Perangai Wanita Malaysia Selepas Dapat Gaji

Orang kata, wanita di seluruh dunia ada banyak persamaan. Struktur pemikiran dan perkembangan hormon setiap wanita tidak jauh berbeza. Wanita adalah ejen komunikasi dan perhubungan, caregiver yang sentiasa ada untuk buat semua.

Wanita juga adalah nadi yang menggerakkan ekonomi. Wanita dan sifat suka berbelanja tidak dapat dipisahkan. Mereka membeli bukan hanya untuk kepuasan diri, tetapi juga mewakili ahli keluarga, pasangan, anak-anak, ibu bapa, sahabat baik, rakan sekerja dan senarai ini seakan tiada hentinya.

Nak membeli, mestilah kena ada duit di tangan. Biasanya tunggu dapat gaji, para wanita pun mula melancarkan pelan dan serangan.

Apa yang wanita beli?

Apa perangai wanita Malaysia selepas dapat gaji?

Apa barang atau servis yang disasarkan oleh wanita apabila berduit?

Barangan Dapur Dan Keperluan Harian

Nampak seperti perkara remeh, tetapi ini antara keperluan yang tidak boleh diabai. Walaupun sibuk bekerja dan hanya sesekali mampu luangkan masa untuk memasak, tetapi barangan dapur yang asas seperti kicap, bihun, frozen food, susu dan sebagainya dipastikan ada.

Bagi wanita yang bergelar ibu pula, mereka sudah bersedia dengan senarai makanan tertentu mengikut kegemaran anak masing-masing. Anak yang semakin membesar perlukan pelbagai makanan bernutrisi.

Apa yang pasti, melihat ruang peti ais yang berisi dan kabinet dipenuhi aneka makanan juga merupakan satu terapi buat wanita. Itu sebabnya ada yang menganggap dapur sebagai jantung dalam sesebuah rumah. Di situ kita berkumpul dan menikmati saat kebersamaan.

Baju, Tudung, Kasut Dan Aksesori

Wanita suka beli tudung. Walaupun dalam almari sudah ada puluhan helai tudung, tapi masih add to cart ketika melayari website butik yang mencuri perhatian.

Sebab apa begini?

Yang bekerja di pejabat, lima hari dalam seminggu, lama kelamaan akan timbul rasa jemu apabila asyik menggayakan persalinan yang sama. Disebabkan baju atau tudung itu sering dipakai, ia juga lebih cepat lusuh atau terkena kotoran yang sukar dihilangkan.

Jadi, jika ada item sasaran tiada lagi penangguhan apabila dapat gaji. Terus klik check out dan buat bayaran atau bergegas ke kedai pilihan pada hujung minggu.

Itu belum lagi masuk bab tumit kasut terpatah, tali sandal terputus atau batu kerongsang tercabut. Situasi ini sahaja dah mewujudkan keperluan untuk wanita berbelanja.

Selain itu, faktor suai padan outfit kita daripada kepala ke hujung kaki turut menyumbang kepada sesuatu pembelian. Warna tudung dipadankan dengan corak bunga pada baju. Warna atau rekaan blaus dipastikan sesuai dengan skirt kembang yang digayakan. Ton warna yang sejuk mata memandang itu paling penting. Bukan semua orang suka bergaya guna konsep colour block, kan?

Produk Kecantikan Muka, Penjagaan Badan dan Vitamin

Cantik secara luaran dengan busana elegan. Cantik secara dalaman dengan mengamalkan produk yang bersesuaian dengan diri.

Ramai wanita ada bajet khas bagi menjaga kecantikan fizikal, bergantung pada tahap pendapatan. Ada yang suka bereksperimen dengan pelbagai produk di pasaran sehingga jumpa yang benar-benar serasi. Biasanya produk dinilai mengikut review bagus, pengaruh rakan sebaya atau terpesona melihat selebriti yang mempromosikannya.

Hiburan, Terapi Dan Sesuatu Yang Viral

Fitrah manusia, suka dan mahukan hiburan, begitu juga wanita.

Ia boleh jadi apa sahaja asalkan mampu menghiburkan hati. Wanita yang suka makan akan memilih menjadi food hunter. Lokasi jauh, jalan sesak? Itu isu kedua.

Sesetengah wanita lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan di kafe untuk dekorasinya. Mereka membayar untuk suasana dan memori yang mendamaikan. Sambil cuci mata, hati terubat sama.

