4 Tips Pelaburan Untuk Pasangan Muda

Kita semua tentu sedia maklum yang kos untuk membesarkan anak-anak bukanlah murah. Kos untuk membesarkan seorang anak sejak dari bayi sehingga ke peringkat IPT sahaja boleh mencecah ratusan ribu.

Itu baru seorang anak. Kalau ramai? Tentulah lagi banyak belanja yang perlu dikeluarkan bukan?

Sebab itulah pentingnya setiap pasangan suami isteri yang mempunyai anak kecil atau pun yang baru merancang untuk berkeluarga untuk mula menyediakan perancangan kewangan yang rapi.

Ini bagi menjamin keselesaan anda sekeluarga dari segi kewangan. Berikut merupakan tips pelaburan penting untuk pasangan muda yang bakal menimang cahaya mata.

1. Melabur Di Usia Muda

Kita mungkin merasakan yang anak kita masih lagi kecil, lambat lagi nak masuk universiti. Tapi sebenarnya, ia tidaklah selama itu.

Pejam celik, pejam celik, esok sudah nak kena hantar mereka di depan kolej atau universiti. Sebab itulah penting untuk kita melabur awal.

Walaupun baru saja berkahwin dan belum mempunyai anak, tak salah sekiranya untuk kita mula berfikir tentang menyediakan tabungan pendidikan dimasa sekarang.

Lagi awal kita melabur, lagi banyak untung yang bakal kita peroleh.

Baca: Bro, Biasa Dengar Tak ‘Compounding Interest’? Ini Ada Contoh Kiraan

2. Portfolio Sesuai Dengan Umur

Pelbagaikan portolio pelaburan sebagai persiapan dalam menghadapi ketidaktentuan dalam pasaran. Kalau kita cuma melabur dalam satu instrumen saja, ia akan memberikan risiko yang tinggi sekiranya tiba-tiba instrumen tersebut jatuh merudum.

Seeloknya kita pelbagaikan portfolio dan melabur ke dalam beberapa instrumen yang berbeza seperti saham, amanah saham (unit trust), hartanah, emas dan sebagainya.

Tetapi, sebelum melabur, buat dahulu research untuk melihat sama ada risiko pelaburan tersebut sesuai dengan umur kita pada ketika itu. Bagi golongan yang masih muda, mereka masih mampu untuk menanggung risiko yang tinggi kerana mempunyai banyak masa dalam menghadapi pulangan yang turun naik.

Baca: Bina Portfolio Pelaburan Anda Dengan 4 Langkah Mudah Ini

3. Dollar Cost Averaging

Bidang pelaburan mempunyai pasang surutnya yang tersendiri. Ini yang menyebabkan ramai yang takut untuk melabur.

Tetapi ada cara di mana kita mampu untuk meminimakan kerugian pada masa yang sama menjana keuntungan. Strategi ini dikenali sebagai Dollar Cost Averaging.

Caranya adalah dengan kia melabur sejumlah wang tertentu untuk satu tempoh masa tertentu. Contohnya dengan melabur sebanyak RM100 sebulan selama 10 tahun tanpa mengira situasi pasaran ketika itu.

Akan ada bulan yang kita akan memperolehi keuntungan yang tinggi dan ada bulan di mana kita mungkin rugi.

Kalau rugi pun, taklah sebesar mana. Ini kerana instrumen pelaburan yang bersifat jangka masa panjang, mampu menjana keuntungan yang lebih tinggi berbanding kita hanya melabur sekali.

4. Jangan Takut Untuk Minta Bantuan

Kalau kita masih lagi kurang jelas dalam membuat perancangan kewangan, jangan rasa takut atau malu untuk mendapatkan bantuan daripada mereka yang lebih pakar.

Boleh dapatkan khidmat perancang kewangan yang bertauliah. Mereka ini dapat membantu dalam merancang strategi kewangan yang sesuai dengan kemampuan kita.

Walaupun bidang pelaburan merupakan bidang yang penuh dengan cabaran, jangan takut untuk mencuba. Ianya demi masa depan kita dan anak-anak kita juga.

Sumber Rujukan: www.imoney.my

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Trend Menurun Semakin Mengukuh

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami penurunan mendadak semalam apabila jatuh MYR45 untuk ditutup pada paras MYR4,393. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada MYR4,435. Ia kemudiannya merekodkan paras tertinggi intrahari sebanyak MYR4,456 sebelum kegiatan jualan yang tinggi mengheret FCPO ini ke arah paras terendah sesi bernilai MYR4,382. Ia kemudian menutup dagangan pada MYR4,393 dengan membentuk corak lilin menurun yang kuat, sekali gus mengesahkan tekanan jualan menguasai pasaran.

Pergerakan ini menyaksikan komoditi ini jelas menurun melepasi paras sokongan penting bernilai MYR4,420 dan terus ditutup di bawah garisan SMA 50 hari. RSI juga berada dalam keadaan menurun, yang menunjukkan bahawa momentum menurun adalah kuat dan terus berlangsung. FCPO kini dijangka akan menguji paras sokongan seterusnya pada MYR4,300. Kami tetapkan bias dagangan negatif memandangkan mereka yang menantikan penurunan harga berada dalam kawalan.

Kami menyarankan para pedagang untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei atau MYR4,481. Untuk mengurus risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi kini disemak kepada MYR4,700.

Selepas membuat penembusan menurun, paras sokongan pertama disemak kepada MYR4,300 dan diikuti oleh paras MYR4,200. Paras rintangan pertama pula sekarang berada pada MYR4,570 dan diikuti oleh paras ambang MYR4,700.