Wanita Dan Duit

Perkongsian kali ini, didedikasikan kepada kaum wanita, kerana mereka selalu tersisih dalam dialog-dialog berkenaan dunia kewangan. 

Satu kajian menyatakan wanita adalah ‘tulang belakang’ di sebalik pengurusan kewangan keluarga.

Walaubagaimanapun, kebanyakan kaum wanita berasa tidak bersedia untuk tugas tersebut.  Tiga per-empat wanita yang ditemu-ramah (tidak kira tahap pendidikan mereka), memaklumkan para penyelidik bahawa mereka berharap mempelajari lebih banyak tentang dunia kewangan.

Kebebasan kewangan dicapai melalui dua disiplin:

1. Simpan Dan Labur

Kedua-duanya adalah sangat penting, dan paling sukar di fahami. Kedua-duanya adalah ibarat bahan bakar dalam mencipta wang. Disebabkan inilah, kami hadir, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran, perlunya menyimpan dan melabur terutamanya kaum wanita.

2. Berjimat-Cermat

Kebiasaannya kaum wanita, kurang jelas dan memahami amalan berjimat cermat dalam kehidupan. Namun walaupun mereka sangat faham mengenai amalan berjimat cermat, tetapi sangat lemah dalam disiplin ketika berjimat cermat.

Jika mereka dapat memupuk amalan berjimat cermat dengan penuh disiplin maka akan lebih memberi impak yang besar kepada diri mereka dan orang sekeliling. Contohnya ketika berbelanja elakkan pembaziran dan menuruti kehendak yang ada. Hanya berbelanja mengikut keperluan.

Saya sangat suka memetik petikan emas daripada, Charles A Jeffe “It’s not your salary that makes you rich, it’s your spending habits”. Kami tidak menawarkan alternatif draconian terhadap kehidupan kaum wanita, melainkan mengimbangi amalan berjimat cermat dengan masa depan yang cerah.

Sekali sekala tidak jadi masalah, tetapi jika terlalu kerap, itu akan menjejaskan keseimbangan sistem kewangan anda pada masa akan datang.

Percayakah anda, wanita juga jauh lebih baik berbanding kaum laki-laki dalam dunia pelaburan, kenapa? Jemput baca Wanita Lebih Bijak Dalam Pelaburan Berbanding Lelaki

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA