5 Tips Kejayaan Tony Robbins

Setiap orang ingin berjaya dalam hidup walaupun menggunakan cara yang berbeza. Namun, kejayaan boleh dikecapi jika seseorang mempunyai inspirasi atau pun mentor untuk dicontohi.

Bak kata orang, kita kena ada idola barulah kita on track menuju kejayaan.

Siapa Tony Robbins?

Tony Robbins dianggap sebagai salah seorang jurulatih motivasi terbaik di dunia. Beliau telah melatih Bill Clinton, Hugh Jackman, Leonardo Di Caprio dan beberapa nama besar yang lain.

Apabila beliau membuka sahaja mulutnya, maka ramai orang yang akan teruja dan mendengar nasihat bernasnya. Sebagai salah seorang yang berjaya, beliau telah menjadi model atau ikutan masyarakat. Jom kita lihat beberapa tips kejayaan daripada Tony Robbins:

1. Banyak Bertanya

Biasanya orang berjaya akan banyak dan suka bertanya. Dengan bertanya, kita pasti akan mendapat jawapan serta ilmu yang bermanfaat.

Jika tidak bertanya tetapi pura-pura tahu, umpama kita bodoh sombong pula. Tetapi yang paling penting tanyalah soalan yang tepat maka anda akan mendapat jawapan yang tepat.

2. Matlamat Yang Jelas

Untuk berjaya, kita harus mempunyai matlamat yang jelas dan perancangan yang teratur. Tony Robbins pernah berkata bahawa kebanyakan orang bukannya pemalas.

Namun, matlamat mereka yang tidak jelas menyebabkan tiada motivasi dalam kehidupan mereka. Beliau juga berkata, matlamat ibarat seperti magnet, ia akan merubah sesuatu perkara menjadi realiti.

Dengan adanya matlamat, ia akan memudahkan seseorang bergerak menuju kejayaan.

3. Suka Berkomunikasi

Orang yang berjaya juga suka berkomunikasi. Biasanya mereka akan bercakap mengenai perkara yang mendatangkan manfaat dan bukannya bersembang kosong.

Tips kejayaan dari Tony Robbins ini kedengaran mudah, tetapi caranya harus betul dan sesuai. Jangan berkomunikasi dengan cara yang salah dan tidak beretika.

4. Pantas Membuat Keputusan

Tony Robbins juga mengatakan bahawa orang yang berjaya juga pantas dalam membuat keputusan. Biasanya keputusan tersebut akan datang dengan tindakan.

Tanpa tindakan, ia umpama tiada keputusan atau perancangan yang dibuat. Perancangan dan keputusan yang bijak haruslah direalisasikan.

5. Jangan Sia-siakan Peluang Kedua

Menurut kajian, hampir setiap orang dalam hidup ini akan mengalami kegagalan.  Namun, setiap kegagalan akan membawa kepada kebangkitan dan kejayaan.

Apabila kita serius dan tidak sia-siakan peluang kedua, pastinya pengorbanan akan membawa kepada kejayaan. 

Dengan peluang kedua, kita akan lebih bersungguh-sungguh dan bangkit lebih baik berbanding sebelumnya. Ketahuilah bahawa setiap peluang itu adalah permulaan.

Kesimpulannya, tanpa usaha yang gigih atau jika seseorang mempunyai sikap sambil lewa, pastinya sukar untuk berjaya. Sebelum kita berjaya mengecapi kejayaan, jangan mengalah tetapi tingkatkanlah usaha dan terus berdoa.

Sumber: Life Hack

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Dalam Sejarah, Pertama Kali Saya Membayar Zakat Saham!

Tahun 2024 mencatatkan satu pencapaian besar dalam hidup saya sebagai seorang pelabur. Untuk pertama kalinya, saya telah membayar zakat saham! Pengalaman ini memberikan makna mendalam dan menyentuh hati kerana ia bukan sahaja mencerminkan perjalanan pelaburan saya, tetapi juga pertumbuhan peribadi saya sebagai seorang Muslim.

Bermula Sejak 2018: Jatuh Bangun Seorang Pelabur

Saya mula belajar tentang saham sejak tahun 2018. Pada mulanya, saya hanyalah seorang pemula yang penuh dengan harapan dan impian besar. Namun, perjalanan ini tidak semudah yang disangka. Banyak kali saya mengalami kerugian, dan salah satu pengalaman paling pahit ialah ketika melabur dalam saham berkaitan Datuk Karim suatu ketika dahulu.

Sepanjang perjalanan ini, saya sudah cuba pelbagai gaya pelaburan antaranya Intraday, ikut Buy Call, suruh remisier trade-kan pun pernah! Namun semuanya menemui jalan buntu.

Saya juga pernah berguru dengan lebih daripada tiga orang guru saham. Setiap daripada mereka memberi pendekatan yang berbeza, namun saya masih tidak menemui rentak sebenar saya.

Tahun 2023 dan 2024: Mencari Siapa Saya dalam Dunia Pelaburan

Selepas bertahun-tahun mencari, saya akhirnya menemui identiti sebenar saya dalam dunia pelaburan – saya seorang pelabur jangka panjang! Tahun 2023 dan 2024 menjadi titik perubahan besar dalam kehidupan pelaburan saya. Dengan strategi yang lebih teratur dan sabar, saya mula melihat keuntungan yang konsisten.

Alhamdulillah, Zakat Saham Pertama

Dengan izin Allah, tahun 2024 mencatatkan keuntungan melebihi 40% daripada modal pelaburan saya. Keuntungan ini melayakkan saya untuk membayar zakat buat pertama kalinya. Ia adalah satu detik yang sangat istimewa kerana ia mencerminkan keberkatan dan kejayaan usaha saya selama ini.

Saya percaya, kejayaan ini bukan hanya hasil daripada usaha saya semata-mata, tetapi juga daripada doa, bimbingan guru-guru, serta sokongan keluarga dan sahabat. Membayar zakat saham memberi saya rasa syukur yang mendalam, kerana saya dapat berkongsi rezeki ini dengan mereka yang memerlukan.

Refleksi dan Inspirasi

Pengalaman ini mengajar saya bahawa kejayaan tidak datang dalam sekelip mata. Ia memerlukan masa, kesabaran, dan usaha yang berterusan. Jika anda seorang pelabur yang masih mencari rentak, jangan berputus asa. Teruskan belajar, cuba pelbagai strategi, dan akhirnya anda akan menemui apa yang sesuai untuk anda.

Dan yang paling penting, jangan lupa untuk bersyukur atas setiap kejayaan yang dicapai. Membayar zakat bukan sahaja satu kewajipan, tetapi juga peluang untuk membersihkan harta dan memperoleh keberkatan.

Sudah-Sudahlah Kena Tipu

Wahai saudara Muslimku, cukuplah kita terjebak dengan skim cepat kaya dan scam yang merugikan. Sudah-sudahlah menjadi mangsa janji manis yang tiada asas. Mulakan langkah melabur dengan ilmu yang betul. Pelaburan yang berlandaskan ilmu dan strategi yang bijak bukan sahaja membantu kita mencapai kebebasan kewangan, tetapi juga membawa keberkatan dalam harta.

Mulakan pelaburan anda hari ini, walaupun dengan jumlah kecil, dan pastikan anda melabur dengan berlandaskan prinsip Islam. Ingat, ilmu adalah kunci kejayaan. Semoga kita semua diberi keberkatan dan kejayaan dalam dunia pelaburan dan kehidupan. InsyaAllah!

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu kini DIBUKA!!