Sub Topik
Tindakan Tesla yang membeli Bitcoin sebanyak USD1.5 bilion pada awal tahun ini telah menjadikan harga Bitcoin meningkat naik dengan mendadak.
Apa yang menariknya, dalam tempoh dua bulan Tesla telah mendapat keuntungan sebanyak USD1 bilion dan ia adalah keuntungan yang lebih besar berbanding dengan pengeluaran kenderaan elektrik mereka pada tahun lepas.
Bagaimana Bitcoin Dilombong?
Bitcoin diasaskan pada tahun 2009 oleh Satoshi Nakamoto yang mana pada ketika itu, keadaan ekonomi dunia sedang pulih daripada kemelesetan ekonomi akibat daripada Subprime Mortgage Crisis yang bermula di Amerika Syarikat.
Bitcoin dicipta untuk mengelakkan krisis inflasi yang berlaku pada ketika itu. Sama seperti emas, Bitcoin perlu dilombong untuk mendapatkan hasilnya.
Secara umumnya, perlombongan Bitcoin ini tidak sama seperti emas yang memerlukan peralatan fizikal dan kudrat manusia tetapi perlombongan Bitcoin ini mempunyai persamaan, kerana ia adalah sukar untuk memperolehi Bitcoin sama seperti emas.
Secara purata, sebanyak 2-91 tan batu dipecahkan hanya untuk menghasilkan 1 gram emas jika kita bernasib baik. Sama seperti perlombongan Bitcoin yang memerlukan banyak tenaga dan masa tetapi belum tentu lagi Bitcoin dapat dihasilkan.
Secara ringkasnya, Bitcoin dilombong melalui komputer di mana setiap pelombong yang ingin melombong Bitcoin perlu menyelesaikan math puzzle untuk menghasilkan Bitcoin. Pada permulaan pengenalan Bitcoin, pelombong boleh melombong Bitcoin hanya dengan menggunakan komputer peribadi.
Ini kerana pada ketika itu, tidak ramai pelombong dan math puzzle adalah mudah diselesaikan.
Dari setahun ke setahun, orang ramai yang turut melombong di dalam Bitcoin yang menyebabkan ianya menjadi semakin sukar. Sistem yang dibangunkan oleh Satoshi Nakamoto ini sangat unik di mana jika terlalu ramai pelombong yang melombong Bitcoin, masalah math puzzle akan menjadi semakin sukar untuk diselesaikan.
Oleh yang demikian, ramai pelombong membangunkan sistem yang terbaik untuk melombong Bitcoin dengan menggunakan komputer yang mempunyai kuasa yang tinggi untuk melombong Bitcoin. Di antara teknik terawal yang digunakan oleh pelombong Bitcoin adalah dengan menambah kad grafik ke dalam komputer mereka bagi mempercepatkan proses untuk melombong Bitcoin.
Pada ketika ini, komputer peribadi tidak lagi relevan kerana orang ramai telah melombong Bitcoin menggunakan komputer gaming spec.
Pada ketika itu, ia adalah perkara normal bagi pelombong Bitcoin menggunakan gaming spec ini. Perkara ini tidak bertahan lama apabila teknologi baru diperkenalkan yang diberi nama ASIC (Application-Specific Integrated Circuit) yang merupakan peralatan khusus yang dicipta untuk melombong Bitcoin.
Peralatan ini menyebabklan komputer gaming spec menjadi terkebelakang di dalam proses perlombongan Bitcoin. Kerana semakin ramai pelombong, ia menyebabkan math puzzle untuk menghasilkan Bitcoin semakin sukar.
Ini menyebabkan peralatan untuk melombong Bitcoin menjadi semakin kompleks dan bertambah sukar.
Istilah pool pula diperkenalkan. Pool ini merujuk kepada beberpa pelombong yang bergabung untuk melombong Bitcoin. Dengan pergabungaan dalam Bitcoin, ia memberi orang ramai peluang untuk melombong dengan pantas berbanding dengan melombong seorang diri.
Apa Yang Menyebabkan China Mendominasi Perlombongan Bitcoin?
Setakat ini, China merupakan kuasa yang sangat besar di dalam perlombongan Bitcoin. 65% Bitcoin di dunia pada hari ini dilombong di China walaupun kerajaan China mengharamkan aktiviti tersebut.
Di antara kelebihan China adalah kos penggunaaan elektrik yang sangat rendah berbanding negara lain. Perlombongan Bitcoin memerlukan tenaga elektrik yang sangat tinggi dan ia memberi kelebihan yang besar kepada China.
Selain itu juga, peralatan elektronik yang digunakan di China sangat canggih dan lebih maju berbanding dengan Amerika Syarikat. Dengan menggunakan peralatan komputer yang canggih, proses melombong Bitcoin berjalan dengan mudah di China.
Banyak syarikat yang melombong Bitcoin secara haram telah tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Disebabkan inilah, China menjadi kuasa besar dalam perlombongan Bitcoin.
Amerika Syarikat Ingin Mengambil Takhta China Dalam Perlombongan Bitcoin
Walaupun diilihat sukar untuk Amerika Syarikat mengejar dominasi China terhadap pasaran Bitcoin dunia, pelombong Amerika Syarikat percaya mereka mampu untuk menewaskan China dalam perlombongan ini.
Ianya disebabkan oleh Amerika Syarikat yang berminat untuk melabur ke dalam industri perlombongan Bitcoin dan juga pembangunan perisian khusus.
Dengan kemasukan ramai pelabur baru, syarikat yang melombong Bitcoin boleh mengembangkan perniagaan mereka dan seterusnya berkembang maju.
Sumber Rujukan:
Boleh rujuk di sini bagaimana untuk Mulakan Pelaburan Aset Digital Yang Sah Dan Patuh Syariah Hari Ini Dengan Luno.
Bagi mereka yang telah siap akaun Luno dan belum claim bonus RM25 dalam bentuk Bitcoin secara percuma, masukkan kod FVSKG5. Klik di bahagian Rewards dan masukkan kod FVSKG5.
Bila kita deposit dan beli aset digital kita yang pertama bernilai RM250 (tak termasuk fees Luno), nanti dapat RM25 dalam bentuk Bitcoin secara percuma.