Peram 3 Tahun Dan Untung Lebih 120%: Kisah Pelaburan Kripto Saya

Artikel kali ini saya nak kongsi satu cerita tentang perjalanan pelaburan saya — bukan nak menunjuk, tapi ingin memberi inspirasi kepada sesiapa yang baru nak bermula melabur atau sedang rasa “stuck” dengan pelaburan mereka. Semuanya bermula pada tahun 2021, bila saya mula berminat dengan dunia kripto.

Sebelum itu, baca juga: Mulakan Pelaburan Aset Digital Yang Sah Dan Patuh Syariah Hari Ini Dengan Luno

Masa itu, tak tahu banyak tentang pasaran kripto dan sumber ilmu pun terhad. Saya cuma dengar orang cakap pasal Bitcoin, Ethereum, dan Ripple (XRP). Saya fikir, “kena cubalah!”. Jadi saya pun buat keputusan untuk beli sikit-sikit aset digital seperti di atas.

Bila harga naik, beli lagi sampai sedar-sedar dah melabur sehingga RM10,450 (secara keseluruhan). Saya mula beli kripto ini pada harga sekitar RM1 lebih ke RM5. Saya bercadang nak buat teknik Dollar Cost Averaging.  

Waktu itu, saya anggap harga tengah murah, nanti mesti naik. Ditambah pula dengan hype kripto masa tu. Tak fikir panjang terus beli. Tapi, realitinya tak seindah yang saya bayangkan.

3 Tahun Menunggu Dengan Kesabaran

Selepas beli kripto di atas, harga tak banyak berubah. Malah, ada masa harga jatuh lebih rendah daripada harga beli. Masa itu, saya mula rasa panik. Banyak kali terfikir nak jual balik sebab takut rugi lebih besar. Tapi saya pilih untuk sabar.

Bayangkan modal RM10,450 tu pernah jatuh sampai tinggal RM4,000. 

Dalam tempoh 3 tahun, saya “peram” sebab nak jual pun rugi. Ada masa saya rasa menyesal sebab beli tanpa cukup ilmu, tapi saya tetap bertahan. Saya percaya, kalau sabar, mungkin ada rezeki di masa depan. 

Dan Alhamdulillah, pada tahun 2024, sabar saya mula membuahkan hasil. Harga kripto yang saya beli mula melonjak! Bila saya tengok balik akaun pelaburan saya, modal RM10,450 yang saya masukkan dulu kini menghasilkan keuntungan lebih 120%, iaitu sekitar RM12,493 bersih! Keseluruhan nilai pelaburan saya pernah mencecah RM25,000.

Bila kripto tengah naik kaw-kaw, saya letak Stop Loss, sebab pasaran kripto ini buka 24 jam dan sangat volatile. 

Jadi bila harga kripto jatuh hari itu, saya berjaya buat buat keuntungan sebanyak RM21,933 sahaja. Tapi bila benda dah naik banyak, saya pun tamak sebenarnya. Elok-elok boleh dapat sekitar RM22,000, saya gatal tangan batalkan penegeluaran (cancel withdrawal) dan pergi beli semula kripto.

Akhirnya rugi lagi sekitar RM1,500. Sebab itu orang kata, orang tamak selalu rugi. Selepas rugi lebih RM1,500, saya insaf dan terus keluarkan (withdaraw) duit pelaburan saya. 

Bagi saya, sampai sekarang memang masih kurang faham dengan pelaburan kripto ini, dan memang tak kena dengan jiwa saya kerana pelaburan ini terlalu volatile. Jadi dengan modal saya yang sudah berganda, lebih baik saya fokus kepada kepakaran dan minat saya iaitu saham. 

