Kebangkitan Semula Industri Hartanah Asia Pasifik 2021

Umum mengetahui betapa dahsyatnya penangan virus COVID-19 yang bukan sahaja meragut ribuan nyawa rakyat Malaysia bahkan juga merampas kebebasan masyarakat dan ekonomi domestik.

Sungguhpun kita mungkin berada di fasa-fasa akhir krisis kesihatan ini selepas vaksin COVID-19 telahpun tiba di tanah air, ini bukanlah pengakhiran untuk industri hartanah.

Industri hartanah terkesan secara langsung dek krisis kesihatan yang melanda dan melumpuhkan semua sektor yang berkait rapat dengan hartanah seperti pelancongan, perhotelan, peruncitan, perkhidmatan dan banyak lagi.

Baca : Ulasan Mengenai Kesan COVID-19 Kepada Ekonomi Malaysia

Impak ini turut memberi kesan negatif kepada negara-negara di rantau Asia Pasifik seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan Australia yang turut bergantung kepada industri pelancongan dan pelaburan antarabangsa sebagai punca pendapatan negara mereka.

Akan tetapi, satu perkara yang ramai orang tidak sedar adalah, ada industri yang terus berkembang maju sepanjang krisis kesihatan ini.

Ada industri yang terpaksa melabur membina gedung-gedung dan makmal yang menelan kos jutaan ringgit.

JLL, sebuah perunding hartanah antarabangsa meramalkan yang industri hartanah di Asia Pasifik akan bangkit semula selepas kejatuhan secara besar-besaran yang berlaku sepanjang tahun 2020.

“Transaksi hartanah domestik akan melonjak sekurang-kurangnya 15% – 20% sungguhpun transaksi hartanah sepanjang tahun 2020 merudum melebihi 20%.”

Baca : Industri Hartanah Perlu Masa 2 Tahun Untuk Pulih

Image by Jens P. Raak from Pixabay

Transaksi ini datangnya daripada pelaburan industri logistik dan pusat data raya.

Pandemik COVID-19 telah memendekkan jangkaan jangka masa pendigitalan secara makro daripada 5 tahun kepada hanya 1 tahun.

Buktinya? Syarikat-syarikat logistik di Malaysia berkembang dengan pesat sehingga cawangan J&T Express mampu dilihat hampir di setiap daerah di Malaysia.

Jalan raya juga dipenuhi dengan penghantar makanan dari Grabfood, Foodpanda, HALO, Dahmakan dan banyak lagi.

Baca : Bagaimana Airbnb Hilang Segala-Galanya Dalam Masa 6 Minggu

Ini didorang oleh aktiviti e-dagang (e-commerce) yang meningkat naik semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan Kerajaan tanggal 18 Mac 2020 yang lalu.

Disebabkan aktiviti e-commerce semakin rancak, maka wujud keperluan untuk membina pusat data raya sebagai hab utama penyimpanan data dan maklumat.

Transaksi hartanah melibatkan aktiviti logistik meningkat kepada 29% secara purata dan dijangka akan terus meningkat untuk tahun-tahun yang mendatang.

Tahukah anda, trend virtual kitchen yang popular bermula di Amerika Syarikat dan kini di Malaysia adalah satu aktiviti menjual makanan secara online tanpa perlu memiliki restoran.

“Sifirnya mudah, semakin rancak aktiviti e-dagang sebuah negara, semakin banyak permintaan untuk sewaan gudang dan pusat data raya.”

Photo by Anna Shvets from Pexels

Di samping itu, Asia Tenggara khususnya Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand akan terus menjadi destinasi utama pelabur-pelabur Barat sebagai alternatif kepada China yang kini berada dalam polemik perebutan kawasan sempadan dan perang perdagangan.

Baca : Malaysia Keenam Tertinggi Bagi ‘Rental Yield’ Hartanah Asia Pada Tahun 2019

Untuk rekod, kebanyakan negara di Asia dikategorikan sebagai negara terbaik menangani krisis kesihatan tanpa mengenepikan pertumbuhan ekonomi domestik.

Caranya adalah dengan menggalakkan pertumbuhan ekonomi dengan mengurangkan kes harian jangkitan COVID-19 dan menggalakkan aktiviti kitaran wang domestik.

Langkah paling proaktif yang diambil oleh Jepun misalannya adalah dengan menggalakkan aktiviti pelancongan domestik kerana industri pelancongan dan perhotelan antara yang paling teruk terjejas di negara matahari terbit itu.

Apabila Kerajaan berjaya menangani krisis kesihatan dengan baik, secara automatik aktiviti ekonomi domestik akan kembali rancak.

