8 Aplikasi Urus Duit Peribadi Untuk Rancang Kewangan Anda

Ramai orang gagal menguruskan kewangan dengan baik, sepatutnya ia boleh diatasi dengan menggunakan aplikasi kewangan iaitu sejenis aplikasi urus duit peribadi untuk rancang kewangan.

Mungkin bagi anda ia adalah mustahil, namun dengan teknologi yang serba canggih pada masa kini, aplikasi tersebut sememangnya ada.

Ramai dalam kalangan kita yang terkesan dengan ketidakstabilan ekonomi sejak akhir-akhir ini. Oleh itu, kita harus mengambil langkah yang bijak dalam menguruskan kewangan supaya ia diuruskan dengan lebih baik.

Dengan menggunakan aplikasi urus duit peribadi untuk rancang kewangan anda, duit peribadi akan jelas nampak malah anda mungkin akan berjaya membuat simpanan peribadi pula selepas ini.

Jom kami kongsikan antara aplikasi urus duit peribadi untuk rancang kewangan.

1. Mint

Sumber: Mint

Mint merupakan platform urus duit peribadi untuk rancang kewangan berasaskan web tetapi boleh juga diakses melalui aplikasi smartphone yang senang untuk digunakan. Aplikasi Mint dapat membantu dalam pengurusan kewangan peribadi anda seperti bil, hutang kredit dan banyak lagi. Ia juga boleh menunjukkan ringkasan perbelanjaan mingguan untuk rujukan anda.

Apa yang menjadi kekurangan dalam aplikasi ini adalah hanya pengguna daripada Amerika Syarikat sahaja yang boleh muat turun aplikasi ini dengan akaun perbankan dan e-dompet. Namun sebagai alternatif, bagi kita semua yang berada di Malaysia, kita hanya perlu memasukkan URL bank dan nombor akaun bank untuk merekodkan belanjawan yang dibuat.

2. Money Manager

Sumber: Money Manager

Aplikasi Money Manager pula membolehkan anda merancang duit perbelanjaan, memantau perbelanjaan, mengetahui status kewangan dan juga menyediakan belanjawan yang diinginkan.

Aplikasi ini hadir dengan pelbagai fungsi dan membolehkan anda untuk menyemak jumlah duit yang telah keluar masuk setiap bulan. Jika anda membuat perbelanjaan melebihi bajet yang dirancang, maka amaran akan dikeluarkan sebagai peringatan.

Selain itu, Money Manager juga membolehkan anda memindahkan dan menerima wang sesama individu dalam komuniti yang sama. Wah, hebatnya Money Manager!

3. Monny

Sumber: Monny

Aplikasi ini terkenal dengan ciri-ciri menarik dan berwarna-warni yang membuatkan penggunanya berasa begitu teruja. Aplikasi Monny ini juga akan memberi anda sedikit cabaran untuk memasukkan entri selama tujuh hari berturut-turut. Tujuan cabaran ini direka khas adalah untuk membiasakan pengguna menggunakan aplikasi ini.


Monny akan merekodkan laporan harian atau bulanan semua transaksi dan membuat laporan untuk menunjukkan di mana wang tersebut telah dibelanjakan. Selain mesra pengguna, ia juga membolehkan anda mengasingkan buku akaun mengikut kategori yang berbeza, mempunyai backup data dan dilengkapi dengan kata laluan untuk privasi keselamatan.

4. You Need a Budget (YNAB)

Sumber: YNAB

Aplikasi urus duit peribadi ini dapat mengajar anda untuk menguruskan wang dan kekal untung bagi tempoh jangka masa yang baik. YNAB dapat membantu anda mengurus duit secara proaktif setiap bulan. Walaupun mudah untuk menambah akaun anda, tetapi ia memerlukan masa untuk anda mempelajarinya.

5. Wally

Sumber: Wally

Aplikasi urus duit peribadi untuk rancang kewangan seterusnya adalah Wally. Wally menggabungkan semua aspek pengurusan kewangan supaya anda boleh belajar, mengurus dan menambah baik pengurusan kewangan anda.

