berkurang?

  • Harga lebih tinggi yang berlaku sekarang merupakan isu global. Meskipun inflasi telah berkurang, hal ini tidak bermaksud harga akan menjadi lebih rendah. Sebaliknya, harga meningkat pada kadar yang lebih perlahan.
  • Pada tahun 2022, kos meningkat disebabkan oleh beberapa faktor, termasuk gangguan bekalan yang menjejaskan aliran normal pengeluaran serta konflik ketenteraan di Ukraine. Harga komoditi yang lebih tinggi merupakan sebab utama kenaikan harga ini. Barangan berkaitan makanan adalah yang paling terkesan. Harga ini secara amnya telah stabil atau meningkat pada kadar yang lebih perlahan meskipun kekal tinggi.
  • Inflasi global dijangka terus berkurang pada tahun 2024. Walau bagaimanapun, risiko harga komoditi menjadi lebih tinggi terus wujud disebabkan oleh faktor-faktor geopolitik dan gangguan cuaca. Malaysia turut terkesan dengan faktor-faktor ini.
  • Tambahan lagi, Kerajaan telah mencadangkan pembaharuan struktur bagi menggalakkan upah yang seterusnya akan mengukuhkan kuasa beli pengguna bagi menghadapi peningkatan kos sara hidup.
  • Berbanding dengan negara lain, kenaikan harga tidak begitu melampau di Malaysia. Negara kita mempunyai dasar subsidi bahan api dan kawalan harga yang menyebabkan inflasi masih rendah. Walau bagaimanapun, langkah-langkah seperti ini boleh menyebabkan negara menanggung kos yang besar. Hal ini kerana Kerajaan perlu terus menanggung jumlah yang banyak untuk memastikan harga terus rendah. Tindakan ini mengurangkan jumlah yang boleh diperuntukkan oleh Kerajaan untuk perbelanjaan yang lebih produktif atau memberikan bantuan dalam bentuk lain, terutamanya kepada golongan yang paling memerlukan.

Bagaimanakah kenaikan kadar faedah boleh memberikan kesan kepada saya?

Kadar faedah yang lebih tinggi bertujuan untuk menggalakkan orang ramai kurang meminjam dan lebih banyak menyimpan.

Jika anda mempunyai pinjaman, kesannya bergantung pada jenis pinjaman yang diambil.

  • Pinjaman berkadar tetap tidak akan terjejas.
    • Jumlah yang anda bayar balik kepada bank akan kekal sama. Lazimnya, kadar ini digunakan untuk pinjaman kereta.
  • Jika anda mempunyai pinjaman berkadar terapung, kos peminjaman akan meningkat.
    • Hal ini bermakna bayaran ansuran bulanan anda akan menjadi lebih tinggi. Lazimnya, kenaikan kadar ini akan memberikan kesan pada pinjaman perumahan dan sesetengah pinjaman peribadi. Bagi peminjam individu, kadar faedah pinjaman anda akan meningkat pada jumlah yang sama seperti kenaikan OPR.
  • Contohnya, jika OPR dinaikkan sebanyak 25 mata asas, kadar faedah bagi pinjaman perumahan anda juga akan meningkat kepada 3.75% sekiranya kadar sebelum ini ialah 3.50%. Ansuran pinjaman anda akan meningkat seiring dengan kadar faedah yang lebih tinggi.
  • Jika anda bercadang untuk mengambil pinjaman baharu, kos peminjaman juga boleh menjadi lebih mahal sekiranya kadar faedah lebih tinggi.
  • Selain pinjaman, kadar faedah yang lebih tinggi juga mempengaruhi simpanan anda.
    • Jika anda mendepositkan wang ke dalam akaun bank yang membayar faedah, anda akan mendapat pulangan yang lebih tinggi bagi simpanan anda.
Kesan peningkatan OPR.

Bila semakan OPR seterusnya?

Mesyuarat seterusnya adalah pada 6 Mac 2025 (Khamis). Pernyataan Dasar Monetari akan diumumkan pada pukul 3:00 petang selepas setiap mesyuarat MPC.

Jadual mesyuarat MPC

.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu kini DIBUKA!!