Aktiviti Jenayah Siber Di Telegram Naik Sebanyak 53 Peratus Pada Mei Dan Jun 2024

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) — Aktiviti jenayah siber di Telegram meningkat sebanyak 53 peratus pada Mei hingga Jun 2024 berbanding tempoh sama tahun lepas, menurut data Perisikan Jejak Digital Kaspersky.

“Penjenayah siber secara aktif mengendalikan saluran dan kumpulan di Telegram khusus untuk membincangkan skim penipuan, mengedarkan pangkalan data yang bocor dan berdagang dalam pelbagai perkhidmatan jenayah seperti menunaikan wang, memalsukan dokumen, menyediakan perkhidmatan serangan Penafian Perkhidmatan Teragih (DDoS),” kata Kaspersky kata dalam satu kenyataan hari ini.

Serangan DDoS adalah serangan terhadap rangkaian komputer, ia terjadi disebabkan sistem rangkaian komputer sesebuah organisasi atau syarikat telah dijangkiti Trojan, sejenis perisian hasad (malware) yang menyamar kewujudannya sebagai salah satu sistem pengendalian yang sah seperti sistem urus niaga bank, aplikasi perkhidmatan dan lain-lain.

Penganalisis Perisikan Jejak Digital Kaspersky Alexey Bannikov berkata minat yang semakin meningkat dalam Telegram daripada komuniti penjenayah siber kebanyakannya disebabkan oleh perkhidmatan ‘messenger’ (perkhidmatan pemesejan) yang sangat popular sehingga mencapai 900 juta pengguna sebulan.

“Kedua, ia dipasarkan sebagai perkhidmatan pemesejan paling selamat dan bebas yang tidak mengumpul sebarang data pengguna, justeru ‘threat actors’ (pelaku serangan siber) menganggap ia adalah selamat dan tidak akan dikenakan sebarang hukuman.

“Selain itu, mencari atau menubuhkan komuniti di Telegram adalah mudah dan pelbagai faktor lain, membolehkan pelbagai saluran dalam Telegram termasuk milik penjenayah siber, mengumpulkan pengikut dengan cepat,” katanya.

Bannikov berkata terdapat satu lagi trend iaitu Telegram telah muncul sebagai platform oleh penggodam untuk membuat kenyataan dan meluahkan pandangan mereka.”

“Disebabkan pangkalan penggunanya yang luas dan pengedaran kandungan pantas melalui saluran Telegram, penggodam mendapati platform itu sebagai alat mudah untuk melakukan DDoS dan kaedah gangguan lain terhadap infrastruktur disasarkan.

“Selain itu, mereka boleh mengeluarkan data yang dicuri daripada organisasi diserang ke dalam domain awam menggunakan saluran bayangan,” katanya.

— BERNAMA

Previous ArticleNext Article

MBSA Tawar Parkir Percuma untuk Warga Emas Shah Alam

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kini menawarkan kemudahan parkir percuma kepada warga emas yang layak, sebagai tanda penghargaan kepada penduduk yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan bandar raya ini.

Inisiatif yang dinamakan “Parkir Emas” ini merupakan salah satu usaha sempena sambutan ulang tahun ke-25 Shah Alam diisytihar sebagai bandar raya.

Menurut Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti MBSA, En. Shahrin Ahmad, program ini bertujuan meringankan beban kewangan warga emas serta mengiktiraf peranan mereka dalam pembangunan komuniti dan negara.

Syarat Kelayakan untuk Parkir Emas MBSA

Untuk memohon, pemohon perlu memenuhi kriteria berikut:

  • Warganegara berumur 60 tahun ke atas
  • Pembayar cukai taksiran MBSA
  • Tiada tunggakan cukai taksiran
  • Kenderaan didaftarkan atas nama yang sama
  • Hanya satu kenderaan bagi setiap rumah dibenarkan mendaftar

Kawasan Yang Dibenarkan & Syarat Tambahan

  • Kemudahan ini hanya sah untuk parkir jalanan di bawah seliaan MBSA
  • Tidak sah di kawasan parkir dua jam, parkir khas OKU atau tempat letak kereta yang diuruskan oleh pihak swasta
  • Tiada pelekat fizikal dikeluarkan – semua maklumat akan direkod dalam sistem MBSA

MBSA turut mengingatkan bahawa program ini bukan “pas percuma” untuk meletak kenderaan di luar kawasan yang dibenarkan, atau untuk digunakan oleh ahli keluarga seperti anak-anak pemohon. Penyalahgunaan boleh dikenakan saman.

Cara Memohon Parkir Emas MBSA

Untuk memohon anda perlu menyediakan dokumen seperti berikut:

  • Salinan Sijil Pemilikan Kenderaan (geran kereta)
  • Bil cukai taksiran terkini
  • Salinan lesen memandu

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di: https://tinyurl.com/mwycek7t atau hadir sendiri ke:
Bahagian Pengurusan Hasil, Jabatan Kewangan, Aras 21, Wisma MBSA, Shah Alam.

Program “Parkir Emas” ini sah untuk dua tahun, dan boleh diperbaharui jika syarat terus dipenuhi.

Jom bantu ibu bapa atau datuk nenek kita daftar sekarang! Parkir percuma ini mungkin nampak kecil, tapi besar maknanya buat mereka yang sudah banyak berkorban untuk keluarga dan masyarakat.

Sumber: MBSA & The Star