64 SBMJ Diluluskan Kutip Sumbangan Orang Ramai Dipaparkan Di Portal SSM

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) —  Sebanyak 64 Syarikat Berhad Menurut Jaminan (SBMJ) telah memohon dan telah mendapat kelulusan menteri atau pendaftar untuk mengutip sumbangan daripada orang ramai, menurut Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini.

SSM menjelaskan pihaknya mengambil inisiatif memaparkan senarai SBMJ itu di portal SSM.

“Inisiatif ini bertujuan memudahkan orang awam menyemak status terkini SBMJ yang berdaftar dan diberi kelulusan untuk melaksanakan kutipan sumbangan. Sebelum ini, hanya senarai SBMJ yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016 dipaparkan di portal SSM,” menurut SSM menerusi kenyataan pada Ahad.

Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Nor Azimah Abdul Aziz berkata SSM sentiasa berusaha meningkatkan ketelusan berkaitan proses kutipan sumbangan oleh SBMJ.

“Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan SSM untuk membantu orang awam membuat keputusan dengan mengetahui sumbangan mereka akan disalurkan kepada entiti yang mematuhi peruntukan undang-undang yang ditadbir SSM,” katanya.

SBMJ ialah syarikat awam yang diperbadankan mengikut Akta Syarikat 2016 tanpa modal saham dan beroperasi bukan untuk tujuan mendapatkan keuntungan.

SBMJ mesti menggunakan keuntungannya untuk mencapai atau mempromosikan objektifnya, tidak boleh membayar dividen kepada ahlinya dan dalam kes pembubaran, semua aset yang biasanya akan tersedia untuk ahli mesti dipindahkan kepada badan lain dengan objektif yang sama atau badan yang mempromosikan kebajikan.

Jika SBMJ mengumpul sumbangan tanpa kebenaran daripada menteri atau pendaftar, tindakan itu adalah satu kesalahan.

Sehingga 30 Jun, 2024, sebanyak 2,202 SBMJ berdaftar dengan SSM dengan status ‘existing’.

— BERNAMA

Tambahan: Boleh rujuk sini untuk senarai penuh Syarikat Berhad Menurut Jaminan (SBMJ) yang mendapat kelulusan menteri atau pendaftar untuk mengutip sumbangan daripada orang ramai.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.