Contoh seterusnya adalah China yang merekodkan peningkatan 21% dalam transaksi hartanah. Manakala Jepun dan Korea masing-masing meningkat kepada 37% dan 16%.

Singapura turut mengambil langkah sama dengan menggalakkan rakyat mereka untuk melancong dan menginap di hotel-hotel di seluruh Singapura.

Baca : Top 5 Pilihan Pelabur Hartanah Antarabangsa di Asia Pasifik

Antara yang paling popular adalah Pan Pasific Hotel dan Raffles Hotel yang mempunyai kadar penghunian 60% dan 70% pada Disember 2020 yang lalu.

Kesimpulannya, pertumbuhan ekonomi domestik perlu pulih pada kadar segera dan cara paling tepat adalah dengan mengurangkan kadar jangkitan virus COVID-19.

Industri hartanah tidak boleh diabaikan sama sekali apatah lagi di pandang sebelah mata kerana industri pembinaan, perkhidmatan dan pelancongan merupakan penyumbang terbesar KDNK Malaysia semenjak 10 tahun yang lalu.

Baca : Apa Itu Rental Yield Dalam Pelaburan Hartanah?

Buat masa ini, pelabur hartanah perlu membiasakan diri mereka dengan dapatan rental yield yang jauh lebih rendah daripada waktu sebelum tahun 2020.

Sumber Rujukan:

This image has an empty alt attribute; its file name is faizul-ridzuan-21-feb-2021-700x394.jpg

Pada tahun 2020, waktu PKP pertama, Tuan Faizul Ridzuan telah membuat 6 ramalan yang satu persatu menjadi kenyataan.

1. PKP mustahil hanya 2 minggu, akan berakhir pada bulan Jun 2020

2. Kita berada dalam recession yang paling teruk dalam sejarah moden Malaysia – Disahkan selepas beberapa minggu oleh World Bank

3. Interest bakal jatuh banyak akibat recession. Hari ni interest rate kita adalah pada kadar terendah dalam masa 50 tahun.

4. Bull run bagi saham dalam jangka masa 12-24 bulan sehingga boleh buat pulangan lebih daripada 100%. 2 bulan lepas ramalan saya, volume bursa naik pecah rekod 

5. Transaksi hartanah tahun 2020 akan jadi tahun paling teruk sejak tahun 2000, dan kita akan sampai market bottom. Sila nantikan data NAPIC yang akan keluar lagi beberapa minggu.

6. Property bull run akan tiba dalam masa 5 tahun

Terlepas nak hadiri webinar percuma Tuan Faizul Ridzuan minggu-minggu yang lalu? Jom kita sertai webinar seterusnya yang akan diadakan pada hari Ahad, 14 Mac 2021, jam 830 malam.

Daftar sekarang di -> Webinar Faizul Ridzuan

Slot ke webinar adalah terhad. Sila pastikan anda daftar dan hadir awal pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

Kita jumpa nanti Ahad ini.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

OIB Lancar Gardens Idaman, Memperkukuh Portfolio Perumahan Mampu Milik Mampan Di Selangor

Rawang, 17 Ogos 2026: Oriental Interest Berhad (OIB) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Myra Idaman, sebuah pembangunan perumahan mampu milik terbaharunya di bawah program Rumah Idaman, yang dipasarkan dengan nama Gardens Idaman. Pelancaran ini memperluas lagi portfolio perumahan mampu milik OIB di Selangor, dengan Gardens Idaman menjadi pembangunan terbaharu Kumpulan di bawah program Rumah Idaman.

Meliputi kawasan seluas 11.226 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM163.8 juta,
Gardens Idaman akan menawarkan 616 unit pangsapuri separa berperabot dengan harga bermula daripada RM250,000 hingga RM270,000. Setiap unit turut dilengkapi dengan dua ruang letak kereta.

Pembangunan berstatus pajakan ini dijangka siap pada tahun 2030 dan direka sebagai komuniti berpagar dan berpengawal untuk pembeli rumah pertama serta keluarga yang mencari kediaman yang lebih luas dan selesa.

Setiap unit berkeluasan 1,002 kaki persegi mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua ruang letak kereta, serta dilengkapi secara separa berperabot dengan almari pakaian, penghawa dingin, pemanas air, kabinet dapur, peti sejuk, televisyen dan kabinet TV.

Para penghuni juga akan menikmati Central Park yang menampilkan trek joging, gimnasium luar, taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan pickleball, selain kemudahan lain seperti dewan serbaguna, tadika serta surau.

William Lew, Pengurus Besar Unit Perniagaan Essential Myra, bahagian hartanah kediaman OIB, berkata program Rumah Idaman Selangor memainkan peranan penting dalam memperluaskan akses kepada perumahan mampu milik berkualiti di seluruh negeri.