Menariknya lagi, Wally telah disyorkan sebagai aplikasi kewangan terbaik oleh Forbes, Economic Times, BBC dan banyak lagi.

6. Spendee

Sumber: Spendee

Aplikasi Spendee hadir dengan ciri-ciri yang sangat ringkas yang akan memudahkan anda menguruskan semua perbelanjaan anda melalui aplikasi ini. Selain itu, terdapat juga pilihan untuk memaparkan gambaran keseluruhan bulanan, tahunan atau dalam tempoh masa tertentu.

Bukan itu sahaja, Spendee dapat membantu anda menghubungkan akaun e-dompet, kripto dan juga akaun bank. Lebih mudah untuk anda jadikan aplikasi urus duit peribadi ini sebagai platform untuk merancang kewangan harian anda.

7. Goodbudget

Sumber: Goodbudget

Aplikasi Goodbudget sesuai untuk pasangan yang ingin berkongsi bajet-bajet mereka secara bersama. Aplikasi ini menggunakan teknik ‘envelope budgeting’ yang membantu anda membahagikan wang tunai ke dalam sampul yang berasingan untuk perbelanjaan yang berbeza. Aplikasi ini juga dapat membantu anda menyeragamkan maklumat kewangan dan menyediakan laporan kewangan yang komprehensif.

8. Monefy

Sumber: Monefy

Aplikasi urus duit peribadi yang terakhir adalah Monefy. Aplikasi ini merupakan salah satu cara yang mudah untuk menjejaki perbelanjaan harian dengan hanya menambahkan sebarang perbelanjaan anda pada aplikasi tersebut.

Selain itu, carta pai yang dipamerkan juga menarik yang turut direka untuk memudahkan anda dalam menilai corak perbelanjaan dengan jangka masa yang diinginkan.

Selain itu, Monefy juga dapat synchronize dengan akaun Google Drive atau Dropbox milik anda.

Kesimpulannya, aplikasi di atas sememangnya dapat urus duit peribadi untuk rancang kewangan anda menjadi lebih baik. Tetapi, anda juga harus berdisiplin dalam mengikut arahan aplikasi tersebut agar kewangan anda lebih kukuh. Semoga dengan entri ini, ianya dapat memberikan sedikit sebanyak informasi mengenai aplikasi urus duit peribadi untuk rancang kewangan.

Tambahkan lagi dengan ilmu ini:

Terima kasih kepada anda yang menyokong kami selama ini. Hari-hari kami bersemangat nak sebarkan ilmu tentang kewangan dan pelaburan.

Kami sedar yang majoriti pembaca kami adalah anak-anak muda yang tercari-cari panduan bagaimana untuk mula melabur. Jadi buku ini sangat sesuai bagi newbie yang nak mulakan langkah pertama.

Anda ada soalan-soalan berikut yang memerlukan jawapan?

  • Ada duit tapi tak tahu nak melabur di mana?
  • Nak melabur tapi takut kena tipu dengan scammer?
  • Bagaimana nak tahu sesuatu pelaburan itu adalah patuh Syariah atau tidak?
  • Ada banyak sangat jenis pelaburan dekat luar sana, apa yang paling sesuai dengan jiwa?
  • Dalam suasana ekonomi yang tak menentu, apakah pelaburan ‘safe haven’ yang menjadi pilihan?
  • Pelaburan tanpa tunai tu macam mana?
  • Soalan-soalan lazim berkenaan pelaburan

Jika ya, maka anda perlu miliki buku Buku Malaysia Melabur : 10 Benda Kita Kena Tahu.

Buku Malaysia Melabur juga telah berada dalam senarai MPH Best 2020 dalam kategori MPH Best Malay Non-Fiction 2020.

Sesungguhnya kami bersyukur diberi peluang oleh Allah untuk berubah menjadi lebih baik dan mendapat rezeki seperti yang diidamkan. Kami doakan semoga tuan puan juga dilimpahi rezeki yang penuh keberkatan.