Pengajaran Yang Saya Dapat

Sepanjang perjalanan ini, banyak benda saya belajar. Antaranya:

  1. Ilmu Adalah Pelaburan Terbaik
    Kalau saya ada ilmu tentang strategi beli dan jual kripto, mungkin saya tidak perlu tunggu selama tiga tahun untuk dapat keuntungan. Jadi, untuk anda yang baru nak mula, jangan terus terjun tanpa belajar dulu. Fahami pasaran, tahu risiko dan kaji potensi setiap aset yang anda nak beli.
  2. Kesabaran Adalah Kunci
    Dalam pelaburan, naik turun harga itu perkara biasa. Kalau cepat panik, anda mungkin rugi besar. Saya belajar untuk bertenang dan tunggu peluang terbaik sebelum bertindak.
  3. Kunci Keuntungan Bila Perlu
    Bila harga kripto naik, saya tidak terus jual semua. Saya ambil keuntungan secara berperingkat untuk memastikan modal asal saya selamat, sambil biarkan sebahagian pelaburan terus berkembang.
  4. Jangan Labur Duit Keperluan
    Modal awal RM10,450 yang saya guna adalah duit lebihan bulanan saya, bukan duit yang saya perlukan untuk keperluan harian. Ini penting supaya kita tak rasa terlalu tertekan bila harga turun.

Untuk Anda Yang Baru Nak Mula

Kalau anda baru nak cuba melabur, jangan takut untuk ambil langkah pertama. Tapi, pastikan anda luangkan masa untuk belajar dulu. Pelaburan kripto ini bukan jalan pintas untuk cepat kaya, tapi kalau anda ada ilmu dan sabar, hasilnya boleh jadi sangat memuaskan.

Pesan saya, carilah guru dan circle yang betul. Belajar dahulu sebelum melabur. Ilmu teknikal sahaja tak cukup nak melabur dalam instrument ini. 

Jika anda ada niat nak belajar melabur, anda adalah lebih baik daripada mereka yang malas belajar tetapi dengan mudah laju bagi duit dekat pelaburan scam di luar sana. Tak perlu sebut yang mana, nanti ada yang terasa. 

Saya harap kisah ini boleh beri inspirasi kepada anda. Ingat, pelaburan bukan tentang siapa yang mula dengan modal besar, tapi siapa yang mampu bertahan dan terus belajar sepanjang perjalanan.

Terima kasih kerana baca perkongsian saya. Semoga anda juga berjaya dalam pelaburan anda!

Nak melabur dalam aset digital kripto ini mudah sahaja sebenarnya kerana yang penting anda ada akaun dalam mana-mana platform kripto. Jika anda belum ada akaun Luno, jangan lepaskan peluang dan buka akaun anda di link ini.

Seperti biasa, pastikan hanya guna duit modal yang kita sanggup burnt atau rugi 100%. Perlu ingat untung pasangannya rugi. Pulangan pasangannya risiko.

Tiada pelaburan yang memberi keuntungan tanpa risiko kerugian.

Boleh buka akaun Luno di sini dan claim bonus RM50 dalam bentuk Bitcoin secara percuma. Jika sudah buka akaun, sebelum nak buat pembelian, klik Rewards dan masukkan kod 63B72W. Bila dah deposit dan beli aset digital kita yang pertama bernilai RM250, nanti dapat RM50 dalam bentuk Bitcoin secara percuma.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.

Previous ArticleNext Article

Luno, Halogen Capital dan Kenanga Investors Teroka Stablecoin yang Dipaut kepada Ringgit untuk Penyelesaian Dana yang Ditokenkan

Kuala Lumpur, 24 September 2026 – Bursa aset digital terkemuka Malaysia, Luno Malaysia Sdn. Bhd. (“Luno”), hari ini mengumumkan kerjasama strategik dengan Halogen Capital Sdn. Bhd. (“Halogen Capital”) dan Kenanga Investors Berhad (“Kenanga Investors”) di LIDAC 2026 di Kuala Lumpur bagi meneroka penggunaan UMYR sebagai instrumen penyelesaian on-chain bagi dana pasaran wang yang ditokenkan. UMYR ialah stablecoin yang dipaut kepada Ringgit dan disokong sepenuhnya oleh rizab.