“Program Rumah Idaman telah menjadi penanda aras penting dalam menjadikan pemilikan rumah berkualiti lebih mudah dicapai oleh pembeli rumah pertama.

“Sebagai salah satu pemaju yang menyertai program ini, peranan kami bukan sekadar membangunkan kediaman yang memenuhi keperluan program, tetapi juga sentiasa mencari peluang untuk mewujudkan nilai tambah kepada pemilik rumah serta komuniti yang bakal didiami mereka,” katanya

Pelancaran ini turut memperluas portfolio perumahan mampu milik OIB, dengan Gardens Idaman dan pembangunan akan datang, Saujana Idaman di Dengkil, masing-masing menerima pensijilan Provisional GreenRE Bronze, mengiktiraf komitmen projek-projek tersebut terhadap amalan pembangunan yang mampan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

GreenRE merupakan skim pensijilan bangunan hijau Malaysia yang ditubuhkan oleh
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), bagi mengiktiraf pembangunan yang
memenuhi penanda aras kelestarian merangkumi aspek seperti kecekapan tenaga, kecekapan air, perlindungan alam sekitar serta kualiti persekitaran dalaman.

Walaupun aspek kelestarian semakin diberi perhatian dalam sektor hartanah Malaysia, penerapan piawaian GreenRE dalam pembangunan perumahan mampu milik masih belum meluas.

Ini menunjukkan masih terdapat ruang untuk memperluaskan penerapan reka bentuk mampan dalam pembangunan perumahan mampu milik, agar manfaat kelestarian dapat dinikmati oleh lebih ramai pemilik rumah.

Lew menambah bahawa walaupun pensijilan GreenRE bukan merupakan keperluan di bawah program Rumah Idaman, OIB percaya aspek kelestarian wajar diterapkan dalam pembangunan perumahan mampu milik dan tidak seharusnya terhad kepada pembangunan bertaraf premium.

“Sering kali wujud persepsi bahawa kelestarian hanya sesuai untuk pembangunan berharga tinggi. Namun, kami percaya perumahan mampu milik juga boleh menerapkan elemen kelestarian tanpa menjejaskan kemampuan milik, terutamanya apabila aspek ini dipertimbangkan sejak peringkat awal reka bentuk.

“Pensijilan Provisional GreenRE Bronze yang diterima oleh Gardens Idaman dan Saujana Idaman menunjukkan bahawa kelestarian dan kemampuan milik boleh bergerak seiring. Pencapaian ini turut mencerminkan usaha kami untuk menerapkan pendekatan pembangunan yang lebih mampan dalam projek perumahan mampu milik,” jelasnya.

Gardens Idaman menggabungkan pelbagai ciri reka bentuk mampan termasuk reka bentuk luaran bangunan bagi mengurangkan penyerapan haba, kelengkapan kecekapan air 100%, penggunaan bahan binaan rendah karbon, sistem acuan aluminium boleh guna semula, sistem lif cekap tenaga, cat rendah penyerapan sebatian organik (VOC) serta pengoptimuman pencahayaan semula jadi.

Secara keseluruhannya, langkah-langkah ini dijangka meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan air, memperbaiki kualiti persekitaran dalaman serta mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selesa untuk para penghuni.

Berdasarkan penilaian GreenRE, Gardens Idaman dijangka mencapai penjimatan tenaga kira-kira 30.61% berbanding dengan garis dasar GreenRE, serta mengurangkan pelepasan karbon operasi yang dianggarkan sebanyak 337 tan karbon dioksida setara (CO₂e) setiap tahun.

Terletak di salah satu koridor pertumbuhan utama Selangor, Gardens Idaman menawarkan hubungan strategik ke Rawang, Sungai Buloh, Kwasa Damansara, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie serta Lebuhraya Utara-Selatan (NSE).

Pembangunan ini turut menawarkan akses mudah ke sekolah, kemudahan penjagaan kesihatan dan rekreasi serta pusat komersial berhampiran.

Gardens Idaman merupakan projek terbaharu dalam portfolio Rumah Idaman OIB, selepas kejayaan pelancaran Putra Idaman di Desa Pinggiran Putra pada tahun 2024.

Dengan Saujana Idaman dijadualkan untuk dilancarkan pada suku ketiga 2026, OIB akan terus mengembangkan portfolio perumahan mampu miliknya di Selangor, selaras dengan aspirasi perumahan negeri. Untuk maklumat lanjut mengenai Gardens Idaman, layari https://www.myra.com.my/myra-homes/gardensidaman