Ada yang suka tonton wayang, staycation satu malam di hotel lima bintang, membeli barangan elektrik yang trending atau melaburkan duit untuk pasu-pasu berukir bagi mencantikkan halaman rumah dengan hobi berkebun. Semua ini adalah terapi bagi wanita meneruskan kelangsungan hidup yang penuh cabaran.

Ganjaran Diri, Syukur Seadanya

Apa salahnya selepas penat mencari rezeki, berbelanja sesuatu yang disukai adalah ganjaran buat diri sendiri. Ganjaran yang diraih hasil usaha dan kudrat yang dicurahkan.

Sebaik sahaja terima gaji atau bayaran, asingkan bajet mengikut keutamaan. Mungkin ada yang memiliki tabungan seperti simpanan di Tabung Haji, melabur dalam saham atau pendidikan anak-anak di masa hadapan. Selebihnya jika masih berbaki, baru dibelanjakan mengikut kehendak hati.

Wanita yang bijak berbelanja tahu apa yang memanfaatkan buat dirinya sekeluarga.

Manfaat pendapatan yang dimiliki, sama ada sedikit atau banyak, kita bersyukur seadanya.

Baca juga:

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Pengurusan Kesihatan Mental Untuk Usahawanita Moden

usahawanita moden
  • Rutin pengurusan kesihatan mental untuk usahawanita moden
  • Usahawan wanita yang mengurus perniagaan sambil memikul tanggungjawab peribadi
  • Kehidupan moden yang pantas dan kompetitif menyebabkan wanita mudah kemurungan
  • Kesihatan mental yang baik membantu wanita urus tekanan & kekalkan produktiviti kerja

Wanita hari ini bukan lagi sekadar berada di belakang tabir dalam dunia perniagaan. Mereka menjadi pengasas syarikat, pelabur, profesional, pemilik SME dan peneraju pelbagai industri.

Namun, kejayaan tersebut datang bersama tekanan yang mungkin tidak kelihatan.

Bagi sesetengah wanita, selepas tamat waktu pejabat, tanggungjawab belum selesai. Masih ada anak yang perlu diurus, pasangan, keluarga, rumah dan pelbagai keputusan yang perlu dibuat.

Sebab itu kesihatan mental wanita tidak boleh dilihat sebagai isu sampingan.

Baca : Wanita Malaysia Jana Lebih RM176 Juta Pada 2022 Sebagai Hos – Airbnb

Data Kementerian Kesihatan Malaysia melalui NHMS 2023 menunjukkan kira-kira satu daripada lapan rakyat Malaysia berusia 15 tahun ke atas mengalami kemurungan, dan prevalens kemurungan meningkat dua kali ganda berbanding 2019.

Lebih menarik untuk konteks usahawan, satu kajian terhadap rakyat Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan simptom kemurungan yang lebih tinggi, manakala tekanan menjadi antara faktor penting yang berkait dengan simptom tersebut.

“Kajian terhadap 728 orang dewasa di Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan tahap simptom kemurungan lebih tinggi, dengan tekanan & status sebagai pemilik perniagaan menjadi antara peramal signifikan simptom kemurungan.” – National Library of Medicine

Baca : Pelaburan Bantu Wanita Boleh Wujud Kesan Beriak Bawa Pelbagai Manfaat

Ini bukan bermaksud menjadi usahawan menyebabkan kemurungan. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa tekanan keusahawanan dan kesihatan mental wajar diberi perhatian.

Jadi, apakah rutin yang boleh membantu usahawanita moden menjaga kesihatan mental mereka?

1. Rutin Bersenam

Senaman bukan hanya untuk menurunkan berat badan.

Bagi usahawanita yang menghabiskan sebahagian besar hari di hadapan komputer, dalam mesyuarat atau mengurus operasi perniagaan, aktiviti fizikal boleh menjadi ruang untuk keluar seketika daripada tekanan kerja.

rutin bersenam wanita

Tidak semestinya perlu melakukan senaman berat.

Berjalan kaki, berenang, berlari, berbasikal atau melakukan latihan kekuatan secara konsisten sudah boleh menjadi sebahagian daripada rutin.

Yang penting ialah konsistensi, bukan intensiti semata-mata.

Bahkan, menjadikan senaman sebagai rutin mingguan boleh memberikan satu bentuk struktur kepada kehidupan yang mungkin dipenuhi jadual kerja yang tidak menentu.

2. Rutin Penjagaan Diri

Ada satu perkara yang sering berlaku kepada wanita yang terlalu sibuk.