Boleh miliki buku ini secara online di Shopee

Previous ArticleNext Article

Google Tubuh Entiti Tempatan Di Malaysia: Implikasi Terhadap WHT di Malaysia

Google baru-baru ini memaklumkan kepada pelanggan di Malaysia bahawa syarikat itu sedang menubuhkan entiti tempatan, Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Langkah ini membawa perubahan kepada struktur transaksi Google Cloud Platform dan Google Workspace bagi pelanggan yang mempunyai alamat pengebilan di Malaysia dan membuat pembayaran dalam Ringgit Malaysia (MYR).

Sebelum ini, transaksi pelanggan Malaysia dibuat dengan Google Asia Pacific Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura.

Selepas migrasi, kontrak dan akaun pelanggan yang terlibat akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Perubahan ini bukan sekadar melibatkan syarikat teknologi, malah berpotensi memberi kesan kepada perniagaan dalam talian (online business) di Malaysia yang bergantung kepada perkhidmatan Google Cloud dan Google Workspace untuk menjalankan operasi harian.

Apa perubahan yang bakal berlaku?

Antara perubahan utama yang diumumkan:

1. Invois dikeluarkan oleh syarikat tempatan

Selepas migrasi, invois dan penyata bil akan dikeluarkan atas nama Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd., termasuk alamat dan nombor pengenalan cukai entiti tempatan.

2. SST 8% dikenakan

SST akan dipaparkan sebagai komponen berasingan dalam invois dan dikutip oleh Google Cloud Malaysia mengikut kadar yang dinyatakan dalam notis tersebut.

3. Kontrak dipindahkan kepada entiti Malaysia

Kontrak sedia ada dengan Google Asia Pacific akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia. Entiti tempatan ini akan mengambil alih kedudukan kontrak berkenaan.

Jadi, bagaimana pula dengan Withholding Tax (WHT)?

Ini bahagian yang menarik dari perspektif percukaian.

Sebelum ini, pembayaran pelanggan Malaysia kepada Google Asia Pacific Pte Ltd perlu dinilai dari sudut cukai pegangan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).

Antara peruntukan yang relevan ialah Seksyen 109 berkaitan pembayaran royalti kepada bukan pemastautin.

Mengapa royalti?

Di bawah Seksyen 2 ACP 1967, definisi royalti merangkumi bayaran bagi penggunaan atau hak untuk menggunakan hak cipta, termasuk perisian (software).

Sebagai contoh, bayaran untuk mendapatkan hak penggunaan sesuatu aplikasi atau perisian oleh pelanggan sendiri berpotensi dikategorikan sebagai royalti dan tertakluk kepada WHT di bawah Seksyen 109.

Kadar domestik WHT bagi royalti ialah 10%, tertakluk kepada kadar atau layanan berbeza di bawah Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (DTA), jika berkenaan.

Apa implikasinya kepada Malaysia?

Perubahan struktur entiti syarikat teknologi antarabangsa seperti Google AKAN memberikan beberapa implikasi kepada landskap percukaian negara:

  1. Lebih banyak transaksi perkhidmatan digital boleh dilaksanakan melalui entiti tempatan.
  2. Kutipan SST dapat dilaksanakan melalui pembekal tempatan.
  3. Pelanggan Malaysia mungkin tidak lagi perlu membuat potongan WHT bagi pembayaran Google Cloud yang telah dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia, tertakluk kepada struktur kontrak dan penerima sebenar pendapatan.

Bila migrasi ini akan berkuatkuasa?

Google akan menghantar dua notifikasi berasingan kepada pelanggan:

  1. Sebelum migrasi – pemberitahuan awal sebelum akaun dan kontrak dipindahkan.
  2. Selepas migrasi – pengesahan bahawa perubahan telah berkuat kuasa.

Notifikasi akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan.

Kesimpulannya, penubuhan entiti tempatan oleh syarikat teknologi antarabangsa bukan sekadar perubahan alamat invois. Ia boleh mengubah kedudukan percukaian transaksi, termasuk kewajipan cukai pegangan di Malaysia.