Kerjasama ini menyatukan tiga entiti yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC): Luno, sebuah Pengendali Pasaran Diiktiraf (Bursa Aset Digital) yang berdaftar, serta Halogen Capital dan Kenanga Investors, yang masing-masing merupakan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSL) dan mengendalikan dana serta mandat yang ditokenkan.

(Dari kiri ke kanan) Datuk Wira Ismitz Matthew De Alwis, Ketua Pegawai Eksekutif Kenanga Investors Berhad; Hann Liew, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Halogen Capital; dan Scarlett Chai, Pengurus Negara (Malaysia), Luno, mengumumkan satu kerjasama strategik untuk meneroka penggunaan stablecoin UMYR yang nilainya dipautkan kepada Ringgit Malaysia dan disokong sepenuhnya oleh rizab, sebagai instrumen penyelesaian transaksi berasaskan blockchain (on-chain) bagi dana pasaran wang yang ditokenkan (tokenised money market funds).

Inisiatif ini bertujuan untuk menunjukkan keupayaan penyelesaian Penyerahan-semasa-Pembayaran (Delivery-versus-Payment, DvP) secara masa nyata bagi langganan dan penebusan dana, sekali gus memendekkan tempoh penyelesaian berbanding sistem penyelesaian konvensional.

Mengenai Inisiatif Ini

UMYR dicadangkan untuk diterbitkan oleh entiti penerbitan khusus yang diasingkan (ring-fenced) dalam kumpulan Luno serta disandarkan pada nisbah 1:1 oleh Ringgit yang disimpan dalam akaun berasingan di Malaysia dengan rakan perbankan yang dikawal selia.

Di bawah inisiatif yang dicadangkan:

  • Luno (Penerbit) akan menerbitkan (mint) dan menebus (burn) UMYR pada nisbah ketat 1:1 berdasarkan Ringgit yang diterima atau dibayar keluar, mengurus proses penyertaan institusi dan pengurusan senarai dompet yang diluluskan (wallet whitelisting), serta menyediakan penyelarasan rizab harian yang disokong oleh pengesahan rizab pihak ketiga bebas.
  • Halogen Capital dan Kenanga Investors (Rakan Dana) akan mengambil bahagian sebagai pengurus dana dalam inisiatif ini dengan menerima UMYR bagi penyelesaian langganan dan penebusan untuk dana pasaran wang yang ditokenkan masing-masing, sambil mengekalkan tanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan dana, pengurusan daftar unit serta segala tanggungjawab kepada pelabur di bawah lesen CMSL masing-masing.

Inisiatif ini direka sebagai pengaturan tertutup (closed-loop) antara perniagaan dengan perniagaan yang melibatkan peserta institusi yang telah diluluskan. Tiada pelanggan runcit akan didaftarkan, terlibat atau diberikan perkhidmatan sepanjang pelaksanaan inisiatif stablecoin ini.

Pengurus Negara (Malaysia) Luno, Scarlett Chai  berkata: “Ketika ekosistem aset digital Malaysia beralih daripada pembinaan asas kepada keupayaan institusi, infrastruktur seperti UMYR amat penting. Dengan menyediakan instrumen penyelesaian yang disandarkan Ringgit secara 1:1 dan diasingkan sepenuhnya, kami menunjukkan bagaimana kecairan on-chain dan penyelesaian DvP masa nyata boleh beroperasi dengan lancar dan bertanggungjawab dalam rangka kerja kawal selia sedia ada Malaysia bersama peneraju industri berlesen.”

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Halogen Capital, Hann Liew berkata: “Sebagai antara peneraju awal dana ditokenkan di Malaysia, kami melihat penyelesaian sebagai komponen penting seterusnya. Jadi, menguji UMYR sebagai instrumen penyelesaian yang khusus amat selari dengan visi kami untuk pengurusan dana moden. Beroperasi dalam rangka kerja yang dikawal selia bersama rakan berlesen SC memastikan kami dapat menawarkan operasi dana yang lebih pantas dan selamat kepada peserta institusi.”