Mereka menjaga semua orang kecuali diri sendiri.

rutin penjagaan diri wanita

Bagi sebahagian wanita, rawatan kecantikan bukan sekadar mahu kelihatan lebih muda atau cantik. Ia juga boleh menjadi masa untuk berhenti seketika daripada rutin kerja.

Namun, penting untuk membezakan self-care daripada tekanan untuk sentiasa kelihatan sempurna.

Penjagaan diri sepatutnya membantu seseorang berasa lebih baik tentang dirinya, bukan menambahkan tekanan untuk memenuhi standard kecantikan tertentu.

3. Rutin Tidur Awal

Usahawan mungkin terkenal dengan bekerja sehingga lewat malam.

Laptop dibuka selepas anak tidur. Telefon masih berbunyi dengan WhatsApp pelanggan. E-mel masih masuk. Idea perniagaan pula datang ketika semua orang sudah tidur.

rutin tidur awal

Masalahnya, otak juga memerlukan masa untuk berehat.

Rutin tidur yang konsisten boleh menjadi salah satu bentuk pengurusan diri yang paling mudah tetapi sering diabaikan.

Sebelum tidur, usahakan untuk mengurangkan penggunaan skrin dan cahaya terang, khususnya apabila ia menyebabkan kita terus terangsang dengan kerja, media sosial atau notifikasi.

Kadangkala masalahnya bukan kita tidak mempunyai masa untuk tidur.

Kita tidak pernah benar-benar berhenti bekerja.

4. Rutin Travel dan Melihat Dunia

Travel juga boleh menjadi satu bentuk “reset” daripada rutin.

Bagi usahawanita yang sentiasa membuat keputusan untuk syarikat, pekerja dan keluarga, perjalanan seorang diri boleh memberikan ruang untuk membuat keputusan berdasarkan diri sendiri.

Tidak perlu sentiasa memilih destinasi popular.

rutin melancong wanita

Asia Tengah, misalnya, menawarkan pengalaman yang berbeza, Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan dan negara-negara lain mempunyai sejarah, budaya dan landskap yang jauh berbeza daripada destinasi pelancongan biasa.

Solo travel juga tidak semestinya bermaksud melarikan diri daripada kehidupan.

Kadangkala ia sekadar memberikan seseorang ruang untuk melihat kehidupan dari perspektif yang berbeza.

Namun, perjalanan perlu dirancang mengikut kemampuan kewangan, keselamatan dan keadaan diri. Travel yang menambahkan hutang atau tekanan bukanlah self-care.

5. Rutin Beribadah & Kebajikan

Bagi wanita Muslim, pengurusan kehidupan tidak semestinya berhenti pada aspek fizikal dan psikologi.

Ia juga mempunyai dimensi spiritual.

rutin beribadah wanita

Solat, membaca al-Quran, menghadiri kelas ilmu, melakukan amal jariah, menunaikan umrah atau haji boleh menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan yang memberikan ruang untuk seseorang kembali mengingati tujuan hidup yang lebih besar daripada pekerjaan.

Ini juga memberikan perspektif kepada dunia keusahawanan.

Syarikat boleh berkembang. Duit boleh bertambah. Jawatan boleh berubah. Tetapi kehidupan tetap mempunyai dimensi yang lebih luas daripada keuntungan.

Baca : Perangai Wanita Malaysia Selepas Dapat Gaji

Bagi sesetengah usahawanita, amal jariah juga menjadi cara untuk menukar sebahagian daripada kejayaan material kepada sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain.

Alhasil

Menjadi usahawanita moden bukan sekadar tentang membina syarikat dan mencapai keuntungan.

Ia juga tentang kemampuan untuk terus berfungsi sebagai seorang individu, sebagai wanita, ibu, isteri, anak, pemimpin dan manusia yang mempunyai keperluan emosi serta fizikal sendiri.

Sebab itu rutin kecantikan, senaman, tidur, travel dan ibadah tidak sepatutnya dilihat sebagai aktiviti yang membuang masa daripada pekerjaan.

Sebaliknya, ia boleh menjadi sebahagian daripada cara seseorang membina kehidupan yang lebih seimbang.

Pada akhirnya, perniagaan yang berjaya memerlukan seorang pemimpin yang mampu bertahan dalam jangka panjang.

Baca : Kisah Emas Dan Wanita Kelantan

Usahawanita tidak perlu memilih antara kejayaan dan kesejahteraan diri. Yang lebih penting ialah belajar mengurus kedua-duanya.