Ketua Pegawai Eksekutif Kenanga Investors Berhad, Datuk Wira Ismitz Matthew De Alwis berkata: “Inisiatif ini akan terus memperkukuh usaha kami dalam bidang tokenisasi aset. Digandingkan dengan infrastruktur penyelesaian generasi baharu, kami percaya inisiatif ini akan membawa industri lebih dekat untuk merealisasikan sepenuhnya manfaat tokenisasi, dengan memanfaatkan asas yang telah dibina melalui pelancaran Myrra dan dana ditokenkan pertama di Malaysia. Sambil meneroka peluang ini, tanggungjawab fidusiari kami kekal tidak berubah, dan kami akan terus bekerjasama rapat dengan pihak pengawal selia.”

Apa Maknanya kepada Pasaran Modal Malaysia

Kolaborasi ini merupakan satu langkah penting dalam pengujian infrastruktur aset digital yang dikawal selia bersama ekosistem pengurusan dana sedia ada di Malaysia. Ciri-ciri utama inisiatif yang dicadangkan termasuk:

  • Penyelesaian lebih pantas: Penyelesaian DvP masa nyata untuk langganan dan penebusan dana berbanding tempoh penyelesaian konvensional.
  • Disokong sepenuhnya oleh rizab: UMYR direka untuk disandarkan pada nisbah 1:1 oleh Ringgit yang disimpan dalam akaun berasingan di Malaysia, dengan penyelarasan rizab harian dan pengesahan bebas.
  • Inovasi yang bertanggungjawab: Dengan menguji UMYR bersama pihak yang dikawal selia, pembangunan masa depan penyelesaian on-chain di Malaysia dapat dibina berasaskan kawalan yang telah diuji, bukannya andaian yang belum terbukti.

Membina Infrastruktur Aset Digital Terkawal Selia untuk Malaysia

Inisiatif ini memperkukuh rekod Luno sebagai bursa aset digital pertama yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Luno dipercayai oleh lebih 1 juta rakyat Malaysia serta menawarkan senarai aset digital terbesar yang diluluskan SC di negara ini. Dengan menggabungkan instrumen penyelesaian UMYR yang dipaut kepada Ringgit dan disokong sepenuhnya oleh rizab dengan dana ditokenkan yang diuruskan oleh institusi pasaran modal berlesen, inisiatif ini bertujuan menunjukkan bahawa penyelesaian berasaskan blockchain boleh beroperasi dalam rangka kerja kawal selia Malaysia, bukan di luarnya.

Kolaborasi ini mewakili hasrat komersial pihak-pihak yang terlibat untuk bekerjasama, namun tidak merupakan komitmen untuk melancarkan UMYR atau inisiatif ini. Sebarang penyertaan tertakluk kepada libat urus kawal selia dan pelaksanaan perjanjian muktamad.

Kolaborasi ini diumumkan pada Persidangan Aset Digital Institusi Luno (LIDAC), persidangan aset digital utama Malaysia bagi institusi. Diadakan di M Resort & Hotel, Kuala Lumpur, persidangan tersebut meneliti fasa seterusnya industri aset digital Malaysia, yang merangkumi stablecoin, tokenisasi, aset dunia sebenar, kustodian dan pematuhan.

Acara itu menghimpunkan lebih 500 pengurus dana institusi, penasihat kewangan, pengawal selia, pemimpin pematuhan dan perintis Web3 dari seluruh rantau untuk membincangkan amalan terbaik dalam aspek kustodian, pematuhan dan pengurusan risiko. Berasaskan kejayaan edisi sulung pada tahun 2025, program tahun ini mencerminkan kematangan pasaran yang beralih daripada pembinaan asas kepada pembangunan infrastruktur, tadbir urus serta keupayaan institusi yang diperlukan bagi menyokong penerimagunaan berskala besar secara bertanggungjawab.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook dan Instagram rasmi Luno Malaysia.

Disclaimer: This material is solely for general information purposes. It has not been reviewed by the Securities Commission Malaysia (“SCˮ). This information contained herein does not constitute any investment advice. Past performance is not indicative of future performance.